ACT ON IT!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Bergegar lagi bumi Gaza dihentam oleh Israel. Satu demi satu saudara kita di sana gugur syahid, mempertahankan kesuciannya. Hari demi hari, makin banyak nyawa yang terkorban demi perjuangan yang bagaikan tidak berpenghujung ini. Namun yakinlah, al-haq pasti menang!

"Sebenarnya Kami melontarkan yang Haq kepada yang bati
l lalu yang Haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap..." (alAnbiyaa':18)

"Allah telah menetapkan: 'Aku dan Rasul-rasulKu pasti menang.' Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (al Mujaadilah: 21)

Hm.. jadi, apa masalahnya sekarang? Kalau dah confirm menang, kita tak payahlah buat apa-apa lagi kan? Kan? Kan????

Eh, yeke?

Rugilah bagi sesiapa yang berfikiran sedemikian, kerana kita terlupa satu fakta penting, yakni islam pasti akan menang dengan kita atau TANPA kita sekalipun. Ya, islam pasti boleh menang TANPA ANDA.

Tetapi Allah telah memberi kita peluang seluas-luasnya untuk kita beramal dan mengejar redhaNya melalui jalan ini. Allah memberi kita peluang untuk mencurahkan tenaga dan keringat di jalan yang dirahmatiNya. Apakah tidak sia-sia bagi sesiapa yang melepaskan peluang keemasan ini? Apakah tidak rugi bagi sesiapa yang tidak mengendahkan peluang untuk mengumpul kebaikan juga buat dirinya sendiri?

Menurut Syeikh Ahmad Deedat di dalam salah satu syarahannya, apakah masalah golongan muslim sekarang? Apa yang tidak kena dengan komuniti ini? Dengan tegas beliau menjawab,

-Us and our INFERIORITY COMPLEX.
-We are SPINELESS muslims.

Dush! Dush! Rasa bagaikan ditumbuk, ditampar dan diterajang sehingga K.O. apabila mendengar klip syarahan ini. Do we really have inferiority complex? Are we really spineless?? Tepuklah dada dan tanyalah diri anda sendiri.

Subhanallah, lihat sahaja pada saudara kita di Palestin. Betapa beraninya mereka menentang penjajahan Israel. Betapa bersungguhnya mereka mempertahankan nyawa diri dan keluarga daripada dijadikan mangsa keganasan pihak Zionis. Betapa tingginya semangat mereka untuk syahid di jalanNya! Jihad fisabilillah!

Kita pula, bagaimana?

Masih melentur mengikut tiupan angin, kalau ke kiri, ke kirilah… kalau ke kanan, ke kananlah?
Masih  berselimut menikmati mimpi indah duduk di bawah pohon rendang menikmati cendol pulut kegemaran?
Masih bersembunyi di bawah tempurung mengharapkan superhero datang?

You and your inferiority complex!!!

Dush! Terduduk lagi.

Kalau mereka boleh berjuang bersungguh-sungguh, kita pun perlu buat sehabis baik demi perjuangan suci ini. Bahkan burung yang kecil pun ingin membantu memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim dengan paruhnya yang kecil, apatah lagi kita yang sudah pastinya mempunyai pelbagai kelebihan anugerah daripadaNya?

Jawapan burung berkenaan apabila ditanya mengenai tindakannya yang tampak tidak meninggalkan sedikit kesan pun: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Subhanallah! Berjuanglah dengan caramu. Berbaktilah semampunya. Walaupun hanya sebagai hero di sebalik tabir sahaja.

Sudah tiba masanya kita mengukuhkan kedudukan kita, tetapkanlah pasak seteguh-teguhnya.
Keluarlah dari balutan selimutmu, sedarlah daripada mimpimu.
Gantikan harapan dengan satu kenyataan!

“Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. “
[HR Muslim]

Wallahua’lam
-AH-


Post a Comment