ALAM VS MANUSIA

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim....


Cuba kita perhatikan tumbuh-tumbuhan. Membesar dengan mengikut proses yang ditetapkan. Bermula dengan biji benih, kemudian bercambah, keluarnya dahan dan membesar lagi. Untuk apa? Untuk memenuhi hak penciptaanya, demi Penciptanya. Cuba kita perhatikan gunung yang tegak berdiri. Tidak teralih walau seinchi biarpun ditolak. Ditumbuhi pokok-pokok dan dihuni oleh si rimba. Untuk apa? Untuk memenuhi hak penciptaanya, demi Penciptanya. Cuba kita perhatikan air yang mengalir jernih. Mudik dari hulu menuju ke muara. Tak putus-putus. Melanggar apa saja yang menghalang. Dihuni oleh cik marin yang kecil. Untuk apa? Untuk memenuhi hak penciptaannya, demi Penciptanya.

Cuba bayangkan, hidup tanpa pokok, gunung dan air. Wujud ke tidak kertas, tiadanya badan ranjer hutan, tiadanya syarikat aquamineral. Kenapa pentingnya air? Kenapa pentingnya pokok? Untuk apa perlunya gunung? Semua benda ini diciptakan dengan adanya sebab-sebab yang tertentu. Ianya tidak dijadikan tanpa ada sebab. Seperti mana manusia yang melakukan sesuatu kerana tujuan mereka sendiri. Untuk apa?

Untuk Pencipta mereka!

Untuk memenuhi kehendak!

Untuk melaksanakan tanggungjawab!

Untuk memberi manfaat!

Jadi siapakah Pencipta mereka? Adakah Penciptanya berbeza atau sama?

” Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan” (38:27)

Dan penciptaan ini, termasuklah dengan KITA. Ya, kita. Manusia. Benda-benda yang tidak mempunyai akal untuk berfikir ini mampu melaksanakan tanggungjawab, tapi kita? Sombong, leka, malah bersikap angkuh. Lupakah tujuan kenapa kita dihidupkan? Adakah kita mahu membenarkan kenyataan ini?

“….Mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?...” (2:30)

Allah membalas,

“Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (2:30)

Peringatkan balik diri itu, wahai insan yang bergelar manusia. Kamu dijadikan tidak lebih hanya untuk :

1) "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (51:56)

2) "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"(22:77)

3) "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." (22:78)

Jika ini, kita tidak mampu lakukan. Maka, kita patut malu dengan nikmat akal yang telah dikurniakan itu. Jika kita rasa jauh dengan Allah, ketahuilah bahawa Allah itu dekat dengan kita. Malah lebih dekat dari apa yang kita rasa. Malah Allah lebih mahu merapatkan diriNya dengan kita, selagi kita mahu kepadaNya.

Apabila hambaKu medekatkan diri kepadaKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila hambaKu mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa dan apabila hambaKu datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
[Hadis Qudsi. Riwayat Bukhari dan Anas]


Allahu’alam


1 comment:

  1. MENTADABBUR ALAM ^_^.. JZKK KHAIR ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete