Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap'!
13 Oktober 2012,Sabtu
Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam
kereta di sebuah pasar di kawasan barat laut Pakistan pada hari Sabtu, membunuh
sekurang-kurangnya 14 orang
Sasaran serangan tersebut yang berlaku di bandar Darra Adam
Khel ialah anggota militia pro-kerajaan
yang dicipta untuk melawan militan Taliban, ulas pegawai penguatkuasa kawasan
tersebut, sambil menyatakan bahawa angka
kematian sebenar mungkin meningkat kerana 25 orang cedera dan beberapa berada
dalam keadaan yang kritikal.
13 Oktober 2012,Sabtu
Pasukan Pembebas Syria(FSA)
telah berjaya menawan Pangkalan
Pertahanan Udara di kawasan timur Aleppo.
Pangkalan pertahanan udara yang telah ditawan oleh FSA terletak
berdekatan kampung al-Tana dan lapangan Terbang Koris milik tentera di kawasan timur
dari Aleppo, lapor Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata pada hari
Jumaat.
Pertempuran turut mengambil tempat berdekatan berek tentera di Maarat al-Nuaman, sebuah
bandar yang terletak tidak jauh dari lebuh raya utama menuju
barat laut bandar Aleppo, yang telah Berjaya ditawan oleh
pasukan FSA awal minggu ini, lapor Balai
Cerap Syria.
Balai Cerap pro-pembangkang berkata pasukan FSA telah lakukan
serangan ‘offensive’ dan mereka telah
Berjaya membunuh lebih daripada 100 askar kerajaan dalam masa dua hari.
14 Oktober 2012,Ahad
Penerjun angkasa, Felix Baumgartner dari Austria telah
menjadi ‘skydiver’ pertama untuk terjun
lebih laju daripada kelajuan bunyi, mencapai halaju maksimum 833.9mph
(1,342 km / h).
Ketika melompat keluar dari kaki belon yang jaraknya 128100kaki (24 kilometer; 39km)
atas bumi, penerjun yang berumur 43 tahun itu juga memecahkan rekod tertinggi
acara terjun bebas.
Sebuah kereta yang dipasang bom meletup di tengah Beirut semasa waktu puncak,
membunuh lapan orang, mencederakan kira-kira 80 yang lain dan menimbulkan
kebimbangan keganasan mazhab yang hendak baru berputik dalam negara yang masih
belum pulih sepenuhnya dari perang saudara.
Letupan tidak bertujuan
untuk mensasarkan mana-mana tokoh politik Lubnan tetapi ia berlaku ekoran ketegangan
memuncak antara puak-puak di Lubnan
Ambulans bergegas ke tempat kejadian di daerah Achrafiyeh,
di kawasan kediaman penduduk Kristian,
Beberapa kereta turut terbakar ekoran letupan dan bahagian
hadapan sebuah bangunan telah rosak teruk.
Penduduk sekitar berlari-lari dalam keadaan panik mencari kenalan
masing-masing manakala yang lain membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang
cedera untuk dibawa ke ambulans.
Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian
kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan
(OXK).
Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa
bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi
itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang
mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.
"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada
rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga
bersubahat lakukan kezaliman.
"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam
tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada
kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.
Post a Comment