ketamadunan jahiliyyah

0 comments

MAKHLUK YANG TIDAK MATI
 Syaitan tidak pernah mati ,manakala setiap makhluk lain yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Keberlansungan syaitan dalam meneruskan hidup mereka dibumi menyebabkan mereka begitu cekap dalam menjalankan tugas dan matlamat mereka.Rasulullah pernah bersabda, “Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti mengalirnya darah.
Dan ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia iaitu kejahatan”. (Hadith Darimi 2663) 



TAMADUN
 Usia sesebuah tamadun sebenarnya amat memainkan perananan pada generasi hari ini. Mengimbas  tamadun masyarakat dunia seperti Rom, India dan China.  Contohnya China yang sudah lama terkenal dengan perniagaan. Sudah tentu mempunyai tamadaun yang hebat dalam bidang tersebut berbanding masyarakat Melayu yang masih baru dalam ketamadunan perniagaan. Seperti yang dapat kita lihat sekarang China Town berada diserata pelusuk dunia, bangunan di Kuala lumpur banyak dikuasai oleh bangsa cina . Amerika syarikat juga sedang dilandai krisis berhutang dengan Negara China dalam jumlah yang amat besar. China memang terkedepan dalam ekonomi dan perniagaanTamadun sungguh memainkan peranan.  Begitu yang ingin saya gambarkan tentang kematangan tamadun sesebuah masyarakat yang terbentuk melalui perjalanan masa dan pengalaman.Ini bermakna generasi yang tidak mati dan tamadun yang lama menyebabkan musuh nombor satu mansia ini sangat berpengalaman dalam menguruskan kerja-kerja merosakkan manusia. Banyak nasihat-nasihat dari generasi ke generasi syaitan dapat dikongsi bersama generasi-generasi syaitan yang baru. Tamadun mereka sudah lama. Generasi syaitan ketika ADAM AS masih hidup, wujud dan tidak jemu berkongsi pengalaman dan nasihat untuk syaitan digenerasi Y.  Mereka mengolah jahiliyyah kepada manusia dalam pelbagai bentuk. Sehingga jahiliyyah itu sebati dalam masyarakat. Jahiliyyah terhidang dalam pelbagai bentuk yang INDAH dan SEMPURNA serta HALUS. Sehinggakan manusia itu sendiri yang menjadi tentera jahiliyyah dan menyokongnya dengan bersungguh-sungguh menjayakan jahiliyyah. Kadang kala manusia menyangka bahawa mereka sedang melakukan kebaikan tetapi sebaliknya mereka sedang menjadi tentera jahiliyyah yang merosakkan diri. 

ZARAH YANG DIPERSOAL
Maka apakah jahiliyyah itu? Jahiliyyah ialah semua perkara yang boleh menjauhkan diri dari petunjuk ALLAH. Ini termasuklah majlis keramaian, pakaian, pergaulan, percakapan, aktiviti harian, pembacaan dan lain-lain lagi.Maka berwaspadalah terhadap setiap perkara yang ingin kita kerjakan. Sama ada pekerjaan itu kecil dan bersifat peribadi  atau melibatkan orang ramai iaitu masyarakat. Ayuh mari berhati-hatilah jangan sampai kita menjadi sebahagian dari agenda halus syaitan menyebarkan hedonism dan kelalaian dalam jiwa masyarakat. Ingatlah ALLAHmengetahui setiap isi hati dan setiap amalan pasti akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan hatta ia sebesar zarah..

 ‘Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah mescaya dia akan melihat balasannya’ (al-zalzalah; 7-8) ALLAHUMMA FAGHFIRLANA


Post a Comment

ACT ON IT!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Bergegar lagi bumi Gaza dihentam oleh Israel. Satu demi satu saudara kita di sana gugur syahid, mempertahankan kesuciannya. Hari demi hari, makin banyak nyawa yang terkorban demi perjuangan yang bagaikan tidak berpenghujung ini. Namun yakinlah, al-haq pasti menang!

"Sebenarnya Kami melontarkan yang Haq kepada yang bati
l lalu yang Haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap..." (alAnbiyaa':18)

"Allah telah menetapkan: 'Aku dan Rasul-rasulKu pasti menang.' Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (al Mujaadilah: 21)

Hm.. jadi, apa masalahnya sekarang? Kalau dah confirm menang, kita tak payahlah buat apa-apa lagi kan? Kan? Kan????

Eh, yeke?

Rugilah bagi sesiapa yang berfikiran sedemikian, kerana kita terlupa satu fakta penting, yakni islam pasti akan menang dengan kita atau TANPA kita sekalipun. Ya, islam pasti boleh menang TANPA ANDA.

Tetapi Allah telah memberi kita peluang seluas-luasnya untuk kita beramal dan mengejar redhaNya melalui jalan ini. Allah memberi kita peluang untuk mencurahkan tenaga dan keringat di jalan yang dirahmatiNya. Apakah tidak sia-sia bagi sesiapa yang melepaskan peluang keemasan ini? Apakah tidak rugi bagi sesiapa yang tidak mengendahkan peluang untuk mengumpul kebaikan juga buat dirinya sendiri?

Menurut Syeikh Ahmad Deedat di dalam salah satu syarahannya, apakah masalah golongan muslim sekarang? Apa yang tidak kena dengan komuniti ini? Dengan tegas beliau menjawab,

-Us and our INFERIORITY COMPLEX.
-We are SPINELESS muslims.

Dush! Dush! Rasa bagaikan ditumbuk, ditampar dan diterajang sehingga K.O. apabila mendengar klip syarahan ini. Do we really have inferiority complex? Are we really spineless?? Tepuklah dada dan tanyalah diri anda sendiri.

Subhanallah, lihat sahaja pada saudara kita di Palestin. Betapa beraninya mereka menentang penjajahan Israel. Betapa bersungguhnya mereka mempertahankan nyawa diri dan keluarga daripada dijadikan mangsa keganasan pihak Zionis. Betapa tingginya semangat mereka untuk syahid di jalanNya! Jihad fisabilillah!

Kita pula, bagaimana?

Masih melentur mengikut tiupan angin, kalau ke kiri, ke kirilah… kalau ke kanan, ke kananlah?
Masih  berselimut menikmati mimpi indah duduk di bawah pohon rendang menikmati cendol pulut kegemaran?
Masih bersembunyi di bawah tempurung mengharapkan superhero datang?

You and your inferiority complex!!!

Dush! Terduduk lagi.

Kalau mereka boleh berjuang bersungguh-sungguh, kita pun perlu buat sehabis baik demi perjuangan suci ini. Bahkan burung yang kecil pun ingin membantu memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim dengan paruhnya yang kecil, apatah lagi kita yang sudah pastinya mempunyai pelbagai kelebihan anugerah daripadaNya?

Jawapan burung berkenaan apabila ditanya mengenai tindakannya yang tampak tidak meninggalkan sedikit kesan pun: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Subhanallah! Berjuanglah dengan caramu. Berbaktilah semampunya. Walaupun hanya sebagai hero di sebalik tabir sahaja.

Sudah tiba masanya kita mengukuhkan kedudukan kita, tetapkanlah pasak seteguh-teguhnya.
Keluarlah dari balutan selimutmu, sedarlah daripada mimpimu.
Gantikan harapan dengan satu kenyataan!

“Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. “
[HR Muslim]

Wallahua’lam
-AH-


Post a Comment

Salam Tahun Baru

0 comments

Bismillahirahmanirahim

Awal Muharram yang telah berlalu beberape hari lepas menandakan pembukaan tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia. Membuatkan diri berfikir sejenak. Apakah tahun laluku dipenuhi dengan amal-amal soleh? Apakah hidupku sekadar mandi, makan, pergi kelas dan tidur? Ditambahkan dengan movie-movie baru, window shopping (autumn salee), chatting dengan kawan dan hibernate di rumah (berbekalkan heater yang panas).

Apakah itu sahaja?


Kita dan Pencipta

Setiap penciptaan itu pasti ada penciptanya. Apabila melihat kereta mainan bergerak dengan sendirinya, sudah pasti timbul persoalan, siapakah yang memegang remote controlnya? Manusia boleh mengira berapa kadar kelajuan kereta itu dan menilai kecantikan designnya, tetapi persoalan utama tetaplah siapakah yang menggerakkan kereta itu? Siapakah pencipta kereta itu?

Manusia boleh mengira berapa kadar kelajuan bumi berpusing, berapa tulang pada badan seorang dewasa atau bagaimanakah pertumbuhan sebuah pokok tetapi apakah nilai soalan-soalan itu jika manusia tidak kenal dengan Pencipta Maha Agung itu sendiri, Allah SWT.


Tujuan kita diciptakan

Setiap sesuatu itu pasti ada tujuan dan penggunaannya.  Manusia mencipta berbagai-bagai benda bagi kemudahan mereka sendiri , kereta, smartphone, lampu, bateri, malah tong sampah pun mempunyai tujuan penggunaan. Apakah manusia tidak sama? Sudah tentu ada tujuannya juga.


Allah berfirman,

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” (2;30)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51;56)

Sebagai khalifah dan sebagai hamba, agar mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga. Semuanya berdasarkan pada niat kerana niatlah penentu amalan itu diterima atau tidak. Apakah aku bersedekah kerana Allah atau sekadar ingin menunjuk-menunjuk? Apakah aku memberi nasihat kerana mengajak kepada kebaikan atau untuk mendapat perhatian dan respek orang-orang lain. Namun niat tidaklah menghalalkan cara, sebaik manapun niat Robin Hood untuk menolong orang-orang kampungnya yang miskin tetapi mencuri harta orang lain tetap perkara yang salah.

Reflekskanlah dan muhasabahlah diri balik ke tahun yang lalu. Lebih banyak yang baiknya atau masih banyak kekurangan amalan?

Tahun baru
Tahun baru, azam baru. Malah permulaan kalendar Islam kita sendiri bermula dengan hijrah. Hijrah kaum Muhajirin dari Makkah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Tetapi, tidaklah dilimitkan maksud hijrah itu sampai situ sahaja. Hijrah itu sepanjang zaman. Penghijrahan dari yang buruk kepada yang baik. Jika dahulu kita seorang yang cepat marah, berusahalah menjadi orang yang menahan marah. Jika dahulu selalu lambat solat, berusahalah menjadi seorang yang menjaga waktu solatnya. Allah suka pada yang berusaha. Hidayah itu tidak turun dari langit tetapi pada mereka yang berusaha mencarinya. InsyaAllah.

Mulakanlah tahunmu dengan semangat dan azam yang baru kerana Allah masih memberi kita ruang untuk bernafas dan berjalan di atas bumiNya. Allah masih memberi ruang untuk membaiki diri. Ingatlah hidup itu bukan pada tempoh usia tetapi pada keberkatan usia itu sendiri. Selamat tahun baru : )

WA.


Post a Comment

Into the deep

0 comments

I remember the  first few pages of a book by Harun Yahya called Deep Thoughts. He explained how humans are always inclined to stay away from being in " deep thoughts " because they are " deep " and we are not bothered to do something that sounds so tedious. What a mindset that is. But in truth, a true Muslim should always be deep in thoughts about
the universe, why he was created, and many other beings too or how the weather could change so drastically in the summer and winter of Russia or what happens when we leave this world someday.


He sent all of us a very special gift to remind us of these way of thinking, the Quran full of questions to make us think and ponder about the truth. Our eyes are either open and our ears can hear and our hearts are honest and humble or we can be blinded and not see the truth in front of our eyes and our hearts are blackened and would not accept the mightiness of Allah

And when they meet those who believe, they say, "We believe"; but when they are alone with their evil ones, they say, "Indeed, we are with you; we were only mockers."
[But] Allah mocks them and prolongs them in their transgression [while] they wander blindly.
(2:14-15)

In the Quran, Allah S.W.T. also mentioned a lot of pleasantries and blessings that He has given, the trees and the seas, how he has created us. Family and friends. Food and even the oxygen. Iman and Islam. And many, many more that trying to count every single one of your blessings would take on forever. But counting them and appreciating them makes us humble and not forget as He has reminded, fabiayyi ala irabbikuma tukazziban

So, ( O mankind and Jinn ), which of the bounties of your Lord will you deny? (Ar-Rahman)

It is crucial then that we read the Quran with our hearts and try to understand the meaning than purely just reciting it. There are many stories with many lessons like how the kaum Ad and Samud were punished for not listening to the calls of their following Nabi Hud and Nabi Salih

But if they turn away, [say], "I have already conveyed that with which I was sent to you. My Lord will give succession to a people other than you, and you will not harm Him at all. Indeed my Lord is, over all things, Guardian."
And when Our command came, We saved Hud and those who believed with him, by mercy from Us; and We saved them from a harsh punishment.
And that was 'Aad, who rejected the signs of their Lord and disobeyed His messengers and followed the order of every obstinate tyrant.
And they were [therefore] followed in this world with a curse and [as well] on the Day of Resurrection. Unquestionably, 'Aad denied their Lord; then away with 'Aad, the people of Hud.
(11:57-60)

Also, Most of us would probably know that the reasons we are sent to this world is of 2 main things, to perform ibadah to Him and to be khalifah of this world. And a few of us could even recite the Quran excerpts that prove this,

I have only created Jinns and men, that they may serve Me. (51:56)

And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know." (2:30)

But how many of us truly ponder on these obligations, obligations so big that even the mountain refused

Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant. (33:72)

How important it is that we carry out these obligations for it is us that need Islam in our life and Allah can replace us any time should we decide to forget it altogether as in the sura Muhammad, ayat 36And if you turn away, He will replace you with another people; then they will not be the likes of you.

Spain was once at the top of the Islamic world and now there are only traces of buildings and histories of it, forgotten. It could happen to you too.


Post a Comment

BICARA BUMI CINTA 2012

0 comments


BICARA BUMI CINTA @MOSCOW 2012



































Post a Comment

Tak Nak Rokok lagi !

0 comments

-World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31-

Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.
Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
- Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :
1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
- Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
1) Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3) Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
4) Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
6) Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
7) Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
8) Meningkatkan deria bau dan rasa
9) Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
10) Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
11) Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
12) Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
13) Meningkatkan kesuburan.
14) Meningkatkan tahap ‘kelakian’
Bagaimana hendak berhenti merokok?
- Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
1) Tetapkan tarikh untuk berhenti
2) Yakin diri
3) Buatkan nota peringatan
4) Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
5) Sentiasa berfikiran positif
6) Dapatkan sokongan
7) Gunakan terapi penganti nikotin
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok – Tip Berhenti Merokok 12 M :
1) Melengah-lengahkan
- Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2) Menarik nafas panjang
- Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3) Minum air
- Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4) Menyibukkan diri
- Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5) Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
6) Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7) Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8) Membasuh tangan selalu
9) Mandi dengan kerap
10) Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11) Meditasi
12) Memohon doa


Post a Comment

AZAM mengajak pelajar Muslim untuk mengenal Sejarah Ketamadunan Islam

0 comments
VOLGOGRAD

Pada 7 Oktober 2012, bertempat di Masjid Linggoranskaya, Volgograd, AZAM Russia telah mengadakan daurah yang bertajuk “Ini Sejarah Kita” (ISK). Daurah ini telah melibatkan pelajar-pelajar Muslimat tahun pertama. Bertemakan “From Zero to Hero”, tujuan daurah ini diadakan adalah untuk mengingatkan pelajar-pelajar akan kesedaran perlunya untuk kita menaikkan Islam kerana Islam pernah berada di zaman kegemilangannya iaitu pada zaman Abbasiyyah dengan menguasai dua pertiga dunia. Di samping itu, tujuan daurah ini diadakan di Masjid Linggoranskaya adalah untuk memperkenalkan salah satu masjid di bandar Volgograd kepada pelajar-pelajar tahun pertama.

Seawal 8.30 pagi, pelajar-pelajar telah bertolak dari hostel universiti ke Masjid Linggoranskaya. Daurah ini dimulakan dengan slot pengisian “Pengenalan ISK” yang disampaikan oleh Nurul Hafiza Khairi. Pengenalan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka akan tujuan manusia dijadikan oleh Allah. Setelah itu, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan telah dikehendaki untuk pergi ke checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan. Terdapat 4 checkpoint yang harus dilalui oleh pelajar-pelajar tersebut iaitu checkpoint zaman Rasulullah, checkpoint zaman Khulafa’ Arrasyiddin, checkpint zaman Umayyah dan Abbasiyyah, dan checkpoint zaman Turki Uthmaniyyah dan Mongol.



ST PETE
Alhamdulillah, pada 25hb Oktober telah diadakan satu program ISK untuk pelajar lelaki tahun pertama di St Petersburg. Kehadiran sangat memberangsangkan dan memudahkan program untuk berjalan dengan lancar.

Slot mukadimah telah disampaikan oleh Syed Ahmad Fathi, telah diperincikan kepentingan ISK dan diterangkan kembali tujuan hidup kita. Slot seterusnya di sampaikan pula Tuan Mohd Alwafi, kami diajak kembali untuk menghayati sejarah Rasulullah pada zaman mekah dahulu, dicerahkan kembali keadaan zaman jahiliyyah dahulu. Slot terakhir disampaikan oleh Muhammad Azri, beliau telah mengajak kita untuk sedar akan kesakitan umat akhir zaman ini dan menyatakan peranan kita sebagai umat pertengahan yang telah mengambil tugas dakwah dari Nabi Muhammad SAW.

Program diteruskan dengan soalan-soalan dari peserta dan mereka dijamu dengan nasi ayam.




"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)





Post a Comment

ORIENTASI

0 comments
ORIENTASI PELAJAR TAHUN 1

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Azam Russia kerana telah berjaya mengadakan program orientasi bagi pelajar tahun satu. 

VOLGOGRAD



Pada 21 Oktober yang lalu, sebuah majlis orientasi yang bertempat di majlis Kirovsky telah diadakan bagi meraikan ketibaan para pelajar tahun 1 di Volgograd. Majlis orientasi ini julung-julung kalinya dianjurkan sepenuhnya oleh Azam Russia. Majlis dimulai dengan bacaan doa serta ucapan aluan dan pengenalan dari presiden dan wakil kelab-kelab serta persatuan antaranya IMAM, KUV dan AZAM.

Tradisinya saban tahun pelajar-pelajar tahun 1 akan dikenalkan dengan masjid Kirovsky  yang membawa seribu satu makna kepada para pelajar Malaysia yang banyak menyumbang untuk pembinaannya bukan sahaja wang ringgit malah tenaga sejak ia mula dibina pada 2004.  Alhamdulillah kini semakin banyak pembaharuan dan kemudahan yang sudah boleh mula digunakan untuk jemaah sekeliling. Namun perjuangan Kirovski ini masih belum sepenuhnya selesai.

Majlis diserikan dengan forum yang penuh informasi bertemakan “ Putih Kuning dan Putih Telur”.Forum ini dikupas oleh 3 ahli panel ; akh Yusri, akh Atikullah dan ukhti Farahin dan juga moderator akh Azhari. Para pelajar didedahkan tentang pengertian sebenar menjadi muslim yang belajar di bumi Soviet ini. Pelbagai nasihat, motivasi, pertukaran pendapat dan ilmu yang dapat diaplikasikan sebagai batu asas bagi meneruskan kehidupan yang penuh berliku nanti. 

Majlis diakhiri dengan sedikit briefing dari akh Razi, solat zuhur dan makan tengahari yang ditaja sepenuhnya oleh KUV. Bagi akhowat program diteruskan dengan sesi LDK bertemakan hadis Ghulam.


NIZHNY NOVGORAD

Pada 3 November 2012 yang lalu, telah diadakan majlis orientasi untuk para pelajar tahun pertama Nizhniy Novgorod. Majlis ini melibatkan ahli-ahli majlis tertinggi bagi AZAM Russia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Nizhniy Chapter dan Kelab UMNO Nizhniy Novgorod (KUNIZH). Objektif majlis orientasi ini adalah untuk memperkenalkan kepada adik-adik tiga wadah utama di sini dan juga untuk merapatkan ukhuwah.

Majlis dibuka dengan bacaan Al-fatihah dan seterusnya tilawah dan tafsir oleh adik Muin dan adik Mohd. Adib Yahya. Majlis diteruskan dengan sesi berkenalan dengan setiap ahli majlis tertinggi bagi ketiga-tiga persatuan tersebut.

Seterusnya merupakan aktiviti bersama adik-adik. Semua yang terlibat telah dibahagikan mengikut kumpulan. Aktiviti pertama menghendaki semua orang untuk bercerita tentang diri mereka sendiri. Bagi setiap satu maklumat yang diberi, mereka mendapat sekeping biskut.

Bagi aktiviti kedua pula, setiap kumpulan perlu membina satu kenderaan yang boleh membawa matlamat mereka melepasi had yang ditetapkan. Mereka boleh membina apa-apa sahaja, sama ada kapal, kereta, kapal terbang, roket atau lain-lain. Ibrah bagi aktiviti ini ialah kita perlulah mempunyai matlamat dan juga kenderaan yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Akhir sekali, harap ianya masih tidak terlewat bagi kami, pihak AZAM Russia untuk mengucapkan selamat datang kepada adik-adik tahun pertama dan selamat maju jaya! Ini adalah satu permulaan bagi hidup adik-adik dan harap adik-adik bersemangat dalam mencapai cita-cita masing-masing. Jika terasa jalan ini susah dan memenatkan, moga adik-adik dapat sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam membimbing adik-adik dan mintalah kekuatan daripadaNya, insyaAllah.











Post a Comment

Raya Aidiladha

0 comments
SAMBUTAN RAYA AIDILADHA 

Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi peluang kepada kita untuk merasakan nikmat yang terbesar ini, iaitu nikmat iman dan islam.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.

Sekalung tahniah kepada Azam Russia kerana telah berjaya menganjurkan program yang bukan sahaja dapat menjana ukhuwah sesama masyarakat muslim, tetapi pada masa yang sama program sebegini menjadi medium untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.


"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketaqwaan hati." (Al-Hajj 22:32)


MOSCOW


28 Oktober, Embassy Malaysia di Moscow – Diketuai oleh saudara Ridhawanul dan saudari Nurul Ain Sulaiman, sambutan hari raya kali ini telah dijayakan oleh gabungan kedutaan dan Azam Rusia Moscow.
Pada pukul 9 pagi, aktiviti melapah daging dan memasak telah dijalankan dengan dibantu oleh pelajar-pelajar Moscow dan staf-staf kedutaan. Pada pukul 1 tengahari, para hadirin dikumpulkan di dalam dewan dan bersama-sama mendengar tazkirah oleh saudara Hafizzudin dan seterusnya beliau mengimamkan solat zuhur berjemaah. Selesai solat, para hadirin beratur untuk mengambil makanan. Pelbagai juadah yang lazat telah disediakan. 




VOLGOGRAD

Tanggal 28hb Oktober 2012, telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidiladha yang bertempat di masjid Lingoranskaya. Sambutan ini telah dianjurkan olah AZAM Russia.
Majlis bermula tepat pada pukul 9.30 dengan pendafaran muslimah. Kad penghargaan telah diberikan kepada peserta yang terlibat dengan program korban dan sedekah. Kemudian majlis diteruskan dengan dengan alunan suci takbir raya. Majlis turut dimeriahkan dengan gerai jualan kuih-muih. Antara kuih-muih yang dijual pada hari tersebut adalah kuih ketayap, sandwich, kek batik dan brownies. Tujuan jualan ini adalah untuk menjana ekonomi AZAM disamping sebagai alas perut para tetamu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari wakil AZAM bagi pihak muslimah, iaitu saudari Siti Nur Athirah binti Hamdan. Beliau menekankan bagaimana pentingnya pengorbanan dalam kehidupan seorang muslim. Untuk memeriahkan lagi majlis, kami disajikan dengan tayangan video.

Majlis diserikan lagi dengan Kuiz Qurban yang dikendalikan oleh saudari Atikah binti Jamil dan para pemenang tidak pulang dengan tangan kosong. Slot seterusnya adalah Slot Aktiviti yang dikendalikan oleh Nawal Amalina. Muslimah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diberi penyedut minuman dan perlu membina bangunan yang stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan bahan tambahan seperti pelekat, ahli daripada setiap kumpulan perlu memberi barang yang persendirian (telefon, duit, dan sebagainya) sebagai tukar ganti. Hikmah disebalik aktiviti ini bukanlah semata-mata untuk merapatkan ukhwah antara peserta, tetapi lebih dari itu, iaitu untuk menerapkan nilai berkorban dalam setiap jiwa muslimah. Para peserta kemudian disajikan dengan yang sungguh menarik dan bermotivasi daripada pelajar tahun satu.

Tepat jam 11 pagi, ruangan masjid dibanjiri oleh para pelajar muslim. Sesi kemudian diteruskan dengan ucapan dari wakil Azam Volgograd, iaitu saudara Firdaus Zaid. Beliau mengingatkan kembali para peserta mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Kemudian Slot Fiqh Luar Negara mengambil tempat. Slot ini dikendalikan oleh dua penceramah, iaitu  Mohd. Rafiuddin bin Hamizan dan Wan Edzrul Redza Wan Syahidan. Mereka membicarakan tentang penggunaan khuf, solat jamak’ dan mengenai sembelihan ahli kitab. Majlis diakhiri dengan pembahagian daging korban dan sedekah kepada para pelajar yang datang memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha ini.




NIZNY NOVGORAD

Alhamdulillah, pada 27 Oktober 2012, telah berlangsungnya sambutan Hari Raya Aidiladha, di Nizhniy Novgorod. Majlis ini dianjurkan oleh pihak AZAM Russia dan melibatkan kesemua pelajar Muslim di Nizhniy Novgorod.

Majlis bermula pada pukul 12.45 tengah hari dengan ucapan oleh saudara Azizan Azfar. Beliau menceritakan se
rba sedikit sejarah kurban dalam agama Islam dan juga memberi peringatan untuk memperbetul niat. Semoga semua usaha ibadah kita tidak sia-sia dan diterima Allah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan tilawah ayat suci Al-Qur’an oleh saudara Muhammad Hafiz bin Yusof.

Seterusnya merupakan slot tazkirah oleh saudara Azli bin Nasiruddin. Beliau telah berkongsi sebuah video oleh Imam Suhaib Webb. Dalam video tersebut, Imam Suhaib Webb memberi sedikit pencerahan tentang kisah kurban Nabi Ibrahim, yang sebenarnya, dalam diri setiap orang, adanya Ismail yang tersendiri. Ismail ini ialah metafora bagi pengorbanan yang perlu kita lakukan. Semua orang ada sesuatu yang perlu dikorbankan atau ditinggalkan untuk agama ini. Walau bagaimanapun, kita tidak sepatutnya sedih ataupun risau kerana sesungguhnya, apabila kita meninggalkan sesuatu demi Allah, maka Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Dalam video tersebut juga, Imam Suhaib Webb telah berkongsi tip-tip untuk kita melakukan pengorbanan – pilih untuk melakukan pengorbanan yang realistik atau yang kita rasa kita mampu lakukan, berada dengan orang atau sahabat yang baik kerana mereka mampu membantu kita untuk berubah dan akhir sekali ialah menguruskan masa dengan bijak.

Di akhir program, saudara Azizan lagi sekali mengingatkan yang sesungguhnya, semua pengorbanan itu memerlukan mujahadah.




Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak Azam Russia.Semoga program sebegini dapat diteruskan dalam usaha menerapkan nilai-nilai kefahaman Islam dalam diri masyarakat Muslim di bumi soviet ini.






Post a Comment