KURSK | MAGNA FAMILIA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wbt.

“Sesungguhnya orang-orang yang beiman itu adalah bersaudara, maka damikanlah di antara dua orang saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (49:10)



Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Allah s.w.t kerana program “Magna Familia” anjuran PPIM dan Kelab UMNO lokaliti Kursk telah berjaya dijalankan walaupun ada beberapa halangan yang kami sendiri tidak dapat jangkakan.

Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2014 yang lalu, bertempat di Tasik Arka. Program ini telah disertai oleh warga Muslimin dan Muslimah Kursk yang diadakan secara berasingan bagi menjaga ikhtilat sesama warga Muslimin dan Muslimah.

Berikut adalah ringkasan tentatif Program Magna Familia:

1. Pembukaan majlis dengan surah al-Fatihah

2. Slot tazkirah

3. Solat Dhuha secara berjemaah

4. Sesi aktiviti (nota: aktiviti Muslimin dan Muslimah adalah berlainan)

- Selepas aktiviti selesai berlangsung, pelajar dikumpul semula untuk memberi ibrah yang mereka dapat melalui aktiviti yang telah mereka sertai.

- PIC aktiviti dan pengacara majlis akan menerangkan ibrah yang sepatutnya pelajar-pelajar dapat melalui aktiviti yang mereka jalankan.

5. Sesi menjamu selera

6. Sesi fotografi

7. Solat Zohor berjemaah

8. Bersurai

Maha suci Allah, Dialah sebaik-baik perancang. Walaupun pada hari itu, cuaca agak mendung, perjalanan ke lokasi agak berlumpur dan becak, dan hujan renyai turun membasahi bumi Kursk, tetapi itu tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar untuk ber-BBQ dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar juga boleh membina ukhuwah yang lebih kukuh melalui program ini.

Dalam warga Muslimin dan Muslimah Kursk berseronok dan mengalihkan fikiran daripada pelajaran untuk seketika, isu peduli ummah tidak dilupakan dan atas dasar inilah semua aktiviti yang telah dijalankan, AJK aktiviti turut menyelitkan hikmah setiap aktiviti dengan isu yang sepatutnya pelajar-pelajar ambil tahu dan ambil peduli.

Harapan penulis, agar semua pelajar yang telah datang ke program sehari ini dapat menanam perasaan ambil tahu kepada nasib saudara-saudara seagama kita di semua wilayah-wilayah yang bergolak dan saban hari berjuang untuk kehidupan mereka.

Bagi pihak penganjur program Magna Familia, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke program ini. Sehubungan dengan itu, penulis juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya.













Wallahu’alam.


Post a Comment