Warna-Warni Aidilfitri

0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim

Volgograd : Pada 22 September 2013, sebuah majlis sambutan hari raya telah diadakan di Hiroshima 8. Majlis ini secara tradisinya dianjurkan  oleh para pelajar tahun 4 VSMU, kali ini diketuai oleh saudara Muhammad Yusri dan saudari Syeeda Zaid dengan kerjasama badan-badan persatuan seperti AZAM Russia, MSA, IMAM, dan KUV. Majlis yang dirancang sejak semester lepas tetap dijalankan walaupun bulan Syawal telah lama berlalu namun kehangatannya masih terasa.

Lebih menarik dan unik lagi apabila sambutan kali ini bertempat di hadapan hostel Hiroshima bertemakan “outdoor” diiringi dengan angin musim luruh yang sepoi-sepoi bahasa. Majlis bermula dengan ketibaan “curator” para pelajar Malaysia , Nina Arsenevna  dan Vladislav Goncharenko. Seramai lebih kurang 200 pelajar Malaysia berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan antaranya qasidah bertajuk “ Ya Hanana” , akustika raya oleh pelajar tahun 4 dan tahun 3 , koir oleh para pelajar tahun persediaan, sketsa raya serta kuiz teka-teki dan tidak lupa penghargaan kepada para pelajar tahun 6. Sesungguhnya majlis yang berjaya dirancang dan dilaksanakan ini dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, ukhuwah sesama komuniti kecil para pelajar Malaysia di Volgograd. Tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus dalam memastikan kelangsungan majlis Warna-Warni Aidilfitri di samping warna-warni indahnya kehidupan saling mengenali, bantu-membantu dan bekerjasama.  


Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat,  49:13)

credit to Jonah Seeni


credit to Atika Abriza

credit to Jonah Seeni



Post a Comment