Selamat Datang, Selamat Berjuang ke Volgograd.

0 comments

SELAMAT BERJUANG DI BUMI VOLGOGRAD

Sentiasa, perkara baru itu tidak mudah, mesti ada walau sedikit ketidakbiasaan dan kepayahan. Mungkin, itu yang dirasakan oleh adik-adik yang baru menjejakkan kaki di bumi Soviet ini bagi menyambung misi mereka untuk menjadi doktor yang bakal menyumbang pada pembangunan Ummah satu hari nanti. Seramai lebih kurang 50 orang wajah-wajah baru dan segar baru-baru ini telah selamat sampai ke Volgograd. Mereka adalah pelajar tahun 1 Volgograd State Medical University yang datang dengan seribu harapan.

 Mungkin dengan pengalaman berbahasa Russia setahun jagung, malahan ada yang kurang daripada itu, agar sukar bagi memulakan satu lembaran baru di bumi yang terasing ini. Namun, kami dari pihak AZAM Russia yakin bahawa sesungguhnya ada ramai senior-senior yang ringan menghulurkan tangan.
“ Ada ayam halal kat sini? Bang, macam mana eh nak solat waktu kelas? Solat jumaat macam mana pulak bang “ itulah barangkali soalan-soalan yang sering dilontarkan. Bukankah, keberadaan adik-adik semua di bumi soviet ini betul-betul mengajar kita nilai Islam bila kepayahan dan pengorbanan yang kita lalui. Jangan risau, masa dan pengalaman akan mematangkan kita Insyaallah.
    
Menyusuri sambutan raya, pada 23 September 2011, dengan izin Allah,  MSA Volgograd telah berjaya menganjurkan ORIENTASI PELAJAR TAHUN 1. Program ini bertujuan untuk membawa pelajar-pelajar baru mendalami hakikat kehidupan seorang pelajar di bumi Russia, cabaran-cabaran yang bakal dilalui agar, serta berkenal-kenalan dengan senior-senior setempat. Program pada kali ini membawa sedikit kelainan dengan menjadikan permainan EXPLORACE sebagai tentative utama program. Walaupun kepenatan, jelas kepuasan tergambar di wajah-wajah pendatang baru ini. Syabas kepada pihak MSA Volgograd daripada kami

Akhir sekali, dari kami di AZAM Russia, mahu megucapkan selamat datang dan selamat berjuang di bumi Soviet ini. Moga Allah permudahkan segala usaha anda semua. Wallahualam.





Post a Comment