Resipi: Cornflakes Bermadu

0 comments

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt. 

Tamat sudah cuti semester yang sering kita tunggu-tunggu. Perjalanan masih harus diteruskan untuk mencapai cita-cita yang di ingini. Tapi usah gusar rakan-rakan seperjuangan, kerana jika kita ikhlas melakukan sesuatu Lillahi Taala, insyaAllah segala akan menjadi mudah untuk kita. 

Jadi, dalam meneruskan perjalan di bumi Russia, Team kulinari Azam membawakan resipi yang tidak asing untuk kita. Mudah dan ringkas. Resipi cornflakes bermadu. Selalu mengalami masalah runsing ingin menghidangkan makanan apa untuk rakan-rakan yang ingin datang menziarahi kita dan berhari raya? Ataupun masalah tidak punyai kuih raya untuk dihidang dek kerana extra luggage di lapangan terbang? 

Mari mencuba resepi mudah ini pada hari minggu ini...


Bahan-bahan
400g cornflakes
60g mentega
1 cawan madu
1 sudu besar gula pasir (mengikut kesesuaian)
90g kacang tanah tanpa garam (bahan tambahan)

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
2. Di dalam periuk yang agak besar atau mangkuk tahan panas, masakkan mentega, madu, gula sehingga cair. Kemudian masukkan cornflakes dan kacang tanah. 
3. Aturkan cawan kertas di atas dulang pembakar. Kemudian, sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 8 minit sahaja.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan supaya cornflakes betul-betul keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
5. Hiaskan dengan chocolate rice yang biasa atau yang berwarna warni. Untuk menjadikan cornflakes ini unik, boleh juga meletakkan kismis, chocolate chip dan sebagainya. 

Selamat mencuba!


Post a Comment