Bismillahirrahmanirrahim..
St. Petersburg- Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu MALAM APRESIASI MESSP (Malaysian Engineering Students of St
Petersburg). Program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 4
petang dan berakhir pada 10 malam. Bertempat di Hotel
Oktyaberskaya,Ploshaid Vostania.
Program
dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari saudara Fakhruddin
Rahim & Ahmad Azim. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan
perbelanjaan MESSP oleh Bendahari iaitu saudara Muhammad Azri. Pembentangan ini
penting untuk pelajar-pelajar mengetahui kemana hala tuju wang duit
dibelanjakan. Diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan presiden MESSP &
pembubaran MESSP untuk penggal 2012/2013. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat
yang berguna untuk para pelajar.
Dengan
terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru
untuk penggal yg baru 2013/2014 . Presiden baru yang telah dipilih dari undian
adalah Muhammad Luqman. Manakala, Naib Presiden 1 dan 2 adalah Farid Nazir dan
Nur Nadia. Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar
tahun akhir iaitu Atika Mokhtar, Hafiz Razali, Syed Ahmad Fathi dan Hafizudin. Kesemua
pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami semua di sini sejak dari
tahun pertama hingga ke hari ini. Mudah-mudahan pertolongan dan pengorbanan
mereka selama ini dapat diberi ganjaran oleh Allah swt, insyaAllah.
Seterusnya,
majlis juga dimeriahkan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama, tahun
kedua dan juga tahun ketiga. Antara persembahannya adalah persembahan media,
nyanyian lagu dan pantun. Terdapat juga acara cabutan bertuah, pertandingan
jejaka popular, best student, ustaz
dan ustazah pilihan dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan hadiah penghargaan
kepada senior-senior yang akan tamat pengajian mereka tidak lama lagi.
Akhir
sekali, para pelajar dihidangkan dengan hidangan set chicken chop dan kek puding. Diharapkan, acara sebegini dapat
diadakan lagi pada tahun hadapan. Kepada senior-senior yang akan pulang ke
Malaysia diucapkan semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi dan
kami, adik-adik di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.
Wallahu'alam..
Post a Comment