MENGENAL SANG PENCINTA

0 comments

Bismillahirahmanirahim…

Apabila masuk bulan Feburari, ramai akan menyebut pasal Valentine Day. Saya sendiri tidak pasti kenapa, masuk bulan ini sahaja, ramai akan menyebut pasal hari kekasih. Hurm, kata mereka mengenangkan kekasih masing-masing seperti perjuangan Romeo dengan Juliet. Kisah cinta abadi dan sejati. Mengalahkan kisah cinta Rose dan Jack dalam cerita Titanic jika dibanding.

Jadi, apa yang saya boleh katakan? Itu hanya satu kisah rekaan yang digambarkan oleh seorang penulis skrip dan penulis buku. Langsung tidak boleh diaplikasikan dalam realiti kehidupan. Itu semua fantasi sahaja. Jika ditanya kepada saya, jadi adakan wujud buku cinta sejati berdasarkan cinta sejati. Berani saya katakan “ada!”

Tidak percaya? Cuba bandingkan mana-mana kisah cinta Romeo dengan Juliet, Jack dengan Rose, Quasimodo dengan Esmeralda atau mana-mana kisah yang seumpama dengannya dengan kisah cinta yang sebenar ini.

Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki sanggup dicaci dan dimaki oleh masyarakatnya kerana cintanya? Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki yang hampir-hampir terjun gaung kerana terkejut tidak percaya kerana dicintai?Tahukan kamu, lelaki ini pernah berdiri sampai bengkak kaki kerana mahu menemui orang yang dia cintai. Tahukan kamu, lelaki ini pernah disisih oleh masyarakatnya kerana cintanya. Tahukah kamu, kerana cinta lelaki ini, ada satu kaum telah menjadi penyokong cinta dia yang paling kuat selepas dia telah tiada di dunia ini. Cuba bandingkan?

Inilah kisah cinta yang paling agong. Kisah yang tidak akan mensia-siakan masa dan tenaga bagi siapa yang mencubanya. Jadi siapakah lelaki ini? Siapakah kekasihnya? Siapa lagi jika bukan cinta Muhammad bin Abdulllah kepada Allah. Kisah cinta ini lebih indah dan dihayati jika dibaca dengan penuh perasaan rindu. InsyaAllah disini saya mahu mencadangkan satu buku mengenai kisah hidup Rasulullah dimana penuh dengan ibrah yang boleh diambil dan diamalkan.

Buku yang berjudul Fiqh Sirah karangan Muhammad Said Ramadhan Al Buti. Seorang Ulama dari Syria yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas di Homs. Buku ini sebenarnya telah ada lama dilaman web tapi tidak ramai yang tahu. Ini link yang saya boleh tolong bagi.

http://bahantarbiyah.com/?book=fiqh-sirah-jilid-1-said-ramadan-al-buti



InsyaAllah, semoga kisah cinta seorang hamba kepada Penciptanya ini mampu kita contohi.

Wallahua'lam


Post a Comment