• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

KULIAH ONLINE MINGGU INI :)

0 comments

Assalamualaikum, insya-Allah, temu janji kita untuk kuliah online minggu ini.

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 18 Disember 2012 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Siri Modul Perjalanan Ketaqwaan Jundiy Menuju Syurga Allah SWT "
Tarikh : 19 Disember 2012 (Rabu)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;

Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

Jom sama-sama sertai dan ajak rakan-rakan yang lain =)




Anda terlepas kuliah minggu lepas..?jangan bimbang!di bawah kami sediakan sedikit sedutan dari kuliah tersebut dan juga pautan ke blog kuliah online baitul muslim jika anda berminat untuk membaca dengan lebih lanjut. :)

Tawakal Kepada Allah

Hubungan tawakal  bergantung kepada sejauh mana ketenangan kita. Ketenangan tinggi, ketawakalan juga tinggi. Formula kadar terus ialah tanda kecintaan kita kepada Allah tinggi melalui cinta kita untuk melakukan perkara-perkara sunat.

pautan: http://kuliahbm.blogspot.ru/2012/12/tawakal-kepada-allah.html

selamat beramal dan moga Allah memberkati! :)


Read more

Fill Your Time! [Part One]

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrt.


Cuaca dingin yang makin mencengkam memang bisa membuatkan semua kaget untuk melangkah keluar walau setapak pun. Manakan tidak, jari-jemari akan mula hilang deria rasa, muka pula bak disuntik ‘botox’ rasanya. Pergerakan juga menjadi semakin lambat dan perlahan, apatah lagi dengan timbunan salji yang memenuhi perjalanan. Lebih selesa kalau duduk di dalam bilik bersama secawan minuman koko panas!

Tapi, banyak lagi yang perlu diselesaikan! Macam mana ni? Islam tidak mengajar kita untuk terus bergulung di dalam selimut, membuang masa tanpa berbuat apa-apa. Namun pernahkah anda mendengar kisah seorang sahabat:

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. 

Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa-masanya”.
-Riwayat Imam Muslim

Tidak ada salahnya untuk kita berehat sebentar, namun biarlah rehatnya kita itu tetap mengikut landasan dan syariatnya! Bukankah lebih baik jikalau hobi yang dilakukan pada waktu senggang dapat juga memberikan kita satu pencapaian dan kejayaan dalam bidang baru, berbanding hobi yang hanya akan memakan masa dan tenaga kita semata-mata? Ini barulah dikatakan ‘sambil menyelam, minum air’, ataupun pepatah yang lebih popular, ‘Killing two birds with one stone’. Kerehatan itu kita dapat, bersama manfaatnya juga!

Jadi di sini ingin saya kongsikan beberapa hobi yang dapat mencapai misi ini, insyaAllah dengan izinNya.

1) Membaca

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah AlAlaq, 96 : 1-5)


Wahyu pertama yang diturunkan turut menggesa umatnya untuk membaca dan menuntut ilmu. Iqra’! Malangnya, kebanyakan dari kalangan kita masih malas membaca. Tidak, bukan buku-buku medic yang saya maksudkan… Tetapi buku-buku yang bisa menambahkan pengetahuan dan meluaskan bidang pemikiran. Kita punya impian untuk ‘think out of the box’, namun tanpa mengintai ke alam lain yang berada di luar sana, macam mana kita hendak capai impian ini? 

Salah satu jendelanya adalah melalui buku-buku, majalah-majalah, bahkan penulisan yang dapat membawa kita menyelami pelbagai situasi dan kondisi yang tidak dapat dirasai tanpa mengamati satu demi satu perkataan yang tercetak. Setiap orang ada jenis penulisan yang diminati, jadi saya tidak menghadkan kepada satu-satu tajuk mahupun pengarang. Namun di sini ingin saya selitkan beberapa cadangan:

• AlQuran – sepatutnya menjadi buku ‘favourite’ kita pada waktu lapang, untuk ditadabbur dan diteladani setiap daripada ayatNya. Siapa yang akan jemu membelek kembali surat-surat daripada kekasihnya?
• Majalah JOM! – Penuh dengan ilmu, informasi-informasi dan peringatan yang amat berguna. Boleh juga dijadikan rujukan untuk bulatan gembira anda!
• Novel islamik – Bacaan ringan, menghanyutkan minda di dalam alam islami yang ideal.

2) Blogging


Saya percaya ramai diantara kita yang sudah pun mempunyai blog sendiri. Bagi yang belum, mungkin inilah masanya untuk bermula! Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk menulis blog, misalnya untuk menceritakan pengalaman hidup di perantauan, untuk menghantar berita kepada keluarga, sebagai journal kehidupan, untuk memerikan pesanan dan peringatan, bahkan ada juga yang membuka blog untuk mempromosikan barang-barang perniagaan mahupun mempamerkan koleksi-koleksi fotografi yang kreatif. 

Tanpa disedari, sebenarnya dengan blogging juga anda akan lebih menjadi tech-savvy: belajar bagaimana hendak memuatnaikkan gambar, menukar ‘theme’, dan sebagainya. Disamping itu, anda juga akan menambah kenalan yang mempunyai minat dalam bidang yang sama dan dapat berkongsi idea untuk terus maju dalam bidang yang anda minati.

3) Menulis journal.


Bahan yang diperlukan hanyalah sebatang pen dan kertas. Selebihnya, biarlah minda dan tangan anda melakukan peranannya. Jangan hadkan penulisan anda dengan hanya membuat karangan, jadilah lebih kreatif! Anda bebas untuk menghias, melekat gambar, membuat ‘doodle’, dan sebagainya. 

Curahkan sahaja apa-apa yang terlintas di minda anda! Mungkin sesuatu yang menarik yang menyentuh hati daripada perkongsian di dalam bulatan gembira, ataupun puisi-puisi yang terlintas di minda setelah mentadabbur alam sambil berjogging sekejap tadi. Dengan ini, anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih mendalam, bahkan boleh membuat analisa perkembangan diri anda sendiri! Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik, boleh juga ajak rakan-rakan untuk menulis di dalam journal bersama.

Pastikan anda telah siap semua kerja rumah dahulu ya! Andai kata anda ingin mencari hobi-hobi lain yang bermanfaat juga, bolehlah layari http://productivemuslim.com/21-productivemuslim-hobbies-part-1/. 

Selamat memulakan hobi baru!
Wallahua’lam.


Read more

Pengumpulan Dana untuk Gaza

1 comments

1 Disember 2012 Saint Petersburg - Bertempat di Hostel Stachek 111 Korpus 1 telah berlangsung program kutipan derma “FUNDRAISING 4 GAZA“ anjuran Malaysian Engineering Student of St. Petersburg (MESSP).

Pada 14 hingga 21 November yang lalu, tentera Israel Zionis telah melancarkan serangan terhadap saudara kita di Gaza. Selama 8 hari tentera Zionis telah membunuh 163 adik, abang dan kakak kita di Gaza. Sementara 1222 orang telah cedera dalam kempen perang ini. Bedilan bom Zionis telah menghancurkan sebahagian besar Gaza termasuk sekolah, tadika, rumah, hospital, masjid, bank dan infrastuktur yang lain. Program kutipan derma “FUNDRAISING 4 GAZA“ khususnya adalah untuk membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban saudara-saudara kita di samping membuktikan iman dan ukhuwah kita sesama Islam. Maka, hasil kutipan derma program ini akan disalurkan kepada tabung AZAM Russia 'Rubles for Rubbles’.




Di samping itu, pihak MESSP telah menginfakkan sebahagian daripada dana mereka kepada pelajar-pelajar di St. petersburg dengan mengedarkan makanan percuma bermenukan  “Ayam Masak Madu“ semasa program tersebut.

Alhamdulillah, seramai 65 orang pelajar di St. Petersburg, program ini telah berjaya memperoleh sebanyak RM 1,100.00. Jazakumullahukhoir kepada semua yang membantu dan menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menderma dan semoga usaha kita yang kecil ini dipandang dan diredhai Allah S.W.T . InshaAllah.

Petikan menarik daripada ukhti Azlina Hashim;

“... Kita usaha buat setakat yang mampu. Kita mahu DO SOMETHING & EVERYTHING FOR ISLAM. Tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. FROM RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.LONG LIVE PALESTINE."



 







Read more

Hari dan Keberkatan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Dan hari-hari terus berlalu.

Sama ada kita sedar atau tidak, Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita bernafas di bawah naungan kasih sayang Allah SWT di dalam tahun baru 1434H.
Tidak terasa hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan yang berlalu kerana waktu itu terus bergerak meninggalkan kita.
Tetapi kita ini sangat malas dan culas kerana sehingga ke hari ini kita masih lagi disini, dititik yang sama, tidak bergerak dan terus statik. Hari-hari yang kita lewati semalam sama sahaja dengan hari ini dan sebelumnya.
Maka rugilah golongan yang terus lena sehingga terbuai dek mimpi indah dalam dunia 'zon selesa' yang mereka ciptakan tanpa bangun dan berlari-lari untuk membuat persediaan dan perubahan demi menghadapi suatu kepastian, iaitu kematian dan kehidupan hakiki.
Sedangkan ada di antara mereka yang sedang berlumba-lumba untuk menaiki gerabak tarbiah sebagai salah satu cara untuk mengejar syurga Allah SWT.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita masih lena diulit mimpi atau kita ini ialah yang berpeluh lencun kerana berlumba-lumba untuk menaiki gerabak itu?

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT"

Dalam pergerakan masa yang berlalu kian pantas, pernahkah kita terfikir bahawa perjalanan kita di dunia yang fana ini bakal berakhir pada bila-bila masa sahaja?
Bagaimana pula dengan persiapan kita menjelang kehidupan abadi yang semakin menghampiri?
Sudah cukupkah bekalan amalan yang kita sediakan untuk dibawa menghadap Allah yang Maha Esa?
Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan sebagai batu loncatan buat kita sebagai umatnya bagi membantu kita meraih keberkatan Allah SWT demi mencapai kebahagiaan serta keberkatan hidup di dunia mahupun akhirat.

Baginda bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturrahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (HR Abu Naim)



                                                                                                                                                                        Perkara pertama: Bersedekah

Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.

Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? Lalu Baginda menjawab: “Sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud)


Perkara kedua : Menyuruh kepada kebaikan
Skop menyuruh kepada kebaikan ini sebenarnya tidak hanya terhad kepada dai'e sahaja malah semua mukmin mesti mempunyai rasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan.


Saidina Ali bin Abi Talib meriwayatkan: "Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini."

Perkara ketiga : Berbakti kepada ibu bapa 
Aspek berbakti kepada ibu bapa juga ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagai satu elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Oleh hal yang demikian, jika kita mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa, ia pasti akan mengundang laknat Allah dan tidak memperoleh keberkatan dalam apa saja yang dilakukan, meskipun kita berjaya menjadi seorang doktor pakar sakit jiwa atau seorang jurutera terbilang kerana telah termaktub di dalam Al-Quran:


"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai ke umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. " (Surah Al-Isra, 17:23)

Perkara keempat : Silaturrahim
Persaudaraan itu umpama tingkah dahan-dahan yang ditiup angin. Walau satu pohon, tak selamanya gerak dahan seiring dan sehaluan. Adakalanya seirama, tapi jarang sekali tidak berlanggaran. Setiap hubungan persaudaraan itu kadang tak seindah lambaian pohon-pohon yang merimbun kerana dalam berukhuwah itu pasti ada khilaf, salah faham mahupun pertengkaran.



Untuk mendapatkan kemanisan ukhuwah, kita mestilah menyandarkan hubungan persaudaraan itu hanya kerana Allah SWT agar hubungan itu tidak dicemari dengan kotoran-kotoran jahiliah yang mampu mengotorkan kesucian sebuah ukhuwah. Tingkat keimanan kita sebenarnya diuji melalui ukhuwah kerana, 


Rasulullah SAW pernah bersabda, "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi  saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Justeru, marilah kita bersama-sama memanfaatkan nikmat umur yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana tika ini Dia masih memberi kita ruang, masa dan peluang untuk berlumba-lumba mengumpul amal kebaikan sebagai bekalan menuju akhirat. Saidina Ali pernah mengungkapkan (bermaksud): "Dunia ialah pasar akhirat yang mana orang mukmin adalah saudagarnya, amal soleh ialah keuntungannya, dosa pula kerugiaanya, manakala panjang usia modalnya."



Marilah kita bersegera melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah SWT dan rasul-Nya sebelum malaikat maut mencabut roh dan meninggalkan jasad kita terkulai tidak bernyawa.

Wallahu'alam. 



Read more

Trifle Made Simple

1 comments

Assalamualaikum wbt.

Kali ini Team Kulinari akan membawa resipi yang asalnya dari Kota Britain.  Resipi ini telah diperbaharui dari semasa ke semasa dari resipi asal pada awal tahun 1596. Sebagai contoh, penambahan jelly dalam resipi sebagai topping paling atas diperbaharui pada 1861. Yang paling baru, penambahan wheat cream sebagai topping. 

Jadi, daripada Wikipedia, apakah yang dimaksudkan dengan Trifle? 

“Trifle is a dessert dish made from thick (or often solidified) custard, fruit, spongecake, fruit juice, and whipped cream. These ingredients are usually arranged in layers with fruit and sponge on the bottom, and custard and cream on top.”


Bahan-bahan Hidangan untuk (4-6 orang)...
-Swiss roll
-Fruit cocktail
-50 g Custard powder
-100 g Custor sugar
-150 g Water
-600 ml Milk
-1/4 tsp Vanilla essence
-1/8 tsp Salt
-Jelly

Cara-cara..
1) Susun lapisan swissroll dalam mangkuk kaca yang transparent (supaya nampak menarik). Dalam bekas Tupperware biasa pun boleh. 


2) Buka fruit cocktail dan letakkan buah-buahan atas swissroll yang dah disusun. Susun bagi rata menjadi selapis yang lebih kurang sama tinggi agar mudah ditutup dengan pudding custard nanti. 


3) Sekarang nak buat custard, campurkan tepung custard dan sedikit susu dalam mangkuk (dalam keadaan sejuk). Ratakan and pastikan tiada  gumpalan tepung yang melekat bersama.

4) Masukkan susu selebihnya ke dalam periuk (dengan api kecil). Selepas tu, baru masukkan tepung custard and susu yang dah campur tadi dalam periuk. Kemudian masukkan air. 

5) Bila dah rase panas sikit, boleh masukkan gula, esen vanilla, dan sedikit garam. Masakkan di atas dapur dengan api yang kecil. Custard memerlukan masa yang lama untuk menjadi likat dan pekat. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Dan perlu untuk kacau custard setiap masa untuk elakkan custard hangus di bawah bahagian periuk. Tunggu sehingga mendidih dan siap custard anda! Tetapi jika custard tidak likat walaupun telah mendidih, disarankan untuk menggunakan tepung jagung. 

6) Tuang atas swissroll and buah-buahan yang dah disusun awal-awal tadi. Tunggu sehingga sejuk.


7) Letakkan layer jelly atas sekali setelah sejuk. Tuangkan dengan perlahan-lahan kerana jelly tu panas. Kemungkinan besar akan terbocor dalam lapisan custard. 

8) Siap...! Letak dalam peti sejuk dan boleh dimakan lepas tuh... Yummy~

Untuk modify resipi ini untuk menjadi lebih menarik, trifle boleh dibuat dengan banyak lapisan. Selepas lapisan jelly, boleh diletakkan selapis lapisan custard dan jelly lagi, ataupun boleh diletakkan buahan dalam lapisan jelly, ataupun boleh dilapis dengan wheatcream. Semuanya mengikut kreativiti anda semua. 


Tidak lupa juga, trifle boleh dimuatkan dalam bekas-bekas yang kecil agar dimuatkan mudah untuk diberi kepada jiran-jiran berdekatan :)

Selamat mencuba!



Read more

Hijrah

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.


Sabda Rasulullah SAW, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA: "Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya: Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT." (HR Bukhari)




Masih berada dalam bulan Muharram. InsyaAllah, masih segar dengan semangat tahun baru dan juga azam baru untuk melakukan penghijrahan, yakni, hijrah dari dosa-dosa  dan juga hijrah dari nafsu. Apakah langkah-langkah untuk melakukan penghijrahan? Pertama, muhasabah. Muhasabah ini boleh dilakukan dari dua aspek: habluminAllah (hubungan dengan Allah) dan habluminannas (hubungan dengan manusia).

Kedua, taubat. Setelah mengetahui aib ataupun kesalahan diri sendiri maka segeralah beristighfar dan bertaubat . Contohnya, melalui muhasabah, baru sedar bahawa diri seringkali berbohong. Bukankah bohong itu dosa besar? Maka langkah seterusnya ialah bertaubat.

Ketiga, muraqabah. Untuk memahami maksud muraqabah itu sendiri, ayuh kita terlebih dahulu memahami maksud nama Allah, Ar Raqib. Ar Raqib bermaksud Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Allah itu sentiasa mengawasi hamba-hambaNya. Muraqabah dilaksanakan dengan mengawasi diri sendiri daripada terus melakukan dosa-dosa. Namun, perlulah terlebih dahulu mengetahui batas-batas dalam apa sahaja yang dilakukan. Dan pastinya usahakan untuk melakukan sesuatu itu semata-mata untuk mencari redha Allah SWT.

Keempat iaitu yang terakhir sekali ialah jihad ataupun mujahadah. Jihad melawan syaitan dan juga jihad melawan nafsu. Ketahuilah bahawa hijrah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan mujahadah. Maka pasakkanlah azam setinggi gunung, kumpulkan semangat sekuat badai. Walau sehebat mana pun azam yang disasarkan, jangan lupa bahawa matlamat yang paling utama iaitu redha Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT dan Rasulullah SAW.


Berkata seorang ahli sufi sebagai metafora, "Allah sering mengingatkan manusia dengan melontarkan batu-batu kecil (ibadah haji). Tetapi jika peringatan itu diabaikan, Allah pula mula melontarkan batu-batu besar. Oleh itu, jangan tunggu dihempap gunung untuk kita berubah." 

Wallahua'lam.



Read more

Kuliah Baitul Muslim Online minggu ini!

0 comments

Assalamualaikum, insya-Allah, temu janji kita untuk kuliah online minggu ini.

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 11 Disember 2012 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"
Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;

Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

Hajat doa semua moga kuliah pada minggu ini dapat berlangsung dengan baik :)

Sedikit sedutan dari kuliah minggu lepas insyaallah!

Istikharah

Musibah merupakan sebenarnya satu terminal dalam penyucian dosa kita di dunia. TujuanNya- agar dosa kita terampun. Mengapa Allah buat begini? Sebabnya hanya satu-Allah mahu bantu kita untuk masuk ke dalam syurga. Sebab itulah, Allah akan lakukan ‘any possible means’ untuk menghapuskan dosa-dosa kita, salah satu daripadanya adalah dengan memberikan musibah. Jika kita bersabar, insyaAllah dosa kita terampun di sisi Allah swt. Untuk itu, walaupun decision yang kita buat itu akhirnya memberikan kita musibah, tetapi sekiranya didahului dengan istikharah, insyaAllah kita tidak akan menyesal. Yang penting, puncak setiap tawakal adalah dengan kita beristikharah.

untuk tahu lebih lanjut tentang istikharah..boleh layari blog kuliah BM di link berikut :
http://kuliahbm.blogspot.ru/2012/12/istikharah.html
:) selamat beramal!


Read more