Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia

2 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Seringkali kita diperkenalkan dengan ahli-ahli ilmuan Islam yang telah memberi impak yang besar dalam kehidupan kita hari ini. Namun demikian, kenalkah kita dengan mereka? Apabila kita diterjah dengan soalan-soalan mengenai ilmuan Islam, kadang kala kita hanya mampu menyebut nama mereka tanpa mengatahui dengan lebih dalam tentang sumbangan mereka pada kita. Ayuh, kita mengenali serba sedikit mengenai ilmuan Islam ini.

Ibnu Sina

  • Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
  • Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
  • Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
  • Beliau berasal daripada keturunan Turki.
  • Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
  • Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
  • Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
  • Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

  • Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
  • Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
  • Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.
  • Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu
-Ibnu Sina-

PENDIDIKAN IBNU SINA

  • Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
  • Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
  • Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
  • Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
  • Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

  • Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
  • Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
  • Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
  • Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
  • Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan


-Penemuan penyakit baru serta puncanya.
-Pengaruh kuman dalam penyakit.
-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.
-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya
-Penemuan dalam bidang farmasi
-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
-Ubat bius
-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
-Mencipta picagari dan lain-lain


KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN

  • Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
  • Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
  • Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.
  • Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.
  • Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

  • Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
  • Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.
  • Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)
  • Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

«ТАЛАНТЛИВЫЙ человек талантлив во всем»
Begitulah Ibnu Sina dikenali di Russia

Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan method pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.



2 comments:

  1. http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/10/sejauhmana-kekafiran-ibnu-sina-dan-al.html

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya guna as rujukan untuk assignment sya

    ReplyDelete