NEED A CHANGE STUDY PLACE?CHECK IT OUT!

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)




Feeling the exam blues yet?
Mana dengan tests yang tidak habis lagi…
Mana dengan  musim imtihan yang akan kunjung tiba…
Mana dengan otrabotka yang belum terbayar lagi…
Mana dengan kewajipan-kewajipan lain yang perlu kita buat lagi…

Kadang-kadang, ada pelajar yang tidak boleh belajar di bilik sendiri. Distractions are everywhere – percayalah, apabila komputer riba ada di depan mata bersama-sama dengan internet, perlahan-lahan tumpuan kita akan beralih daripada buku di depan mata. Ada juga yang sekadar menukar angin dan mencuba untuk belajar di tempat-tempat lain.

So, let’s be creative! Banyak tempat boleh dijadikan sebagai tempat belajar – taman rekreasi, restoran makanan segera, common room/study room (selalunya di asrama kediaman pelajar), ataupun perpustakaan awam di lokaliti masing-masing. Penulis sendiri tidak boleh belajar di suatu tempat sahaja, sebab itulah penulis suka mencuba untuk belajar di tempat-tempat asing.

Sedangkan apabila kita berbulatan gembira dengan teman-teman riang ria kita pun selalu bertukar-tukar, kita buat mesyuarat program pun bukannya di tempat yang sama sahaja, so why not change our study place?

~MOSCOW~


rus_mo_l01.jpg

Nama:Perpustakaan Negara Russia(Российская государственная библиотека)

Penerangan:Perpustakaan negara Rusia , yang terletak di Moscow. Ia adalah perpustakaan yang terbesar di negara ini dan yang keempat terbesar di dunia

Pada tahun 1925,ia dinamakan Perpustakaan VI Lenin sehinggalah pada tahun 1992 ia dikenali sebagai Perpustakaan Negeri Rusia.Perpustakaan ini mempunyai lebih 275 km rak dengan lebih daripada 43 juta barangan , termasuk lebih 17 juta buku dan jilid siri, 13 juta jurnal, 350 ribu skor muzik dan rekod bunyi, 150 000 peta dan lain-lain. Terdapat juga item dalam 247 bahasa di dunia,bahagian asing yang mewakili kira-kira 29 peratus daripada keseluruhan koleksi.

Perpustakaan ini juga menyediakan bilik-bilik khas sebagai ruang membaca. Bagi sesiapa yang sukakan suasana yang tenang tanpa gangguan daripada sekeliling,anda boleh meluangkan masa di sini.

Jika anda ingin membuat kad perpustakaan bagi tempoh 5 tahun,anda perlulah membayar sebanyak 100rubles sahaja.

Dibuka pada:
Isnin -Jumaat: 9.00am-8.00pm
Sabtu: 9.00am-7.00pm
Ahad : Tutup

Alamat: Vozdvizhenka, 3/5, str. 2,Moscow ,Russia

~VOLGOGRAD~




Nama: Библиотека имени М.Горького
Lokasi: Port Saida
Penerangan: Perpustakaan ini mempunyai pelbagai kemudahan bagi para pelajar seperti wi-fi, aircond, komputer, mesin fotostat. Anda hanya perlu membuat pendaftaran untuk kad perpustakaan yang juga perlu dibaharukan setiap tahun. Perpustakaan ini juga berdekatan dengan kedai seperti Rivera, Kvadrat dan sebagainya


~NIZHNY NOVOGRAD~
Bagi warga Nizhny Novgorod, kebiasaannya mereka lebih gemar memilih untuk belajar di restoran kerana lokasi library yang agak jauh dari hostel.

Lokasi : Ploshad Gorkova, Ulitsa Balshaya Pakrovskaya
Panduan ke sana : Bus 43 & 30. Berhenti di stop Ploshad Gorkova. Kemudian, jalan menuju ke kawasan walking street.
1. Nama restoran : Perchini
Penerangan : 
• Lunch set yang menawarkan western food dengan harga serendah 129ruble bagi setiap hidangan
• Suasana yang selesa dan tenang
• Hiasan dalaman yang menarik dan perkhidmatan WiFi percuma.

2. Nama restoran : Sushi House
Penerangan :
• Hidangan sushi dengan harga yang murah berbanding restoran lain
• Menjadi lokasi kegemaran pelajar untuk meluangkan masa bersendirian mahupun bersama teman untuk belajar.
• Servis yang cepat

Selain dua restoran ini, terdapat beberapa lagi restoran yang boleh menjadi lokasi untuk belajar seperti Burger King, KFC, Sheri Hari, Cinnabon,Traveler’s Coffee, Biblioteka dan Coffee Cake.







~KURSK~

Di lokaliti Kursk, ada tempat-tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat belajar. Contohnya:



1. Zhar Pizza Fast Food Restaurant – salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar di sini. Salah satu chain restaurant ini terletak amat berdekatan dengan Kursk State Medical University (kira-kira lima minit berjalan kaki) dan Hostel No. 5 (kira-kira sepuluh minit berjalan kaki).

2. Perpustakaan Kursk State Medical University – terletak di dalam kampus universiti, dan selalunya menjadi tempat pelajar belajar sementara menunggu peralihan masa kelas. Masa kemuncak ketika waktu tengah hari, ketika ramai pelajar berada di dalam kawasan kampus. Pelajar boleh mendapatkan buku teks, buku rujukan, dan juga sebahagian nota-nota kuliah serta buku teks dalam format elektronik di kaunter pertanyaan. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan komputer di dalam perpustakaan yang dilengkapi dengan akses internet.

3. Food Court, Pusat Beli-Belah Pushkinski – terletak di tingkat teratas bangunan Pushkinski. Terdapat banyak pilihan kedai makan yang boleh dipilih untuk mengalas perut sambil menelaah. Sambil menyelam, minum air. Tidak begitu?

4. Study room/common room yang terletak di asrama kediaman pelajar. Selalunya akan ada pelajar memenuhi kawasan study room pada waktu malam. Dan tempat ini akan menjadi tumpuan ketika demam imtihan dirasai pelajar. Selalunya dilengkapi dengan perkara-perkara asas seperti meja dan kerusi.

~ST PETESBURG~




Nama : Chitalniy Zal (Читальный Зал) Universiti
Lokasi : Ulitsa Lotsmanskaya, State Marine of Technical University (SMTU)
Penerangan : Zal ini berada di tingkat 3 berdekatan dengan perpustakaan universiti. Para pelajar kejuruteraan perkapalan di sini khususnya boleh meluangkan masa belajar yang berkualiti tanpa sebarangan gangguan atau memilih kediaman masing-masing sebagai pilihan terbaik. 





Sebenarnya, banyak tempat boleh dicuba untuk belajar, penulis hanya menyenaraikan beberapa tempat yang penulis biasanya pergi. Pelajar-pelajar boleh cuba untuk ke tempat-tempat ini dan menelaah.
Selamat mencuba!

Selamat belajar!

Wallahua'lam.



Post a Comment