Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap'!
5 Oktober 2012,Jumaat
Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak telah meninggal dunia
selepas tanah runtuh terjadi di sebuah bangunan sekolah di barat daya China
Pasukan penyelamat yang berusaha mencari mangsa yang
terselamat dari timbunan bangunan sekolah yang hancur akibat tanah runtuh telah
menjumpai mayat-mayat tersebut
19 orang kesemuanya, 18 daripada mereka kanak-kanak, telah tertimbus
apabila tanah runtuh di kawasan sekolah dan dua buah rumah yang lain di wilayah
Yunnan.
Pasukan penyelamat masih lagi mencari mangsa-mangsa yang
terselamat di tapak. Kejadian tanah runtuh itu melanda pada 08:00 waktu
tempatan (00:00 GMT).
6 Oktober 2012,Sabtu
SEOUL: SAMSUNG Electronics Co mencatat keuntungan operasi
sukuan tertinggi dalam sejarah, didorong oleh jualan kukuh telefon pintar yang
mengimbangi permintaan semikonduktor yang lemah. Petunjuk pendapatan suku
ketiga Samsung menunjukkan ia berada pada landasan untuk mencatatkan keuntungan
sukuan tertinggi bagi empat suku tahunan berturut-turut, di sebalik perbalahan
dengan Apple Inc yang mengakibatkan ia perlu membayar pampasan AS$1 bilion
(RM3.1 bilion) Ogos lalu.
8 Oktober 2012,Ahad
Caracas: Hugo Chavez dipilih semula sebagai Presiden Venezuela
selepas menguasai 54.42 peratus undi sekali gus mengetepikan saingan pencabar
parti pembangkang, kata Majlis Pilihan Raya Kebangsaan, hari ini.
Bunga api memenuhi ruang udara Caracas sebaik Presiden
majlis itu, Tibisay Lucena mengumumkan bahawa Chavez mencapai kemenangan
majoriti manakala Capriles meraih 44.97 peratus undi. "Terima kasih wahai
orang ramai!!! Viva Venezuela!!!," kata Chavez yang berjaya melanjutkan
penggal enam tahun lagi selepas hampir 14 berkuasa menerusi Twitter.
"Terima kasih Tuhan! Terima kasih kepada
anda semua!"
9 Oktober 2012,Isnin
Istanbul: Tentera Turki melepaskan tembakan merentasi sempadan
Syria sebagai tanda amaran selepas bedilan meriam Syria terkena kawasan di
bandar Akcakale, berhampiran sempadan Turki dan Syria, tindakan yang dilihat
satu amaran bahawa kerajaan Turki tidak akan teragak-agak menggunakan kekerasan
jika krisis merebak ke dalam wilayahnya.
Turki
yang pernah menjadi sekutu Assad, berpaling tadah selepas beliau bertindak
kejam terhadap rakyatnya. Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian
Atlantik Utara (NATO) menyediakan kem kepada hampir 100,000 pelarian Syria dan
memberikan perlindungan kepada ketua pemberontak. Kekuatan ketenteraan Turki
jauh lebih besar berbanding Syria.
10 Oktober 2012,Selasa
KUALA LUMPUR: Sistem satu sesi persekolahan dijangka dapat
dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun,
kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata buat masa
sekarang, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang
masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Katanya sejak sekian lama,
kerajaan mahu melaksanakan sistem satu sesi di seluruh negara kerana ia lebih
sesuai untuk pembelajaran di negara ini tetapi perlu menambah bilangan bilik
darjah dan mengatasi masalah kekurangan guru.
11 Oktober 2012,Rabu
Pesawat pejuang hancur semalam untuk memaksa pesawat
penumpang Syria perjalanan dari Moscow ke tanah di Ankara. Beberapa laporan
media Turki berkata, pesawat itu telah dipaksa untuk tanah kerana ia telah
disyaki membawa senjata ke Syria. Ketegangan antara Turki dan Syria berjalan
tinggi, selepas tembakan baru-baru ini dan serangan dari utara Syria merentasi
sempadan.
Semoga segala yang baik itu dapat kita contohi dan memotivasikan kita untuk hidup sebagai hamba Allah di muka bumi. Allahualam..
Post a Comment