AZAM mengajak pelajar Muslim untuk mengenal Sejarah Ketamadunan Islam

0 comments
VOLGOGRAD

Pada 7 Oktober 2012, bertempat di Masjid Linggoranskaya, Volgograd, AZAM Russia telah mengadakan daurah yang bertajuk “Ini Sejarah Kita” (ISK). Daurah ini telah melibatkan pelajar-pelajar Muslimat tahun pertama. Bertemakan “From Zero to Hero”, tujuan daurah ini diadakan adalah untuk mengingatkan pelajar-pelajar akan kesedaran perlunya untuk kita menaikkan Islam kerana Islam pernah berada di zaman kegemilangannya iaitu pada zaman Abbasiyyah dengan menguasai dua pertiga dunia. Di samping itu, tujuan daurah ini diadakan di Masjid Linggoranskaya adalah untuk memperkenalkan salah satu masjid di bandar Volgograd kepada pelajar-pelajar tahun pertama.

Seawal 8.30 pagi, pelajar-pelajar telah bertolak dari hostel universiti ke Masjid Linggoranskaya. Daurah ini dimulakan dengan slot pengisian “Pengenalan ISK” yang disampaikan oleh Nurul Hafiza Khairi. Pengenalan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tujuan manusia dijadikan oleh Allah. Setelah itu, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan telah dikehendaki untuk pergi ke checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan. Terdapat 4 checkpoint yang harus dilalui oleh pelajar-pelajar tersebut iaitu checkpoint zaman Rasulullah, checkpoint zaman Khulafa’ Arrasyiddin, checkpint zaman Umayyah dan Abbasiyyah, dan checkpoint zaman Turki Uthmaniyyah dan Mongol.



ST PETE
Alhamdulillah, pada 25hb Oktober telah diadakan satu program ISK untuk pelajar lelaki tahun pertama di St Petersburg. Kehadiran sangat memberangsangkan dan memudahkan program untuk berjalan dengan lancar.

Slot mukadimah telah disampaikan oleh Syed Ahmad Fathi, telah diperincikan kepentingan ISK dan diterangkan kembali tujuan hidup kita. Slot seterusnya di sampaikan pula Tuan Mohd Alwafi, kami diajak kembali untuk menghayati sejarah Rasulullah pada zaman mekah dahulu, dicerahkan kembali keadaan zaman jahiliyyah dahulu. Slot terakhir disampaikan oleh Muhammad Azri, beliau telah mengajak kita untuk sedar akan kesakitan umat akhir zaman ini dan menyatakan peranan kita sebagai umat pertengahan yang telah mengambil tugas dakwah dari Nabi Muhammad SAW.

Program diteruskan dengan soalan-soalan dari peserta dan mereka dijamu dengan nasi ayam.




"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)





Post a Comment