Berjalan Tanpa Henti

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Target

Come on guys! we can do it!

Manusia, amnya, mahukan yang terbaik untuk masa depan mereka. Justeru mereka meletakkan target, sasaran untuk dipenuhi.

  • “apa azam baru kau sem ni?”
  • “aku ingat nak kejar semua pyat yang ada taun ni la”
  • “aku ingat nak buat duit la tahun ni, Moscow macam tempat senang buat bisnes je”
  • “aku ingat nak cari calon la, almaklum diri pon dah 6th year”


Pun begitu mereka selalu lupa, bahawa cita-cita besar mulanya dengan usaha yang biarpun kecil, namun "persistent" dan tidak henti-henti.

  • “eh kau ni, sembang cakap nak kejar semua pyat la, apa la, kelas tadi kenapa ponteng?”
  • “aku rasa kau ada cakap nak mula bisnes hari tu, apa cerita dok main game je 24 jam?”
  • “kot ye pon nak carik calon, potong la rambut tu dulu, dah macam mat ganja aku tengok, siapa yang hingin?”


Usaha

Kunci kejayaan sebenarnya adalah taqwa.
Seringkali kita gagal bila berbicara soal usaha, sasaran dan azam yang diniatkan semua lebur kerana banyaknya sembang kosong macam tin, tapi usaha tak ke mana.

Allah berfirman dengan kalamNya yang mulia yang bermaksud:


“Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami sungguh benar-benar akan Kami tunjukkan jalan Kami”
(Al-ankabut: 69)

Jika usaha yang dihampar setinggi gunung, masakan Allah yang Maha Pemurah akan membiarkan hambaNya terkontang-kanting keseorangan di jalanan, kan? Usaha, usaha dan usahalah lagi!

Niat

Main tarik tali. 
Bila kita hendak mula melangkah ke arah yang dituju, pastikan niat diletakkan di tempat yang betul. Bila niat terpesong, mudah sangat nak terjerumus nanti. Sokmo kita dengar hadis “sesungguhnya setiap amal itu dengan niat”, tapi bila tiba masa pengamalan, apakah bertepatan amalan/perbuatan kita dengan niat yang disasar? *muhasabah*


Langkah



“A journey of a thousand miles begins with a single step.”


Semester baru, azam baru.
Biar sekecil mana usaha mula, sepak mula kita,
jangan pernah berhenti mengejar sasaran yang tersemat di hati.

Langkah.
Teruskanlah melangkah.
Menuju syurga abadi.

Wallahu a’lam


Post a Comment