FRIDAY WRAP (21-28 MARCH 2013)

0 comments
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Azam Russia membawakan anda 'highlights' yang berlaku pada minggu ini.










SYRIA - Terdapat ramai yang masih belum mengenali siapa sebenarnya Syaikh Muaz Khatib, Presiden Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria. Sehinggakan sungguh mudah untuk kita menuduh beliau dengan pelbagai tuduhan.
Syaikh Muaz Khatib sekarang ini berada di kerusi kerajaan Syria menggantikan rejim Basyar.
Syaikh Muaz Khatib telah diberi penghormatan untuk berucap di dalam Persidangan Kemuncak Liga-Liga Arab di Qatar bagi mewakili rakyat Syria.

Antara intipati ucapan beliau :
1) Menyampaikan salam buat seluruh dunia daripada rakyat Syria yang disembelih dan dizalimi sehingga dua tahun, rakyat yang dibom hampir setiap hari, rakyat yang masih istiqamah di medan perjuangan dan rakyat yang akan terus thabat di atas jalan kebenaran.
2) Rakyat Syria cintakan keamanan dan kebangkitan rakyat Syria pada awalnya adalah silmiy (aman) tetapi dibalas kejam oleh rejim Basyar. Maka, rakyat Syria mengangkat senjata mempertahankan maruah agama dan negara.
3) Mengecam rejim Iran, Hizbolla dan Russia yang berterusan membantu rejim Basyar melakukan kezaliman.
4) Mengkritik dunia dan negara Arab terutamanya yang masih berdiam diri melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria.
5) Rakyat Syria sudah tidak perlukan militan Basyar yang melakukan kezaliman di luar batas kemanusiaan.
6) Mengucap terima kasih kepada negara-negara yang membantu perjuangan rakyat Syria seperti Mesir, Turki, Qatar dan beberapa buah negara lagi.
7) Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria akan terus berjuang membantu perjuangan rakyat Syria.


Presiden Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria dalam ucapan penuh bersemangat selepas mengambil alih kerusi rejim Basyar pada sidang kemuncak Liga Arab pada siang tadi menuntut untuk mewakili Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syaikh Muaz Khatib juga menegaskan bahawa masa depan Syria tidak harus ditentukan oleh kuasa-kuasa asing.
"Kami menuntut ... kerusi Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan di lain-lain organisasi antarabangsa," tegas Muaz Khatib, berucap kepada pemimpin-pemimpin Arab pada sidang kemuncak Doha."

sedikit persoalan timbul, adakah rejim Basyar dan pakatannya telah kalah dan pejuang telah berjaya menguasai Syria keseluruhannya? Kerana melihat kepada pembentukan Kerajaan Sementara Syria tersebut.

Jawapannya adalah :
Rejim Basyar masih belum kalah sepenuhnya dan perjuangan rakyat Syria bersama mujahidin masih diteruskan.
Walaubagaimanapun pembentukan Kerajaan Sementara Syria adalah bersifat sementara untuk memerintah secara sistematik wilayah-wilayah yang telah berjaya dibebaskan.
Tindakan Qatar yang memberi kedudukan kepada Syaikh Muaz di dalam Liga-Liga Arab juga merupakan kemenangan moral buat perjuangan rakyat. Ia juga akan menafikan secara tidak langsung kekuasaan rejim di mata dunia.
Inilah siasah, memerlukan kepada strategi yang berperingkat-peringkat (tadarruj) dan tersusun (munazhomah) untuk mencapai tujuan (hadaf) mengembalikan keamanan dan kebebasan kepada rakyat Syria daripada kezaliman rejim.





PALESTIN - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Izet Rasyq mengecam pernyataan Presiden Obama ketika tiba di kota al Quds, Rabu (20/3). Obama menyatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah bersejarah Yahudi. 

Pernyataan itu dinilai sebagai memihak secara terang-terangan kepada penjajah Zionis.
Rasyq mengatakan, “Kami mengecam keras pernyataan Presiden Obama yang disampaikan dalam pidato ketika sampai di entiti Zionis yang mendakwa bahawa tanah Palestin adalah tanah bersejarah Yahudi.”
Beliau menambah, “Pernyataan ini mencerminkan pemihakan secara terangan-terangan kepada penjajah Zionis oleh pemerintah Amerika. 

Pernyataan dan sikap presiden Amerika ini tidak akan merubah apapun dari realiti dan tunggak sejarah. Hal ini membuktikan betapa sia-sianya bergantung kepada pemerintah Amerika atau yang lainnya untuk mendapatkan hak rakyat Palestin. Hak-hak ini hanya boleh diambil kembali oleh rakyat Palestin secara paksa dengan perjuangan dan perlawanan.”





RUSSIA - Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengarahkan latihan tentera secara mengejut diadakan di wilayah Laut Hitam yang melibatkan 7,000 tentera dan berpuluh-puluh kapal untuk menguji kesediaan pertempuran tentera.
Perintah itu telah dikemukakan kepada Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dalam sampul surat tertutup di tengah-tengah malam pada 4:00 pagi (2400 GMT) pada hari Khamis, dengan arahan untuk memulakan latihan segera.
Jurucakap Putin Dmitry Peskov menunjukkan perintah itu bertujuan untuk menguji kesediaan pertempuran angkatan bersenjata Rusia dan berkata Moscow tidak diwajibkan untuk memberi amaran kepada rakan-rakan tentang perancangan tersebut.

"Hari ini pada 4:00 am Presiden Persekutuan Rusia dan komander tentera tertinggi (Putin) memberi arahan kepada menteri pertahanan untuk memulakan latihan ketenteraan utama di wilayah Laut Hitam," berkata Peskov.
"Kita bercakap tentang senaman utama, yang dimaksudkan sebagai pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan yang dibawa oleh agensi berita Rusia. Beliau berkata latihan itu akan melibatkan 36 kapal dan sehingga kepada 7,000 tentera..
Putin mengeluarkan perintah semalam secara tiba-tiba semasa terbang pulang dari Afrika Selatan di mana beliau menghadiri sidang kemuncak ekonomi baru muncul BRICS di Durban.
Peskov berkata, 36 kapal dari pangkalan Armada Laut Hitam Rusia di bandar Ukraine Crimean Sevastopol dan pelabuhan Rusia Novorossiisk akan terlibat dalam latihan.





MALAYSIA - Satu perkongsian yang menarik di mana Dr.Harlina Halizah Siraj memberi teguran ikhlas kepada seorang artis Malaysia tentang kenyataan beliau yang mengatakan seksi itu hak dirinya. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan renungan dan manfaat kepada kita semua.


Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)


insya Allah setakat ini untuk highlights berita pada minggu ini.
teruskan menembak doa-doa kalian untuk umat islam seluruh dunia.



wallahua'alam.
semoga Allah redha



Post a Comment