Bismillahirahmanirahim
Awal Muharram yang telah berlalu beberape hari lepas menandakan pembukaan tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia. Membuatkan diri berfikir sejenak. Apakah tahun laluku dipenuhi dengan amal-amal soleh? Apakah hidupku sekadar mandi, makan, pergi kelas dan tidur? Ditambahkan dengan movie-movie baru, window shopping (autumn salee), chatting dengan kawan dan hibernate di rumah (berbekalkan heater yang panas).
Apakah itu sahaja?
Kita dan Pencipta
Setiap penciptaan itu pasti ada penciptanya. Apabila melihat kereta mainan bergerak dengan sendirinya, sudah pasti timbul persoalan, siapakah yang memegang remote controlnya? Manusia boleh mengira berapa kadar kelajuan kereta itu dan menilai kecantikan designnya, tetapi persoalan utama tetaplah siapakah yang menggerakkan kereta itu? Siapakah pencipta kereta itu?
Manusia boleh mengira berapa kadar kelajuan bumi berpusing, berapa tulang pada badan seorang dewasa atau bagaimanakah pertumbuhan sebuah pokok tetapi apakah nilai soalan-soalan itu jika manusia tidak kenal dengan Pencipta Maha Agung itu sendiri, Allah SWT.
Tujuan kita diciptakan
Setiap sesuatu itu pasti ada tujuan dan penggunaannya. Manusia mencipta berbagai-bagai benda bagi kemudahan mereka sendiri , kereta, smartphone, lampu, bateri, malah tong sampah pun mempunyai tujuan penggunaan. Apakah manusia tidak sama? Sudah tentu ada tujuannya juga.
Allah berfirman,
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” (2;30)
Sebagai khalifah dan sebagai hamba, agar mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga. Semuanya berdasarkan pada niat kerana niatlah penentu amalan itu diterima atau tidak. Apakah aku bersedekah kerana Allah atau sekadar ingin menunjuk-menunjuk? Apakah aku memberi nasihat kerana mengajak kepada kebaikan atau untuk mendapat perhatian dan respek orang-orang lain. Namun niat tidaklah menghalalkan cara, sebaik manapun niat Robin Hood untuk menolong orang-orang kampungnya yang miskin tetapi mencuri harta orang lain tetap perkara yang salah.
Reflekskanlah dan muhasabahlah diri balik ke tahun yang lalu. Lebih banyak yang baiknya atau masih banyak kekurangan amalan?
Tahun baru
Tahun baru, azam baru. Malah permulaan kalendar Islam kita sendiri bermula dengan hijrah. Hijrah kaum Muhajirin dari Makkah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Tetapi, tidaklah dilimitkan maksud hijrah itu sampai situ sahaja. Hijrah itu sepanjang zaman. Penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik. Jika dahulu kita seorang yang cepat marah, berusahalah menjadi orang yang menahan marah. Jika dahulu selalu lambat solat, berusahalah menjadi seorang yang menjaga waktu solatnya. Allah suka pada yang berusaha. Hidayah itu tidak turun dari langit tetapi pada mereka yang berusaha mencarinya. InsyaAllah.
Mulakanlah tahunmu dengan semangat dan azam yang baru kerana Allah masih memberi kita ruang untuk bernafas dan berjalan di atas bumiNya. Allah masih memberi ruang untuk membaiki diri. Ingatlah hidup itu bukan pada tempoh usia tetapi pada keberkatan usia itu sendiri. Selamat tahun baru : )
WA.
Post a Comment