MENJELANG VOLGO GAMES 2013

0 comments

Assalamualaikum wbt


Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan.

Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Rasulullah s.a.w selalu berdoa `Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku’ (Allahumaa`fini fi badani, Allahumaa`fini fi sam’I, Allahuma `afini fi basori)

Maka, atas fahaman dan kesedaran ini, AZAM Russia (Volgograd) sangat mengalu-alukan penganjuran temasya sukan tahunan, Stalingrad Intervarsity Games 2013 (STIG-X 2013) kali ini. Seterusnya menyokong setiap usaha yang digembelengkan oleh jawatankuasa STIG X Volgograd.

Juga, sebagai tanda sokongan AZAM Russia (Volgograd) terhadap acara tahunan ini, AZAM telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa wang tunai yang telah diserahkan oleh saudara Mohamad Azhari bin Ruslan sebagai wakil AZAM Russia dan diterima oleh saudara Mohd Nor Rizwan yang merupakan wakil AJK tertinggi STIG X.

Oleh itu AZAM Russia amat berbesar hati, menyeru persatuan-persatuan pelajar yang lain di bumi Russia untuk bersama-sama dengan pihak AZAM menyokong dan seterusnya menyumbang tenaga dan rela demi menjayakan temasya sukan intervasity kali ini.
Semoga meraih redha dan berkat di sisi Allah SWT.


Gambar di atas: Wang sumbangan yang telah diserahkan oleh wakil AZAM lokaliti Volgograd (kiri) saudara Azhari kepada wakil tertinggi STIG X (kanan) saudara Rizwan.


Tuntasnya, AZAM Russia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet dan tenaga penggerak Stalingrad Intervarsity Games (STIG-X 2013) yang akan berlangsung bermula pada 12 April sehingga 14 April 2013. Sesungguhnya akal yang cerdas ada pada badan yang cergas.

Semoga berjaya kepada semua yang terlibat dari Azam Russia.


Post a Comment