FRIDAY WRAP ( 29 OCT - 2 NOV )

0 comments


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Azam Russia membawakan anda beberapa berita dunia minggu ini yang mungkin dapat digunakan untuk sesi akhbar alam islami usrah anda.


Gaza - Satu perjanjian damai tidak bertulis antara Israel dan Hamas yang diuruskan oleh Mesir terhenti setelah pejuang Hamas membedil kawasan Israel sebagai balasan terhadap serangan udara yang dilakukan Israel di persisiran pantai Gaza.
Penduduk di selatan Tebing Gaza berkata tentera Israel menyebarkan risalah melalui udara mendesak supaya tidak membantu pejuang yang membedil kawasan Israel itu.

Pesawat pejuang F-16 Israel melakukan serangan secara berturut pada pagi Ahad dan Isnin pagi dan tiada laporan kematian dilaporkan setakat ini.
Sejak 22 Okt pesawat pejuang Israel dan kereta kebal telah mengorbankan sembilan rakyat Palestin dan mencederakan 14 lain.


Tehran - Iran menegaskan bahawa negara itu akan membantu Syria menghadapi sebarang plot-plot asing yang cuba menggugat negara itu. Perkara itu disuarakan oleh setiausaha Majlis Keselamatan Iran, Saeed Jalili kepada menteri sumber asli Syria, Said Hneidi.

Barat dan beberapa negara Arab lain menggesa untuk Assad berundur manakala Russia dan China berusaha untuk menghalang perkara itu berlaku. Menurut satu sumber dari Amerika Syarikat konflik di Syria telah mengorbankan 30 000 nyawa.




Paris - Russia berkata bahawa pengunduran Presiden Bashar al-Assad tidak akan membantu membawa sebarang perubahan untuk mengakhiri konflik selama 19 bulan di Syria. Perkara itu dinyatakan oleh Sergei Lavrov, menteri luar Russia.
Tiada sebarang solusi yang dapat mengakhiri konflik itu memandangkan senjata dibekalkan oleh negara-negara bersebelahan.

Presiden Russia, Vladimir Putin telah berjanji untuk tidak membenarkan ulangan semula kejadian yang berlaku di Libya dimana pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terbunuh dalam kempen perang Nato itu.




Kuala Lumpur - Dua orang rakyat Malaysia ditahan di Lubnan setelah didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda. Menurut satu sumber lain, mereka bertujuan untuk berjuang bersama-sama mujahidin Syria, tetapi ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan dalam perjalanan ke sana.

Razif Mohammad Arifin dan Razih Shahar Mustapha Kamal diwakili oleh empat peguam dan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan berkata tribunal itu dipengerusikan oleh tiga orang hakim, dan mereka sedang mengkaji pertuduhan itu sebelum membuat keputusan.

Sama-sama kita mendoakan supaya dua orang saudara kita ini dibebaskan dari pertuduhan itu.insyaAllah.

Sekian saja laporan Azam Russia kepada anda minggu ini. Semoga hujung minggu anda dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat kepada diri dan ummah.
Assalamualaikum



Post a Comment