Edisi Juniors: Apa yang menarik di Russia?

3 comments
Bismillahirahmannirahim...
Assalamualaikum wbt.

Edisi kali ini khas untuk junior atau freshman year yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi Russia ini tidak lama lagi. Apa yang menarik di Russia? Selain dari menawarkan beberapa pilihan universiti yang berprestij, Russia juga menawarkan tempat-tempat yang menarik sebagai pusat pelancongan. 

Tanpa kita sedari dan syukuri, tempat yang kita belajar sekarang adalah antara tempat pelancongan yang ingin dilawati oleh semua orang di merata dunia. Terutamanya jika anda belajar di Moscow. Artikel kali ini membawakan beberapa tempat menarik di bumi Moscow, Volgograd, dan Nizhny Novgorod, beserta kehidupan sebagai pelajar di sini. 

Moscow, Russia.

St Basil Cathedral menjadi tarikan utama di Moscow

Moscow merupakan ibu negara Rusia yang menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Contohnya kemudahan pengangkutan yang sangat efisyen seperti metro, bas, trolleybus dan mashrut. Antara kemudahan lain yang boleh didapati ialah kedudukan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Moscow, jadi tidak sukar untuk pelajar bagi keluar melancong ke negara-negara lain. 

Stesen Metro bawah tanah di Moscow.

Kedutaan Malaysia-Rusia juga berpusat di Moscow yang sentiasa bersedia menerima kunjungan atau masalah yang dihadapi oleh pelajar Malaysia.

Selain itu, dengan terdapatnya puluhan pusat membeli-belah  di Moscow, para pelajar mudah mendapatkan barang-barang keperluan terutamanya pakaian di musim sejuk. Kemudahan bagi mendapatkan makanan halal juga sangat mudah samada di pasaraya ataupun di sekitar masjid. Pelajar disini tidak mempunyai masalah berkaitan dengan jaringan internet dan kadar panggilan ke Malaysia juga murah. 

Ice skating ring di pusat bandar sewaktu musim sejuk.

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan di Moscow ialah expo halal dan pesta cahaya. Secara keseluruhannya, Moscow adalah sebuah kota yang mampu memudahkan hidup anda sebagai seorang pelajar.

Volgograd, Russia. 

City of Heroes. 
Tarikan utama di bandar Volgograd.


Volgograd juga merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang menempatkan pelajar Malaysia di Russia. Terletak di bahagian selatan Russia, perubahan suhunya boleh menjadi sedikit ekstrem apabila suhu yang tinggi pada musim panas iaitu 40darjah boleh menurun sehingga -40darjah pada musim sejuk! 

Namun, pemandangan dan keadaan bandarnya yang tenang dan aman, jauh daripada kesibukan kota menjadikan pengalaman hidup di sini bakal menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kenderaan awam yang murah dan senang didapati memudahkan pergerakan untuk ke kelas, kedai, dan hospital. 


Terdapat ramai pelajar Malaysia yang menetap di hostel universiti, tetapi ada juga yang berpindah ke apartmen sewaan sendiri untuk menimba lebih banyak pengalaman menguruskan diri di tempat orang. Bandar penuh bersejarah ini juga bakal menyertai kemeriahan Piala Dunia 2018 nanti. Maka, banyak pembaharuan yang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keselesaan para penduduknya termasuklah penambahbaikan jalanraya, pembinaan bangunan-bangunan baru, dan servis pelanggan yang lebih memuaskan. 

Suka  bersenam? Pemandangan matahari terbit dan terbenam di pinggiran sungai Volga bakal menemani anda di sepanjang trek jogging yang paling popular di sini. All in all, Volgograd merupakan satu tempat yang tenang dan kondusif untuk menimba ilmu dan pengalaman baru sepanjang pengajian anda di Russia nanti!

Nizhny Novgorod, Russia

Next stop - Nizhny Novgorod

Nizhny Novgorod. Bandar yang terletak paling utara antara ketiga-tiga bandar ini. Lokasinya tidak terlalu jauh dari Moscow. Nizhny selalu dianggap pertengahan antara kesibukan kota di Moscow dan ketenangan di Volgograd. Ia menjadi tempat yang kondusif untuk pelajar, kurang kesibukan kota dan masih menyimpan nilai-nilai keharmonian dan keamanan.

Tarikan utama - Kremblin di Nizhny Novgorod. 

Untuk bergerak dari lapangan terbang di Moscow ke Nizhny, anda boleh memilih untuk menaiki kapal terbang (satu jam), Sapsan train - tren berkelajuan tinggi (4 jam), tren biasa (6-7 jam) atau van/mashrut (7 jam dan ke atas). Tiada masalah ketiadaan tempat tinggal di sini kerana semua pelajar dikehendaki untuk tinggal di Hostel dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dalam RM1500-RM2500 setahun, mengikut keluasan bilik anda.

Untuk mendapat bekalan makanan halal, terdapat supermarket yang menjualnya atau boleh didapati di masjid yang terletak 30-45 minit dari hostel. Terdapat banyak pusat beli-belah, yang terletaknya dekat mahupun jauh. Tarikan lain untuk melanjukan pelajaran di Nizhny Novgorod State Medical Academy adalah pembelajaran selama 6 tahun sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Begitu juga dengan sewaktu dengan peperiksaan akhir. Sesetengah universiti di Russia, akan mempunyai kuliah dalam bahsa Russia, tetapi tidak di Nizhny. 

Pejabat dekan NNSMA di Minina Square. 

Walking street di Nizhny Novgorod.

Kesimpulan
Mungkin anda telah pun memilih universiti yang ingin anda duduki, jangan risau kerana pilihan anda itu sebenarnya adalah yang terbaik buat anda tanpa anda sedari. Di mana-mana pun anda bercadang untuk menyambung pelajaran, bawalah niat yang ikhlas Lillahi taala. InsyaAllah, kehidupan anda akan lebih diberkati di bumi Russia ini. 

Akhir kata. Selamat datang ke bumi Soviet, Russia!


3 comments:

  1. If this was in English :-( . I don't understand a thing except city names . Noooooooo!

    ReplyDelete
  2. Boleh bagi email? Saya ada byk soalan neh before nk ke sana :) tqvm.

    ReplyDelete