NIZHNY NOVGOROD | NiNo BOYS' HANGOUT 2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.


Pada 2hb Mei – 3hb Mei 2014 yang lalu, AZAM Nizhny telah menganjurkan Boys’ Hangout yang berkonsepkan camping. Lokasi pilihan pada tahun ini adalah Doskino, sebuah kawasan yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari hostel pelajar. Antara hadaf yang cuba diketengahkan untuk Boys’ Hangout pada tahun ini adalah :-
1. mengeratkan hubungan antara junior dan senior
2. meraikan pelajar-pelajar senior 6th year
3. membentuk semangat kerjasama melalui aktiviti dan sifat disiplin ketika berprogram
4. melahirkan rasa ingin berubah dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik
5. merehatkan minda disamping mentadabbur alam ciptaan Allah yang indah.


Seawal jam 8.00pagi semua peserta telah berlumpul di depan hostel 3 untuk mendengar taklimat daripada PIC, Saudara Muiin bin Zahari. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan perjalanan ke lokasi camping. Setelah tiba di Doskino, setiap peserta mula sibuk mendirikan khemah masing-masing dan kemudian, pada jam 1.00 petang para peserta bersama-sama mendirikan solat jumaat.
Sejurus selepas solat, makanan tengah hari dihidangkan dan kemudian aktiviti bermula tepat jam 3.30 petang. Pada sebelah malam pula, peserta membuat unggun api sebelum aktivti BBQ dijalankan. Pada keesokkan harinya, solat subuh berjemaah dan bacaan Mathurat telah menjadi aktiviti pertama buat peserta. Kemudian, peserta menikmati sarapan dan aktiviti diteruskan lagi. Disebabkan cuaca yang agak sejuk pada hari itu, camping ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan. Camping diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan ucapan penghargaan serta sesi fotografi.
Tahniah diucapkan kepada PIC dan AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Boys’ Hangout ini. Diharapkan, hangout pada tahun ini, dapat mencapai hadaf serta mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan peserta di samping mendekatkan diri lagi dengan Allah SWT dengan mentadabbur alam ciptaanNya yang tiada tandingan ini. Sesungguhnya firman Allah SWT yang bermaksud :
“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteran dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” 
[Surah Ar Ra’d : 28]


Wallahualam.










Post a Comment