MUSLIMAH DAY 2013

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Besyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat lagi kita menikmati nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda dan juga para sahabat. 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pihak Azam Russia telah berjaya melaksanakan program Muslimah Day 2013 baru-baru ini di setiap lokaliti yang berada di Rusia.

Sudah pastinya program ini bukan sahaja untuk merapatkan hubungan silaturrahim bahkan dapat mendekatkan diri kita kepada Sang Khaliq, insyaAllah.


KURSK

8 Mac - Alhamdulillah, warga muslimah Kursk telah disajikan dengan satu aktiviti bersempena Hari Wanita/Women’s Day iaitu “Running Muslimah”. Selaras dengan nama yang dicadangkan, aktiviti ini agak selari dengan game show “Running Men”. Warga Muslimah Kursk telah sama-sama mengikuti program ini yang dianjurkan oleh pihak AZAM. Beberapa acara telah dijalankan yang melibatkan kira-kira 40 orang akhwat. Aktiviti yang dijalankan sangat menguji minda, fizikal, dan kerohanian para Muslimah dan sangat bermanfaat bagi mengisi masa senggang akhwat-akhwat disini.

Acara ditetapkan pada pukul 10.30 pagi bagi menanti kehadiran semua muslimah dan kira-kira jam 11 pagi acara dimulakan.Pada mulanya, sedikit briefing diberi oleh beberapa akhwat dan para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Bagi mengelakkan sebarang masalah disamping mengeratkan lagi hubungan sesama akhwat, pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak. AJK aktiviti mengedarkan belon yang berisi kertas dan setiap kumpulan ditetapkan berdasarkan kertas masing-masing yang diketahui setelah memecahkan belon masing-masing.4 kumpulan dibentuk iaitu kumpulan Nusaibah, Humaira, Khadeejah, dan Balqis yang terdiri daripada 7-8 orang dengan ‘cheer’ masing-masing.

Setelah selesai dengan pembahagian kumpulan, acara dimulakan.Setiap kumpulan kelihatan bersungguh-sungguh cuba menyelesaikan misi masing-masing.Para peserta dikehendaki mencari klu berdasarkan kertas yang diedarkan kepada kumpulan masing-masing.Terdapat 4 tugasan yang perlu diselesaikan di tempat yang berlainan oleh empat kumpulan tersebut.

Aktiviti ini melibatkan acara “indoor” dan “outdoor” bertujuan melatih sifat bekerjasama dan sabar pada para peserta memandangkan jalan yang sangat licin lantas menyebabkan pergerakan terbatas dan memerlukan sikap bekerjasama setiap ahli kumpulan untuk membantu rakan-rakan yang lain kerana misi mereka tidak dikira berjaya sekiranya ahli kumpulan tidak mencukupi.

Antara acara yang dijalankan ialah “SAY YES OR NO” menggunakan sekeping kertas yang diedarkan kepada setiap peserta. Apabila ditanya setiap akhwat perlu memberikan jawapan yang betul dan serasi dengan ahli kumpulan yang lain. Acara ini adalah bertujuan menguji pengetahuan setiap akhwat dari segi pengetahuan agama dan sains. 5 markah perlu dikumpulkan untuk keperingkat seterusnya.

Di check point seterusnya, acara yang melibatkan sifat kesabaran dan kepercayaan diri dijalankan.Para peserta disuruh menyebut nama ‘Sahabat’ tanpa menghentikan nafas sambil mengeluarkan kacang/beras/bertih jagung atau kiwi dari sebotol cawan menggunakan chop stick. Aktiviti ini melibatkan kejujuran para peserta.

Seterusnya, acara terakhir ialah mencabut tag nama di belakang setiap peserta yang berlainan kumpulan bagi mencari pemenang. Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh dan gigih dalam meraih tempat pertama.Kumpulan Humaira dinobatkan sebagai juara.Walaupun tidak menang, namun kelihatan para akhwat yang lain terhibur dengan aktiviti yang dijalankan.Kemudian aktiviti ditutup dengan solah Jemaah dan santapan makanan secara berjamaah. Aktiviti berakhir kira-kira jam 4 petang bagi tidak menzalimi masa para akhwat.






VOLGOGRAD

8 Mac - Muslimah Day tahun ini mengukir sedikit kelainan dengan membawa tema "Modesty, Righteous, Precious". Program telah berlangsung di Aktovi Zal, Hostel Hiroshima.

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan dari pihak wakil AZAM Russia, Siti Nur Athirah Hamdan.

Pihak AZAM juga mengadakan jualan sarapan untuk muslimah yang hadir. Pelbagai juadah beraneka warna, enak dan murah dijual. Bukan setakat makanan sahaja, malah button Palestin turut dijual juga.

Kemudian majlis diserikan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama yang berkisar tentang permulaan kisah hidup mereka di rantauan orang. Cabutan bertuah menyusul sebaik sahaja persembahan selesai.

Persembahan pelajar tahun keempat-persembahan yang sangat menyentuh hati, bertemakan ketabahan seorang wanita dalam menghadapi realiti kehidupan yang sangat mencabar.

Majlis seterusnya diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang sangat kreatif yang telah direncanakan oleh pihak penganjur. Untuk aktiviti pertama, setiap orang diberi serangkap lirik dari lagu yang berbeza. Peserta di kehendaki berkumpul dalam kumpulan mengikut lagu-Asiah, Aisyah, Khadijah, Halimatul Sa'diah, Balqis, Zinirah dan Sumaiyyah. Beberapa kumpulan telah dipilih untuk mendendangkan beberapa rangkap dari lagu tersebut.

Aktiviti kedua, setiap kumpulan di beri tugasan untuk melengkapkan puzzle. Disebalik puzzle ade tiga ayat al-Quran dan mereka perlu menyelesaikan tugasan ini dengan mencari nama surah untuk ayat2 tersebut.

Aktiviti ketiga dinamakan Tudung tutorial. Setiap kumpulan harus memilih seorang wakil untuk memperagakan tudung berdasarkan kekreatifan ahli kumpulan masing-masing.

Seterusnya peserta di sajikan dengan persembahan dari pelajar tahun tiga yang bertemakan wanita dan transformasi. Persembahan ini sangat kreatif kerana ia dilakukan dalam bentuk forum santai dan lakonan. Seterusnya majis diteruskan dengan persembahan dari pelajar tahun lima. Mereka memilih lakonan sebagai medan persembahan. Lakonan ini memaparkan perjalanan hidup seorang wanita bermula dari kecil, remaja, dewasa dan seterusnya kehidupan alam berumahtangga.                                                                                                                                                                                                                                                                      

Aktiviti terakhir ialah mencari gula-gula dalam tepung. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk aktiviti ini. Mereka diberi sudu dan dikehendaki mencari gula-gula sebanyak mungkin bagi menambah markah kumpulan masing-masing.

Kemudian majlis pembahagian hadiah mengambil tempat. Kumpulan Zinirrah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Majlis diakhiri dengan sesi penggambaran untuk setiap batch. Sebelum beredar pelajar-pelajar dibekalkan dengan makanan tengah hari yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa program Muslimah Day tahun ini, iaitu pelajar tahun dua. Semoga pihak AZAM Russia berbesar hati untuk meneruskan program seperti ini pada tahun-tahun hadapan. 








 NIZHNIY NOVGOROD

15 MAC - Alhamdulillah, 15 Mac 2013 yang lalu, telah diadakan sambutan Muslimah Day di lokaliti Nizhniy Novgorod. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara akhwat dan juga sebagai majlis apresiasi bagi pelajar tahun ke-6.

Sambutan yang bertemakan 'Beyond The SIlhouette' ini diadakan ala-ala 'masquerade ball', di mana semua telah menghadirkan diri dengan memakai topeng. Ada yang menunjukkan kreativit masing-masing dengan menghasilkan topeng dengan sendirinya, ada yang menunjuk bakat dalam mainan biola, dan ada pula yang membuat lakonan. Berbakat rupanya akhwat kita!

Walaupun sedikit sedih kerana para pelajar tahun ke-6 bakal mengakhirkan sesi pengajian, InsyaAllah moga-moga majlis ini menjadi memori indah bagi semua. Dan bagi yang lain pula, moga majlis ini berjaya mengukuhkan ukhuwah antara kita semua. Sesungguhnya, innamal mukminuna ikhwah..







SAINT PETERSBURG

8 MAC - Alhamdulillah, sambutan i-Muslimat bersempena dengan Hari Wanita berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama semua Kanak-kanak Peter. Semua pelajar perempuan di Saint Petersburg tidaklah begitu ramai, hanyalah 15 orang sahaja . Dengan berkat dariNya, kami dapat menyempurnakan dahulu solat Maghrib sebelum memulakan majlis.Majlis dimulakan pada pukul 9.00 malam di Kamar Cik Farah Izaty & Laila.

Majlis didahului dengan menjamu selera dengan sedikit makanan yang disediakan oleh semua yang terlibat secara “potluck”. Antara menu yang disajikan ialah lasagna(salah satu makanan sunnah baginda Rasulullah saw juga meminati daging dan roti), makaroni goreng, sandwich grand, kimbab, bihun goreng , trifle dan lain-lain lagi.

Sementara ada yang masih makan, kami mendengar sedikit ucapan dari senior-senior yang bakal BFG (back for good) tahun ini. Sayu tidak terkata kerana membayangkan saat perpisahan nanti kerana merekalah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Memang ukhuwwah itu tiada penghujungnya. Moga kita semua dapat berjumpa di JannahNya nanti.Amin.

Seterusnya, kami mendapat hadiah dari senior-senior kesayangan kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka semua. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik kebaikan. Setelah itu, kami berehat sebentar untuk solat Isya’ sebelum meneruskan majlis tersebut. Majlis diteruskan dengan satu permainan yang dikendalikan oleh tuan rumah. Majlis diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr selesai sahaja permainan tersebut.




Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi-nabi dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri-ciri mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Tahniah dan syabas kepada pihak Azam Russia yang menganjurkan program ini. Semoga program dapat diadakan di tahun akan datang, insyaAllah.

Wallahu'alam.






Post a Comment