Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Bertemu kembali dalam Friday Wrap pada minggu ini.
Ribuan Kanak-kanak di Mali Diancam Maut Akibat
Kekurangan Zat Makanan
Jumaat, 07/02/2014
BAMAKO - PBB telah memberi amaran bahawa ribuan
kanak-kanak di Mali menghadapi bahaya kematian jika mereka tidak menerima
rawatan yang tepat pada waktunya. PBB mengesahkan kira-kira 800,000 orang
memerlukan bantuan kemanusiaan mendesak di negeri ini.
Bantuan kemanusiaan
sebanyak 476.9 juta dolar diperlukan, tetapi hanya separuh yang terima, 264.40
juta dolar pada tahun 2013. Jumlah pelarian dalaman di Mali kini telah menurun
menjadi 200,000 daripada 350,000 orang.
Israel Serang Al Aqsa, Puluhan Cedera
Sabtu, 08/02/2014
AL QUDS - Puluhan jemaah Muslim Palestin cedera
setelah pasukan Israel menyerbu Al-Aqsa di Al-Quds pada hari Jumaat, 7
Februari. Mereka melepaskan bom tangan setrum dan peluru getah kepada para
jemaah.
Pertengkaran
meletus setelah pasukan Israel menyerbu kompleks Al-Aqsa pada hari Jumaat,
melepaskan bom dan peluru getah menyebabkan para jemaah cedera. Jemaah membalas
dengan melemparkan batu dan melaungkan, "
Kami mengorbankan darah dan jiwa kami untukmu Aqsa " .
Penjaga masjid
mengatakan bahawa pasukan Israel menutup gerbang Al Qibali dan menyembur gas
pemedih mata ke arah para jemaah. Yayasan Wakaf Al Aqsa mengatakan bahawa
pasukan Israel telah menghalang jemaah Palestin dari masuk dan keluar dari
kompleks masjid.
Sekurang-kurangnya
20 orang termasuk kanak-kanak, cedera dalam kekerasan itu. Saksi mengatakan
pasukan Israel juga memukul kaum wanita dan menangkap beberapa orang Palestin.
Pertengkaran terjadi kurang dari sebulan selepas Menteri Perumahan dan
Pembinaan Israel, Uri Ariel , berkata Tel Aviv merancang menukar Masjid Al
Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam sebagai sebuah kuil Yahudi.
Pernyataan itu
membuat rakyat Palestin marah dan mengutuk rancangan itu sebagai pencabulan hak
dan merupakan sebahagian dari usaha berterusan rejim Israel untuk meyahudisasikan
Masjid Al Aqsa dan Al-Quds.
Wanita Anti-As Sisi Diseksa di Penjara
Sabtu, 08/02/2014
KAHERAH - Sramai
200 orang penyokong perempuan presiden Mohamed Mursi yang ditahan dalam penjara dua bulan lalu
menghadapi penyiksaan.
Kira-kira 200
wanita telah ditahan sejak penerapan hukuman anti-protes, “Wanita Menentang
Kudeta”. Undang-undang anti-protes terbaru Mesir mewajibkan kumpulan yang
melakukan protes secara umum untuk meminta izin dari Kementerian Dalam Negeri
sebelum melakukan protes. Kumpulan itu berkata bahawa 35 pelajar perempuan dari
Universiti Al-Azhar ditahan di penjara-penjara Mesir.
Jumlah tertinggi
wanita yang ditangkap berlaku pada 27 Disember apabila 40 penyokong perempuan
Mursi ditangkap. Enam mahasiswi Al-Azhar mendapat satu tahun hukuman penjara
pada bulan Januari dan enam wanita pro-Mursi dijatuhi hukuman lima tahun
penjara. Tahanan wanita turut dipaksa menanggalkan pakaian di dalam pejabat
polis. Mereka juga dipukul dan ditempatkan di sel penjara yang buruk.
Tahanan turut dipaksa
untuk menjalani teskehamilan dan keperawanan dengan cara yang memalukan dan
tidak berperikemanusiaan dan kemudian ditempatkan bersama tahanan jenayah. Organisasi
Hak Asasi Manusia Arab yang berpusat di London berkata pada hari Rabu bahawa
pihaknya telah menerima aduan dari keluarga 12 mahasiswi yang ditahan bahawa
anak perempuan mereka mendapatkan penderaan, penghinaan dan gangguan seksual di
tangan pegawai keselamatan.
Hassan Al Banna Ditangkap Kerana Hantar Gambar ke Al
Jazeera
Isnin, 10/02/2014
KAHERAH - Kerajaan
Mesir telah menahan seorang lelaki kerana menjadi ahli Ikhwanul Muslimin dan
bekerja sama dengan rangkaian berita Al Jazeera. Sumber mahkamah Mesir
mengatakan pada hari Ahad bahawa pihak berkuasa telah menahan Hassan Al Banna
kerana dianggap menjadi organisasi pengganas dan menghantar foto - foto untuk
Al Jazeera.
Al Banna telah
dituduh memanipulasi foto yang bertujuan merosakkan imej pasukan keselamatan
Mesir. Sumber mahkamah mengatakan Banna diperintahkan untuk ditahan selama 15
hari sementara menunggu penyelidikan.
Lelaki yang
ditangkap pada sabtu malam itu mempunyai nama yang sama dengan pengasas
Ikhwanul Muslimin yang dibunuh pada tahun 1949. Tetapi tidak ada bukti bahawa
kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan.
Tiga wartawan Al
Jazeera, Peter Greste ( warga Australia ), Mohamed Fahmy ( warga Kanada - Mesir
) dan Mohamed Baher ( Mesir ) ditahan di Kaherah pada tarikh 29 Disember dan
masih dalam tahanan, seperti empat wartawan lain yang bekerja untuk rangkaian
Al Jazeera.
Kejahatan Seks Tentera AS di Jepun Meningkat
Isnin, 10/02/2014
TOKYO - Bilangan serangan seksual yang dilakukan
oleh anggota tentera AS di Jepun terus meningkat. Hal ini disebabkan tentera
yang melakukan gangguan seksual tidak menerima sebarang hukuman atau mendapat
hukuman yang sangat ringan.
Menurut dokumen
yang diperolehi oleh Associated Press, anggota tentera Amerika terlibat dalam
lebih dari 1000 kejahatan seksual antara tahun 2005 hingga 2013 di Jepun,
demikian laporan Press TV, Isnin 10 Februari.
"Ratusan
catatan memperincikan siasatan jenayah seks yang melibatkan anggota tentera AS
yang ditempatkan di Jepun , menunjukkan sebahagian besar pelaku tidak dipenjara
atau hanya menerima hukuman ringan selepas dituduh pelanggaran serius. Mangsa
serangan seksual juga semakin bimbang bekerjasama sewaktu penyiasatan,"
kata laporan itu.
Laporan itu
menambah bahawa jumlah jenayah seksual oleh pasukan AS sangat tinggi di pulau
Okinawa , di mana kira-kira setengah dari 50,000 pasukan AS di Jepun
ditempatkan. Kejahatan seks terhadap warga Okinawa telah mencetuskan protes
terhadap kehadiran tentera AS di sana. Laporan itu juga menunjukkan bahawa
proses kehakiman yang melibatkan kes-kes jenayah seksual oleh tentera AS sangat
tidak konsisten.
Ceroboh, Tentera Israel Terkena Gas Pemedih Mata Dalam
Kenderaan Mereka
Selasa, 11/02/2013
Tebing Barat -
Mereka dianggap salah satu kekuatan tentera dengan persenjataan paling lengkap
di dunia. Tetapi, malang bagi keempat anggota tentera Israel ini, peralatan
berteknologi tinggi mereka menjadi bumerang selepas koleksi bom gas pemedih
mata meletup di bahagian belakang van perisai mereka. Para askar kelihatan
berhamburan keluar dari bahagian belakang kenderaan yang berhenti wilayah dekat
Sungai Yordan, Tebing Barat.
Peristiwa itu
berlaku berhampiran kampung Bilin, di tengah-tengah wilayah Tebing Barat. Para
askar telah mengejar pemuda di kampung tersebut setelah berlaku pertengkaran
antara pasukan Israel dan penduduk setempat. Demikian seperti dilansir Daily
Mail, Selasa ( 11/2/2014 ).
Dengan mata merah,
para tentera yang terkena kesan gas air mata tersebut hanya boleh terbaring di
atas jalan. Senjata mereka dan bahan letupan lain yang pada mulannya berada di
dalam van bertaburan di atas jalan selepas insiden ini berlaku.
Gas pemedih mata
sering digunakan sebagai satu cara pengendalian massa. Gas mampu merengsakan
mata , hidung , mulut dan paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas
dan buta sementara serta kesakitan.
Gereja Rusia Mensasarkan Pendatang Muslim Dalam Misi
Memurtadkan
Selasa, 11/02/2014
MOSCOW - Seorang
pendeta di Moscow telah mengumumkan rancangan Gereja Ortodoks Rusia untuk
memurtadkan imigran Muslim dengan penerbitan semula Injil dalam bahasa Asia
Tengah, termasuk Uzbekistan dan Tajikistan.
Baru-baru ini,
ketegangan etnik yang terjadi telah dilaporkan berlaku di Moscow. Di mana
pendatang Asia Tengah dan Kaukasus menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi.
November lalu, beribu-ribu ultra-nasionalis Rusia melakukan demonstrasi di
Moscow menentang pendatang Muslim di negara itu.
Menurut Dimitry,
pekerja asing biasanya bekerja selama dua belas jam sehari di lokasi pembinaan
sebagai pembersihan jalan atau di sektor perkhidmatan memilih untuk menghantar
wang mereka kepada keluarga yang memerlukan di negara asal mereka. Bagi gereja
Ortodoks, para pekerja yang putus asa yang datang ke Moscow untuk mencari
pekerjaan, mudah didekati dengan injil yang diterjemahkan.
Dimitry mengatakan
bahawa pihak gereja akan membantu para pendatang dengan bergabung menjadi
anggotanya. Rancangan Gereja Ortodoks turut dikritik oleh para pemimpin Muslim
Rusia. "Ini tidak lain hanyalah sebuah usaha mubaligh," Gejdar Jemal,
ketua Jawatankuasa Islam Rusia, ketua Gerakan Warisan Masyarakat Islam Rusia,
dan ahli tetap Persidangan Rakyat Islam - Arab, berkata kepada Uznews.net.
Jemal mempersoalkan
niat gereja dan mengatakan bahawa teks-teks injil Ortodoks telah diterjemahkan
pada masa lalu ke dalam bahasa yang berbeza, termasuk bahasa Arab. Dia menambah
bahawa injil ortodoks Rusia turut diterjemahkan ke dalam bahasa Uzbek dan Tajik
pada awal tahun 1980.
Israel Lakukan 2 Kali Serangan Pada Malam Isnin
Selasa, 11/02/2014
GAZA - Tentera
Israel telah melakukan dua kali serangan udara di Gaza, mensasarkan bahagian
tengah dan utara wilayah Palestin yang terkepung. Menurut sumber-sumber
Palestin, serangan pertama dilakukan di dekat kem pelarian Nuseirat di pusat
Gaza Isnin malam, Press TV melaporkan.
Serangan kedua
mensasarkan bahagian utara Gaza berhampiran dengan Beit Lahiya, sumber-sumber
menambah. Tidak ada laporan mengenai korban yang cedera atau meninggal. Pada 9
Februari, dua warga Palestin cedera, satu kritikal, dalam sebuah serangan udara
Israel di Gaza. Pada 22 Januari, pasukan Israel melancarkan serangan udara sama
di Gaza yang dikepung, membunuh dua warga Palestin.
Pada akhir Disember
2013, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengancam melakukan lebih
banyak serangan terhadap Gaza selepas tentera Israel melancarkan beberapa serangan
udara di Bandar Gaza.
10,000 Orang Syria Berpindah ke Turki Dalam 10 Hari
Terakhir
Rabu, 12/ 02/2014
ISTANBUl - Lebih
daripada 10,000 rakyat Syria melarikan diri dari konflik di negara mereka,
telah menyeberangi Gerbang Sempadan Cilvegozu ke Turki selatan pada sepuluh
hari terakhir, kata pihak berkuasa tempatan.
Mereka yang cedera
dalam pertempuran diangkut oleh kaum kerabat mereka ke gerbang sempadan yang
terletak di daerah Reyhanli, wilayah Hatay dan dipindahkan dengan ambulans ke
rumah sakit di seluruh bandar, demikian laporan worldbulletin.net, Selasa 11
Februari.
Lebih daripada dua
juta kini disenaraikan sebagai pelarian di negara-negara jiran seperti Turki,
Jordan, Lubnan dan Iran. Menurut data terkini dari kerajaan Turki, jumlah
pelarian Syria di Turki di kem-kem sempadan dan di pusat bandar telah melebihi
714,000. 70 % dari pelarian adalah wanita dan kanak-kanak.
Amnesty International : Pembersihan Etnik Berlaku di
Afrika Tengah
Rabu, 12/02/2014
NEW YORK - Sebuah
kumpulan hak asasi berkata gerakan " pembersihan etnik " sedang
dilancarkan terhadap orang awam Muslim di Republik Afrika Tengah, di mana
pasukan penjaga perdamaian antarabangsa tidak mampu mencegah.
Amnesty
International mengeluarkan laporan pada hari Rabu mengatakan bahawa mereka telah
mendokumentasikan sekurang-kurangnya 200 pembunuhan Muslim oleh militia Kristian
di bahagian barat negara itu.
" '
Pembersihan Etnik ' Muslim telah dilakukan di bahagian barat Republik Afrika
Tengah, bahagian yang paling padat penduduknya di negara itu sejak awal Januari
2014, " kata Amnesty sebagaimana yang dilaporkan oleh Press TV. Kumpulan
hak asasi juga mengatakan bahawa serangan terhadap umat Islam itu dilakukan
dengan pembiaran kerajaan sehingga seolah-olah berniat untuk mengusir paksa
Muslim dari negara itu.
"Milisi Kristian
menganggap Muslim sebagai" ' orang asing ' yang harus meninggalkan negara
itu atau dibunuh, " kata Amnesty.
Sementara itu,
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengatakan bahawa negara yang dilanda perang
boleh dibahagikan menjadi dua dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk
mencegah kekejaman di CAR.
Imam Di Afrika Tengah Berjanji Tetap Tinggal di Bangui
Khamis, 13/02/2014
BANGUI – Kesan
penderitaan Muslim di negara Republik Afrika Tengah, seorang imam Bangui Muslim
berkongsi kesaksian mengerikan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap
Muslim di negara itu.
"Saya tidak ingin meninggalkan Bangui, saya ingin
menjadi Muslim Afrika Tengah terakhir yang meninggalkan negara ini atau
sekurang-kurangnya Muslim terakhir yang dikebumikan di sini," kata seorang Imam di Bangui kepada program Newsday BBC pada hari Isnin
10 Februari, demikian laporan onislam.net.
"Negara ini
adalah tempat istirehat terakhir dari ayah dan ibu saya," tambah imam itu
dengan rasa sedih. "Mereka sudah membakar sebahagian besar masjid di ibu
negara, hanya segelintir masjid tetap tak disentuh di kawasan kami."
Meskipun ribuan
Muslim meninggalkan negara mereka, imam, yang namanya tidak dikenal pasti oleh laporan
BBC, menolak untuk berpindah dan tetap berlindung dengan umat Islam yang
tinggal di sebuah daerah di Bangui yang majoritinya Muslim.
Selama beberapa
minggu terakhir, ribuan Muslim yang ketakutan melarikan diri diri pembunuhan,
rompakan dan gangguan oleh militan bersenjata dari majoriti Kristian di bandar
Bangui. Hal ini kerana meningkatnya serangan terhadap umat Islam di Republik
Afrika Tengah.
Militan Kristian
anti-Balaka menyerbu rumah Muslim kemudian membunuh kanak-kanak dan perempuan
dan menjarah dan merosakkan bangunan, laporan PBB mendedahkan.
Projek Meyahudisasikan Al Quds, Israel Bangun Sekolah
Di Al Quds
Khamis, 13/02/2014
AL QUDS - Israel
telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah sekolah agama Yahudi di Al-Quds
bersama dengan kemudahan penempatan lain sebagai usaha meyahudinisasikan bandar
suci Al Quds. Sewaktu perancangan itu diumumkan, pasukan Israel menyerbu
beberapa buah rumah di Al-Quds dan menangkap lima orang kanak-kanak warga
Palestin.
Menurut keterangan
saksi, kanak-kanak yang ditangkap berada di bawah umur 15 tahun dan diculik
dari bandar tua dan persekitaran Oqbah al-Khalidiya. Penangkapan baru
meningkatkan bilangan kanak-kanak Palestin yang ditahan oleh pasukan Israel
(kira-kira 200 orang), menurut pengiraan bukan rasmi.
Pada tahun 2013,
Israel telah menghancurkan lebih dari 500 rumah warga Palestin di Tebing Barat
dan Jerusalem yang diduduki, menurut PBB. Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat
Islam dan merupakan tempat suci ketiga setelah Ka'bah di Makkah dan Masjid Nabi
Muhammad di Madinah, Arab Saudi.
Sekian sahaja
paparan berita Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang
kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk mengetahui
kebenaranya) dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu suatu kaum dengan
perkara yang tak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan”.
[al-Hujurat 49:6]
Post a Comment