SAMBUTAN RAYA AIDILADHA
Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi peluang kepada kita untuk merasakan nikmat yang terbesar ini, iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.
Sekalung tahniah kepada Azam Russia kerana telah berjaya menganjurkan program yang bukan sahaja dapat menjana ukhuwah sesama masyarakat muslim, tetapi pada masa yang sama program sebegini menjadi medium untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
MOSCOW
NIZNY NOVGORAD
Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi peluang kepada kita untuk merasakan nikmat yang terbesar ini, iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.
Sekalung tahniah kepada Azam Russia kerana telah berjaya menganjurkan program yang bukan sahaja dapat menjana ukhuwah sesama masyarakat muslim, tetapi pada masa yang sama program sebegini menjadi medium untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
"Demikianlah (perintah Allah).
Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu
timbul dari ketaqwaan hati." (Al-Hajj 22:32)
MOSCOW
28 Oktober, Embassy Malaysia di Moscow – Diketuai oleh
saudara Ridhawanul dan saudari Nurul Ain Sulaiman, sambutan hari raya kali ini
telah dijayakan oleh gabungan kedutaan dan Azam Rusia Moscow.
Pada pukul 9 pagi, aktiviti melapah daging dan memasak telah
dijalankan dengan dibantu oleh pelajar-pelajar Moscow dan staf-staf kedutaan.
Pada pukul 1 tengahari, para hadirin dikumpulkan di dalam dewan dan
bersama-sama mendengar tazkirah oleh saudara Hafizzudin dan seterusnya beliau
mengimamkan solat zuhur berjemaah. Selesai solat, para hadirin beratur untuk
mengambil makanan. Pelbagai juadah yang lazat telah disediakan.
VOLGOGRAD
Tanggal 28hb Oktober 2012, telah berlangsung sambutan Hari
Raya Aidiladha yang bertempat di masjid Lingoranskaya. Sambutan ini telah
dianjurkan olah AZAM Russia.
Majlis bermula tepat pada pukul 9.30 dengan pendafaran
muslimah. Kad penghargaan telah diberikan kepada peserta yang terlibat dengan
program korban dan sedekah. Kemudian majlis diteruskan dengan dengan alunan
suci takbir raya. Majlis turut dimeriahkan dengan gerai jualan kuih-muih.
Antara kuih-muih yang dijual pada hari tersebut adalah kuih ketayap, sandwich,
kek batik dan brownies. Tujuan jualan ini adalah untuk menjana ekonomi AZAM
disamping sebagai alas perut para tetamu.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari wakil AZAM
bagi pihak muslimah, iaitu saudari Siti Nur Athirah binti Hamdan. Beliau
menekankan bagaimana pentingnya pengorbanan dalam kehidupan seorang muslim.
Untuk memeriahkan lagi majlis, kami disajikan dengan tayangan video.
Majlis diserikan lagi dengan Kuiz Qurban yang dikendalikan
oleh saudari Atikah binti Jamil dan para pemenang tidak pulang dengan tangan
kosong. Slot seterusnya adalah Slot Aktiviti yang dikendalikan oleh Nawal
Amalina. Muslimah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diberi
penyedut minuman dan perlu membina bangunan yang stabil dan kukuh. Untuk
mendapatkan bahan tambahan seperti pelekat, ahli daripada setiap kumpulan perlu
memberi barang yang persendirian (telefon, duit, dan sebagainya) sebagai tukar
ganti. Hikmah disebalik aktiviti ini bukanlah semata-mata untuk merapatkan
ukhwah antara peserta, tetapi lebih dari itu, iaitu untuk menerapkan nilai
berkorban dalam setiap jiwa muslimah. Para peserta kemudian disajikan dengan
yang sungguh menarik dan bermotivasi daripada pelajar tahun satu.
Tepat jam 11 pagi, ruangan masjid dibanjiri oleh para
pelajar muslim. Sesi kemudian diteruskan dengan ucapan dari wakil Azam Volgograd,
iaitu saudara Firdaus Zaid. Beliau mengingatkan kembali para peserta mengenai
pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Kemudian Slot
Fiqh Luar Negara mengambil tempat. Slot ini dikendalikan oleh dua penceramah,
iaitu Mohd. Rafiuddin bin Hamizan dan
Wan Edzrul Redza Wan Syahidan. Mereka membicarakan tentang penggunaan khuf,
solat jamak’ dan mengenai sembelihan ahli kitab. Majlis diakhiri dengan
pembahagian daging korban dan sedekah kepada para pelajar yang datang
memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha ini.
Alhamdulillah, pada 27 Oktober 2012,
telah berlangsungnya sambutan Hari Raya Aidiladha, di Nizhniy Novgorod. Majlis
ini dianjurkan oleh pihak AZAM Russia dan melibatkan kesemua pelajar Muslim di
Nizhniy Novgorod.
Majlis bermula pada pukul 12.45
tengah hari dengan ucapan oleh saudara Azizan Azfar. Beliau menceritakan se
rba sedikit sejarah kurban dalam
agama Islam dan juga memberi peringatan untuk memperbetul niat. Semoga semua
usaha ibadah kita tidak sia-sia dan diterima Allah. Majlis diteruskan dengan
bacaan doa dan tilawah ayat suci Al-Qur’an oleh saudara Muhammad Hafiz bin
Yusof.
Seterusnya merupakan slot tazkirah
oleh saudara Azli bin Nasiruddin. Beliau telah berkongsi sebuah video oleh Imam
Suhaib Webb. Dalam video tersebut, Imam Suhaib Webb memberi sedikit pencerahan
tentang kisah kurban Nabi Ibrahim, yang sebenarnya, dalam diri setiap orang,
adanya Ismail yang tersendiri. Ismail ini ialah metafora bagi pengorbanan yang
perlu kita lakukan. Semua orang ada sesuatu yang perlu dikorbankan atau
ditinggalkan untuk agama ini. Walau bagaimanapun, kita tidak sepatutnya sedih
ataupun risau kerana sesungguhnya, apabila kita meninggalkan sesuatu demi
Allah, maka Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.
Dalam video tersebut juga, Imam
Suhaib Webb telah berkongsi tip-tip untuk kita melakukan pengorbanan – pilih
untuk melakukan pengorbanan yang realistik atau yang kita rasa kita mampu
lakukan, berada dengan orang atau sahabat yang baik kerana mereka mampu
membantu kita untuk berubah dan akhir sekali ialah menguruskan masa dengan
bijak.
Di akhir program, saudara Azizan
lagi sekali mengingatkan yang sesungguhnya, semua pengorbanan itu memerlukan
mujahadah.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak Azam Russia.Semoga program sebegini dapat diteruskan dalam usaha menerapkan nilai-nilai kefahaman Islam dalam diri masyarakat Muslim di bumi soviet ini.
Post a Comment