Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Azam Russia membawakan sorotan beberapa berita dunia minggu ini.
Gaza, 23 Okt- Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh mengatakan bahawa lawatan emir dari Qatar telah membantu menghapuskan sekatan terhadap Gaza.
Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani adalah merupakan ketua negara pertama yang melakukan lawatan ke Gaza semenjak tahun 1999.
Syeikh al-Thani melakukan lawatan ini melalui Mesir bersama-sama dengan delegasi besar yang disambut oleh Ismail Haniyeh dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Ribuan rakyat Palestin dilihat beratur panjang sambil melambaikan bendera Palestin dan Qatar bagi menyambut kedatangan emir dari Qatar itu.
Perayaan itu berlangsung selama tiga hari dan bermula pada hari khamis.
Dia juga telah bertemu dengan ketua Liga Arab Nabil al-Arabi bagi membincangkan isu itu.
Gambar menunjukkan Lakhdar Brahimi bersama dengan timbalan menteri luar Syria.
UAE, 25 Okt- Pemerintah Fujairah di UAE hari ini mengisukan pembebasan seramai 47 orang banduan sempena Aidil Adha berdasarkan kelakuan baik banduan sepanjang tahanan.
Kesemua banduan itu katanya, layak untuk mendapat pengampunan berdasarkan kelakuan baik yang ditunjukkan.
Mekah, 26 Okt- Lebih dua juta jemaah haji mula menunaikan ibadah haji yang secara rasmi bermula semalam selepas tiba di Mekah seminggu lalu.
Jutaan jemaah kini menuju ke Mina untuk bermalam sebelum menuju ke Arafah bagi menunaikan wukuf
Antara mereka termasuk 28,000 jemaah haji Malaysia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok.
Jalan-jalan utama di kota Makkah kini sesak teruk dengan kenderaan yang membawa jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah berkenaan.
Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada pukul 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) melalui perjalanan sejauh 20 kilometer.
Jemaah haji Malaysia menuju ke Mina dan Arafah dengan menaiki bas dengan perjalanan tersebut berakhir pukul 12 tengah malam tadi.
Pengurus Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, 800 petugas Tabung Haji digerakkan secara berperingkat seawal jam 7.30 pagi bagi memastikan persedian awal dilakukan bagi menerima ketibaan jemaah haji Malaysia.
Sekian saja beberapa berita dunia yang sempat kami konsikan bersama anda. Selamat menyambut Aidil Adha di rantau orang ini. Semoga ukhwah antara kita lebih erat sempena Aidil Adha kali ini. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
Post a Comment