• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Blood Glucose Control in the ICU Setting

3 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Intensive insulin therapy is extensively used to lower blood glucose concentrations in critically ill patients hospitalized within the intensive care unit. The discovery by the NICE-SUGAR study investigators that tight glucose control in this setting might actually increase mortality has generated considerable discussion about the wisdom of this approach.


http://weheartit.com

Compelling evidence from a 2001 publication showed that intensive insulin therapy to maintain blood glucose concentrations at 4.4–6.1 mmol/l reduced the morbidity and mortality of critically ill patients hospitalized in surgical intensive care units (ICUs).

Hyperglycemia commonly ensues, even in patients who do not have pre-existing diabetes mellitus. A study was carried out and analysis of data revealed that strict maintenance of blood glucose concentrations ≤6.1 mmol/l (blood glucose target 4.4-6.1 mmol/l) reduced mortality in the ICU by 42%.

These dramatic findings prompted numerous hospitals to institute tight glucose control protocols, which quickly became the 'standard of care', even in medical and surgical patients outside the ICU. The latter approach is based, in part, on observational studies that demonstrated poor clinical outcomes in non-ICU inpatients with hyperglycemia.

The multinational NICE-SUGAR trial (2008) was designed to test the hypothesis that intensive glucose control reduces mortality at 90 days. The target glucose ranges were 4.5–6.0 mmol/l and ≤ 10.0 mmol/l in the intensive and conventional treatment groups, respectively.


Unexpectedly, mortality in the intensive-control group was significantly higher than that in the conventional-control group (27.5% versus 24.9%). Severe hypoglycemia (defined as a blood glucose concentration ≤ 2.2 mmol/l) was also higher in the intensive group than in the conventional group (6.8% versus 0.5%). Of note, the excess deaths in the intensive-treatment group were predominantly cardiovascular, which is consistent with evidence from other studies that severe hypoglycemia might be associated with adverse cardiovascular events.

Thus, on the basis of the recent available evidences, insulin infusion should be used to control hyperglycemia in the majority of critically ill patients in the ICU setting, with a starting threshold of no higher than 10.0 mmol/l. Once IV insulin therapy has been initiated, glucose level should be maintained between 6.0 and 10.0 mmol/l and greater benefit may be realized at the lower end of this range. Glucose control needs to be implemented safely to avoid insulin-induced hypoglycemia.

Wallahua’lam..

Reference:
1. http://www.aace.com
2. http://www.medscape.com
3. Management Protocols in ICU, Kementerian Kesihatan Malaysia (August 2012)


Read more

Di Mana Masa Mudamu Ya Syabab!

0 comments
Ainna al wakti shababika?
Di mana waktu muda kamu?

Ya syabab! Wake up & make a choice! [Kredit]
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk mencoretkan sedikit peringatan untuk semua. Sekurang-kurangnya masih lagi diri ini beramal dengan surah al-Asr. Alhamdulillah.

"Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (103:3)

Masihkan anda ingat kepada satu hadis berkenaan lima perkara sebelum lima perkara?
Dimana hadis ini, baginda memperingatkan kita tentang kehidupan kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Begitu cintanya Rasulullah kepada kita, baginda telah meninggalkan satu pesanan yang sangat bermanfaat untuk diamalkan. Akan tetapi betapa ramai dari kalangan kita betul-betul mengambil manfaat dari khazanah ini?

Muda sebelum tua
Kenapa saya memilih pesanan ini?
Ada tiga sebab. Pertamanya, pemuda melambangkan tonggak atau tiang kepada sesebuah negara dan yang paling penting mereka adalah generasi pelapis kepada sesebuah negara ataupun tamadun.
Kedua, pemuda mampu mengoncangkan dunia. Ibarat kata-kata Bung Karno, “Berikan aku 10 pemuda maka akan kugoncang dunia”. Pemuda yang selalu tampak dengan sifatnya yang tergesa-gesa tetapi bersemangat waja. Pemuda yang selalu mudah panas namun kritis pemikirannya.
Ketiga, kerana kita semua kan seorang pemuda? :)

Betapa hebatnya fungsi seorang yang bernama pemuda. Bukan sahaja orangnya hensem, malah sering menjadi rebutan Mak ‘si dara’ untuk dijadikan menantu pilihan. Erkk. (Cuma selingan)

Jom kita selongkar contoh-contoh pemuda yang hebat.

1) Rasullulah S.A.W dilantik menjadi rasul di Mekah pada usia 40 tahun.

2) Wright bersaudara berjaya membina sebuah kapal terbang yang boleh terbang dan mendarat dengan jayanya pada usia mereka 36 dan 32 tahun.

3) Albert Einstein berjaya menerbitkan 4 hasil kajiannya tentang "photoelectric effect", "Brownian motion", "special relativity dan equivalence of mass and energy" yang mengemparkan dunia serta mengharumkan namanya pada usia 26 tahun.

4) Steve Jobs bersama dengan Wozniak menubuhkan syarikat Apple pada usia 21 tahun.

5) Sultan Muhammad Al Fateh, berjaya menakluk Kota Constantinople yang memiliki kubu pertahanan yang tebal serta rantai besi yang tajam di teluk pada usia 21 tahun.

6) Muhammad bin Abdullah digelar al-amin (yang dipercayai) pada usia sebelum mencecah 20 tahun.

7) Sultan Muhammad Al Fateh, telah menjadi panglima angkatan tentera dan raja empayar Turki Uthmaniyyah pada usia 19 tahun.

Cuba kita bayangkan kehebatan mereka. Tidakkah kita juga memiliki impian untuk mejadi seorang yang hebat juga? Di saat ini, dimana kita ? Sekadar bermain "games", lepak-lepak, berseronok menonton filem-filem "box office"? Tidakkah kita pernah terfikir untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan sejagat?

Imam Syahid Hasan Al-Banna [Kredit]
Mutiara kata

Jadi nasihat saya untuk semua (termasuk dengan diri saya), manfaatkanlah masa muda. Kerana masa yang lalu tidak akan kembali lagi. Imam Ghazali pernah menanyakan kepada anak muridnya tentang benda yang paling jauh dari diri kita di dunia ini. Dan jawapan beliau ialah masa lalu. Jangan bazirkan masa anda.

Mulakan dengan satu permulaan yang menghidupkan. Mulakan dengan niat kerana Allah.
Macam mana nak memanfaatkan masa muda? Saya berharap anda semua boleh bersedia. Buang segala perisai di dada, sejukkan minda anda agar peluru nasihat ini terkena sasaran utamanya, hati.

1) Hentikan bermain-main dengan hidup anda di dunia ini. Anda bukan kucing yang memiliki mitos 9 nyawa. Anda hanya ada 2 nyawa dimana satu bersifat sementara manakala satu lagi adalah kekal buat selama-lamanya. Tungganglah dunia ini untuk meraih syurga Allah. Mula hargai nyawa anda sendiri sebelum mahu membantu orang lain.

2) Mula melakukan aktiviti yang mampu memanfaatkan diri anda serta orang lain.
“Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat buat manusia..”[ Riwayat Thabrani].

Contohnya, belajar. Boleh memanfaatkan kepada diri anda sendiri dan orang lain. Ataupun usrah itu sendiri juga perkara yang bermanfaat. Baik kepada naqib itu sendiri dan juga kepada adik-adik usrah itu juga.

3) Merancang perjalanan kehidupan anda untuk sepuluh tahun yang akan datang. Be more realistic. Seorang sahabat Rasullulah pernah berpesan, “Bekerjalah kamu seperti kamu hidup untuk 1000 tahun lagi, beribadahlah kamu seperti itulah ibadah terakhir untukmu,” Jangan anda fikir, kita memerlukan jadual masa sahaja, kita juga perlukan jadual hidup. Bukan menjadikan kita hidup seperti robot, tetapi menyusun agar kita sentiasa terurus dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

4) Berhenti membazir. Elakkan ketirisan wang, masa dan tenaga kepada perkara yang kurang bermanfaat. Juallah nikmat pinjaman Allah ini dengan pinjaman yang baik. Lagipun Allah berfirman,” Membazir itu amalan syaitan.” Jadi jika pada asalnya syaitan tidak mahu patuh kepada perintah Allah untuk sujud pada nabi Adam A.S, kenapa kita perlu ikut amalan mereka?


Waallahua’lam.


Read more

FRIDAY WRAP (1-7 NOV 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday wrap membawakan kepada anda berita-berita semasa dunia pada minggu ini


Serangan Israel. Seorang Pejuang Syahid
Jumaat, 01/11/2013


Gaza - Serangan sebuah kereta kebal Israel pada hari khamis mengakibatkan seorang anggota sayap tentera Hamas di Gaza gugur manakala seorang lagi cedera. Mereka mengatakan bahawa pesawat Israel juga menyerang satu kawasan yang tidak dikenalpasti di timur Kota Gaza, tetapi tidak ada korban jiwa dilaporkan.

Tentera Israel bagaimanapun belum mengesahkan serangan udara atau serangan mortar yang dilakukannya. Korban yang meninggal dikenali sebagai Rabieh Barikeh. Serangan datang dari timur Khan Younis di Jalur Gaza bahagian tengah sewaktu mangsa dan yang lain sedang melakukan pengawasan terhadap pergerakan Israel di sempadan Gaza. Para pegawai keselamatan dan saksi mengatakan bahawa sebuah tank Israel dan jentolak lapis baja berada kira-kira 100 meter dari sempadan .

Sayap tentera Hamas Izzadine al- Qassam menyatakan bahawa bulan lalu pihak Hamas menggali terowong sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menculik tentera Israel dan menahan mereka untuk pertukaran tahanan asal Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Pada bulan Jun 2006 kumpulan Hamas dan pejuang lain menyelinap ke Israel melalui terowong lintas-sempadan, menangkap prajurit Israel bernama Gilad Shalit dan mengambil tawanan mereka kembali ke Gaza dengan cara yang sama. Gilad dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dengan ditukar untuk 1,027 warga Palestin yang ditahan di penjara- penjara Israel. Pertukaran tahanan ini dirayakan oleh Hamas sebagai " kemenangan bersejarah ".


Syiah Hizbullah Turunkan 15 Ribu Tentera di Utara Damascus
Jumaat, 01/11/2013


Damsyik - Kelompok Hizbullah telah menurunkan 15,000 tentera di pergunungan Al-Qalamoun wilayah utara Damsyik. Rejim Syria juga dilaporkan membina pasukannya di daerah yang terletak antara Damsyik dan Homs itu, bandar ketiga terbesar di Syria yang terletak di wilayah utara.

Hizbullah pernah membantu rejim Syria merebut kembali kota Qusair di kawasan sempadan Lubnan. Hizbullah turut berdalih untuk melindungi orang Syiah Lebanon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan Lubnan. Hizbullah juga membenarkan keterlibatannya di Syria dengan alasan melindungi tempat keagamaan Syiah .

Brigade Abu al-Fadl al-Abbas yang berpusat di Damsyik, yang merupakan sekutu dekat Hizbullah, mengatakan akan mengambil bahagian dalam pertempuran yang mungkin terjadi di Al Qalamoun . Brigade Abbas merupakan pejuang Syiah Iraq yang telah berjuang bersama tentera Assad selama berbulan- bulan.


Sekolah Islam Terbesar di Australia Diancam Tutup
Sabtu, 02/11/2013


Sydney - Walaupun mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran, sekolah Islam Malek Fahd, sebuah sekolah Islam yang terbesar di Australia, menghadapi ancaman penutupan setelah Dewan Inspektor Pendidikan negara bahagian New South Wales berkata bahawa sekolah itu harus memperbaharui permit dan standard sekolah pada tahun 2014.

"Kami telah membuat pembaikan yang diperlukan yang dikehendaki oleh Dewan Pendidikan atas nama Menteri," kata Dr Ray Barrett, pengetua sekolah, kepada ABC talian hari Jumaat 1 November, demikian sebagaimana dilansir onislam.net.


Tidak Ada Bekalan Bahan Bakar. Gaza Mati Lampu
Sabtu, 02/11/2013


Gaza - Kekurangan bahan bakar menghentikan pengeluaran elektrik di Jalur Gaza. Seorang wartawan AFP di Jalur Gaza mengatakan bekalan elektrik telah dihentikan di sebahagian besar wilayah sejak Jumat pagi .

Khalil menyatakan bahawa gangguan kuasa disebabkan oleh kemusnahan terowong yang digunakan untuk membawa bahan bakar ke Gaza oleh Israel ke Gaza dan menuduh Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang memberikan harga mahal untuk bekalan bahan bakar penjanaan elektrik di Gaza. Penjanaan elektrik di Gaza kini hanya boleh menampung satu pertiga wilayah di Gaza.

Pada bulan September, pihak berkuasa tenaga Gaza memperingatkan adanya kekurangan bekalan bahan bakar dan meminta Mesir untuk meneruskan penghantaran. Hubungan antara Kaherah dan Hamas telah memburuk sejak tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai.


Mursi : Saya Presiden Yang Sah
Isnin, 04/11/2013


Kaherah - Mohamed Mursi muncul di ruang mahkamah pada Isnin 4 November untuk pertama kalinya sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera empat bulan lalu.

"Ini bukan sidang yang sah, persidangan ini merupakan sebahagian daripada rampasan kuasa, rampasan kuasa itu sendiri adalah kejahatan, " Mursi menegaskan kepada hakim Ahmed Sabry Youssef untuk menunda persidangan.

"Saya presiden, saya presiden, anda tidak punya hak untuk melakukan persidangan dalam terhadap presiden," tambahnya dalam sesi kedua persidangan .

Sidang ini bermula apabila Mursi dan 14 defendan lain dari sejumlah tokoh Ikhwanul Muslimin muncul dan pihak mahkamah memanggil nama mereka. Tidak seperti sidang Mubarak, proses persidangan terhadap Morsi tidak akan disiarkan secara langsung.

Namun , segera setelah sidang bermula, hakim memutuskan untuk menunda kerana massa pendukung Mursi dan tokoh Ikhwanul lain yang berada di luar mahkamah terus melaungkan slogan-slogan anti rampasan kuasa. Selepas beberapa jam, mahkamah memutuskan untuk menunda sidang hingga 8 Januari 2014 untuk memeriksa dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran bahawa Mursi mungkin tidak menerima pengadilan yang adil.


Istanbul Bangunkan Masjid Bawah Tanah Pertama di Dunia
Rabu, 06/11/2013


Istanbul - Masjid bawah tanah pertama telah dibina di daerah Buyukcekmece di Istambul, Turki. Bangunan ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Dunia untuk tempat ibadah. Penggabungan intipati Islam dan dengan reka bentuk modernit, Masjid yang diberi nama Sancaklar merupakan insipirasi dari Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW saat menerima wahyu untuk kali pertama. Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki Emre Arolat.

Masjid ini direka dengan luas 1,200 meter persegi dan ruang utama untuk ibadah di bawah tanah, diterangi oleh laluan utama atau tangga menuju ruang utama. Masjid ini mampu menempatkan 650 jamaah, masjid bertujuan untuk mengatasi kekurangan masjid di daerah tersebut.


Warganegara Russia Lakukan Demo Anti-Islam
Rabu, 06/11/2013


Moscow - Rakyat pro kerajaan Rusia melakukan demonstrasi di Moscow untuk menentang pendatang Muslim dan turut mempertikai pertambahan jumlah orang asing di negeri ini serta melihat mereka sebagai ancaman bagi warganegara Rusia. Demonstrasi pada hari Isnin diikuti kira-kira 10,000 penunjuk perasaan membawa yang membawa bendara hitam, kuning dan putih, bendera lambang empayar Rusia.

"Hari ini masjid, esok jihad", demikian isi salah satu sepanduk yang dibawa oleh seorang pemuda sewaktu demonstrasi ini. Para penunjuk perasaan juga meneriak slogan-slogan seperti 'White Power' dan 'Rusia untuk Rusia', sebagai protes.

Menumpu kepada warga Muslim, para demonstrasi sengaja menyerang warga yang berwajah Caucasian dan orang Asia Tengah dengan memecah tingkap kereta mereka. Akibatnya, polis telah menangkap seramai 30 penunjuk perasaan selepas mereka menunjukkan simbol-simbol Nazi yang dilarang dan menutupi wajah mereka dengan topeng.

Perarakan bertepatan dengan hari cuti 'Hari Persatuan' yang menandakan pengusiran orang Poland dari Moscow pada tahun 1612. Peringatan ini dicetuskan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin sejak tahun 2005. Ketegangan antara etnik yang baru-baru ini terjadi di Moscow di mana etnik Caucasian dan Asia Tengah sering menjadi mangsa diskriminasi.


Mengadu Sakit, Mursi Dipindahkan ke Pusat Rawatan
Rabu, 06/11/2013


Kaherah - Presiden Mesir, Mohammad Mursi menghabiskan malam pertamanya di penjara awam di sebuah bilik rumah sakit setelah beliau mengadu kurang sihat. Kementerian Dalam Negeri menafikan bahawa presiden Mursi sakit. Tetapi dalam sebuah kenyataan agensi berita Mesir, Mursi sedang menjalani medical check-up dan akan dipindahkan ke sel biasa sejurus selesai.

Setelah penampilan pertama di mahkamah pada hari Isnin, Mursi dipindahkan ke sebuah penjara dengan keselamatan maksimum di kawasan padang pasir berhampiran Alexandria, bandar kedua terbesar di Mesir. Ini adalah penampilan pertamanya selepas rampasan kuasa Julai lalu.


Janda Arafat : Hasil Ujian Tunjuk Arafat Mati Diracun
Khamis, 07/11/2013


Tebing Barat - Janda Yasser Arafat, bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO ) , berkata suaminya mati diracun radioaktif polonium. Suha Arafat membuat kenyataan pada hari Rabu selepas menerima laporan oleh para saintis Switzerland yang menguji sampel yang diambil dari mayat Arafat.

Laporan forensik, yang diserahkan kepada wakil-wakil janda Arafat, serta wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Palestin pada hari Selasa berkata kajian pada jenazah Arafat menunjukkan kepekatan yang tinggi polonium - 210, yang menyokong teori keracunan.

Saintis dari Vaudois University Hospital Centre ( chuv ) di Lausanne, Switzerland telah melakukan pemeriksaan terperinci rekod perubatan Arafat, sampel yang diambil dari jenazahnya yang digali pada bulan November tahun lalu, dan barang- barang yang telah dibawa ke rumah sakit di Paris di mana dia meninggal .

David Barclay, seorang saintis forensik Inggeris yang telah mempelajari laporan itu , berkata , " Laporan ini mengandungi bukti kuat, dalam pandangan bukti saya, bahawa ada sekurang-kurangnya 18 kali tahap polonium dalam tubuh Arafat daripada tahap biasa yang ada. " Banyak pegawai Palestin, percaya bahawa Israel meracuni Arafat. Wasel Abu Yousef, ahli jawatankuasa eksekutif PLO mendakwa Israel berada di balik dugaan peracunan Arafat.

Sekian sahaja, semoga bermanfaat.


Ali- Imran : 186“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan”.



Read more

Hijrah Itu Menuntut Pengorbanan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Salam Maal Hijrah 1435.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." ( at-Taubah: 20)

Walau berat, walau payah akan kugagahi jua. [Kredit]
Hijrah itu menuntut pengorbanan.Malahan tanpa pengorbanan mungkin sahaja hijrah itu tidak dapat dilaksanakan. Sebagaimana yang diketahui bagaimana Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah melalui jalan jauh, Asma’ Abu Bakar rmembawa makanan untuk diberikan kepada Rasullullah S.A.W yang bersama ayahnya Saidina Abu Bakar r.a dalam keadaan sarat mengandung, kemudiannya kita ketahui Saidina Abu Bakar r.a dipatuk ular ketika melindungi Nabi Muhammad S.A.W, ini semua adalah pengorbanan.Sahabat-sahabat yang lain juga melalui proses pengorbanan yang tinggi dalam penghijrahan mereka.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)

Hijrah Zaman Moden 

Sabda Rasulullah S.A.W : “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk keluar berjihad, maka keluarlah kamu” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.” (Riwayat Ahmad)

Menurut hadis ini, jelas kepada kita bahawa kita seharusnya melakukan proses penghijrahan niat dengan berjihad di jalan Allah S.W.T dalam kehidupan kita yang semakin mencabar ini. Dalam masa yang sama, perlu juga untuk kita fahami bahawa kita perlu melakukan perubahan dari kejahilan merangkumi setiap aspek hidup samada pemakaian, politik, pemikiran, dan keseluruhannya. Ianya juga merangkumi ideologi dari sekularisme kepada Islam yang syumul. Ini kerana hadis tersebut juga menyatakan kepentingan untuk kita berhijrah meninggalkan kejahatan dan kembali kepada Allah dan rasulNya walaupun ianya sukar untuk kita lakukan kerana ianya bercanggah dengan hawa nafsu yang inginkan hiburan dan kesenangan duniawi.

Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar untuk dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri.

Justeru, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.

Perjalanan masih panjang yang tiada hentinya. [Kredit]
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menghayati bulan Muharam ini beserta pengertian pengorbanan agar kita dapat menghijrahkan diri kita untuk menjadi hamba Allah S.W.T dan umat Rasulullah S.A.W yang bertaqwa.

Wallahu'alam.


Read more

Hijrah Yang Diredhai

0 comments
Assalamualaikum wrt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini. Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan Muharram dan pada bulan inilah berlakunya banyak peristiwa dalam kalender Islam.

[Kredit]

Maal hijrah

Bukanlah "PUBLIC HOLIDAY" semata-mata.
Bukan sekadar slogan indah yang diucap di bibir sahaja.
Bukan hanya untuk digantung cantik sebagai banner yang tertulis ‘Selamat Menyambut Maal Hijrah’.

Peristiwa hijrah adalah satu peristiwa yang sepatutnya menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam tanpa mengira zaman.Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah demi menyelamatkan akidah mereka.

Pernahkah anda tertanya, adakah penghijrahan umat Islam ke Madinah sama seperti seronoknya kita melancong ke luar negara?


Jawapannya:

Seronokkah apabila kita terpaksa meninggalkan harta benda kita untuk selama-lamanya?
Seronokkah kita apabila terpaksa meninggalkan ahli keluarga yang kita kenal sejak kecil mungkin untuk selama-lamanya?
Seronokkah kita apabila terpaksa meninggalkan tempat kelahiran kita?
Seronokkah kita apabila terpaksa berjalan jauh di tengah-tengah padang pasir yang terik, dengan berbekalkan bekalan makanan dan minuman yang terhad?

Jadi benarlah hijrah itu bukan perkara yang mudah. Hijrah memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Pengorbanan dari segi fizikal dan juga mental.

Kekuatan untuk berhijrah itu ada pada Allah. [Kredit]

Persoalannya, apakah hijrah yang saya boleh lakukan?

1) Hijrah tidak semestinya perlu melakukan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Ia boleh jadi perkara harian yang kita mampu laksanakan seperti kalau sebelum ini kita hanya membaca Quran tanpa memahami, bolehlah cuba untuk memahami mungkin dengan membaca terjemahan, tafsir, dan bermacam-macam cara lagi.

2) Menjaga solat.

3) Menjaga hubungan baik antara kawan serumah (contohnya). Tolong basuh pinggan. Tolong masak. Tolong kemas.

4) Mengurangkan perkara-perkara lagha.

5) Menjaga masa. Sentiasa mengisi masa dengan perkara berfaedah.

6) Menjaga pertuturan di alam realiti dan juga di alam maya.

7) Sentiasa menghubungi ahli keluarga di Malaysia supaya dapat mengembirakan mereka dan sebagainya.

Beruntunglah bagi mereka yang hijrahnya adalah untuk Allah.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – [Riwayat Dua imam Muhaddisin]

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya NIAT dalam segala perkara yang dilakukan.

Pengorbanan yang tidak diniatkan kerana Allah hanyalah menjadi sia-sia.

Oleh itu, marilah kita sama-sama "reset" kembali niat kita supaya menjadi Allah-oriented. Segala yang kita lakukan diniatkan hanya kerana Allah, ingin mencari redhaNya dan bukan kerana benda lain.

Dan tidak lupa, marilah kita sama-sama menetapkan AZAM baru untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT”.

Pilih jalan yang bakal membawa kita kepada Pencipta. [Kredit]

Selamat mengenali Maal Hijrah  dengan lebih mendalam.

Wallahu'alam.


Read more

Friday Wrap (25 Oktober - 31 Oktober 2013)

0 comments
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam wbt, 
Friday Wrap kembali membawakan kepada isu dan berita terkini dari seluruh pelusuk dunia.

  

PALESTIN




       Sementara itu, Menteri Luar Palestin Riyad al- Malki pada Khamis mengutuk rancangan Israel untuk membina beratus-ratus rumahpenempatan  baru di Jerusalem , dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang antarabangsa sebagai tindak balas.

    Israel mengumumkan pada Rabu lalu, akan membina 1,500 rumah penempatan  baru dalam kawasan Arab Jerusalem , selepas melepaskan 26 tahanan Palestin selaras dengan komitmen untuk rundingan damai AS yang disokong .
   "Kementerian luar negeri serius untuk membawa kes ini  ke mahkamah dan organisasi antarabangsa, dan memfailkan aduan yang perlu untuk menghentikan bangunan penempatan baru, " kata Malki .
Beliau mengutuk " pelan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk membina penyelesaian, dan percubaan Netanyahu untuk mengaitkan isu penempatan baru dan isu tahanan itu".
"Kepimpinan Palestin akan mengambil beberapa langkah-langkah dalam beberapa hari akan datang untuk menghadapi serangan pembinaan penempatan baru, " kata ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin berkata selepas mesyuarat itu.

      Israel berkata ia tidak pernah berjanji untuk membekukan penyelesaian semasa rundingan .
Rakyat Palestin bersetuju untuk menahan diri daripada meneruskan tindakan undang-undang terhadap Israel dalam rundingan damai yang berterusan, tetapi telah berkali-kali memberi amaran bahawa bangunan penempatan baru  yang berterusan akan memaksa mereka untuk mengadu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan badan-badan antarabangsa yang lain.





   
          Kekurangan bahan api telah mengakibatkan  pengeluaran elektrik di seluruh Semenanjung Gaza  terhenti , kata Pihak Berkuasa Tenaga di wilayah Palestin itu.
"Loji kuasa telah ditutup kerana kekurangan bahan api. Stok bahan api adalah sifar. Semua bahagian kehidupan di Gaza akan terjejas. " Fathi el -Sheikh Khalil , timbalan pengerusi pihak berkuasa berkata.
Bekalan elektrik telah terputus di kebanyakan wilayah pada pagi Jumaat.
Khalil menyalahkan gangguan kuasa pada kemusnahan  terowong oleh Israel yang  digunakan untuk membawa bahan api ke Gaza dan negara barat mengenakan caj yang terlalu tinggi untuk bahan api .

   "Kurang daripada 50 peratus daripada keperluan Semenanjung Gaza sedang diberi bekalan oleh elektrik dari Israel dan kita tidak lagi boleh mendapatkan bahan api Mesir disebabkan oleh pemusnahan terowong dari Mesir, " katanya.
Pihak Berkuasa Palestin berjanji minggu lalu untuk menghantar bahan api ke Gaza tanpa cukai biasa , membolehkan kerajaan Hamas untuk membeli 400,000 liter bahan api sehari.

     Tetapi pihak berkuasa telah membatalkan tawaran pengecualian cukai, Khalil berkata dalam satu kenyataan , menjadikan ia sukar bagi pihak berkuasa Gaza untuk memberi bahan api.
Loji bekalan kuasa Gaza membekalkan  kira-kira satu pertiga daripada keperluan elektrik wilayah ini.
Selain loji kuasa , yang menghasilkan sehingga 65 megawatt , Israel menyumbang dengan 120 megawatt dan Mesir  dalam 27 megawatt.

     Penduduk Gaza telah mengalami sekitar lapan jam terputus  bekalan elektrik setiap hari dalam tahun-tahun sebelum ini kerana kekurangan bahan api. Pihak Berkuasa Tenaga Gaza berkata penutupan loji kuasa bermakna Palestin boleh mengalami 12 jam tanpa bekalan elektrik setiap hari.
"Kilang itu akan kekal ditutup sehingga bekalan bahan api kembali dari Mesir melalui terowong atau sempadan lintasan Rafah , atau dari Israel jika Pihak Berkuasa Palestin bersetuju untuk tidak mengenakan cukai yang berat ," kata Khalil.







   
    Kumpulan Tindakan bagi pelarian Palestin di Syria menyatakan bahawa 1607 pelarian Palestin terbunuh sejak tercetusnya revolusi Syria sehingga 30 September.
    Dalam laporan terperinci, kumpulan itu berkata bahawa 1088 pelarian telah terbunuh sejak awal revolusi sehingga ke-30 September selepas kem mereka telah menjadi sasaran. Kem-kem pelarian Palestin telah tertakluk dalam konflik yang sedang berlaku di Syria membawa kepada serangan dan pengeboman sehari-harimenyebabkan kepada beratus-ratus mangsa terkorban.





       Jabatan Pelarian Gerakan Hamas telah menganjurkan bantahan duduk tanda kesatuan bersama pelarian Palestin dan Syria yang lemas di luar pantai Malta kerana melarikan diri dari Syria.

     Jawatankuasa popular dan wakil kumpulan Palestin serta sejumlah pelarian Palestin yang lari dari Syria menyertai bantahan itu. Ketua Jabatan Pelarian, Isam Odwan menyatakan bahawa 300 badan pelarian Palestin dan Syria yang lemas di dalam bot yang tenggelam awal minggu lepas masih berada di lautan Itali itu. Beliau menyatakan negara-negara Arab bertanggungjawab melindungi pelarian Palestin dan Syria itu.



SYRIA



    Syria telah memusnahkan semua pengeluaran senjata diisytiharkan kimia dan kemudahan pergaulan, memenuhi tarikh akhir utama dalam program senjata bercita-cita tinggi, bahan kimia antarabangsa pemerhati senjata berkata dalam dokumen dilihat oleh agensi berita Reuters.

     Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) berkata dalam dokumen pasukan yang telah memeriksa 21 daripada 23 tapak senjata kimia di seluruh negara.
Dua yang lain adalah terlalu berbahaya untuk diperiksa, tetapi peralatan kimia sudah dipindahkan ke tempat yang pakar-pakar boleh  melawat, katanya.
     "OPCW berpuas hati ia telah disahkan, dan dilihat musnah, semua mengisytiharkan pengeluaran kritikal, mencampurkan, mengisi peralatan dari semua sumber," kata dokumen itu.



MALAYSIA



.        Tiga maut, seorang hilang manakala lebih 80 buah rumah penduduk rosak selepas air dari sebuah empangan dilepaskan akibat hujan lebat tanpa henti menyebabkan banjir lumpur melanda pekan Lembah Bertam, Ringlet di sini awal pagi ini.

     Bencana itu berpunca dari air yang dilepaskan Empangan Hidro Elektrik Sultan Abu Bakar yang terletak 1.3 kilometer dari tempat kejadian sehingga mengakibatkan air melimpahi tebing Sungai Bertam.
Kejadian yang berlaku pukul 1 pagi itu turut merosakkan kira-kira 100 buah kenderaan penduduk manakala lebih 10 buah rumah kebanyakannya rumah kongsi musnah.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi berhampiran tebing sungai itu.

    "Gerakan mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
.
    Dalam kejadian itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Bertam Valley yang terletak di tebing Sungai Bertam juga terpaksa ditutup hari ini selepas limpahan air itu memasuki kawasan sekolah tersebut.
Kebanyakan rumah yang musnah adalah rumah kongsi yang didiami pekerja kebun sayur warga asing.




"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa," (Al- Imran : 133)


semoga Allah redha.


Read more

Pengorbanan Menuntut Keredhaan Ilahi.

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Untuk mencapai sesuatu pengorbanan dengan penuh keikhlasan memerlukan sesuatu yang dapat menyentuh jiwa.Setiap pengorbanan, ada Yang Mengetahui.Setiap pengorbanan ada Yang Meredhai.Bermula dengan niat, setiap langkah dan harapan.Kadang-kadang, dalam erti sebagai seorang manusia,kita mengharapkan balasan yang setimpal dengan setiap pengorbanan.

Tangan di atas lebih mulia. [Kredit]
 Hidup ini diibaratkan seperti roda bukan?Kadang-kadang kita berada di bawah,dan kadang-kadang kita berada di atas.Sama juga seperti kadang-kadang kita perlu menjadi yang memberi dan kadang-kadang kita terpaksa menjadi yang menerima.Kita dari pihak yang memberi, tidak kisahlah sama ada dalam bentuk tenaga, masa, wang ringgit, idea, suara, kasih sayang dan sebagainya.

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga."
(Al-Baqarah : 111)

"Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa.

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."
(Al-Baqarah: 261)

Jom kita berlumba-lumba dalam kebaikan. Fastabiqul khairat. [Kredit]
Jom mainkan peranan kita sebagai pemberi kerana pulangan Allah SW itulah yang terbaik.Jom jadi orang yang bukan memeluk tubuh sendiri,tapi cuba menjadi insan yang kisah akan kepentingan orang sekeliling kerana itulah yang terbaik pada pandangan Allah.

Wallahu'alam.



Read more