Friday Wrap (28 Sept - 4 Oct)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap' setelah sekian lama kolum ini terhenti sementara. 

Minggu ini menyaksikan begitu banyak hal yang berlaku sini-sana. Kami amat berharap untuk meringkaskan berita demi tatapan anda, namun ada berita yang terpaksa dipanjangkan nfo-nya supaya anda mendapat gambaran penuh peristiwa. Oleh itu, jom kita peka akhbar dan peka masalah ummah! :) 

28 September 2012, Jumaat
Menteri Kewangan (yang juga Perdana Menteri Malaysia) telah membentangkan Budget 2013 di Dewan Rakyat. 

30 September 2012, Ahad

Telah berlangsung Kongres Parti AKP yang ke-4 pimpinan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan. AKP adalah sebuah parti Islam yang telah mendominasi negara Turki yang sekular selama 10 tahun setelah menang pilihan raya umum 3 kali berturut-turut semenjak 2002. Turut hadir sama dalam kongres itu adalah Presiden Mesir - Muhammad Mursi, Presiden Kyrgyztan - Almazbek Atambayev dan pemimpin Hamas - Khalid Mishal. Bukanlah suatu yang menghairankan jika sebuah kelompok Islami mampu menambat hati sebuah negara yang sekular kerana adalah sunatullah bahawa nilai-nilai dan konsep Islami yang dijelmakan dalam praktikaliti sememangnya disukai ramai. 

Khalid Misyal di AKP's 4th Grand Congress

Pejabat Presiden Obama mengeluarkan kenyataan berkaitan serangan ke atas Duta Amerika, Ambassador Cristopher Stephen di Libya. Mereka tidak menolak kemungkinan bahawa serangan pada 11 September 2012 itu adalah hasil rancangan al-Qaeda dan bukannya reaksi berang segelintir Muslim ke atas filem kontroversi 'The Innocence of Muslim' seperti mana yang diapi-apikan digembar-gemburkan oleh pihak media.

US Ambassador - mangsa Muslim Enrage ATAU mangsa serangan militan?


1 Oktober 2012, Isnin

Selepas Pakistan, Iran dan Afghanistan, sebuah mahkamah Russia di daerah Tverskoi turut melarang filem 'The Innocence of Muslim' atas sebab filem itu memacu sikap tidak toleransi dalam beragama.

Rapper Perancis, Diam's akhirnya melenyapkan tanda tanya para peminatnya setelah hampir diam sepi buat beberapa tahun. Selepas memeluk Islam pada 2009, beliau jarang-jarang kelihatan di media dan akan muncul dengan skaf di kepala yang menimbulkan tanda tanya. Namun, baru-baru ini, Diam's muncul di rancangan temu bual khas di TV Perancis dengan imej berhijab penuh. Imej muslimah Diam's ini mampu membuatkan siapa-siapa terDIAM akan hidayah Allah yang mampu melembutkan hati sesiapa jua. 

Diam's - After and Before


2 Oktober 2012, Selasa

Lagi kes pecah amanah usahawan Muslim. Kali ini, yang didakwa adalah bekas CEO Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir dengan dakwaan rasuah melibatkan RM 100 juta. Dakwaan itu kini sedang dipinda dan akan diserahkan kepada pihak pembelaan untuk penelitian sebelum dikemukakan semula di mahkamah pada 9 November. 

Sebuah masjid di Sweden hari ini membuka lembaran baru dunia Islam di Scandinavia, apabila buat julung kalinya menjadi masjid yang diberi kebenaran oleh kerajaan tempatan untuk melaungkan azan.

3 Oktober 2012, Rabu


Serangan dari Syria telah mengenai wilayah Turki buat kali ke-8 dan kali ini mengorbankan seramai 5 orang iaitu Zeliha Tamucin, 3 anaknya serta saudara wanitanya di wilayah Akcakale yang ketika itu sedang menyediakan makan malam. Pada Jun lalu, pesawat F4 milik Turki telah diserang oleh Syria di kawasan perairan (Turki mendakwa ia kawasan perairan antarabangsa manakala Syria mendakwa itu kawasan Syria). Sehari selepas kejadian di Akcakale, PM Turki - Erdogan mengeluarkan kenyataan bahawa sangat sukar untuk menganggap bahawa kejadian ini adalah suatu lagi kemalangan yang tak tersengajakan oleh Syria, setelah begitu banyak serangan ke atas kepentingan dan wilayah Turki. Dalam pada itu, majoriti ahli Parlimen Turki menyetujui operasi militari cross-border ke atas Syria. Sebahagian besar rakyat menyokong keputusan itu, dan tak kurang juga yang menentang keputusan yang dianggap sebagai pelancaran perang. Kepimpinan Turki menegaskan mereka sama sekali tidak ingin berperang, bahkan keputusan itu adalah untuk menjamin keselamatan di sempadan Turki. 

Wilayah Akcakale yang diselubungi asap ekoran serangan dari Syria


4 Oktober 2012, Khamis


Mahmoud Sarsak (pemain bola sepak nasional Palestin yang telah dibebaskan dari tahanan keji Israel selepas melancarkan mogok lapar) akhirnya menolak jemputan kelab yang diminatinya, FC Barcelona (Barca) untuk menyaksikan the Classico, Barca vs Real Madrid pada 7 Oktober ini. Hal ini kerana pada asalnya Barca hanya ingin mengundang khusus Gilad Shalit, tentera Israel yang pernah ditawan Hamas dan dibebaskan setelah Israel-Palestin exchange deal dilaksanakan pada Oktober 2011 (Gilad Shalit seorang ditukarkan dengan 1027 orang tahanan Palestin!) Undangan khusus kepada Shalit telah menimbulkan reaksi tidak puas hati di kalangan peminat Barca termasuk FC Barcelona Fans Associations in Gaza dan para peminat bola sepak di Palestin. Undangan kepada Sarsak dipercayai hanya untuk meredakan reaksi peminat selain mem-balance dokongan Barca terhadap isu Israel-Palestin.  

Sarsak - Pertembungan antara minat terhadap Barca ATAU prinsip memperjuangkan Palestina

Semoga segala yang baik itu dapat kita contohi dan memotivasikan kita untuk hidup sebagai hamba Allah di muka bumi. Allahualam.. 


Post a Comment