• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP (15 - 21 FEBRUARI 2014)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam Friday Wrap Azam Russia. Minggu Azam Russia membawakan berita-berita terkini Dunia Islam dan isu-isu global. 


Gunung Kelud meletus
15 Februari 2014

BLITAR: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan apabila gunung berapi Kelud di Jawa Timur, meletus lewat malam kelmarin, manakala lapangan terbang ditutup antarabangsa ditutup dan penerbangan dibatalkan. 

Gunung Kelud, dianggap antara gunung berapi paling bahaya di Pulau Jawa, memuntahkan abu panas dan batu tinggi ke udara lewat malam kelmarin beberapa jam selepas status amarannya dinaikkan. 

Imej televisyen menunjukkan asap dan batu menghujani perkampungan berdekatan, manakala wartawan AFP di tempat kejadian melihat penduduk tempatan yang ketakutan diselaputi abu meninggalkan rumah dengan kereta dan motosikal ke arah pusat pemindahan. 


Al-Sisi runding perjanjian senjata di Rusia
14 Februari 2014


MOSCOW - RUSSIA:  Fil Marsyal, Abdel Fattah al-Sisi, semalam mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Rusia untuk berunding mengenai perjanjian senjata berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion).

Al-Sisi yang tiba di Moscow, kelmarin turut diiringi Menteri Luar Nabil Fahmy untuk menyertai rundingan digelar 2+2 tersebut.

Difahamkan, mesyuarat terbabit juga memberi tumpuan kepada isu keselamatan serantau seperti krisis di Syria selain hubungan perdagangan dan ekonomi.

Ketua syarikat Rostec, Sergey Chemezov memaklumkan beberapa kontrak terutamanya berkaitan sistem pertahanan udara telah ditandatangani ketika pertemuan pertama yang diadakan di Kaherah pada 18 November lalu.

"Bagaimanapun, ia hanya melibatkan perjanjian rangka kerja kerana kerajaan Mesir masih lagi meneliti kontrak tersebut selepas timbul masalah pembiayaan. Ia mungkin akan dibiayai oleh Arab Saudi," jelasnya lagi menurut laporan Al-Arabiya. 

Pada 1960-an dan awal 1970-an, Kesatuan Soviet merupakan pembekal senjata utama kepada Mesir, namun kerjasama antara kedua-dua negara terhenti selepas Kaherah menandatangani perjanjian damai dengan Tel Aviv.


UAE buka masjid pintar
15 Februari 2014

DUBAI : Emiriah Arab Bersatu (UAE) akhirnya membuka masjid pintar pertamanya di sini Ahad lalu. Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan (DIACA) melancarkan Masjid Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Jumeirah 3, menggunakan kod teknologi Maklum Balas Pantas (QR) yang menawarkan akses digital masjid. 

Masjid ini kini dilengkapi teknologi kod QR yang pertama dipasang di bangunan kerajaan dan adalah sebahagian daripada fasa pertama pembangunan masjid pintar, termasuk sembilan lagi masjid yang akan mengikut jejaknya akhir tahun ini, demikian menurut satu laporan Khaleej Times. 

Melalui teknologi kod QR, orang ramai boleh mendapatkan maklumat umum mengenai masjid - sejarahnya, kapasiti, alam semula jadi, kawasan, aturan masa solat, ceramah atau kursus-kursus yang ditawarkan masjid juga maklumat mengenai khutbah Jumaat sepanjang masa. 


Banjir Sabah: 4,908 mangsa di 28 pusat pemindahan
15 Februari 2014

KOTA KINABALU : Sejumlah 4,908 mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara yang terletak di Tenom dan Keningau sehingga jam 8 malam tadi.

Memetik laporan RTM Sabah, bacaan aras Sungai Pagalan masih melepasi paras bahaya pada 177.02 meter menurun daripada 179.62 meter sebelum ini. Di Tenom, seramai 3.806 orang yang terjejas banjir ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Namun, 11 keluarga daripada lima kampung sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Di Keningau pula, seramai 1,102 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara. Bacaan aras Sungai Bayayo melepasi paras bahaya iaitu 174.30 meter.


Tahanan Mesir didera
16 Februari 2014

KAHERAH, MESIR : Sebanyak 16 pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara kudeta, lapor Mesir Kini yang dipetik dari portal Ikhwan Online.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan.

Kenyataan tersebut turut menggesa anggota keluarga mangsa tahanan yang mengunjungi mangsa tahanan diberikan ruang yang bebas untuk bertemu tanpa dipantau rapi atau dikenakan pelbagai syarat yang menyusahkan.

Berdasarkan kenyataan dan aduan mangsa sendiri, pihaknya menerima banyak aduan sepanjang enam bulan kebelakangan iaitu tempoh yang menyaksikan ratusan siri operasi tangkapan secara rambang khasnya sekitar Ogos hingga Oktober tahun lalu.


Tentera Israel Serang penduduk
16 Februari 2014

GENTING GAZA: Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin cedera diserang tentera Israel di utara Jabalia, Genting Gaza, semalam. Kejadian berlaku sehari selepas seorang penduduk tempatan ditembak di zon penampan 300 meter dalam wilayah Palestin.

Media melaporkan, Ibrahim Suleiman Mansur, 26, ditembak ketika sedang mengutip batu kerikil dan besi buruk di kawasan berkenaan. Israel membina zon penampan sejak 2008 untuk memusnahkan sebahagian besar ladang penduduk Palestin.

Kawasan itu juga merupakan sasaran utama Israel untuk menyerang penduduk termasuk kanak-kanak, dipetik dari laporan Press TV.


Rundingan damai Syria gagal
16 Februari 2014

DAMSYIK - SYRIA : Rundingan damai Syria anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva minggu lalu gagal mencapai kesepakatan selepas negara itu menerima tekanan hebat daripada Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Diplomat Syria ke PBB, Lakhdar Brahimi berkata, kedua-dua negara berkenaan berterusan memberi tekanan kepada Kabinet Presiden Bashar al-Assad sehingga rundingan menemui jalan buntu.

“Timbalan Menteri Luar Rusia Gennady Gatilov dan Setiausaha Negara AS Wendy Sherman berterusan mengugut akan melakukan pelbagai sekatan terhadap Syria. Oleh itu, kami mengambil keputusan mengabaikan segala tuntutan dan desakan mereka,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada banyak perubahan dicapai dalam usaha untuk menghentikan konflik di Syria.

“Kehadiran mereka ke mesyuarat itu bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi mengeruhkan lagi keadaan dengan mengkritik pentadbiran kerajaan,” katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera. Sementara itu, satu bom kereta meledak di luar sebuah masjid di selatan Syria menyebabkan puluhan maut.


Denmark haramkan sembelih haiwan cara Islam 
17 Februari 2014

DENMARK :  Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.

Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.

Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan. Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.


Perbicaraan Mursi ditangguh
17 Februari 2014

KAHERAH - MESIR: Perbicaraan ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi bersama 35 lagi tertuduh yang didakwa berkomplot dengan kumpulan asing untuk melakukan keganasan telah ditangguhkan, semalam.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat selepas peguam mewakili Mursi meninggalkan kamar mahkamah di Akademi Polis di ibu negara sebagai tanda protes kerana bekas pemimpin itu ditempatkan di dalam kandang tertuduh kalis bunyi.

Memetik laporan Al Jazeera, tindakan tersebut dibuat selepas hakim menolak permintaan peguam bela supaya tidak menempatkan mereka di dalam kandang tertuduh yang diperbuat daripada kaca itu.

Difahamkan, penggunaan kandang tertuduh kalis bunyi tersebut kononnya bagi mengelakkan mereka mengganggu kelancaran prosiding perbicaraan seperti sebelum ini. Bagaimanapun, kesemua defendan mendakwa mereka tidak dapat mengikuti perbicaraan tersebut dengan jelas walaupun fon kepala telah disediakan.

Susulan daripada insiden itu, mahkamah memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan tersebut sehingga 23 Februari depan.


Mesir musnah 10 terowong rahsia
17 Februari 2014

KAHERAH - MESIR : Sebanyak 10 lagi terowong rahsia di sempadan Genting Gaza dimusnahkan tentera Mesir di bawah kempen keselamatan yang turut memberi kesan besar kepada aktiviti harian penduduk Palestin, menurut media tempatan, kelmarin.

Selain itu, tentera juga bertindak merobohkan beberapa buah rumah di Semenanjung Sinai bagi merealisasikan rancangan mereka untuk mewujudkan zon penampan di sepanjang kawasan bersempadan dengan Gaza tersebut.

Difahamkan, kewujudan zon terbabit dikhuatiri akan mengancam puluhan rumah di bandar tersebut yang telah dipisahkan mengikut sempadan antarabangsa sejak Perjanjian Kem David dimeterai pada 1982.


Tolak pengaman luar
18 Februari 2014

GENTING GAZA:  Hamas mengulangi amaran akan menentang mana-mana usaha pasukan pengaman antarabangsa yang berhasrat untuk campur tangan atau menentukan masa depan Palestin.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, Palestin tidak memerlukan bantuan daripada pasukan itu kerana hala tuju dan masa depan negara ini boleh ditentukan sendiri oleh pentadbiran sendiri.

“Kami belajar daripada kesilapan terhadap rundingan damai dengan Israel yang ditaja Amerika Syarikat (AS).

"Rundingan itu tidak memberi sebarang makna buat Palestin kerana segalanya memberi kelebihan kepada Israel manakala rakyat Palestin terus ditindas dan dinafikan hak,” katanya dipetik Press TV. Menurutnya, kerajaan hanya bersedia menerima bantuan pasukan pengaman jika pasukan itu juga menentang kekejaman Israel.


Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam?
19 Februari 2014

REPUBLIK AFRIKA TENGAH : Umat Islam di Republik Afrika Tengah telah menjadi sasaran militian Kristian di republik tersebut.

Sasaran tersebut telah mencetuskan tragedi berdarah, di mana telah menyebabkan kematian ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa, dedah sebuah agensi bantuan kemanusiaan. Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam telah melarikan diri dari negara tersebut.

Menurut Muslim Association of Britain (MAB, Persatuan Muslim Britain), mereka sudah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi.

MAB turut melahirkan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa .Di samping itu, harta mereka telah dicuri oleh kumpulan pengganas yang dianjurkan militian Kristian, dakwa agensi itu.


PM Thai hadapi tuduhan
19 Februari 2014

BANGKOK - THAILAND:  Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra bakal berhadapan dakwaan cuai dalam menjalankan tugas dan pertuduhan tersebut akan diumumkan pada 27 Februari depan.

Semalam, Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan memaklumkan beliau boleh dilucutkan jawatan jika didapati bersalah dalam kes berkaitan skim subsidi beras kontroversi tersebut.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas insiden keganasan mencemari kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di ibu negara.


Turki sekat guna Twitter
20 Februari 2014 

ANKARA:  Presiden Turki, Abdullah Gul kehilangan beribu pengikut Twitter selepas beliau menandatangani undang-undang kontroversi, yang diluluskan Parlimen bagi melaksanakan kawalan terhadap laman web di negara itu. 

Gul yang turut kerap menggunakan media sosial, kehilangan 80,000 pengikut selepas beliau menghantar kiriman Twitter lewat Selasa, menyatakan beliau sudah meluluskan undang-undang itu. 

Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan kepadanya bahawa ia akan mengurangkan ketegasan dua peruntukan dalam undang-undang itu, yang disifatkan pembangkang dan kumpulan hak asasi mengganggu kebebasan warganya. 

“Saya sedar masalah utama adalah mengenai dua hal, kebimbangan ini akan diambilkira dalam undang-undang baru,” kata Gul, yang masih mempunyai 4.3 juta pengikut Twitter. 

Sekat laman web

Di bawah peraturan baru itu, Pentadbir Komunikasi Telekomunikasi (TIB) boleh mengarahkan penyedia perkhidmatan menyekat laman tertentu yang dianggap menghina atau mengganggu privasi. 

Namun, kerajaan kini mencadangkan TIB perlu memaklumkan kepada hakim terhadap sebarang keputusan untuk menyekat laman web. Hakim akan mengeluarkan perintah dalam 48 jam atau tindakan TIB dianggap tidak sah. 

Pemimpin berkuasa Turki sejak 2003, Erdogan secara terbuka meragui internet, dengan menyifatkan Twitter ‘mengganggu’ kerana membantu tunjuk perasaan di seluruh negara pada Jun, yang menyaksikan enam terkorban dan beribu cedera.


Sekian sahaja Friday Wrap untuk minggu ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami pasti akan member balasan kepada orang yang bersabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan”
Surah An-Nahl (16:96)


Read more

EASY STRAWBERRY COOKIES RECIPE

0 comments

ASSALAMUALAIKUM WBT

In these times the celebration of Valentines Day has become popular with some Muslims. However, celebrating Valentines Day is haram in Islam. The celebration became connected with a Christian saint known as Valentino who was sentenced to death on 14 February 270CE. It is from him we get the name Valentines Day and the celebration is on the day he dies. So the reason Muslims must not celebrate Valentines Day is because it is a part of the Christian faith. Say NO to Valentines Day and start a new February with these pretty and delicious whimsical cookies. Strawberry is a perfect complement to the chocolate glaze.


Cooking is like love. It should be entered into with abandon or not at all.
~Harriet van Horne

INGREDIENTS :

* 2/3 cup butter, softened

* 2/3 cup sugar

* 1 egg

* 1 tablespoon lemon juice

* 2 cups all-purpose flour

* 1/3 cup strawberry drink mix NESQUIK

* 2 teaspoons baking powder

* 1/2 teaspoon salt

GLAZE:

* 1 cup (6 ounces) semisweet chocolate chips

* 1 teaspoon shortening

FROSTING:

* 1/3 cup butter, softened

* 2 tablespoons strawberry drink mix NESQUIK

* 1/8 teaspoon salt

* 3 cups confectioners' sugar

* 3 to 5 tablespoons 2% milk

DIRECTIONS:

1. In a small bowl, add cream butter and sugar. Stir until light and fluffy. Beat in egg and lemon juice. Combine the flour, drink mix, baking powder and salt; gradually add to creamed mixture and mix well.

2. On a lightly floured surface, roll out dough to 1/4-inch thickness. Cut with a floured 2-1/2- to 3-inch heart-shaped cookie cutter. Place 2 inch apart on ungreased baking sheets. Bake at 350° for 8-10 minutes or until set and edges begin to brown. Cool for 2 minutes before removing to wire racks to cool completely.

3. In a microwave, melt chocolate chips and shortening; stir until smooth. Spread over cookies; let stand until set.

4. In a small bowl, beat the butter, drink mix and salt until blended. Gradually beat in confectioners' sugar. Add enough milk to achieve desired consistency. Decorate cookies. Yield: about 2 dozen.

HAPPY COOKING!


Read more

Kenapa muslim tak sambut Valentine's Day?

1 comments
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, pada 14 hari bulan februari, pasti ada yang mendengar berkaitan Hari Valentine. Hari Valentine yang acap kali isu ini timbul tiap silih berganti tahun. Boleh ke seorang muslim menyambutnya? Terlalu banyak pendapat yang telah kita baca berkaitannya, akhirnya terketawa sendiri dek kepeningan melanda; confuse! Namun konklusinya pasti ada dengan izin Allah swt.

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati." -Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Jelas untuk kita berfikir dahulu apa positif dan negatif nya sebelum kita mengambil sesuatu tindakan. Dengan erti kata lain menafsir pro dan kontra nya sebelum menyambut sesebuah perayaan. Sebelum ikut akan sesuatu perayaan, kaji dahulu dan cari ilmu berkaitannya. Adakah ada kita mengingati Allah di dalam nya? Kerana jika tidak, kita berada dalam situasi yang tak lain dan tak bukan hanyalah lalai. Na'uzubillah. Kalau masih was-was akannya di pengakhiran, maka baik tinggalkan. Dengan izin Allah sungguh Dia lebih mengetahui.

Di dalam Islam, perayaan sudah pun cantik ditetapkan sebaik-baiknya oleh Allah dan rasul-Nya bersama tujuan dan hikmah yang kukuh berserta bukti. Tiada penambahan tiada penolakan yang boleh diterima. Perayaan kita semuanya juga adalah termasuk dalam pengesaan tuhan yang satu dan tiada ruang untuk pendapat peribadi.

Ibn Taymiyyah rahimahullah berkata: Perayaan adalah sebahagian dari undang-undang, jalan yang jelas dan upacara keagamaan yang Allah swt ada berfirman: Ù„ِÙƒُÙ„ٍّ جَعَÙ„ْÙ†َا Ù…ِنكُÙ…ْ Ø´ِرْعَØ©ً ÙˆَÙ…ِÙ†ْÙ‡َاجًا "Untuk setiap di antara kamu, Kami telah tetapkan undang-undang dan cara yang jelas" (5:48) dan Ù„ِّÙƒُÙ„ِّ Ø£ُÙ…َّØ©ٍ جَعَÙ„ْÙ†َا Ù…َنسَÙƒًا Ù‡ُÙ…ْ Ù†َاسِÙƒُوهُ "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan" (22:67).

Kalau hendak dikaitkan dengan Hari Cinta Valentine, tiada agama yang menggalakkan umatnya untuk mencintai dan menjaga satu sama lain lebih daripada Islam. Perihal cinta ini boleh diguna pakai pada setiap masa dan dalam semua keadaan, bukan hanya pada satu hari tertentu. Malah, Islam menggalakkan kita untuk menyatakan emosi dan cinta kita pada setiap masa, seperti sabda Nabi saw: "Jika seorang lelaki suka saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintai dia" -Riwayat Abu Daawud.

Dan baginda saw bersabda: "Dengan Satu yang menguasai jiwa, pasti kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman hingga kamu saling mengasihi. Patutkah aku tidak memberitahu kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan menyukai antara satu sama lain? Sebarkan salam di kalangan kamu." -Riwayat Muslim.


Tidak menyambut Hari Valentine bukan bermaksud seseorang itu tidak gemar akan cinta manusia, tetapi lebih gemar akan cinta Ilahi. 

Cinta dalam Islam adalah lebih umum dan lebih menyeluruh, ianya tidak terhad hanya kepada satu jenis cinta sahaja; cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Bahkan terdapat banyak lagi jenis cinta seperti cinta Allah, cinta kepada rasul-Nya dan para-para sahabat, cinta terhadap orang yang baik dan soleh, cinta dan sokongan kepada agama, cinta syahid kerana Allah, cinta kepada ibu bapa dan lain-lain. Jelas sekali terdapat banyak jenis cinta. Ianya adalah satu kerugian untuk menyekat makna cinta yang sangat luas dan lebih halal disisi Allah. Tidak menyambut Hari Valentine bukan bermaksud seseorang itu tidak gemar akan cinta manusia, tetapi lebih gemar akan cinta Ilahi.

O Allah, I ask you for Your love, and the love of those who loves You, and the love of every action that bring me closer to Your love. Allahuma ameen.

Wallahu'alam.




Read more

REMIND ME OF ALLAH

0 comments

"Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini"

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wrt. InshaAllah untuk sesi DIY dan motivasi pada kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama membuat sesuatu yang boleh meningkatkan motivasi diri dan menambahkan kecintaan kepada Allah.

Mesti hampir semua terfikir-fikir, macam mana lah nak cari booster untuk memotivasikan diri atau mengingatkan diri kepada Allah ketika diri ini sangat memerlukannya.

1. Pertama sekali, kita cari Allah dulu! Yes, Allah comes first! Bersolatlah, memohon taubat dan berdoa supaya hati kita lembut dan mudah untuk menerima hidayah dan kebaikan. Saya petik kata-kata dari Syeikh Yasir Qadhi, "If you want something in your life and you aren't praying Tahajjud for it then in reality you don't really want it". Jadikan solat tahajjud sebagai booster atau semangat untuk menggapai sesuatu dan memotivasikan diri!

2. Cari sahabat soleh solehah. Luahkan permasalahan anda dan minta nasihat dan motivasi daripada mereka. Lagi awesome kalau sahabat anda seorang yang rajin mentadabbur Al-Quran, pasti mereka akan memberi potongan ayat Quran sebagai motivasi!

3. Jika internet di hostel dan di rumah anda sangat awesome, gunakan untuk mencari talk-talk atau video-video dari motivator yang terkenal! Siapa tak kenal Brother Nouman Ali Khan? Siapa tak kenal Prof Dr Muhaya Mohammad? Banyak motivator yang boleh kita ikuti, hanya taip saja di Youtube pasti jumpa!

4. Dan yang terakhir sekali, do it yourself! Maksudnya jika anda tak dapat mencari video-video atau sahabat soleh solehah di saat anda memerlukan mereka dan mungkin anda seorang yang memang memerlukan motivasi setiap masa, cara inilah yang terbaik!

--Cari ayat yang pernah memotivasikan anda sebelum ini atau ayat Quran kegemaran anda yang membuatkan anda bersemangat. Kumpulkan mereka!



--Hiasi ayat-ayat tersebut. Terpulang sama ada mahu menulis sendiri atau menaip! Pastikan menarik minat anda dan anda suka melihatnya! Selesai menaip? Print out laju-laju! Selesai menulis? Touch up, touch up sikit!



--Cari board atau port yang mudah untuk anda lihat. Kemudian, gunting dan tampal! Senang je kan?




Selamat mencuba!

Wallahualam.


Read more

MODUL GERBANG MAHLIGAI SAKINAH PART 4

0 comments
Bismillahirahmanirrahim 
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .
InshaAllah 
Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu seterusnya .

Modul Gerbang Mahligai Sakinah ( Part 6 )
Tarikh : 17 Feb 2014
Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia)
9.30pm-11.30pm (waktu malaysia)

Boleh add id
Paltalk : moderator_kuliah


Kuliah Modul Gerbang Mahligai Sakinah merangkumi beberapa aspek tersebut : 

1. Asas-asas pra perkahwinan 
2.Adab dan batas pertunangan 
3.Malam pengantin an tips sunnah pernikahan ( 1 minggu sebelum pernikahan - KHAS )


Jom dengar jom!
Jangan ketinggalan mengikuti kuliah baitul muslim yang disampaikan oleh Ummu Atifah.


Anda terlepas mengikuti kuliah baitul muslim minggu lepas ?



Kami susulkan anda sedutan daripada kuliah baitul muslim Modul Gerbang Mahligai Sakinah (Part 4) 

di sini yang bertajuk  "Tujuan dan fungsi institusi kekeluargaan dalam Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah"


Pernikahan adalah satu ilham dari Allah kepada manusia. Manusia normal memerlukan pasangan yang berlainan jantina dalam kehidupannya secara sunnatullahnya. Maka, apabila Allah mengilhamkan kepada kita perasaan untuk bernikah maka Dia juga memberikan kepada kita kuasa untuk memilih seperti mana dalam Surah As-Syams ayat 7-10.



Kita sedia maklum bahawa Allah telah memberikan kebenaran kepada syaitan untuk menggoda semua keturunan nabi adam kecuali hanya kepada hambaNya yang ikhlas akan terselamat. Maka kepada hamba Allah yang telah diilhamkan nikah ini, kita haruslah meluruskan niat ikhlas lillahitaala supaya Allah memelihara kita dari godaan syaitan dan membantu kita dengan memberi ruang atau jalan yang halal.


Persediaan sebelum menikah melibatkan persediaan hati dan minda : 



A. Persediaan hati:

1. Membetulkan niat dengan ihklas untuk beribadah kepada Allah.

2. Hati dipenuhi keyakinan dengan janji Allah bahawa jodoh kita sudah dipilih oleh Allah.

3. Penuhkan hati kita dengan kasih sayang kepada Allah maka kita juga akan menyayangi pasangan  kita lillahitaala.


B.  Persediaan minda:
1. Kita perlu membetulkan mind set kita bahawa hati dan hidayah adalah hak Allah. Bila hati pasangan kita dipenuhi oleh cinta Allah maka:
  • segala sifat mazmumah akan terhapus.
  • kita akan deal dengan pasangan melalui hati dengan kasih sayang
  • kita takkan berani untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan pasangan kerana kita tahu dia datang dari Allah.


Kami susulkan pautan untuk rakan-rakan mendapatkan nota kuliah penuh dibawah  Insha Allah .






Wallahu 'alam 



Read more

FRIDAY WRAP (7-13 FEBRUARI 2014)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam Friday Wrap pada minggu ini.

Ribuan Kanak-kanak di Mali Diancam Maut Akibat Kekurangan Zat Makanan
Jumaat, 07/02/2014

BAMAKO  - PBB telah memberi amaran bahawa ribuan kanak-kanak di Mali menghadapi bahaya kematian jika mereka tidak menerima rawatan yang tepat pada waktunya. PBB mengesahkan kira-kira 800,000 orang memerlukan bantuan kemanusiaan mendesak di negeri ini.
Bantuan kemanusiaan sebanyak 476.9 juta dolar diperlukan, tetapi hanya separuh yang terima, 264.40 juta dolar pada tahun 2013. Jumlah pelarian dalaman di Mali kini telah menurun menjadi 200,000 daripada 350,000 orang.


Israel Serang Al Aqsa, Puluhan Cedera
Sabtu, 08/02/2014

AL QUDS  - Puluhan jemaah Muslim Palestin cedera setelah pasukan Israel menyerbu Al-Aqsa di Al-Quds pada hari Jumaat, 7 Februari. Mereka melepaskan bom tangan setrum dan peluru getah kepada para jemaah.

Pertengkaran meletus setelah pasukan Israel menyerbu kompleks Al-Aqsa pada hari Jumaat, melepaskan bom dan peluru getah menyebabkan para jemaah cedera. Jemaah membalas dengan melemparkan batu dan melaungkan, " Kami mengorbankan darah dan jiwa kami untukmu Aqsa " .

Penjaga masjid mengatakan bahawa pasukan Israel menutup gerbang Al Qibali dan menyembur gas pemedih mata ke arah para jemaah. Yayasan Wakaf Al Aqsa mengatakan bahawa pasukan Israel telah menghalang jemaah Palestin dari masuk dan keluar dari kompleks masjid.

Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk kanak-kanak, cedera dalam kekerasan itu. Saksi mengatakan pasukan Israel juga memukul kaum wanita dan menangkap beberapa orang Palestin. Pertengkaran terjadi kurang dari sebulan selepas Menteri Perumahan dan Pembinaan Israel, Uri Ariel , berkata Tel Aviv merancang menukar Masjid Al Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam sebagai sebuah kuil Yahudi.

Pernyataan itu membuat rakyat Palestin marah dan mengutuk rancangan itu sebagai pencabulan hak dan merupakan sebahagian dari usaha berterusan rejim Israel untuk meyahudisasikan Masjid Al Aqsa dan Al-Quds.


Wanita Anti-As Sisi Diseksa di Penjara
Sabtu, 08/02/2014

KAHERAH - Sramai 200 orang penyokong perempuan presiden Mohamed Mursi  yang ditahan dalam penjara dua bulan lalu menghadapi penyiksaan.

Kira-kira 200 wanita telah ditahan sejak penerapan hukuman anti-protes, “Wanita Menentang Kudeta”. Undang-undang anti-protes terbaru Mesir mewajibkan kumpulan yang melakukan protes secara umum untuk meminta izin dari Kementerian Dalam Negeri sebelum melakukan protes. Kumpulan itu berkata bahawa 35 pelajar perempuan dari Universiti Al-Azhar ditahan di penjara-penjara Mesir.

Jumlah tertinggi wanita yang ditangkap berlaku pada 27 Disember apabila 40 penyokong perempuan Mursi ditangkap. Enam mahasiswi Al-Azhar mendapat satu tahun hukuman penjara pada bulan Januari dan enam wanita pro-Mursi dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Tahanan wanita turut dipaksa menanggalkan pakaian di dalam pejabat polis. Mereka juga dipukul dan ditempatkan di sel penjara yang buruk.

Tahanan turut dipaksa untuk menjalani teskehamilan dan keperawanan dengan cara yang memalukan dan tidak berperikemanusiaan dan kemudian ditempatkan bersama tahanan jenayah. Organisasi Hak Asasi Manusia Arab yang berpusat di London berkata pada hari Rabu bahawa pihaknya telah menerima aduan dari keluarga 12 mahasiswi yang ditahan bahawa anak perempuan mereka mendapatkan penderaan, penghinaan dan gangguan seksual di tangan pegawai keselamatan.


Hassan Al Banna Ditangkap Kerana Hantar Gambar ke Al Jazeera
Isnin, 10/02/2014

KAHERAH - Kerajaan Mesir telah menahan seorang lelaki kerana menjadi ahli Ikhwanul Muslimin dan bekerja sama dengan rangkaian berita Al Jazeera. Sumber mahkamah Mesir mengatakan pada hari Ahad bahawa pihak berkuasa telah menahan Hassan Al Banna kerana dianggap menjadi organisasi pengganas dan menghantar foto - foto untuk Al Jazeera.

Al Banna telah dituduh memanipulasi foto yang bertujuan merosakkan imej pasukan keselamatan Mesir. Sumber mahkamah mengatakan Banna diperintahkan untuk ditahan selama 15 hari sementara menunggu penyelidikan.

Lelaki yang ditangkap pada sabtu malam itu mempunyai nama yang sama dengan pengasas Ikhwanul Muslimin yang dibunuh pada tahun 1949. Tetapi tidak ada bukti bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Tiga wartawan Al Jazeera, Peter Greste ( warga Australia ), Mohamed Fahmy ( warga Kanada - Mesir ) dan Mohamed Baher ( Mesir ) ditahan di Kaherah pada tarikh 29 Disember dan masih dalam tahanan, seperti empat wartawan lain yang bekerja untuk rangkaian Al Jazeera.


Kejahatan Seks Tentera AS di Jepun Meningkat
Isnin, 10/02/2014

TOKYO  - Bilangan serangan seksual yang dilakukan oleh anggota tentera AS di Jepun terus meningkat. Hal ini disebabkan tentera yang melakukan gangguan seksual tidak menerima sebarang hukuman atau mendapat hukuman yang sangat ringan.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Associated Press, anggota tentera Amerika terlibat dalam lebih dari 1000 kejahatan seksual antara tahun 2005 hingga 2013 di Jepun, demikian laporan Press TV, Isnin 10 Februari.

"Ratusan catatan memperincikan siasatan jenayah seks yang melibatkan anggota tentera AS yang ditempatkan di Jepun , menunjukkan sebahagian besar pelaku tidak dipenjara atau hanya menerima hukuman ringan selepas dituduh pelanggaran serius. Mangsa serangan seksual juga semakin bimbang bekerjasama sewaktu penyiasatan," kata laporan itu.

Laporan itu menambah bahawa jumlah jenayah seksual oleh pasukan AS sangat tinggi di pulau Okinawa , di mana kira-kira setengah dari 50,000 pasukan AS di Jepun ditempatkan. Kejahatan seks terhadap warga Okinawa telah mencetuskan protes terhadap kehadiran tentera AS di sana. Laporan itu juga menunjukkan bahawa proses kehakiman yang melibatkan kes-kes jenayah seksual oleh tentera AS sangat tidak konsisten.


Ceroboh, Tentera Israel Terkena Gas Pemedih Mata Dalam Kenderaan Mereka
Selasa, 11/02/2013

Tebing Barat - Mereka dianggap salah satu kekuatan tentera dengan persenjataan paling lengkap di dunia. Tetapi, malang bagi keempat anggota tentera Israel ini, peralatan berteknologi tinggi mereka menjadi bumerang selepas koleksi bom gas pemedih mata meletup di bahagian belakang van perisai mereka. Para askar kelihatan berhamburan keluar dari bahagian belakang kenderaan yang berhenti wilayah dekat Sungai Yordan, Tebing Barat.

Peristiwa itu berlaku berhampiran kampung Bilin, di tengah-tengah wilayah Tebing Barat. Para askar telah mengejar pemuda di kampung tersebut setelah berlaku pertengkaran antara pasukan Israel dan penduduk setempat. Demikian seperti dilansir Daily Mail, Selasa ( 11/2/2014 ).

Dengan mata merah, para tentera yang terkena kesan gas air mata tersebut hanya boleh terbaring di atas jalan. Senjata mereka dan bahan letupan lain yang pada mulannya berada di dalam van bertaburan di atas jalan selepas insiden ini berlaku.

Gas pemedih mata sering digunakan sebagai satu cara pengendalian massa. Gas mampu merengsakan mata , hidung , mulut dan paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan buta sementara serta kesakitan.


Gereja Rusia Mensasarkan Pendatang Muslim Dalam Misi Memurtadkan
Selasa, 11/02/2014

MOSCOW - Seorang pendeta di Moscow telah mengumumkan rancangan Gereja Ortodoks Rusia untuk memurtadkan imigran Muslim dengan penerbitan semula Injil dalam bahasa Asia Tengah, termasuk Uzbekistan dan Tajikistan.

Baru-baru ini, ketegangan etnik yang terjadi telah dilaporkan berlaku di Moscow. Di mana pendatang Asia Tengah dan Kaukasus menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi. November lalu, beribu-ribu ultra-nasionalis Rusia melakukan demonstrasi di Moscow menentang pendatang Muslim di negara itu.

Menurut Dimitry, pekerja asing biasanya bekerja selama dua belas jam sehari di lokasi pembinaan sebagai pembersihan jalan atau di sektor perkhidmatan memilih untuk menghantar wang mereka kepada keluarga yang memerlukan di negara asal mereka. Bagi gereja Ortodoks, para pekerja yang putus asa yang datang ke Moscow untuk mencari pekerjaan, mudah didekati dengan injil yang diterjemahkan.

Dimitry mengatakan bahawa pihak gereja akan membantu para pendatang dengan bergabung menjadi anggotanya. Rancangan Gereja Ortodoks turut dikritik oleh para pemimpin Muslim Rusia. "Ini tidak lain hanyalah sebuah usaha mubaligh," Gejdar Jemal, ketua Jawatankuasa Islam Rusia, ketua Gerakan Warisan Masyarakat Islam Rusia, dan ahli tetap Persidangan Rakyat Islam - Arab, berkata kepada Uznews.net.

Jemal mempersoalkan niat gereja dan mengatakan bahawa teks-teks injil Ortodoks telah diterjemahkan pada masa lalu ke dalam bahasa yang berbeza, termasuk bahasa Arab. Dia menambah bahawa injil ortodoks Rusia turut diterjemahkan ke dalam bahasa Uzbek dan Tajik pada awal tahun 1980.


Israel Lakukan 2 Kali Serangan Pada Malam Isnin
Selasa, 11/02/2014

GAZA - Tentera Israel telah melakukan dua kali serangan udara di Gaza, mensasarkan bahagian tengah dan utara wilayah Palestin yang terkepung. Menurut sumber-sumber Palestin, serangan pertama dilakukan di dekat kem pelarian Nuseirat di pusat Gaza Isnin malam, Press TV melaporkan.

Serangan kedua mensasarkan bahagian utara Gaza berhampiran dengan Beit Lahiya, sumber-sumber menambah. Tidak ada laporan mengenai korban yang cedera atau meninggal. Pada 9 Februari, dua warga Palestin cedera, satu kritikal, dalam sebuah serangan udara Israel di Gaza. Pada 22 Januari, pasukan Israel melancarkan serangan udara sama di Gaza yang dikepung, membunuh dua warga Palestin.

Pada akhir Disember 2013, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengancam melakukan lebih banyak serangan terhadap Gaza selepas tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di Bandar Gaza.


10,000 Orang Syria Berpindah ke Turki Dalam 10 Hari Terakhir
Rabu, 12/ 02/2014

ISTANBUl - Lebih daripada 10,000 rakyat Syria melarikan diri dari konflik di negara mereka, telah menyeberangi Gerbang Sempadan Cilvegozu ke Turki selatan pada sepuluh hari terakhir, kata pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang cedera dalam pertempuran diangkut oleh kaum kerabat mereka ke gerbang sempadan yang terletak di daerah Reyhanli, wilayah Hatay dan dipindahkan dengan ambulans ke rumah sakit di seluruh bandar, demikian laporan worldbulletin.net, Selasa 11 Februari.

Lebih daripada dua juta kini disenaraikan sebagai pelarian di negara-negara jiran seperti Turki, Jordan, Lubnan dan Iran. Menurut data terkini dari kerajaan Turki, jumlah pelarian Syria di Turki di kem-kem sempadan dan di pusat bandar telah melebihi 714,000. 70 % dari pelarian adalah wanita dan kanak-kanak.


Amnesty International : Pembersihan Etnik Berlaku di Afrika Tengah
Rabu, 12/02/2014

NEW YORK - Sebuah kumpulan hak asasi berkata gerakan " pembersihan etnik " sedang dilancarkan terhadap orang awam Muslim di Republik Afrika Tengah, di mana pasukan penjaga perdamaian antarabangsa tidak mampu mencegah.

Amnesty International mengeluarkan laporan pada hari Rabu mengatakan bahawa mereka telah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 200 pembunuhan Muslim oleh militia Kristian di bahagian barat negara itu.

" ' Pembersihan Etnik ' Muslim telah dilakukan di bahagian barat Republik Afrika Tengah, bahagian yang paling padat penduduknya di negara itu sejak awal Januari 2014, " kata Amnesty sebagaimana yang dilaporkan oleh Press TV. Kumpulan hak asasi juga mengatakan bahawa serangan terhadap umat Islam itu dilakukan dengan pembiaran kerajaan sehingga seolah-olah berniat untuk mengusir paksa Muslim dari negara itu.
"Milisi Kristian menganggap Muslim sebagai" ' orang asing ' yang harus meninggalkan negara itu atau dibunuh, " kata Amnesty.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengatakan bahawa negara yang dilanda perang boleh dibahagikan menjadi dua dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk mencegah kekejaman di CAR.


Imam Di Afrika Tengah Berjanji Tetap Tinggal di Bangui
Khamis, 13/02/2014

BANGUI – Kesan penderitaan Muslim di negara Republik Afrika Tengah, seorang imam Bangui Muslim berkongsi kesaksian mengerikan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap Muslim di negara itu.

"Saya tidak ingin meninggalkan Bangui, saya ingin menjadi Muslim Afrika Tengah terakhir yang meninggalkan negara ini atau sekurang-kurangnya Muslim terakhir yang dikebumikan di sini," kata seorang Imam di Bangui kepada program Newsday BBC pada hari Isnin 10 Februari, demikian laporan onislam.net.

"Negara ini adalah tempat istirehat terakhir dari ayah dan ibu saya," tambah imam itu dengan rasa sedih. "Mereka sudah membakar sebahagian besar masjid di ibu negara, hanya segelintir masjid tetap tak disentuh di kawasan kami."

Meskipun ribuan Muslim meninggalkan negara mereka, imam, yang namanya tidak dikenal pasti oleh laporan BBC, menolak untuk berpindah dan tetap berlindung dengan umat Islam yang tinggal di sebuah daerah di Bangui yang majoritinya Muslim.

Selama beberapa minggu terakhir, ribuan Muslim yang ketakutan melarikan diri diri pembunuhan, rompakan dan gangguan oleh militan bersenjata dari majoriti Kristian di bandar Bangui. Hal ini kerana meningkatnya serangan terhadap umat Islam di Republik Afrika Tengah.

Militan Kristian anti-Balaka menyerbu rumah Muslim kemudian membunuh kanak-kanak dan perempuan dan menjarah dan merosakkan bangunan, laporan PBB mendedahkan.


Projek Meyahudisasikan Al Quds, Israel Bangun Sekolah Di Al Quds
Khamis, 13/02/2014

AL QUDS - Israel telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah sekolah agama Yahudi di Al-Quds bersama dengan kemudahan penempatan lain sebagai usaha meyahudinisasikan bandar suci Al Quds. Sewaktu perancangan itu diumumkan, pasukan Israel menyerbu beberapa buah rumah di Al-Quds dan menangkap lima orang kanak-kanak warga Palestin.

Menurut keterangan saksi, kanak-kanak yang ditangkap berada di bawah umur 15 tahun dan diculik dari bandar tua dan persekitaran Oqbah al-Khalidiya. Penangkapan baru meningkatkan bilangan kanak-kanak Palestin yang ditahan oleh pasukan Israel (kira-kira 200 orang), menurut pengiraan bukan rasmi.

Pada tahun 2013, Israel telah menghancurkan lebih dari 500 rumah warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem yang diduduki, menurut PBB. Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam dan merupakan tempat suci ketiga setelah Ka'bah di Makkah dan Masjid Nabi Muhammad di Madinah, Arab Saudi.


Sekian sahaja paparan berita Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk mengetahui kebenaranya) dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu suatu kaum dengan perkara yang tak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan”.

                                                           [al-Hujurat 49:6]                                                                 


Read more

MENGENAL SANG PENCINTA

0 comments

Bismillahirahmanirahim…

Apabila masuk bulan Feburari, ramai akan menyebut pasal Valentine Day. Saya sendiri tidak pasti kenapa, masuk bulan ini sahaja, ramai akan menyebut pasal hari kekasih. Hurm, kata mereka mengenangkan kekasih masing-masing seperti perjuangan Romeo dengan Juliet. Kisah cinta abadi dan sejati. Mengalahkan kisah cinta Rose dan Jack dalam cerita Titanic jika dibanding.

Jadi, apa yang saya boleh katakan? Itu hanya satu kisah rekaan yang digambarkan oleh seorang penulis skrip dan penulis buku. Langsung tidak boleh diaplikasikan dalam realiti kehidupan. Itu semua fantasi sahaja. Jika ditanya kepada saya, jadi adakan wujud buku cinta sejati berdasarkan cinta sejati. Berani saya katakan “ada!”

Tidak percaya? Cuba bandingkan mana-mana kisah cinta Romeo dengan Juliet, Jack dengan Rose, Quasimodo dengan Esmeralda atau mana-mana kisah yang seumpama dengannya dengan kisah cinta yang sebenar ini.

Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki sanggup dicaci dan dimaki oleh masyarakatnya kerana cintanya? Pernahkah kamu mendengar seorang lelaki yang hampir-hampir terjun gaung kerana terkejut tidak percaya kerana dicintai?Tahukan kamu, lelaki ini pernah berdiri sampai bengkak kaki kerana mahu menemui orang yang dia cintai. Tahukan kamu, lelaki ini pernah disisih oleh masyarakatnya kerana cintanya. Tahukah kamu, kerana cinta lelaki ini, ada satu kaum telah menjadi penyokong cinta dia yang paling kuat selepas dia telah tiada di dunia ini. Cuba bandingkan?

Inilah kisah cinta yang paling agong. Kisah yang tidak akan mensia-siakan masa dan tenaga bagi siapa yang mencubanya. Jadi siapakah lelaki ini? Siapakah kekasihnya? Siapa lagi jika bukan cinta Muhammad bin Abdulllah kepada Allah. Kisah cinta ini lebih indah dan dihayati jika dibaca dengan penuh perasaan rindu. InsyaAllah disini saya mahu mencadangkan satu buku mengenai kisah hidup Rasulullah dimana penuh dengan ibrah yang boleh diambil dan diamalkan.

Buku yang berjudul Fiqh Sirah karangan Muhammad Said Ramadhan Al Buti. Seorang Ulama dari Syria yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas di Homs. Buku ini sebenarnya telah ada lama dilaman web tapi tidak ramai yang tahu. Ini link yang saya boleh tolong bagi.

http://bahantarbiyah.com/?book=fiqh-sirah-jilid-1-said-ramadan-al-buti



InsyaAllah, semoga kisah cinta seorang hamba kepada Penciptanya ini mampu kita contohi.

Wallahua'lam


Read more