Patah tumbuh hilang berganti; para pelajar tahun akhir yang telah menghabiskan perjuangan menuntut ilmu selama 6 tahun sudah mula pulang ke tanah air dan kekosongan itu kini bakal diganti dengan pelajar-pelajar baru yang bakal meneruskan kisah perjuangan mereka pula di bumi Russia ini. Sebagai persediaan awal untuk kehidupan sehari – hari di bumi salju ini, pihak AZAM Russia telah menyediakan senarai kelengkapan yang boleh dijadikan rujukan. Semoga menjadi modal insan yang hebat di bumi Russia.
Volgograd -
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah berkatNya, pada 25
Jun 2013 satu program tahunan, Majlis Graduasi telah berlangsung dengan jayanya.
Program yang bertempat di Dewan Utama ini dianjurkan oleh pihak Volgograd State
Medical University. Majlis bermula pada pukul 4 petang.
Majlis dimulakan dengan tayangan
video yang berkisar tentang Russia dan negara-negara pelajar yang belajar di
universiti ini. Antaranya ialah negara Malaysia, India, China, Africa, Jordan,
Georgia dan Pakistan. Apabila skrin menayangkan video mengenai sesebuah negara,
semua pelajar dari negara tersebut dikehendaki berdiri bagi menunjukkan tanda hormat.
Kemudian majlis diteruskan dengan pemberian ijazah kepada semua pelajar yang
telah berjaya menamatkan pengajian selama 6 tahun di sini.
Majlis diserikan dengan bacaan
ikrar yang diketuai oleh Dekan Pelajar Antarabangsa, Dr. Emilyanov Dmitri
Nikalaevich dan ucapan oleh Naib Canselor, Dr. Alexander A. Spasov. Beliau berpesan
supaya terus berusaha untuk menimba ilmu kerana hari graduasi ini bukanlah penanda
berakhiranya sebuah perjuangan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah alam
pekerjaan yang berpakejkan seribu satu mehnah. Tidak ketinggalan, ucapan yang
begitu bersemangat dari wakil pelajar memeriahkan lagi suasana di dalam dewan.
Usai sahaja acara di dalam dewan,
sesi penggambaran berlangsung di sekitar kawasan universiti bersama dengan para
pensyarah, ahli keluarga serta rakan seperjuangan yang turut hadir dalam meraikan
kejayaan para pelajar tahun 6 sebagai lipatan memori terindah dalam kamus hidup
sebagai seorang pelajar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang
kini memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang doktor dalam berkhidmat
kepada agama, masyarakat dan negara.
“Apabila kamu tidak
tahan penatnya belajar, kamu akan menanggung peritnya kebodohan”- Imam Syafie.
Mudah-mudahan musim peperiksaan ini bukan saja menambah ilmu di dada, tetapi juga iman dan taqwa. Peperiksaan duniawi ini merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah untuk menguji keterikatan kita dengan iman dan nafsu.
Di sini kami membawa tips-tips yang in sha Allah dapat membantu anda menghadapi dunia peperiksaan sebagai satu ibadat kepada Allah.
1. Betulkan niat.
Kita belajar bukanlah semata-mata demi mendapatkan markah yang baik di mata manusia. Tetapi demi mendapat markah yang baik di sisi Allah. Redha Allah lah yang menjadi hala tuju setiap pendakian kita. Kerana setiap yang diniatkan demi Allah dikira sebagai satu ibadat.
Allah begitu cintakan hamba-hambaNya yang menuntut ilmu.
2. Tidak membazir masa walau seminit.
Masa merupakan makhluk Allah yang tak pernah berhenti. Dan setiap detik hidup ini tak boleh diganti semula. Oleh itu, setiap detik perlu digunakan untuk berusaha sekeras-kerasnya. Allah menegaskan kepentingan menjaga masa dalam Surah Al-'Asr,
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
3. Berpagi-pagian.
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Pupuk semangat belajar di awal pagi biar pun tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap proses menuntut ilmu, dan membolehkan kita mulakan hari dengan lebih baik.
4. Selangi dengan Al-Quran
Membaca terlalu lama akan menjadikan kita letih. Cara terbaik menghilangkan rasa letih ialah dengan membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran di waktu ini akan menjadikan hati kita lebih tenang, di samping melengkapkan Mutabaah Amal harian kita.
5. Buat nota ringkas
Nota ringkas dapat bantu kita merujuk kembali apa yang telah dibaca dengan lebih cepat dan mudah. Ia dapat meningkatkan kuasa ingatan kita. Dengan adanya nota ringkas juga, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
6. Rajin bertanya
Dekatkan diri dengan senior dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab setiap kemusykilan. Biar pun sudah faham, kita masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan kita.
7. Belajar dengan cara sendiri
Jangan bandingkan diri dengan pelajar lain. Setiap dari kita ada rentak belajarnya sendiri yang sesuai dengan diri masing-masing. Bandingan hanya akan menjadikan kita tertekan dan hilang semangat. Teruskan berusaha sampai ke penghujungnya.
8. Doa dan tawakal
Doa dan tawakal bukan sahaja setelah siap berusaha, bahkan sepanjang kita berusaha. Yakin bahawa setiap yang berlaku adalah atas sebaik-baik rancangan dari sebaik-baik Perancang.
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Saya percaya ramai antara kita yang sedang, akan ataupun sudah menduduki peperiksaan sekarang. Dan saban hari kita memikirkan, bagaimana bisa aku lulus dengan cemerlang gemilang terbilang dalam ujian-ujian ini?
Ujian dunia
Dengan pengumuman tarikh peperiksaan yang bakal menjelma, hati kita pasti kan terdetik sekelumit perasaan risau, gundah gulana akan ketidak sediaan diri untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma itu kan? Lantas kita menyusun jadual, mempersiapkan diri sehabis baik untuk menghadapi arus yang mendatang. Maka berhempas pulaslah kita membanting tulang empat kerat demi mengejar markah yang cemerlang.
Pejam celik pejam celik hari yang dinanti pun tiba.
Duduk berasingan dengan rakan-rakan lain, sementara professor-professor kita semuanya duduk di hadapan, memerhati cuma. Kita tidak dibenarkan bertanya, berbincang, meminta bantuan kepada sesiapa pun, hanya menggunakan akal sendiri untuk menyelesaikan permasalahan yang tercoret di atas kertas yang diberikan.
Susah kan ujian dunia?
Ujian Dia
Akan tetapi ujian yang didatangkan olehNYA kepada kita, jugak susah, tapi tidaklah sesusah ujian dunia sebenarnya.
Allah sebagai pemberi ujian tidaklah membiarkan kita terkontang kanting menghadapi ujian yang Dia timpakan pada kita itu seorang diri. Malah Allah sendiri menyuruh agar hambaNya meminta bantuan dan ihsan daripadaNya agar dipermudah segala urusan.
“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat…” (2:45)
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “ (2:186)
Allah, dengan segala kasih sayangNya, senantiasa ada di sisi kita. Cuma kita yang alpa sahaja seringkali lupa untuk meminta padaNya di kala ujian itu menimpa.
Sering sahaja kita mengintai pintu-pintu lain untuk menyelesaikan masalah dan ujian yang sedang dihadapi sedangkan Dia sentiasa menanti rintihan kita untuk meminta bantuan daripadaNya.
Silap kita, selalu sahaja mendahulukan makhluk dalam meminta bantuan, dan menjadikan khaliq yakni Allah sebagai pintu terakhir tatkala buntu tak jumpa jalan keluar.
Mintalah sebanyak-banyaknya daripada Allah
Sempena musim peperiksaan yang sedang kita semua hadapi, sukalah saya hendak memberi pesan agar kita senantiasa meminta padaNya. Tiap apa yang kita hadapi hari ini, Allah turunkan pada kita dengan asbab agar kita meminta dan merintih, kembali ke pangkuanNya untuk mencari jalan penyelesaian.
-Inspired by talk of Yasmin Mogahed, “Jewels of The Qur'an
-Inspirations From Those Nearest to Allah”
Boleh add id berikut : Paltalk : moderator_kuliah Skype : a.moderator.kuliah
InsyaAllah, tajuk yang akan dikongsikan pada sesi kuliah BM pada minggu ini : Ubudiyyah sepenuh hati abid Allah s.w.t sebagai persediaan ruhiyyah sebagai pemimpin dan pengurus rumahtangga suami du'at cemerlang di sisi Allah s.w.t.
Jangan lupa juga temujanji untuk hari khamis ini bagi :
2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis) Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia) sedikit sedutan dari kuliah lepas mungkin? Amal Mizan Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".… berminat?boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut : http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/06/amal-mizan.html sekian,selamat beramal,salam wrt :)
Buku-buku,nota-nota dah bertimbun di atas meja,musim peperiksaan dah datang!
Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran(exercise) bagi menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Mari kita ucapkan tahniah kepada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.
Kadang-kadang,kita tidak perasan, apabila tiba sahaja musim "exam", sedikit sebanyak,ibadah kita kepada Allah terjejas.Jom 'check'semula dan banyakkan membaharui atau mentajdid niat kita.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.
Amalan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini, hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita meminta ilmu ini jika bukan kepada Allah?
Di musim peperiksaan inilah hati dan jiwa menjadi "nervous", tidak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita memohon ketenangan hati jika bukan kepada Allah? Di musim peperiksaan inilah jua kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah? Apabila terlalu fokus terhadap peperiksaan, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan untuk menghadapinya.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.
Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tetapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.
Jom kita tengok firman Allah SWT : “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)
Memang agak sukar, tetapi apabila kita memulakan selangkah ke hadapan, insyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tetapi ilmu yang kita sudah perolehi itu dapat kita manfaatkan kepada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.
Apabila teringat "EXAM", mari kita ingat semula formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini sendiri supaya kita lagi "alert".
EXAM [Kredit]
'EX' untuk exercises, mari kita banyakkan latihan dan ulangkaji.
'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita.
'M' untuk manusia,mari kita menjadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.
All the best for exam!! Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara (Ya Muhaimin). :)
Sempena bulan peperiksaan ini, mari kita sama-sama mentajdid (memperbaharui) niat kita. Yup, untuk apa kita menjalani peperiksaan dan membakar usaha yang bersungguh-sungguh demi kejayaan dalam peperiksaan. "Well, stab your chest, see your heart and ask it."
Untuk apa kita bersusah-payah, berpenat-lelah dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya hanya sekadar untuk menuntut ilmu dimana menjadi kefarduan ke atas kita? Adakah ianya untuk memuaskan hati ibu bapa kita yang mengharapkan pencapaian yang terbaik dari kita yang bergelar anak ini? Atau kita tidak pernah terfikir ataupun tidak pasti dengan niat kita?
Tak tahu tujuan? [Kredit]
Jadi, jika kita tidak mengetahui dengan jelas untuk apa dan demi siapa kita bekerja maka saya rasa pekerjaan tersebut boleh menjadi perkara yang sia-sia. Kerana bagi saya niat ibarat matlamat kita. Dan jika kita tiada matlamat, untuk apa kita melaksanakannya? Hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang? Dan mereka yang melaksanakan pekerjaan “sebegitu” mengingatkan saya tentang kata-kata Syed Qutb :
“Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahilliyah berkecemuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahilliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak.”
Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita tentang niat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Dalam Hadis 1, karangan Imam Nawawi :
“Sesungguhnya segala amalan itu tidak lain tergantung pada niat; dan sesungguhnya tiap-tiap orang tidak lain apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya menuju (keridhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keridhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena (harta atau kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya.”
Tajdid niat sama-sama jom. [Kredit]
Jadi untuk apakan kita niatkan dalam usaha kita untuk kejayaan ini? Yup, usaha kita dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jujurnya, ramai yang mengaku setiap apa yang mereka niatkan adalah kerana Allah. Haah, siapa yang tidak mahu menyelam sambil minum air. Lebih-lebih lagi time bulan puasa. Erk?
Alangkah indahnya apa yang kita niatkan itu merefleksikan perbuatan kita. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika apa yang kita niatkan itu kerana Allah, maka usaha kita juga perlu mengikut jalan ke arah keredhaan Allah. Mana mungkin ada keberkatan jika kejayaan yang kita akan kecapi nanti katanya mahu digunakan di jalan Allah sedangkan usaha kita dalam mengecapi kejayaan itu berbaur dengan perkara-perkara yang tidak diredhai dan diberkati Allah. Jangan dicari manusia di sebelah kanan atau kiri anda. Cuba cari di mana diri anda sebenarnya. Anda begitu yakin dengan kekuasaan Allah tetapi tatkala diuji dengan peperiksaan sahaja, kita sudah mula rasa takut, gelabah dan sebagainya walaupun rata-rata antara kita sudah tahu soalan ramalan yang bakal keluar. Allah. Ini belum ujian yang lebih berat lagi. Gulp.
Betapa pentingnya usaha kita dalam mengejar keredhaan Allah sama pentingnya usaha kita dalam mengejar kejayaan itu sendiri. Dengan keredhaan Allah, ianya mampu menenangkan hati yang gusar, meluaskan akal yang dangkal dan mengembirakan hati yang terluka biarpun kejayaan tersebut kita gagal untuk memperolehinya. Siapa yang tidak gembira, biarpun tidak dapat kejayaan sekurang-kurangnya kita dapat keredhaan Allah. Betul tak?
Semuanya telah tertulis.Berusahalah. [Kredit]
Jom, kita sama-sama mentajdidkan niat kita kerana Allah dan mudah-mudahan usaha kita juga mengikut jalan yang diredhai oleh Allah. Bukankah Allah berkata, jika kita menolong di jalan Allah, maka Allah akan menolong kita.Jadi, jangan gusar dan gentar sahabatku sekalian, kitakan ada Allah. Senyum.
Memandangkan sekarang musim peperiksaan, sahabat semua tentunya sibuk mengulang kaji mana-mana topik yang masih belum dikuasai. Di masa-masa genting inilah, lumrah terjadi pada sesetengah rakan kita rasa lemah atau malas. Jadi, kali ini kami di pihak Azam Russia akan mencadangkan anda sebuah lagu yang mana insyaAllah akan menaikkan kembali himmah atau semangat rakan kita.
Lagu yang dibawakan oleh kumpulan nasyid tanah air Alarm Me yang bertajuk 'I Wanna Be Somebody'.
Kenapa ada yang bermasam muka tu?
Adakah anda tertekan kerana masih banyak topik yang belum dibaca?
Atau anda bosan menghafal ratusan soalan MCQ?
Mungkin anda susah hati melihat timbunan buku-buku tebal di atas meja?
Dan tak kurang juga pasti ada yang sudah berputus asa.
Don't stop don't give up! [Kredit]
Apa kata kita berehat seketika. Kita luangkan masa untuk buka kembali kitab Al-Quran yang mungkin telah kita tinggalkan seketika kerana berlaku kekangan masa. Dan ayuh sama-sama kita tadabbur beberapa ayat daripada surah ini, semoga kita boleh mengambil sedikit ibrah dan kefahaman seterusnya insyaAllah mampu menyuburkan kembali iman dan semangat yang telah luntur dek penangan peperiksaan akhir semester ini!
"Sesungguhnya beruntung (berjayalah) orang-orang yang beriman." (Surah Al-Mu'minun, 23:1)
1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap-sikap positif yang bakal disebutkan seperti ayat-ayat seterusnya.
".. Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah Al-Mu'minun, 23:2)
2. Fokus dan bersungguh-sungguh sepenuh hati.
Fokus apabila melakukan sesuatu perkara. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
".. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." (Surah Al-Mu'minun, 23:3)
3. Prioriti.
Mengutamakan apa yang lebih utama. Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, meluahkan perasaan melalui status Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita maksimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menguruskan diri, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan sebagainya. Namun, sebaik-baiknya kita gunakanlah masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran.
InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. Kita dikehendaki menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara sebegini tidak mendatangkan faedah dan tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, tapi realitinya akan mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
".. Dan orang-orang yang menunaikan zakat." (Surah Al-Mu'minun, 23:4)
4. Prihatin sesama kita
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, terutamanya ilmu dengan cara membantu mereka yang tidak mampu memahami sesuatu.
".. Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas."(Surah Al-Mu'minun, 23:5-7)
5. Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggar batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan belajar berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan. Mungkin juga ada diantara kita yang memilih untuk berkongsi perasaan tertekan dengan cara mengadu kepada kawan-kawan berlainan jantina. Walhal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
".. Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." (Surah Al-Mu'minun, 23:8)
6. Jujur dan amanah
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Seandainya kita rasa tidak yakin dengan jawapan kita maka sebutlah, "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
All da best, try out best & let Allah do the rest. [Kredit]
".. Dan orang-orang yang memelihara solatnya." (Surah Al-Mu'minun, 23:9)
7. Nilai menepati waktu dan menjaga solat
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita.
Jangan sekali-kali kita menggunakan alasan mengulangkaji pelajaran untuk membolehkan kita melewat-lewatkan solat. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan gulungan ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
"Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Surah Al-Mu'minun, 23:10-11)
8. Ganjaran Allah SWT
Hebat bukan? Seandainya kita mampu untuk mengaplikasi dan melaksanakan suruhan Allah SWT seperti keterangan ayat-ayat di atas, maka kita adalah orang yang sangat beruntung kerana bakal mewarisi Syurga Firdaus. Bukan sahaja mewarisi tetapi akan kekal didalamnya.
Wallahua’lam.
Bittaufiq wannajah fil imtihan! InsyaAllah, semoga Allah redha.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai pelbagai nikmat dan rahmat kurniaanNya yang tidak pernah terputus sehingga ke hari ini.
Pertandingan Sempena An-Nakbah yang dianjurkan oleh pihak AZAM Russia Moscow baru sahaja selesai dan pemenang-pemenang telah pun dipilih untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Moga kesedaran tentang isu-isu kemanusian dan isu ummah yang timbul melalui pertandingan ini diteruskan lagi oleh kita semua selepas ini.
Bagi pertandingan video, dua pemenang dari setiap kategori telah dipilih dan bagi pertandingan status pula, lima status terbaik telah dipilih. Berikut merupakan keputusan Pertandingan Sempena An-Nakbah:-
Pertandingan Video Kemanusiaan Kategori Lelaki
Tempat Pertama
Tajuk video : A Short Story - Aku dan Si Melayu Celup
Dibuat khas oleh : Saudara Ahmad Nabil Fikri
Tempat Kedua
Tajuk video : Langkah Kita
Dibuat khas oleh : SuperBOE Production dengan kerjasama iFiZZ Studio
Kategori Perempuan
Tempat Pertama
Tajuk video : Humanity
Dibuat khas oleh : Raudhah Film
Tempat Kedua
Tajuk video : Kisah Kami dan Mereka
Dibuat khas oleh : Sisters Production
Pertandingan Status
1)Nur Syafiqah Darman Shah
Moscow State Medical University
Tanahku dirampas,
Jiwaku kau cuba bagi lemas, Lemas?
Jauh sekali. Salah
Lalu kau berdekah-dekah tertawa,
walau gusar,
takut berkepul didada,
Kau pandang aku hina?Hina?
Jauh sekali. Salah.
Kau megah dengan kekuatan,
Kau monopoli kekayaan,
Kau timpakan kesengsaraan,
Kau fikir kau melebihi Tuhan?
Jauh sekali. Salah.
Jiwaku bangkit menuju terang,
Sungguh..kami pasti meanag!
Aku ada Tuhan yang kuatNya tiada tara walau alam luas terbentang..
Siapa kau di hadapan Tuhan?
Apa kau fikir..
Apa kuu rasa..
Jauh sekali. Salah.
AnNakba15051948..
15052013 and incoming days..
Until Freedom..
Until Jannah.
2)Syahir Abu Sahmah
Moscow State Medical University
Rintihku buat Palestin
Dalam tawa diri kulupakanmu,
kemarahan suam yang selalu menghilang,
sedang kau berjuang menggengam tanah,
membela nama dan mengangkat sisa,
maruah ad-Deen yang dicalar luka..
kuatnya sang kalian,
kalian yang sedang dilanda musibah,
kalian yang diuji rebah,
kalian yang gagah meredah,
kalian yang beerjuang penuh tabah,
anak perempuanmu dibunuh,
anak lelakimu dipenjara,
isterimu ditembak suamimu diseksa,
bumimu ditumpah titisan darah,
tanahmu di basah pekatan merah,
moga Allah hapuskan dosa,
menganugerah syahidnya jiwa..
lemahnya si aku,
aku yang hanya mampu berharap,
aku yang hanya mampu menghiba,
aku yang hanya mampu meratap,
aku yang hanya mampu berdoa..
Ya Allah,
kumohon diKau sucikan hati,
untuk terus ku rasa bersama mereka,
sama merasa sama menjiwa,
perit dan pedih setiap luka
Y Allah,
kupohon jangan Kau lalikan naluri,
dari terus membenci zionis Israeli,
moga laknatMU bersama mereka,
agar bumi isra' nya nabi terjaga,
agar bumi mikraj nya nabi terbela,
aminn Ya Robb..
(kj - 1 Muharram 1434/15 Nov 2012)
Ya Allah,jangan kau 'anesthesia'kan hati-hati saudara-saudara dari menjiwai penderitaan Gaza bumi cinta...aminn
in remembrance of An Nakbah 15/5/1948
3)Zurriyatan Solihah
Moscow State Medical University
wahai Palestin,
tangismu kini kami dengari,
deritamu kini kami rasai,
peritmu kami tangisi,
namun, syahidmu kami cemburui !
palestin,
tetaplah tabah,
kerana janji kami tidak goyah,
jiwa jiwa kami pasti kuat melangkah,
umat pasti kian gagah,
pasti kita tidak akan kalah,
memerangi zionis si penjajah.
mereka tidak akan selamanya megah,
kerana mereka hakikatnya lemah,
namun, kita pasti tabah serta kuat melangkah,
kerana matlamat kita adalah Allah,
hanya Dia Yang Maha Gagah!
rentetan dukamu pasti berakhir,
janji Allah tidak pernah mungkir.
an naqba, 65 tahun. 15051948-150513
4)Mohd Hafizuddin Ahmad
Moscow State Medical University
Kau menangis
Saat mereka ditindas
Saat mereka digilis
Mereka tersenyum
Saat peluru menerkam
Saat batu direjam
Syahid digenggam!
5)Tun Nurhanani
Moscow State Medical University
We ran with excitement to the windows upon hearing the sound of fireworks during the Victory Day, but
they ran with terror to seek shelter upon hearing the similar sound [of guns blazing; and who knows what else] every day;
and
it's sad that the world keep silent about it, and
it's even sadder that
we muslims-who touted to be as 'one ummah'-
feign ignorence; keep our mouth zipped up;
don't you know indifference-apathy-is worse than
hate to those who occupy?
"our soul are not for sale." was what
the first Pakistan's Prime Minister said; and indeed,
it rang true for those Palestians-they may caged, boxed in;
but their souls and hearts soar closer to him; and compared to us
who are sitting around, lazing infront of electronics;
to whom - or what - we sold our souls?
rise and open your eye; it's time
to heil ourselves out of this (deceitful) misery; and help
them, all of those who need help, because
we are one ummah.
[anNakbah|15051948|65 years]
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas usaha semua para penganjur dan peserta yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Moga nilai kesedaran dan penghayatan terhadap isu-isu ummah dan masyarakat di luar sana dapat kita sematkan dalam diri ini seterusnya menjadikan penganjuran program seperti ini satu program yang bukan sekadar mencari pemenang tetapi mencari jiwa-jiwa yang mahukan keamanan dan kesejahteraan.
St. Petersburg- Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu MALAM APRESIASI MESSP (Malaysian Engineering Students of St
Petersburg). Program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 4
petang dan berakhir pada 10 malam. Bertempat di Hotel
Oktyaberskaya,Ploshaid Vostania.
Program
dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari saudara Fakhruddin
Rahim & Ahmad Azim. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan
perbelanjaan MESSP oleh Bendahari iaitu saudara Muhammad Azri. Pembentangan ini
penting untuk pelajar-pelajar mengetahui kemana hala tuju wang duit
dibelanjakan. Diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan presiden MESSP &
pembubaran MESSP untuk penggal 2012/2013. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat
yang berguna untuk para pelajar.
Dengan
terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru
untuk penggal yg baru 2013/2014 . Presiden baru yang telah dipilih dari undian
adalah Muhammad Luqman. Manakala, Naib Presiden 1 dan 2 adalah Farid Nazir dan
Nur Nadia. Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar
tahun akhir iaitu Atika Mokhtar, Hafiz Razali, Syed Ahmad Fathi dan Hafizudin. Kesemua
pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami semua di sini sejak dari
tahun pertama hingga ke hari ini. Mudah-mudahan pertolongan dan pengorbanan
mereka selama ini dapat diberi ganjaran oleh Allah swt, insyaAllah.
Seterusnya,
majlis juga dimeriahkan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama, tahun
kedua dan juga tahun ketiga. Antara persembahannya adalah persembahan media,
nyanyian lagu dan pantun. Terdapat juga acara cabutan bertuah, pertandingan
jejaka popular, best student, ustaz
dan ustazah pilihan dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan hadiah penghargaan
kepada senior-senior yang akan tamat pengajian mereka tidak lama lagi.
Akhir
sekali, para pelajar dihidangkan dengan hidangan set chicken chop dan kek puding. Diharapkan, acara sebegini dapat
diadakan lagi pada tahun hadapan. Kepada senior-senior yang akan pulang ke
Malaysia diucapkan semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi dan
kami, adik-adik di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.
Assalamualaikum wrt Kuliah online bersama UmmuAtifah pada hari ini :)
Kuliah BM Fasa 1 Tarikh: 4 Jun 2013 (Selasa) Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia) Boleh add id berikut ; Paltalk : moderator_kuliah Skype : a.moderator.kuliah
InsyaAllah, tajuk yang akan dikongsikan pada malam ini : Menyingkap tirai hati demi menyelamatkan diri dari neraka Allah s.w.t dengan redha dan cinta Allah s.w.t sedikit sedutan dari nota kuliah yang lepas insyaAllah :) Kebahagiaan Hakiki Kebahagiaan Di Akhirat
Oleh itu, tundukkanlah syaitan. Ia akan melajukan langkah kita menuju Allah swt setelah kita berjaya mengawal nafsu kita. Ketahuilah setiap orang mahukan kebahagian namun kebahagiaan yang hakiki adalah bahagia di akhirat kelak. Jika kita cuba membahagiakan orang lain, kita akan bahagia. Jika kita cuba mencari kebahagiaan dengan melakukan maksiat, kita akan menderita. Tidak ada kebahagiaan di dunia yang sempurna. Setiap bahagia di dunia akan ada cacat celanya. Ini kerana Allah mahu kita mendambakan kebahagiaan di akhirat yang sempurna. Contoh, kita bahagia makan makanan yang enak, selepas itu mungkin kita akan sakit perut, atau kekenyangan yang amat lalu tidur kemalasan. Nampak kan di sini, kebahagiaan kita makan diiringi dengan cacat cela iaitu sakit perut atau ketiduran dalam malas.
boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :
Alhamdulillah… Pejam celik, pejam celik, sudah nak ke penghujung semester rupanya. Apa lagi, sebelum pulang bercuti, masih ada satu lagi halangan untuk di atasi: peperiksaan! Siapa yang tidak gentar apabila disebutkan sahaja perkataan penuh bermakna itu? Terus terbayang soalan-soalan yang bakal diutarakan, wajah-wajah pensyarah yang penuh dedikasi mendengar dan menilai jawapan yang diberi, dan seri wajah ibu bapa apabila mendengar keputusan yang bakal diperoleh nanti.
Ah! Berdebarnya! Stress!
Tetapi, pernahkah anda mendengar cerita sang semut? Walau seberat manapun beban yang terpaksa dipikulnya, walau jauh perjalanan untuk pulang ke sarangnya, namun ia tetap melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Dari manakah datangnya keazaman dan kekuatan yang jitu ini? Tanpa mengira situasi yang menimpa, ia sentiasa berusaha untuk mengatasinya. Alangkah ruginya andai kita tidak mengambil pengajaran daripada binatang kecil ini!
1) Jangan mudah berputus asa.
Lihatlah, binatang yang kecil ini mampu untuk menanggung beban yang berkali ganda lebih besar daripada dirinya sendiri. Bahkan, dibawanya pula dalam satu perjalanan yang jauh ke sarangnya sebagai bekalan makanan buat rakan-rakannya yang lain kelak. Itulah fitrah dirinya, yang tidak pernah mengenal lelah dalam menyelesaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
Begitu juga kita, janganlah mudah mengalah apabila menghadapi situasi yang penuh tekanan, contohnya dalam musim peperiksaan ini. Hal ini hanyalah salah satu daripada fasa kehidupan sahaja! Selepas ini, banyak lagi dugaan dan cabaran yang bakal menanti kita semua. Yakinlah dengan nikmat potensi diri anda yang telah dikurniakanNya, dan gunakanlah ia sebaik-baiknya!
2) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Tahukah anda, andai perjalanan semut dihalangi oleh air, maka semut-semut akan saling bergandingan untuk membuat jambatan bagi memudahkan perjalanan mereka merentasi air tersebut. Satu demi satu daripada mereka akan menyeberangi ‘jambatan’ itu, dan akhirnya semut-semut yang membentuk jambatan itu akan merapat ke tepi sehinggalah semuanya selamat tiba di tebing satu lagi. Maha Suci Allah!
Bukan itu sahaja, sekiranya beban yang terpaksa dipikul melebihi kudratnya, maka mereka akan bersama-sama membawanya menuju ke destinasi yang diperlukan. Tidak pernah mereka menzalimi rakannya sendiri dengan membiarkannya menanggung kesusahan berseorangan!
Kita juga boleh bertindak seperti semut-semut itu, dengan saling membantu dalam mencapai kejayaan. Jangan menganggap kejayaan itu milik anda seorang, tetapi kongsilah ia bersama! Hal ini kerana pada akhirnya tujuan sebenar kita menuntut ilmu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mahupun bermegah-megah, namun untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara! Marilah kita bina ‘jambatan’ ilmu bersama agar dapat kita mencapai hala tujuan yang sebenar tersebut.
3) Usaha, doa dan tawakkal.
Di zaman Nabi Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus dan bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya:”Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.Dibiarkan semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Oh, alangkah tingginya keimanan sang semut dan tawakkalnya kepada Allah dalam penentuan rezekinya! Walaupun Nabi Sulaiman telahpun memberikannya makanan mengikut kadar yang selalu diperolehinya, dia tetap berjaga-jaga dan hanya makan separuh, kerana apalah yang ada pada seorang manusia untuk dia bergantung harap!
Seperti kata-kata semut itu, Allah tidak pernah lupa kepada kita. Hanya mungkin kadangkala kita yang lupa padaNya! Astaghfirullah… Dan, hanya padaNya kita patut bergantung harap! Bukan pada pensyarah, bukan pada nota-nota, bukan juga pada supplements yang diambil untuk mencerdaskan minda. Tanpa keizinanNya, takkan mungkin semua itu tadi akan dapat membantu kita dalam peperiksaan nanti!
Ingatlah firman Allah,
“(Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, “Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,” ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
Dengan ini, izinkan saya mengucapkan selamat maju jaya buat semua! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, dan memberikan segala yang terbaik untuk kita. InshaaAllah.
2 comments
Post a Comment