• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

NO BAKE COOKIES

1 comments


Assalamualaikum w.b.t

If you are looking for something super duper simple, yet impressive enough to WOW your friends over the holidays, I suggest you make these chocolate peanut butter oatmeal no baked cookies. Not only they are quick and easy, but you don’t even have to turn on an oven! They are SUPER easy to make, SUPER economical and SUPER fun to serve. With chocolate and peanut butter combination, you will adore it. So, be sure to try this recipe!









Ingredients :

¼ cup of butter

2 cups of sugar

1 cup of milk

3 cups of oats

1 cup of peanut butter

½ cup of cocoa powder

















FINISH!!
p/s : They taste better than they look! 

Too soft? Cook a few seconds longer.
Too hard? Cut boiling time.

HAPPY COOKING!

Wallahua'lam


Read more

Kuliah Baitul Muslim

0 comments
Assalamualaikum wbt..

InshaAllah Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu ini. Kuliah BM Tarikh : 23 Dis 2013 Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia) 9.30pm-11.30pm (waktu malaysia) Boleh add id Paltalk : moderator_kuliah Skype : a.moderator.kuliah

Anda terlepas mengikuti kuliah baitum muslim minggu lepas ?

Kami susulkan kepada anda sedutan daripada kuliah baitul muslim di sini berkaitan bagaimana " Perjalanan seorang Jundiyy menuju ke Syurga Allah SWT "...
Perjalanan seorang Jundiyy menuju ke Syurga Allah SWT



Allah Maha Mengetahui hati dan tindakan kita. Sekiranya kita hamba Allah yang dicemburui, bila kita dalam kelalaian Allah akan menarik kita kembali kepadanya. Abid yang disayangiNya dalam kehidupan kita adalah anak-anak soleh yang dikurniakan, sahabat-sahabat yang membantu dalam melakukan ketaatan dan melakukan ketundukan yang sempurna kepadaNya. Itu adalah cemburu Allah kepada kita. Melakukan rukun Islam yang kelima iaitu bagi hamba Allah yang diberi kemampuan, akan menjadi abid yang istimewa di sisi Allah sama ada di dunia dan kembalinya dia kepada Allah. JIka kita hendak Allah menjemput kita, sentiasalah  mempersiapkan diri untuk menjadi pilihan Allah.Kita mahu menjadi hamba Allah yang mana satu? Adakah hamba Allah yang bersyukur atau yang mungkir, hamba yang redha atau yang selalu merungut?  Atau hamba Allah yang kufur nikmat, fasik, tahu tapi masih melakukan perkara yang salah. Dalam tidak sedar, banyak peluang yang Allah berikan kepada kita untuk dapat hidup dalam keredhaanNya. Oleh itu, sentiasalah redha dengan Allah dan meredhai apa yang Allah berikan kepada kita malah sama-sama mengucapkan kesyukuran kepadaNya.

Ketika nabi Ibrahim diberi arahan untuk menyembelih anaknya sendiri, nabi Ibrahim sangat sayang anaknya. Namun, setelah diberi arahan menyembelih, nabi ibrahim berbincang dengan anak-anaknya. Ketika itu, anak-anak sudah matang membuat keputusan dan belajar membuat keputusan. Mereka tahu itu dalah arahan Allah untuk menyembelih dan mereka menurut kerana taat kepada Allah. Itulah sifat anak-anak soleh.

Tekan pautan di bawah untuk mendapatkan nota kuliah penuh insha Allah .


Read more

FRIDAY WRAP ( 13-18 DECEMBER 2013 )

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
AZAM Russia kembali kepada anda membawa berita- berita terkini yang terjadi sepanjang minggu di seluruh dunia. 





Gaza, Palestine
Bencana kemanusiaan menggugat Gaza akibat sekatan dan cuaca buruk

 Kerajaan Palestin di Gaza memberi amaran tentang kedatangan bencana kemanusiaan di semenanjung Gaza akibat cuaca buruk yang akan menambahkan kesengsaraan penduduknya.

Kerajaan menyeru dunia agar memberi tekanan kepada rejim Israel agar membenarkan kemasukan bahan api bagi menghidupkan satu-satunya stesen janakuasa dan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penderitaan penduduk Gaza.

Isra Mudallal, jurucakap kerajaan menggesa ketika persidangan akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di pusat perlindungan, agar masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab etika dan perundangan untuk mengakhiri sekatan haram ke atas Gaza dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza agar bencana kemanusiaan dapat dielakkan.





Kerugian awal cuaca buruk yang melanda Gaza 64 juta dolar.

    Kerajaan Gaza berkata bahawa kerugian langsung akibat cuaca buruk yang melanda Jalur Gaza dianggarkan bernilai 64 juta dolar, dan pasukan penyelamat telah berjaya mengawal keadaan walaupun kekurangan peralatan dan juga sekatan yang dijalankan.

Menteri Kerja Raya dan Perumahan Yousef Gariz berkata ketika sidang akhbar yang diadakan pada petang Sabtu di ibu pejabat Kementerian Penerangan di Gaza, akibat daripada cuaca buruk menyebabkan kira-kira tujuh ribu keluarga telah dipindahkan dari kediaman mereka.

Beliau menambah lagi “Lebih daripada 3,300 kediaman telah dibanjiri air dan hampir seribu yang lain musnah. Nilai kerugian kediaman yang ditenggalami banjir dianggarkan kira-kira 40 juta dolar.”




Bahan api Qatar dibenar masuk ke Gaza untuk operasikan janakuasa
     Pihak berkuasa Israel (IOA) mula mengepam diesel industri yang didermakan oleh Qatar ke Semenanjung Gaza pada pagi Ahad melalui lintasan Karm Abu Salem.

Seorang pegawai pentadbiran Palestin di Gaza memberitahu wartawan PIC, 450,000 liter diesel yang didermakan oleh Qatar dihantar ke Gaza pada pagi Ahad untuk mengoperasikan semula loji tenaga tunggal Semenanjung Gaza itu.

Qatar telah menderma sebanyak 10 juta dolar untuk membayar cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah ke atas bahan api yang diperuntukkan untuk loji kuasa Gaza.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu mengumumkan Qatar akan menghantar sebuah kapal yang membawa bahan api yang diperlukan untuk menjalankan janakuasa selama lebih kurang 4 bulan.





Damsyik,Syria

Syria hilang dalam ' kempen keganasan '

     Tentera kerajaan meragut orang dalam 'serangan sistematik' ke atas orang awam , kata PBB
Aktivis Syria dan warga yang lain telah hilang ke “tahanan rahsia” sebagai sebahagian daripada "kempen meluas keganasan terhadap penduduk awam " oleh kerajaan Damsyik , kata penyiasat PBB.

"Ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kehilangan dikuatkuasakan telah dilakukan oleh tentera kerajaan sebagai sebahagian daripada serangan meluas dan sistematik terhadap penduduk awam, dan oleh itu terjumlah kepada satu jenayah terhadap kemanusiaan ," satu Suruhanjaya Bebas meneliti isu itu dalam satu laporan mengenai Khamis.

Kebanyakan saksi telah mengenal pasti pegawai-pegawai perisikan Syria , tentera dan militia pro-kerajaan sebagai mempunyai orang yang merampas nasib masih tidak diketahui , menurut penyiasat bebas yang diketuai oleh Brazil Paulo Pinheiro .

Suruhanjaya itu juga berkata bahawa beberapa kumpulan bersenjata di utara Syria, terutamanya Negara Islam Iraq dan Levant ( ISIL ) , telah mula menculik orang ke dalam tahanan dibenarkan berkomunikasi dan menafikan kurungan mereka. ISIL juga memohon ransoms atau pertukaran banduan , yang merupakan jenayah perang yang berasingan , katanya.





Lain-lain

Zon bencana di Thai
Kerajaan Thailand semalam, mengisytiharkan 65 wilayah sebagai zon bencana selepas suhu jatuh mendadak.
Di wilayah Nakhon Phanom, suhu mencecah serendah 1 darjah Celsius hingga 14 darjah Celsius sejak tiga hari lalu.

Gabenor Adisak Thepart berkata, pihaknya kini sedang giat mengedarkan selimut dan membekalkan pakaian tebal untuk penduduk di pendalaman.
“Sebanyak 10 daripada 12 daerah diisytiharkan sebagai zon bencana manakala 100,000 penduduk sedang menanti bantuan bekalan baju dan selimut.
Selain itu, wilayah Maha Sarakham di timur laut juga dilanda cuaca sama sehingga 200,000 penduduk terjejas.

Media melaporkan, di puncak gunung Doi Inthanon di Chiang Mai terdapat embun beku terbentuk.
“Kawasan itu mencatatkan -1 darjah Celsius, manakala suhu keseluruhan di kawasan itu sekitar 6 dan 8 darjah Celsius,” menurut laporan berkenaan.
Pada 1955, difahamkan, Thailand pernah mengalami salji hingga menjejaskan ribuan penduduk.




“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk” (Al-Imran : 103)


jzkk.


Read more

Mengurut Kalbu dengan Kata-kata

0 comments


Ada tiada rasa dalam jiwa,
Rindu akan memanggil nama-Mu
Kerana setiap jiwa telah bersumpah,
Setia hanyalah kepada-Mu, ya Allah..


Bismillahirrahmanirrahim....

InshaAllah untuk sesi DIY dan motivasi pada kali ini, saya ingin bawa anda semua untuk berubah ke arah lebih baik dengan cara yang betul dan lebih berhikmah.

Seringkali kita mahu mengajak dan menyuruh diri sendiri atau orang lain untuk melakukan kebaikan. Tapi sebelum kita menyentuh hati seseorang itu, kita pasti dengan cara yang kita lakukan itu?

Adakah kita mengajak atau menyuruh dengan nada yang tegas? Nada yang marah?? Nada yang tidak berpuas hati?!! Atau nada yang berhikmah? Nada yang lebih lemah-lembut dan lebih mengandungi kasih sayang? Jadi saya mahu kita semua mencipta perubahan bermula daripada kata-kata. Sama ada kata-kata itu menyentak ataupun menusuk kalbu. [AMARAN] Haaa tapi! Bukan ayat sarcastic ye.

Jom kita lakukan langkah-langkah sebegini

Langkah pertama
Tuliskan ayat nasihat yang pernah kita gunakan, namun masih tidak memberi impak kepada penerima

Langkah kedua
Tuliskan ayat nasihat yang lebih lembut, tetapi masih membawa mesej yang sama kepada penerima

Langkah ketiga
Baca dan tulis semula ayat nasihat yang lebih lembut

CONTOH

     *   Bangun dirikan solat. Tuhan dah suruh masih degil lagi?! Nak ikut perangai syaitan ke?
     *   Bangunlah solat. Untung orang yang bersolat, dijanjikan syurga dan dijauhi neraka.
     *   Jom bangun dirikan solat. Bidadari syurga tengah tunggu, sungai madu dan susu enak mengalir untuk             kamu. Orang seperti kamu yang dinanti-nanti.

     *   Biasakanlah solat dhuha. Sekejap je, 2 rakaat. Dhuha tu ibarat cukai kepada sendi-sendi kita.
     *   Pergilah dhuha. Untung orang solat dhuha, dimurahkan rezeki dan dapat ketenangan jiwa.
     *   Marilah kita dhuha. Allah akan ampunkan dosa kita sekalipun sebanyak buih-buih di lautan dan orang            yang megerjakan dhuha boleh masuk pintu khas ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

     *   Jangan lupa baca al-Quran. Kalau tak baca, nanti hati keras. Ayok.
     *   Bacalah al-quran. Nanti lapang dada dan dirahmati Allah.
     *   Jom baca al-quran. Siapa yang baca walaupun satu huruf akan dapat satu kebaikan, satu kebaikan tu           sama dengan sepuluh kali ganda kebaikan.

     *   Kesian makcik tu. Sedekahlah. Boleh ringankan beban dia, kita ni mampu lagi.
     *   Bersedekahlah pada dia. Nanti Allah beri keberkatan pada kamu dan akan melembutkan hati kamu.
     *   Jom bersedekah pada yang memerlukan. Para malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki                pada kita.

     *    Bangun, bangun, solat malam! Rasulullah yang dijamin syurga pun solat malam!
     *    Bangunlah solat malam. Boleh eratkan hubungan dengan Allah dan tambah kecintaan kepadaNya.
     *    Jom bangun solat malam. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi                   menyiram api neraka dan kita akan cepat melalui siratul mustaqim macam kilat.

Jika anda adalah seorang yang kreatif, anda boleh menulis ayat nasihat di atas kad kecil kemudian hiasi ia. Dan boleh diberikan kepada anak-anak usrah mahupun rakan-rakan. Perkara ini boleh diapplykan kepada semua golongan dengan bertujuan untuk memberi nasihat dan motivasi.

"Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka yang berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut"

Selamat mencuba!

 Wallahualam


Read more

Melancong Itu Ibadat.

0 comments
Assalamualaikum.

Duhai jiwa yang diselimuti kedinginan salju,
Jasad terasa berat meninggalkan kehangatan yang membaluti tubuh.
Mentari siang begitu malu menampakkan sinar dan menyembunyikan teriknya.
Malam yang panjang dan kesejukan berganda bagaikan nikmat dari Sang Pencipta.
Cuti musim sejuk yang bakal menjelang dirancang dengan ghairahnya.
Tunggu!
Tanpa sedar aura-aura kefuturan mulai menyeludup masuk ke dalam jiwa.
Graf keimanan mulai condong ke bawah bersama turunnya suhu di bumi Soviet ini.

Ada apa pada iman? Adakah ia membeku dan lumpuh seperti terkena ‘frostbite’?

Cuti musim sejuk semakin menghampiri. Auranya sudah cukup terasa sejak sebulan yang lalu. Pasti hampir setiap orang sudah punya perancangan tersendiri untuk melepaskan stres belajar dengan melancong sekitar benua Eropah. Paling tidak mungkin ada yang pulang ke Malaysia bagi melepaskan rindu yang semakin membuak-buak pada keluarga, pada masakan Malaysia walaupun baru beberapa bulan lepas kembali ke Rusia. Inilah yang dikatakan, air dicincang tidak akan putus. Sejauh mana pun kita berada, pertalian darah itu tidak akan pernah putus. Benar jua peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri!



Tanpa kita sedar, dalam keghairahan merancang percutian, sudahkah kita merancang aktiviti yang akan diluang bersama Pencipta kita? Inilah masa yang paling sesuai untuk kita meluangkan masa bersamaNya semaksimum mungkin. Jika dulu kita sering memberikan alasan tiada masa hendak membaca buku sirah para nabi dan sahabat, menghafal surah dalam al-Quran dan bersilatulrahim fillah, maka masa yang ada ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Sekadar melancong untuk bersuka-ria. Sekadar ingin mengikut rentak kawan-kawan yang menjadikan aktiviti melancong sebagai aktiviti wajib pada cuti musim sejuk. Sekadar untuk pergi ke tempat yang murah untuk ber’shopping’. Sekadar ingin melepaskan diri dari stres belajar.

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (67:15)

Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada. (22: 46) 

Perbetulkan kembali niat kita selagi punya waktu! Siapa tahu jika dalam perjalanan, tiba-tiba kapal terbang atau bas atau kereta api yang dinaiki terlibat dalam kemalangan! Siapa tahu jika hayat kita cuma sekadar itu sahaja! Apakah apabila dihisab nanti, amalan terakhir kita adalah untuk bersuka ria di dunia? Sedangkan kita sedar bahawa kita ini punya amanah berat yang dipikul sebagai hamba Allah yang dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini.


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” (51:56)

Sudah jelas lagi bersuluh! Allah telah menciptakan kita untuk beribadat kepadaNya. HANYA UNTUK BERIBADAT! Adakah ini bermaksud kita tak perlu belajar? Tak perlu bekerja? Tak perlu bersilatulrahim? Wajib duduk di penjuru masjid untuk berzikir, membaca al-Quran, bersolat? TIDAK! Bukan itu pengertiannya! Yang dimaksudkan adalah setiap pekerjaan yang kita lakukan seharusnya perkara yang diredhai Allah. Perkara yang jika dilakukan tidak mendatangkan mudarat pada diri dan orang lain walau di mana dan bila-bila pun.

  
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (62:10)

Dalam pekerjaan seharian, perlu untuk kita sentiasa bermuhasabah diri. Adakah yang kita lakukan ini selari dengan apa yang Allah perintahkan dan bukannya dari laranganNya? Tanya pada diri. Jika kita takut orang lain melihat perbuatan kita atau kita berasa berat hati untuk melakukannya, maka itulah antara perkara yang boleh mendatangkan murka Allah.

Justeru, kepada yang telah merancang percutian untuk melancong, perbetulkan kembali niat. Semoga niat melancong ini adalah untuk melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah serta melahirkan rasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Kepada yang masih belum merancang atau belum punya perancangan atau telah merancang untuk tidak ke mana-mana, ayuh isikan masa yang ada nanti dengan aktiviti yang mampu mendekatkan kita kepada Allah.

Sambil bercuti, marilah kita menghangatkan iman di dada dan perbaharuilah ia agar lebih kuat untuk mengharungi cabaran dan dugaan pada masa hadapan. Semarakkan iman agar ‘mencair’ segala salji di bumi Rusia ini!

Wallahu’alam.


Read more

MOSCOW | Program Orientasi Pelajar Baru 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

" Allah tidak menghendaki untuk menjadi kesukaran bagi kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur" (Al-Maidah: ayat 6)

15 Disember 2013-Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya satu Program Orientasi Pelajar Baru yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia telah berjaya diadakan. Pihak Azam Russia turut serta dijemput untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan Fiqh Luar Negara melalui slot Bicara Bumi Cinta. 






Program orientasi bermula dengan pengenalan tentang persatuan-persatuan yang terdapat di bumi Russia iaitu Azam Russia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia,Kumosc, dan juga Malaysian Fellowship. Seterusnya, pihak Kedutaan telah memberi pendedahan tentang hal-hal berkaitan visa, pasport dan juga maklumat keselamatan kepada para pelajar. 





Melalui slot Bicara Bumi Cinta pihak Azam Rusia telah memberi sedikit kefahaman kepada semua pelajar tentang rukhsah dalam beribadah bagi memudahkan mereka untuk mengamal serta menegakkan syiar Islam di Russia. Antara perkara yang dibincangkan adalah : 

1. Thaharah (Isu pemakaian khuf, isu ajing dan khinzir sebagai najis) 
2. Solat (Isu solat Jamak, Qasar, Jumaat) 
3. Makanan (Halal haram dalam pemakanan, makanan di restoran bukan Islam)
 4. Ikhtilat ( Pergaulan antara lelaki dan perempuan)

Seterusnya program diteruskan dengan pengenalan tentang Azam Russia kepada pelajar tahun satu. Azam Rusia merupakan satu pertubuhan yang sentiasa ingin bersama masyarakat bagi menyelusuri kehidupan dalam mencari redhaNya. Program diakhiri dengan ucapan oleh pihak kedutaan Malaysia.

Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dan banyak memberi kefahaman dan penjelasan tentang isu fiqh luar negara yang selalu menjadi masalah kepada pelajar muslim yang berada di luar negara. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak kedutaan kerana memberi peluang kepada Azam Russia untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu kepada para pelajar. Terima kasih juga diucapkan kepada para pelajar yang telah menghadiri program kali ini. Akhir kata,sesungguhnya Islam adalah agama yang tidak membebankan. Rukhsah dalam beribadah adalah hadiah daripada Allah s.w.t kepada hambaNya. Maka hendaklah kita bersyukur dengan pemberian Allah ini dan menggunakannya dengan sebaiknya. Islam itu mudah,namun jangan kita permudahkannya. 












 Wallahu'alam


Read more

RESEPI MEE SAPI

0 comments

Assalamualaikum . . .

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah Al-Hujurat:13)

Allah SWT Maha Bijaksana dalam setiap ciptaan-Nya. Dijadikan manusia dalam bersuku-suku dan berbangsa-bangsa. Untuk kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Dan salah satu medium untuk perkenalan tersebut adalah melalui makanan atau sajian sesuatu bangsa itu sendiri. Kerana pasti setiap makanan atau sajian itu berteraskan latar belakang budaya mereka.

Pernah anda dengar tentang mee sapi? Mungkin sebahagian penduduk Sarawak tahu apa itu mee sapi. Sebenarnya nama lain bagi mee sapi ini adalah mee kolok. Mee sapi atau mee kolok ini telah menjadi sebahagian hidangan tradisional yang digemari oleh penduduk di Sarawak. Kalau nak order mee kolok atau mee sapi di Sarawak, selalunya akan ditanya nak yang kering, goreng atau sup. Saya lebih suka yang kering.

Bahan-bahan yang diperlukan.
  • Mee sanggul / Mee kolok. (Kalau di Russia, boleh gunakan mee maggi atau mee telur (яичная лапша) sebagai ganti)
  • Taugeh
  • Hirisan cili
  • Daun sup
  • Kicap manis
Bahan untuk sup sapi
  • 400 gram daging sapi (boleh digantikan dengan daging lembu)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji sup bunjut
  •  Stok lembu
  •  Garam secukup rasa
Bahan untuk minyak bawang.
  • Minyak masak
  •  Bawang merah
Bahan untuk sos.
  • 5 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  •  Sos cili.


Cara untuk menyediakan sup sapi/sup lembu.

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan air, daging dan sup bunjut. Tambah stok lembu dan garam secukup rasa. Biar sehingga mendidih dan daging lembu masak. Jika daging sudah masak, keluarkan dari sup dan hiris nipis.

Cara untuk menyediakan minyak bawang.

Panaskan minyak masak dan goreng bawang merah sehingga naik bau dan bawang merah menjadi layu. Tuskan bawang dan simpan minyak. Bawang merah yang telah digoreng tadi disimpan untuk dijadikan hiasan.

Cara menyediakan mee.

Rebus mee sehingga lembut. Tuskan mee dan gaulkan mee bersama minyak bawang dan kicap manis. Tambah garam jika perlu.

Cara menyediakan sos.

Kisar semua bahan. Tambah gula dan garam jika perlu.

Cara hidangan.

Sapukan sos di dasar mangkuk dan kemudian masukkan mee. Letak hirisan daging di atas mee. Hias dengan taugeh, daun sup dan hirisan cili. Tuangkan sedikit sup sapi ke dalam mangkuk.

Mee Sapi yang dibuat sendiri

Selamat mencuba.

Wallahua'lam


Read more