MAKHLUK YANG TIDAK MATI
Syaitan tidak pernah mati ,manakala setiap makhluk lain yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Keberlansungan syaitan dalam meneruskan hidup mereka dibumi menyebabkan mereka begitu cekap dalam menjalankan tugas dan matlamat mereka.Rasulullah pernah bersabda, “Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti mengalirnya darah.
Dan ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia iaitu kejahatan”. (Hadith Darimi 2663)
TAMADUN
Usia sesebuah tamadun sebenarnya amat memainkan perananan pada generasi hari ini. Mengimbas tamadun masyarakat dunia seperti Rom, India dan China. Contohnya China yang sudah lama terkenal dengan perniagaan. Sudah tentu mempunyai tamadaun yang hebat dalam bidang tersebut berbanding masyarakat Melayu yang masih baru dalam ketamadunan perniagaan. Seperti yang dapat kita lihat sekarang China Town berada diserata pelusuk dunia, bangunan di Kuala lumpur banyak dikuasai oleh bangsa cina . Amerika syarikat juga sedang dilandai krisis berhutang dengan Negara China dalam jumlah yang amat besar. China memang terkedepan dalam ekonomi dan perniagaanTamadun sungguh memainkan peranan. Begitu yang ingin saya gambarkan tentang kematangan tamadun sesebuah masyarakat yang terbentuk melalui perjalanan masa dan pengalaman.Ini bermakna generasi yang tidak mati dan tamadun yang lama menyebabkan musuh nombor satu mansia ini sangat berpengalaman dalam menguruskan kerja-kerja merosakkan manusia. Banyak nasihat-nasihat dari generasi ke generasi syaitan dapat dikongsi bersama generasi-generasi syaitan yang baru. Tamadun mereka sudah lama. Generasi syaitan ketika ADAM AS masih hidup, wujud dan tidak jemu berkongsi pengalaman dan nasihat untuk syaitan digenerasi Y. Mereka mengolah jahiliyyah kepada manusia dalam pelbagai bentuk. Sehingga jahiliyyah itu sebati dalam masyarakat. Jahiliyyah terhidang dalam pelbagai bentuk yang INDAH dan SEMPURNA serta HALUS. Sehinggakan manusia itu sendiri yang menjadi tentera jahiliyyah dan menyokongnya dengan bersungguh-sungguh menjayakan jahiliyyah. Kadang kala manusia menyangka bahawa mereka sedang melakukan kebaikan tetapi sebaliknya mereka sedang menjadi tentera jahiliyyah yang merosakkan diri.
ZARAH YANG DIPERSOAL
Maka apakah jahiliyyah itu? Jahiliyyah ialah semua perkara yang boleh menjauhkan diri dari petunjuk ALLAH. Ini termasuklah majlis keramaian, pakaian, pergaulan, percakapan, aktiviti harian, pembacaan dan lain-lain lagi.Maka berwaspadalah terhadap setiap perkara yang ingin kita kerjakan. Sama ada pekerjaan itu kecil dan bersifat peribadi atau melibatkan orang ramai iaitu masyarakat. Ayuh mari berhati-hatilah jangan sampai kita menjadi sebahagian dari agenda halus syaitan menyebarkan hedonism dan kelalaian dalam jiwa masyarakat. Ingatlah ALLAHmengetahui setiap isi hati dan setiap amalan pasti akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan hatta ia sebesar zarah..
‘Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah mescaya dia akan melihat balasannya’ (al-zalzalah; 7-8) ALLAHUMMA FAGHFIRLANA
Post a Comment