Terapi Jiwa

0 comments

Bismillah. Alhamdulillah.

Allah ya Allah.

Alhamdulillah a'la kulli hal. Terima kasih kepada Allah di atas segala-galanya.

Kita masih bernafas dengan nikmat yang paling bernilai yang dikurniaNya, iaitu nikmat iman dan Islam. Pertamanya, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke atas Allah dan berselawat ke atas Baginda Muhammad S.A.W.

Tidak terhitung rasanya dan tidak akan pernah dapat kita hitung segala nikmat yang telah kita peroleh sepanjang hayat ini. Nikmat kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keluarga dan yang paling penting adalah kenikmatan bergelar seorang Muslim yakni kita memiliki aqidah yang sohih.

Indahnya jika memiliki halawatul iman. Allah...
Dalam mengharungi pancaroba dunia yang semakin menyesakkan dada, menyakitkan mata dan mempengaruhi hati  serta akal dan minda, kita harus sedar bahawa betapa pentingnya untuk menjaga kalimah syahadah dari segi kata-kata mahupun perbuatan seharian kita.

Allahu Rabbi. Antara kita tidak ada yang terlepas dari mempunyai sejarah silam. Kisah silam masing-masing yang berlalu. Kini, kita berhijrah, berubah. Tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk mencari redha Allah.

Apabila berbicara tentang perubahan mahupun penghijrahan, semestinya kita mahukan aspek kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Kita tidak mahu lagi terus-menerus dalam kealpaan. Kita mahu terus dalam rahmatNya dan kasih sayangNya. Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini adalah untuk kembali kepada Allah nanti. Segalanya milik Allah.

Apabila hati mula membisik mahu melakukan kemungkaran atau kembali kepada jalan lama, teguhkanlah hati. Tetapkanlah jiwa kita bahawa Allah sentiasa mengawasi kita. Malaikat kiri dan kanan sentiasa sibuk mencatat. Yang baik mahupun sebaliknya. Pasakkan di hati bahawa erti sebenar atau arah  tuju matlamat kita adalah untuk Allah dan Rasulullah S.A.W. Jangan lupa berbuat baik kepada kedua-dua orang tua, kaum keluarga, sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Seimbangkanlah "habluminAllah dan habluminannas" kita. Satu kepastian, bahawa kita tidak mahu lagi kembali seperti dulu setelah Allah menyelamatkan kita dari api neraka yang bernyala-nyala. Astaghfirullahal'azim.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali 'Imran ayat ke 103 :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya."


Akhir kalam, perbanyakkan solat sunat taubat, beristighfar, mengaji, dan ibadat-ibadat sunat yang lain. Paling penting adalah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga terus istiqamah dalam penghijrahan. Ingatlah bahawa mujahadah itu pahit kerana syurga itu tersangat manissss... Tersenyumlah dan berwajah ceria selalu. Semoga Allah terus meredhai.Amin. Cintailah Allah, cintailah Rasulullah S.A.W. Jangan lupa untuk berselawat dan berzikrullah.. J 

Pesanan khidmat masyarakat: Air mata dalam doa adalah lebih indah nikmatnya, kerana kita berkongsi rasa dengan Allah S.W.T . SubhanAllah. Doa, doa dan teruslah berdoa.

For sure. No doubt.




Post a Comment