• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

AZAM mengajak pelajar RUSSIA untuk mengenali Hakikat Manusia

1 comments


Assalamualaikum wbt. Bismillahirahmanirahim.
Dalam kesibukan manusia mencari erti sebuah kehidupan, manusia tidak akan pernah dapat lari dari bertembung dengan dengan persoalan perihal erti dan tujuan sebenar penciptaannya di dunia ini. Manusia itu sebagai abid yang hanya mengesakan Allah semata-mata, jua sebagai khalifah yang memakmurkan bumi Allah, mungkin itulah ringkasan kepada gambaran fungsi manusia di muka bumi Allah ini seperti firmanNya:

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku” (51:56)

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)

Jadi, menyedari hakikat ini, pihak AZAM telah menganjurkan program Mengenali Hakikat Manusia yang telah berlangsung di beberapa lokaliti, bagi mengajak kita semua mendalami kembali persoalan siapa kita sebagai makhluk yang bergelar manusia. Insyaallah berikut liputan dari lokaliti-lokalti di seluruh Russia:


 Petersburg
Pada 10hb Mac telah berlangsung program Daurah HM (Hakikat Manusia) di St Petersburg buat kali pertamanya dianjurkan oleh Azam Russia. Seramai 34 pelajar lelaki muslim telah menyertai daurah tersebut. Penyampainya ialah Akmal Shapiei & Ilham Muntari. Program dimulakan pada pukul 1 petang. Alhamdulillah, suasana dewan disana yang kondusif membuatkan peserta merasa selesa untuk mendengar pengisian tersebut. Program telah dipecahkan kepada dua slot yang mana, pada masa rehat antara dua slot, peserta dihidangkan dengan jamuan ringan. . Majlis berjalan dengan lancar. Kami sangat kagum dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh para peserta. Semoga para peserta dapat menghayati pengisian yang diberikan oleh para pencemarah. Semoga usaha kita diredhai Allah swt.

Kursk

Pada 18 Mac 2012, PPIM KURSK dengan kerjasama AZAM RUSSIA telah mengajurkan program  bertemakan "Hakikat Manusia". Program ini diadakan di dua lokasi yang berlainan iaitu hostel No.5 untuk peserta muslim dan apartment pelajar perempuan Kursk bagi peserta muslimah.

Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program dimulakan dengan tazkirah pendek daripada wakil AZAM iaitu saudari Hazwani. Program ini mengandungi tiga slot yang disampaikan oleh tiga orang saudari, iaitu saudari Khadeejah Doni untuk slot satu,saudari Nur Haslina Ali untuk slot dua dan saudari Syahaneez A.J untuk slot terakhir.

Volgograd
Tidak mahu ketingglan, program Hakikat Manusia ini juga telah berlangsung di Volgograd. Program yang berlangsung pada 24 March 2012 itu dihadiri oleh sebilangan pelajar muslim volgograd. Bertindak sebagai penyampai adalah Wan Ezzrul Redza Wan Shahidan dan Mohd Faiz B Nasir. Di samping tazkirah yang disampaikan,  Sesi LDK (latihan dalam kumpulan)  yang menjadi selingan program mengajak peserta untuk berfikir dan mengambil bahagian dalam program. Program berakhir dengan jamuan ringan.

Menarik sepanjang program
Program Hakikat Manusia bertujuan memberi pencerahan kepada kita tentang sejarah penciptaan manusia. Manusia pada asalnya dijadikan dari tanah, kemudian ditiup roh dan dilengkapkan unsur-unsur yang terdiri daripada hati, akal, dan jasad. Lantas, atas dasar penciptaan kita yang paling sempurna, kita memiliki tanggungjawab  yang kita perlu penuhi agar pulang kita nanti padaNYa adalah dengan mendapat keredhaannya.

Hal ini selari dengan firman Allah dalalm surah Al Araf, ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah
dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS Al A’raf 179)

Justeru, kami dari pihak AZAM agar program yang dijalankan ini dapat membawa kita untuk mengenali siapa kita, manusia di pandangan Allah, agar kita mampu bergerak mencari keredhaanNya dalam setiap aspek kehidupan. Wallahualam.



 Akmal Shapiei sebagai penyampai 



mari mengenali hakikat manusia

 para peserta sedang mendengar penuh teliti.


Ilham Muntari juga sebagai penyampai




Read more

FRIDAY WRAP ( MAC 18 - MAC 31 )

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan ke atas junjungan besar Rasul kita, Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia minggu ini.


Moscow- Polis Russia telah menahan seorang lelaki yang yang mengaku bersalah membunuh sekurang-kurangnya enam orang sebelum memakan jantung dan hati mangsa.
Alexander Bychkov, yang juga diberi gelaran, "pembunuh kanibal bersiri" menulis dalam diari tentang perbuatannya itu, selain turut juga menulis sebab dirinya menjadi pembunuh selepas teman wanitanya meninggalkannya.

Bychkov pada mulanya ditahan kerana mencuri di sebuah kedai, namun kemudiannya memberitahu polis bahawa dia telah menanam beberapa mayat di belakang rumahnya di Belinsky.



Beirut- Turki telah menutup kedutaanya di Syria, manakala bandar Homs dibedil lagi oleh tentera rejim Assad.Asap tebal hitam tebal dilihat meliputi di dua kawasan di bandar itu yang menjadi sasaran tentera rajim sejak tercetusnya revolusi.

Turki pula dilihat mengikut jejak langkah beberapa negara dengan memberhentikan semua aktiviti di kedutaanya.Turki juga akan memberikan bantuan kepada pihak pembangkang Syria yang menentang rejim.
Setakat ini mengikut rekod PBB, seramai sekurang-kurangnya 8000 mangsa telah terkorban semenjak bermulanya revolusi ini.




Ini adalah poster Hari Tanah Palestin.Hari ini disambut setiap 30 Mac bagi memperingati peristitiwa yang berlaku pada tahun 1976 di mana Israel telah mengambil tanah-tanah rakyat Palestin.
Pada tahun ini satu inisiatif telah dibuat untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin dengan diadakan "Global March to Jerusalem"
Apa itu Global March to Jerusalem?

Global March to Jerusalem




Global March to Jerusalem ini adalah satu inisiatif baru penganjuran satu rapat umum pada 30 Mac 2012 di Palestin dan negara-negara berhampiran seperti Mesir, Lubnan, Jordan, dan Syria.GMJ (Global March to Jerusalem) adalah terdiri daripada gabungan rakyat Palestin, Arab dan masyarakat antarabangsa yang bersatu bertujuan membebaskan kota suci Jerusalem dari pendudukan haram Israel.


Ini adalah poster rapat umum yang diadakan di Malaysia.

GMJ ini memberi tumpuan kepada isu tertentu di Jerusalem kerana kota suci itu telah menghadapi satu pendudukan kejam oleh Israel.Sejak beberapa tahun lepas, usaha Zionis untuk mengubah kota ini kepada lebih Judaism telah dipercepatkan dengan menghapuskan ciri-ciri fizikal, kebudayaan, dan kerohanian Baitulmaqdis.

Menurut laporan dari PBB, proses perluasan penempatan secara berterusan di timur Baitulmaqdis digabungkan dengan pengusiran penduduk tempatan yang telah lama menetap boleh dikategorikan sebagai satu proses pembersihan etnik.
Bagaimanapun hanya sedikit sahaja usaha yang dilakukan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengatasi masalah ini.

Oleh itu, Palestin menyeru masyarakat antarabangsa untuk menjamin Baitulmaqdis sebagai kota suci untuk semua. 

Marilah kita bersama-sama peka dan cakna dengan isu Palestin ini dan menyumbang setakat termampu seperti berdoa, memberi sumbangan, memboikot, dan lain-lain.
Ketepikan perbezaan-perbezaan yang memisahkan kita seperti ideologi politik, bangsa, hatta pasukan bola sepak yang disokong sekalipun, kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar utntuk difikirkan.

Ayuh pemuda-pemuda.

link untuk website GMJ:


Assalamualaikum.



   


Read more

Kek Tvorog AZAM

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wrt.

InsyaAllah, penulis adalah penulis mengundang-diri-sendiri (bukan penulis undangan, tapi mengundang diri sendiri ^_^) untuk kolum masak-memasak kita di AZAM Russia.


Di Russia, terdapat pelbagai produk tenusu yang sangat menarik seperti kefir (susu dengan microbe kefir), airan dan tvorog (cottage cheese). InsyaAllah kali ini, kita akan cuba membuat ala-ala cheese cake namun menggunakan tvorog! Hoyeah!


RESEPI ASAS


Base:


Bahan-bahan:
- biskut marie 150gram. Untuk variasi, anda boleh gantikan dengan biskut coklat. (Penulis pernah menggunakan biskut sandwich coklat Super Kontik)
- sedikit gula & garam, secukup rasa
- butter/minyak masak


Cara-cara membuat base:
1. Pecahkan biskut.
2. Kisar biskut, garam dan gula menggunakan blender kering atau food processor.
3. Biskut yang dikisar tadi diletakkan ke dalam baking pan anda. Tambahkan butter/minyak masak dan uli sehingga serbuk-serbuk biskut boleh dikepal dan tidak peroi.
4. Compress biskut tadi sehingga membentuk lapisan base pada loyang anda.
5. Ketepikan. Sementara itu, boleh mula panaskan oven pada suhu 180 darjah.


Tvorog:


Bahan-bahan:
- 500g tvorog (Lebih molek menggunakan tvorog kosong, yang tiada tambahan kismis atau perisa buah-buahan lainnya. Kehadiran bendasing & perisa-perisa asing tersebut bisa menjejaskan tekstur dan rasa kek anda)
- 4 biji telur
- satu sudu besar tepung jagung (jika tiada, replace sahaja dengan tepung gandum)
- secawan gula
- 100 ml susu sejat/cair (jika tiada, boleh replace dengan susu segar, slivki dan sebagainya.)
- sedikit garam


Cara-cara mengadun:
- Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan adun menggunakan mixture.
- (Penulis selalu juga merasa adunan pada saat ini dan meng-alter rasa adunan sehingga penulis rasa puas hati)
- Selesai! Boleh terus tuang ke dalam baking pan tadi. Bakar pada suhu 180 darjah dalam 40-50 minit. Sila rajin-rajin menjenguk kek anda kerana cheese cepat hangit.


DIVERSING YOUR TVOROG CAKE:


Anda boleh memodifikasi resepi asas tadi untuk menghasilkan pelbagai variasi. Di sini penulis kongsikan beberapa variasi yang telah penulis sendiri cuba.


Variant 1 : fruit tvorog cake
(Kelebihan : variasi ini dapat menghilangkan rasa muak makan cheese kerana buah-buahan memberi additional refreshing sweet-sour flavour to your cake)


Bahan-bahan tambahan :
- buah-buahan dalam tin seperti nenas atau peach (penulis lazimnya menggunakan nenas sahaja memandangkan harganya yang ekonomi)


Cara-cara memodifikasi :
1. Selepas base siap, susun/tabur kiub-kiub buahan ke atas base.
2. Tuangkan adunan tvorog ke atas base dan buah-buahan tadi. Bakar.


Variant 2 : choc tvorog cake
(Kelebihan : jika portion bahan-bahan diadun baik & ditambah dengan teknik pembakaran yang betul, kek anda akan jadi keras di luar dan lembut di dalam. Ketika dipotong, lapisan luarnya akan 'crack' dan sebaik pisau menyentuh isi dalam, isi kelihatan lembut dan cair. Hampir setiap kali memotong kek ini, dalam kepala penulis akan terngiang-ngiang frasa 'Death by The Chocolate Cake. ^_^)


Bahan-bahan tambahan :
1. Gantikan tvorog kosong dengan tvorog perisa coklat. (Kalau tiada, tak mengapa. Anda hanya perlu meng-extra-kan kuantiti serbuk koko anda)
2. Serbuk koko. (bergantung pada how chocolaty you want your cake is)


Cara-cara memodifikasi :
1. Ketika mengadun, gunakan tvorog perisakan coklat (jika anda ada tvorog perisa coklat).
2. Tambahkan serbuk koko sehingga warna adunan lebih kurang warna adunan kek coklat.
3. Tuang adunan tadi ke atas base.


InsyaAllah, di sini penulis kongsikan koleksi gambar-gambar nenas tvorog cake yang dibuat baru-baru ini. Dan terinspirasi daripada semangat "Global March to Jerusalem", kami telah cuba membuat topping ala-ala bendera Palestin! Hoyeah!


Ingat - 30 March 2012. Ingat - Global March to Jerusalem!
Ayuh, kita bebaskan Palestina! Yosh!










Read more

Cinta Mati

0 comments

"Saya tidak tahu bila ajal saya. Kawan saya juga tidak tahu bila ajal dirinya. Tapi Allah yang Maha Mengetahui. Jadi adakah perlu kita berdoa dan meminta agar Allah memberitahu kita tentang tarikh kematian ini? Andai kata kita tahu bahawa ajal itu tiba pada 4hb Januari 2035, adakah kita berani membuat jaminan untuk teguh bertaubat pada usia kita sekarang? Tepuk dada, tanyalah iman. Tiada siapa di dunia ini yang tahu tentang bila kematiannya, tapi yang perlu dipupuk adalah perasaan untuk sentiasa mengingati mati"

Setiap yang hidup pasti menemui kematian. Tapi istimewanya mati dan istimewanya hari Qiamat itu terletak pada tarikhnya. Iaitu keistimewaan yang tidak pernah ternilai dengan jiwa yang ragu-ragu tentang 2 'hari besar' itu. Mati itu adalah simbol kebesaran yang Maha Esa. Ghaibnya alam kematian itu seakan misteri kerana tiada seorang pun yang mati akan hidup kembali ke dunia kita ini untuk duduk bersama-sama dan menceritakan pengalamannya di Barzakh.

Bila saya bertanya tentang 'mati' kepada segelintir orang Rusia (beragama Kristian), mereka agak terkejut dan cuba mengelak daripada bercerita tentangnya. Mungkin mereka juga ada perasaan untuk takut pada kematian, tapi bagi saya takut mereka tidak berasas, kerana mereka takut pada mati disebabkan dunia yang mereka cintai. Di dalam Islam, takut pada kematian itu perlu menjadi keperluan, tapi dalam ketakutan itu bukanlah bermaksud kita perlu lari daripada mati, tapi sebaliknya, kita perlu lebih mendekatkan diri kepada Pencipta.Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memutuskan segala kelazatan - iaitu mati" (Riwayat Tirmizi)

Bila mati itu tiba, maka terpisahlah jasad yang kita bawa dengan roh didalamnya. Yang tinggal adalah amalan dan segala perbuatan yang kita lakukan sepanjang usia di dunia nyata. Keluarga akan kita tinggalkan, harta benda akan kita biarkan. Segalanya akan kita lafazkan 'selamat tinggal'. Oleh kerana itu, mati itulah pemutus segala kelazatan. Mati itulah perhentian segala perjalanan duniawi, dan tiba-tiba kita hilang! Lalu kembalinya kita ke Barzakh, dan kemudian ke Akhirat yang kekal abadi.

Manusia itu pada asasnya adalah 'insan'. Seorang yang mudah lupa dan leka. Itulah kita semua, manusia yang kerdil dan tiada kuasa. Mengapa saya katakan sebegitu, ini kerana mati itu hanyalah stimulasi bagi orang yang sentiasa memikirkan tentangnya. Tapi tidak semua kita mampu untuk itu. Kadang-kala bila ada azab di sekeliling kita, barulah kita tersedar untuk bangun dari tidur. Tapi malangnya kita mengantuk dan tidur semula dengan nyenyaknya.
Bila Allah menurunkan bencana dan azab, mungkin seperti wabak penyakit, gempa bumi yang bertalu-talu gendangnya, tsunami yang menenggelamkan pelusuk dunia - maka barulah kita bangkit, kita duduk, kita sujud, meminta Allah membantu dan menyelamatkan. Kata pepatah Melayu - sudah terhantuk, baru hendak terngadah.

Begitu juga dengan mati. Sehingga ke hari ini, saya telah merasai kehilangan 3 orang sahabat yang saya kenali ketika dibangku sekolah. Dan yang masih baru dan segar diingatan saya, pemergian seorang sahabat saya yang saya kenali di MRSM dulu, pada bulan Februari lepas. Allahyarham yang pergi meninggalkan kita, usianya sama dengan saya. Impiannya juga sama, malah harapan keluarganya juga sama untuk dirinya. Namun, kita berada dalam dunia yang berbeza. Matlamat itu ada tetap pada saya, tapi bagi dirinya, ia telah terputus segalanya. Kita di dunia nyata, dan dia di Barzakh sana. Usia itu tidak menghalang ajal. Sesaat lewat dan sesaat cepat tidak akan terjadi samasekali. Ajal itu tidak mengenal siapa, andai itu yang tertulis, itu jualah yang terjadi. Allahu Rabbi.

Pemergiaan sahabat-sahabat disekeliling kita ini, memang agak mengejutkan. Kemudian kita seakan duduk bertaubat sebentar, melafazkan al-Fatihah, berfikir sejenak. Namun, kitalah manusia. Sepertimana usia itu yang tidak lama, kesedaran kita juga tidak lama bertahannya. Mungkin dalam beberapa minggu atau bulan, kita telah lupa tentang itu. Perasaan tragis dan sedihnya mengenangkan pemergiaan sahabat kita, kini telah hilang. Sehinggalah stimulasi berikutnya sampai, dan kemudian kita akan bertaubat semula. Begitulah kitarannya, sehinggalah tibanya masa kita!

Analogi mati ini adalah tidur. Tidur itu mati yang sementara. Saya pernah tidur dan bermimpi ngeri. Jantung saya berdegup kencang seakan saya tidak mampu lari dari kengerian itu. Tapi akhirnya saya terjaga dari tidur, dan rupanya itu hanyalah mimpi buruk. Namun, ketika kita mati, terkujur di Barzakh, itu bukan lagi mati yang sementara. Andai mimpi ngeri itu datang ketika mati ini, kita tidak akan pernah terjaga seperti terjaganya daripada tidur, malah mimpi itu menghantui kita selama mana kita di Barzakh.

Itulah saatnya. Saat ketika segala kelazatan terputus. Mati namanya.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Apabila seorang anak Adam itu mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.”(Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad)


Read more

Ayam Bakar Ala-ala Western

0 comments
Assalammualaikum.

Bosan dengan menu ayam goreng?Ayam goreng tinggi dengan kandungan kolesterol?
Jom cuba menu yang lebih sihat,kurang kandungan kolesterol.







Hidangan untuk 6 orang

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
Halia 5cm (ditumbuk/dikisar)
Bawang putih 4 ulas (ditumbuk/dikisar)
Madu 3 sudu besar
Kicap pekat 3 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Lada hitam kasar 2 sudu besar
Gula merah 2 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1)Perapkan ayam bersama bahan-bahan di atas selama 2 jam.
2)Letak ayam bersama bahan perapan ke atas aluminium foil(Letak sedikit minyak di atas aluminium foil).
3)Balut ayam tersebut dengan aluminium foil dan letakkan atas tray.
4)Panaskan oven pada suhu 195-200 degree celcius.
5)Masukkan tray ke dalam oven dan biar selama 2 jam (bergantung pada oven).







Selamat mencuba!!


Read more

Of konfet and a smile.

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

“Click, click..”

With his left eye covered tightly by its eyelid, Areef viewed the world with only his right. Streams of light gushed through multiple lenses; one, inside the silver cuboid-shaped thing he was holding, another resting on his nose, and finally through the lens which was bathed by aqueous humor; stimulating the tiny receptors on his retina.

[credit]
“Click, click..”

His finger kept on pushing the button, located on the superior part of the camera, with overflowing enthusiasm. Areef couldn’t help smiling from ear to ear as he browsed through the pictures he captured that very morning. “How wonderful!”  The colours, the shades, the people in those pictures just filled his heart with glee.

As he walked on, Areef caught the sight of little children running around, playing together, with their parents sitting on the bench; laughing. The small branches of those white trees with black markings moved back and forth as the wind passed by, as if greeting the young man with the silver camera. Green buds shyly peeking out from the ends of the defrosting twigs. Yup, spring is here.  :]

“Click, click..” faster than a lightning bolt, Areef snapped more than 15 pictures in a blink of an eye. He squatted, stood on his toes, hid behind a tree, hopped on one foot; just to get the best pictures of their innocent smile. After the memory card couldn’t take in any more pictures, the camera geek stood silently; just scanning through the images displayed on his trusty gadget.

All of a sudden, something knocked into him. With a loud thump, the little boy who was running around with his sister fell down, and started to cry. Though cute little children make him happy and he loves them a lot, he is very awkward when it comes to interacting with them. Areef panicked as the little boy teared up right in front of him.

“Dik, dik…janganlah nangis kat kaki abang dik..janganla nangis~ Dik tak sakit pon dik…sikit je tu..eh, suka hati aku je..”

[credit]
After hurriedly putting his beloved camera into his backpack, Areef squatted down and held the child’s wounded hands, trying to help him up. Even Areef himself almost break into tears when the little boy ignored him, just not knowing what to do. Maybe this is an exaggeration, but he really didn’t know what else to do.
The boy’s parents rushed towards them. His mother looked at his lacerated hands and wiped the dirt with her handkerchief. She lifted the boy up, embraced him tightly and paced towards a nearby bench. The boy’s father smiled at Areef, who was still squatting, said thanks and followed his wife back to the bench.

From far, Areef could see that the boy didn’t stop crying. “Maybe he needs plaster..” thought Areef and quickly rummaged through his pockets. His fingers could feel an unfamiliar thing with a plastic wrapper covering it. “Hm? Konfet?” as he stared at it for some time, he recalled an interesting event which happened to him a few days ago. Clutching the konfet tightly in his hand, the face of an old makcik appeared in his mind.

Like any other mornings, Areef went on a bus and sat on an available seat. After a few stops, an old makcik struggled to bring herself into the bus and took a seat beside him. When the bus arrived at Ulitsa Shalyapina, Areef stood up and made his way towards the frost covered door.

Suddenly the makcik stretched out her right arm towards him. Areef looked at her wrinkly hand and saw a konfet, wrapped in a purple-coloured wrapper. He shifted his glance and looked at the makcik’s face. The old makcik with grey hair nodded and smiled at him. The young man thanked her, took the candy and hopped off from the bus with a smile on his face.

Grinning, Areef took his steps towards the little boy. Extending his right arm, he gave the konfet to the weeping boy.. Like a miracle, the boy stopped crying and started playing with the round purple thing. Maybe amused by the shiny wrapper, the little boy’s eyes shone; his lips involuntarily expressed an enchanting smile. Patting the little guy on the head, Areef took out his trusty camera, inserted a new memory card; and captured a picture of the rosy-cheeked boy, showing the purple-coloured candy to his mother.

[credit]
Sauntering along, Areef started to reminisce the times when his parents tried to make him laugh when he was crying. The times when he tried to make his parents smile. The times when he was laughing with his friends, the times when he was crying with his friends...Oh how he wishes he could capture those faces, which shone as bright as a summer sun when they smile... :] 

Several ayahs suddenly appeared in his mind as two beautiful birds soared right above him;

"[Some] faces, that Day, will be bright -Laughing, rejoicing at good news."
-Abasa:38-39

"And [other] faces, that Day, will have upon them dust. Blackness will cover them."
-Abasa:40-41

In this dunya, we do lots of things to keep the smiles on the faces of the people closest to us; to make them happy. When we see that they are sad, we give them chocolates, we make some jokes, we even make weird faces - everything we can think of, just to make them smile. 

But if we think of akhirah, can we make them smile, make them happy by baking them a chocolate cake? Cracking up a lame joke? Absolutely NOT.

"On the Day a man will flee from his brother And his mother and his father And his wife and his children, For every man, that Day, will be a matter adequate for him."
-Abasa: 34-37


Areef could recall someone he looked up to, saying something along these lines:
"What is the use of saving them in this world, this dunya; when in akhirah, they burn in hellfire?"

What is the use of sparing them of the misery in the dunya, making their faces glow with joy; but when in akhirah, they would blackened by the dust upon their faces? Naudzubillah. T_T

The care and love we portray to the people closest to us, are not limited just in helping them to go through the tough moments associated with problems of the dunya; but most certainly, problems of the akhirah. How can we say that we care, we love them; if we just leave them struggling, blinded by the jahiliyyah brought by the ghazwul fikr which have invaded their and our hearts and mind for so long? 

Just comforting them in times of sadness is only enough for happiness in dunya, but for us to see them and ourselves smiling and laughing in akhirah;

"And then being among those who believed and advised one another to patience and advised one another to compassion. Those are the companions of the right." 
-Al-Balad: 17-18

"And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful."
-Ali Imran: 104

As his footsteps took him to the end of the small pathway, the young man with the silver camera imagined the time; when he will capture the smiling faces of his parents, ikhwah, and akhawat with a better camera; the smiles which would last forever-in jannah. InsyaAllah. :]

Allahualam.














Read more
0 comments

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera!

Azam Russia brings you some of the most important stories around the world during this week




Toulouse gunman Mohammed Merah may already be dead as the siege enters its second day. The French interior minister says the gunman besieged in Toulouse wants to die with “weapons in hand” and it is not certain if suspect is still alive.
The gunman, deemed France's public enemy No.1, has not been heard from all night.
Tension mounts in Toulouse where the suspected killer is holed up as the siege enters its second day. He is armed with a cache of weapons.
Merah is a French citizen of Algerian descent. He claims he received training from Al-Qaeda in Afghanistan and Pakistan. Experts dealing with Islamic terrorism are now trying to predict his behaviour.
They say there’s a special term for those who commit attacks simply and decisively – Nike terrorists. That’s because they use the sports company’s motto “Just do it”.




Dozens of cops equipped with shotguns and assault rifles stormed a Miami, Florida apartment building on Tuesday, drawing weapons at peaceful protesters and children with the local Occupy Wall Street campaign that were lawfully residing inside.
Members of Occupy Miami moved into an Overtown safehouse last month after their previous encampment outside of the city’s Government Center was shut down by authorities earlier this year. Now for the second time in only six weeks, cops donned in SWAT-team style gear and brandishing weapons swarmed the residence of several occupiers again, allegedly acting on reports that the residents inside were stockpiling weapons to use in an upcoming demonstration.




In response to the recent assassination of Zuhair al-Qaisi, the Secretary General of the Popular Resistance Committees in the Gaza Strip, along with another fighter, Palestinians fired rockets at southern Israel and the Israeli military launched air strikes at targets throughout the Strip.
The government and security establishment claimed that "al-Qaisi was assassinated in order to prevent an attack that was in the final stages of preparation". Two days after Israel carried out the extra-judicial execution, however, the claim that al-Qaisi presented an imminent danger dissipated.
Zuhair al-Qaisi was secretary general of the Popular Resistance Committees in Gaza.





A car bomb has exploded in a residential area of the Syrian city of Aleppo report Syrian state media, describing the blast as a “terrorist attack.” At least two people have died in the blast and 30 more have been wounded.
The two people killed by the blast are a policeman and a female civilian, says the SANA news agency.
A car packed with some 200 kilograms of explosives was parked between two residential buildings in the al-Suleimaniya district of Aleppo, behind a post office and not far from a church, reports the state Syria TV. But various unofficial sources claim the blast hit an area close to a local security office.






Zionism from the perspective of a Jewish Rabbi-very interesting!
Further info:
http://www.aljazeera.com/programmes/talktojazeera/2012/03/201231083221669780.html


Alright,that's all for this week guys. Hope to see you again insyallah next week with much further stories around the world.
And finally don't forget to pray for our brothers in Syria and Palestine and also all the people around the world that is still being oppressed and suppressed







Read more