DIY: Rak Mudah

0 comments

Assalamualaikum wrt.

Rak ini amat sesuai bagi mereka yang berhajat untuk menyusun barang tetapi mempunyai ruang yang sempit dan bajet yang sedikit.

Ataupun bagi mereka yang gemar menghias bilik tetapi ketandusan idea.
Dengan hanya berbekalkan bakul dan paku/ penyangkut,rak ini mampu dibina oleh sesiapa pun! Dengan semudah itu, rak ini tampil lebih elegan dan menarik dari rak biasa

Barang pertama yang anda perlukan ialah bakul berbentuk segi empat. Bakul ini boleh didapati dalam pelbagai jenis dan saiz, mengikut keperluan.



Kemudian, cari tempat yang sesuai untuk membina rak baru anda. Ukur saiznya terlebih dahulu, dan tandakan.



Paku atau lekatkan penyangkut di tempat yang dah ditanda tadi. Untuk memastikan rak lebih kukuh, paku di setiap sudut bakul yang dirasakan sesuai.




Kemudian sangkutkan bakul tadi. Alhamdulillah rak bakul baru dah pun siap. Anda boleh menghias atau meletakkan apa saja mengikut keperluan.



Selamat mencuba!
Sumber: AndreasChoice Décor Shelves


Post a Comment