Ifsha' Islam (Sebarkan Salam)

0 comments
[kredit]
Assalamualaikum wbt.


Dari ‘Imran bin Al-hushain r.a  berkata: “Ada seseorang datang kepada Nabi SAW dan mengucapkan ‘Assalamualaikum’. Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk; kemudian beliau bersabda: “Sepuluh”. Setelah itu datang lagi seorang dan mengucapkan ‘Assalamualaikum warahmatullah’. Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk; kemudian beliau bersabda: “Dua puluh”. Setelah itu datang lagi seorang dan mengucapkan ‘Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’. Salam itu dijawab oleh beliau, dan ia duduk; kemudian beliau bersabda: “Tiga puluh”.
-Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi-

Memberi salam.

Suatu yang senang untuk dinasihatkan tapi liat untuk diluahkan. Tatkala bersua muka, bertentang mata dengan sesama muslim, berat sungguh mulut terasa. Pengakhirannya, hanya tangan yang diangkat, atau senyuman yang diukir di hujung bibir.

Tapi “senyum itu kan sedekah”.

Yes, memang senyum itu sedekah. Tapi bukankah lebih afdhal memberi salam sambil senyum? Kan? Dapat "double", "two in one" pahala terus. Takkan tak nak, ye tak?

Ucapan sulung Rasulullah di kala keriuhan orang ramai menyambut kedatangan beliau buat pertama kalinya dengan sorakan ‘tola’al badru alaina’ di bumi madinah al-munawarah amat jelas menyentuh perihal menyebarluaskan ucapan salam. Sabda beliau, “wahai umat manusia, sebarkan salam, dan jamulah makanan kepada orang ramai, dan jalinkan silaturrahim, serta solatlah kamu tatkala sekalian manusia sedang tidur”


UCAPAN AHLI SYURGA

Nah, sedang Nabi SAW pun menyeru kita sebarkan salam. Bukankah salam itu ucapan ahli-ahli syurga? Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat ke 23:

“Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam (syurga) itu adalah ucapan salam,”

Nah, ucapan syurga tuuuu.…

Jika nun jauh di lubuk hati sudah merindui mahu ke syurga, kenapa tidak dibiasakan diri dengan kata-kata ucapan salam sesama muslim? Moga lidah yang sebati dengan ucapan mulia ini akan menjadi saksi buat kita di hadapan Allah, menuntut agar kita dimasukkan ke syurga.


GUNAKAN PELUANG YANG ADA SEHABIS BAIK

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran atas kurnia-Nya, kita dicampakkan di bumi bertuah Russia ini tidak kira di Moscow, Nizhny, Kursk, Volgograd, Kursk atau di ceruk mana sekali pun kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu dan bertegur sapa dengan sesama muslim. Berjalan ke hulu, terjumpa Ahmad, ke hilir, terserempak Mamat. Di mana sahaja, pasti ada muslim yang kita ketemu. Takkan nak biar peluang untuk membuat pahala terlepas begitu sahaja?

Tinggalkanlah ucapan-ucapan 'hai', 'hello', 'konnichiwa', 'zdrastvuitye', 'yo bro' dan yang sama waktu dengannya yang tidak mendatangkan faedah itu apabila bertemu dengan muslim-muslim lain.


[kredit]


KESIMPULAN

Jadi pada kesempatan ini, mari kita bersama-sama kembali menghidupkan sunnah Rasulullah paling mudah ini. Biar satu dunia kembali bergegar dengan ucapan-ucapan salam di mana sahaja manusia itu berada. Di pasaraya, kedai-kedai, pejabat, masjid, hatta di tepi-tepi jalan sekalipun.

Tatkala bersua muka sesama muslim, berilah salam.

Tatkala bertegur sapa, berilah salam.

Mari mulakan bi’ah solehah dengan kata-kata semudah ABC ini.

Mari, mari dan mari.

Pesanan dari hati buat diri dan hati-hati lain di luar sana, moga tersentuh untuk menggerakkan islam dan mengembalikan syiar islam; biar terang gemilang di mata dunia.

-wallahu taala a’lam-
Oleh: ruritanium


Post a Comment