APRESIASI AHLI MEDIA AZAM RUSSIA 2012/2013

0 comments
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, dengan Izin-nya, AZAM Russia telah berjaya menapak dalam hati masyarakat seterusnya menyantuni masyarakat dengan nilai-nilai Islam yang syumul.

Berbekalkan motto "Dengan Keazaman Kita Bermula" kami di pihak Biro Media AZAM, bertungkus lumus menyampaikan maklumat-maklumat dari segenap aspek, menggunakan medium blog, facebook, twitter hinggalah penyampaian mesej melalui video dan foto.

Alhamdulillah, Biro Media Azam Pusat dikurniakan dengan tenaga-tenaga penggerak yang sangat istiqamah dan sangat bersungguh-sungguh dalam menjayakan setiap tugasan yang diberikan. Tiada ucapan yang lebih bermakna selain "Jazakumullah Khairan Kathira" kepada semua penggerak media untuk sesi 2012/2013.

Moga Allah beri peluang sekali lagi untuk kita saling bekerjasama dalam misi menyantuni masyarakat melalui medium media ini. Kami di pihak biro media, menunggu dengan sepenuh hati, anda semua untuk menyertai kami sekali lagi.

InsyaAllah. Moga Allah Redha.

Abd Muizz bin Abd Halim
Biro Media AZAM Russia
Nizhny Novgorod State Medical Academy (NNSMA)

                                 


Post a Comment