• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP (15 - 21 FEBRUARI 2013)

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia pada minggu ini.

Jumaat, 15 Februari 2013
Meteor Terhempas di Russia, 950 Orang Dilaporkan Cedera




Moscow: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian. Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.


Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.

Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain. Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.


Isnin, 18 Februari 2013
PM Tunisia Tunda Pengumuman Kerajaan Baru


Perdana Menteri Tunisia Hamadi Jebali menunda pengumuman kerajaan baru sampai ke hari Isnin.

Jebali telah berjanji akan mengumumkan kerajaan baru pada Sabtu, tetapi terdapat pertikaian semasa perbahasan terakhir dengan parti politik mengenai susunan kabinet tersebut. Ia mengatakan hasilnya "membesarkan hati", dan kegiatan itu akan terus berlangsung hingga Isnin.

Kata Jebali. "Apa yang penting adalah kepentingan negara dan tercapainya penyelesaian,".

Beliau juga telah memberitahu media bahawa beliau telah meminta semua wakil dalam perbincangan tersebut agar tidak membocorkan sebarang maklumat bagi mengelakkan masalah.

Awal minggu lalu, Jebali memberi amaran beliau akan berundur jika majlis konstituen 217-anggota - yang didominasi oleh partinya sendiri, Ennahda menolak kerajaan pimpinan beliau.

Jebali telah menyeru kerajaan teknokrat untuk mempersiapkan pemilihan presiden dan anggota dewan legislatif yang akan datang. Gagasannya, yang ditentang oleh Ennahda, disambut baik oleh sebilangan parti utama pembangkang. 

Selasa, 19 Februari 2013
Mahkamah Israel Menangguh Pembebasan Tahanan Mogok Lapar


Tahanan Palestin Samer Issawi, yang mengambil keputusan enggan makanan selama lebih 200 hari, muncul di mahkamah untuk meminta pembebasan dengan ikat jamin. 

Samer Issawi muncul di mahkamah Israel, di mana peguam beliau cuba untuk mendapatkan pembebasan beliau dengan jaminan, sebagai protes daripada beratus-ratus rakyat di seluruh Tebing Barat.

Cengkung dan berkerusi roda, Issawi muncul pada Selasa di mahkamah sivil. "Ini adalah kali ketiga Issawi muncul di mahkamah mendapatkan pembebasan melalui jaminan, dua kali sebelumnya telah ditolak," Johnston Al Jazeera Nicole melaporkan dari Baitulmuqaddis.

Layla al-Issawi, memegang pelekat yang menggambarkan Samer anaknya, melancarkan mogok lapar selama lebih 200 hari.

"Keluarga dan peguamnya seolah-olah berfikir bahawa Israel tidak akan membenarkan dia untuk mati kerana hal tersebut boleh membawa kepada bantahan yang besar di seluruh Tebing Barat."

Issawi menolak untuk makanan selama lebih daripada 200 hari, dalam membantah dasar 'tahanan pentadbiran,' Israel yang membenarkan pihak berkuasa untuk menahan warga Palestin tanpa caj dan tanpa kesalahan selama-lamanya.

Kesihatan beliau semakin merosot, disebabkan oleh keengganan beliau untuk mengambil air dan vitamin baru-baru ini, telah menarik perhatian antarabangsa terhadap kesnya dan meletakkan dasar tahanan Israel di bawah perhatian.

Navi Pillay, pesuruhjaya PBB tinggi untuk hak asasi manusia, berkata: "Orang yang ditahan mesti dikenakakan percubaan muka dengan jaminan kehakiman selaras dengan piawaian antarabangsa, atau dibebaskan segera."

Selasa, 19 Februari 2013
37 Cedara Setelah Bas Terjatuh di Rel Kereta Api di Jepun


Osaka. 37orang cedera selepas bas pelancongan jatuh dari jalan raya ke rel kereta api sekitar 2,7 meter ke bawah di Wilayah Oita, barat daya Jepun pada hari Ahad, kata Agensi Berita Kyodo Isnin (18/2). Empat orang parah, sementara 33 lagi cedera ringan dalam kemalangan di bandar Kokonoe di sekitar 17.40 waktu setempat.

Bas yang membawa 43 penumpang itu jatuh ke laluan kereta api Jalur Kyudai JR selepas merempuh pagar di jalan. Pemandu bas mengaku kemalangan itu disebabkan oleh kegagalan fungsi brek, tambahnya.

Khamis, 21 Februari 2013
Taufan Tropika di Filiphina Selatan Paksa 17,000 Orang Pindah

Bandar Kotabato. Hampir 17,000 keluarga berpindah akibat taufan yang melanda dibeberapa bahagian Filiphina selatan. Dewan Pembersihan Bencana Nasional dan Pengurusan (NDRRMC), Rabu (20/2) melaporkan bahawa tekanan tropika Crising menyebabkan 16,739 keluarga berpindah atau 59,000 orang di seluruh Mindanao. Sekitar 735 keluarga kini berada di pusat pelarian. Crising menyebabkan kematian seorang warga tempatan, sementara empat orang tercedera.

Badan Perkhidmatan Atmosfera Geofizik dan Astronomi Filipina menyatakan bahawa Crising semakin perlahan semasa melintasi Laut Sulu. Bahagian tengah tropika terletak pada 260 km di barat laut Bandar Zamboanga.

Dalam satu laporan lain, Juru Cakap Presiden Edwin Lacierda berkata kerajaan telah meletakkan langkah berjaga jaga bagi menanggapi kesan kemelesetan tropika Crising. Lacierda berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DPKS) telah menyiapkan bantuan bernilai 39,6 juta peso (974.890 dolar AS) untuk korban Crising.


Sekian sahaja Friday Wrap untuk minggu ini. Semoga bermanfaat.






Read more

Bangun Malam untuk Hidup Tenteram

1 comments

Assalamuaalaikum wrt

"Barang siapa yang akan tidur, lalu berniat untuk bangun solah tahajjud, kemudian beliau tidur hingga ke pagi hari, maka dicatatnya niat itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap sebagai kurnia daripada Allah yang diberikan kepadanya."
(Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah)

Bangun malam dengan niat beribadat kepada Allah swt merupakan sesuatu yang perit bagi insan yang sememangnya gemarkan kerehatan. Tetapi disebabkan hikmahnya yang tidak ternilai, jasad dan iman kita perlu dilatih. 

Nikmat bangun malam menjadi sangat manis bagi jiwa-jiwa yang bermujahadah mencapai redha Allah swt. Antara hikmah solat malam ialah dapat merapatkan diri kita dengan Pencipta kita pada waktu suasana sekeliling begitu tenteram selain mustajabnya doa kita.

Jadi, di sini kami membawakan tips-tips untuk mempermudahkan kita bangun malam.

1. Keinginan yang kuat, meninggalkan sikap berat hati dan suka menunda.
Dengan niat ikhlas kerana Allah dan kesungguhan yang kuat, in sha Allah usaha kita akan dibantu Allah swt

“Sesungguhnya ilmu didapatkan dengan belajar. Sesungguhnya sikap penyantun didapatkan dengan membiasakannya. Barangsiapa berusaha keras untuk mendapatkan kebaikan, niscaya Allah akan memberinya. Dan barangsiapa yang menjaga diri dari kejelekan, niscaya Allah akan menjaganya” [H.R. Ad-Daruquthni dan Al-Khathib, Shahih Al-Jami'].

2. Tidur awal.
Latih diri untuk tidur awal dan tidak berjaga malam tanpa tujuan berfaedah. Alangkah indah perkataan Sulaiman at-Taimi terkait masalah ini;

“Sesugguhnya mata; jika kamu membiasakan untuk tidur maka ia akan terbiasa dengannya. Dan jika kamu membiasakannya untuk bertahan maka ia akan terbiasa dengannya” [Mukhtasar Qiyam al-Lail, Al-Mawarzi hlm. 55]


3. Berehat sebentar di siang hari.
Berehat atau tidur sebentar sebelum atau setelah zuhur bagi mendapatkan semula kekuatan fizikal kita untuk bangun malam. 

4. Menjaga segala kewajipan
Semangat seorang hamba dalam menunaikan kewajipan seperti solat fardhu merupakan bukti kesungguhannya dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Jadi bagaimanapun ibadah fardhu mesti diutamakan daripada ibadah sunnah. Jangan sampai kerana bertahan untuk menunaikan solat malam menyebabkan kita tertinggal solat subuh.

5. Berusaha meninggalkan maksiat
Pengalaman sukar bangun solat ini pernah dialami oleh seseorang yang kemudian bertanya kepada Hasan: "Hai Abu Sa'id, sesungguhnya saya melalui tidur malam dalam keadaan segar, saya juga telah menyediakan air untuk berwudhu'. Tapi mengapa saya sukar untuk bangun malam?". Jawab Hasan: "Dosa dosamulah yang telah mengekangmu."

6. Jangan putus asa.
Walau bagaimana sukar atau berat sekalipun untuk bangun malam, jangan kita pernah berputus asa untuk mengerjakan amalan yang sangat disukai Pencipta kita. Selalulah berdoa dan terus berusaha sedaya upaya. Sesungguhnya segalanya dalam genggamanNya.




Read more

Aku Bukan Titanic

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Titanic[Kredit]

   Pernahkah anda berkelah mungkin bersama keluarga atau rakan-rakan di Pantai Batu Buruk, Pantai Mersing atau mana-mana pantai? Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang tidak pernah. Bagi yang sudah berkesempatan menikmati suasana pantai, apakah yang terdetik pada saat anda berada di persisiran pantai dengan angin bertiupan nyaman sambil menikmati pemandangan laut yang sungguh indah dan mendamaikan? Kagum bukan. Suka makan seafood tak? Semestinya ramai yang menyukainya dan telah jelas bahawa segala bahan makanan tersebut adalah bersumberkan dari laut. 
    
    Kepada wanita-wanita di luar sana yang menggemari rantai leher mutiara, subang mutiara, juga semestinya sudah mengetahui bahawa mutiara juga pada asalnya diambil daripada tiram yang berada di dasar lautan. Sememangnya sungguh hebat dan berharga laut ini.
Tetapi, pernahkah orang mati tenggelam di lautan. Atau dimakan oleh jerung sehinggakan tiada seketul tulang pun ditinggalkan. Kapal seperti Titanic yang apabila karam, membawa bencana kepada penumpang-penumpangnya. Semua ini berlaku di lautan yang dilihat sangat tenang dan mendamaikan pada awalnya.

    Inilah hakikat hidup. Lautan itu dianalogikan sebagai dunia (kekuatan fizikal, mental, harta, pangkat, sanak saudara, keluarga dan sebagainya). Dan kapal (bukan kapal selam ye) itu dianalogikan sebagai hati kita.

Kenapa??
Lautan amat penting untuk mengapungkan kapal seperti pentingnya jalan raya untuk kereta supaya dapat terus bergerak. Tanpa lautan, kemungkinan kapal itu tidak akan berjaya tiba ke destinasi yang dituju. Namun ianya hanya berguna jika lautan itu di bahagian luar kapal. Jika ianya di dalam, maka bencana telah melanda. Kemalangan yang menyebabkan dasar sesebuah kapal itu bocor teruk sudah tentu akan membawa kepada karamnya kapal itu akibat air lautan yang terus memasuki ruang-ruang kosong kapal, akhirnya menenggelamkannya. Dan yang menerukkan keadaan lagi adalah apabila tiada nyawa yang dapat diselamatkan. Akhirnya tidak berjaya tiba ke destinasi yang dituju.

    Sama juga seperti dunia. Dunia amat penting untuk kita gunakan sebaiknya supaya membolehkan kita melaksanakan suruhan Allah. Dan ianya hanya akan berguna jika digunakan dengan cara yang betul. Namun, apabila dunia telah memasuki ruang hati sehinggakan suruhan Allah kita tinggalkan, maka akan ‘karamlah’ kita dimamah dunia. Alangkah ruginya kita, tatkala tenggelamnya kita di dunia ini sehinggakan hajat di hati ke tempat yang dituju iaitu syurga tidak kesampaian. Bukankah itu satu kerugian yang besar?

Jangan biarkan hati kita karam seperti karamnya Titanic di lautan! [Kredit]
Ingatlah bahawa dunia, tempatnya bukan di hati kerana hati kita, untuk Allah sahaja. Biarlah kita yang memegang dunia, tetapi jangan dunia yang memegang kita. Jadilah seperti kapal yang berjaya tiba ke destinasi dan bukannya kapal yang karam di tengah lautan. Kita tidak mahu menjadi titanic kerana kita bukan titanic. Segala yang baik datang daripada Allah. Semoga bermanfaat kepada semua. Wassalam :)     

 Wallahu'alam.                                                 

                                                                                           


Read more

Tanya Sama Hati Apa Sebab Goyah

0 comments

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Bagaimanakah perkhabaran iman antum semua? Apakah semakin rancak memuncak ataukah laju menjunam? Harapan penulis walau apapun keadaan iman kita, kita tetap istiqamah bertekad dan beramal untuk terus-terusan meningkatkan darjat iman kita insyaAllah.

Istiqamah, senang untuk dinasihati, senang benar menyuruh orang lain, namun bila terkena batang hidung sendiri, apakah ianya semudah ABC? Oh tidak....sesungguhnya ia amatlah sukar untuk diperlakukan. Agak-agaknya la kan, mengapa ye?

Oh! Berat nanang! [Kredit]
Tak lain tak bukan masalahnya tertakluk kepada hati. Eh, kenapa hati pulak? Sebab hati ni sangat-sangat rapuh. Senang benar timbul dan senang benar tenggelam. Bolak-balik. Ingat hadis nabi pasal hati ni?

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hati sentiasa terumbang-ambing, justeru kitalah sebagai nakhodanya perlu pandai dan bijak mengemudi hati supaya senantiasa berada pada landasan sebenar (siratol mustaqim).

Rasulullah SAW bersabda lagi:

“…Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”    (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Hakikatnya, hati ini kurniaan Allah buat semua hambaNYA, maka peliharalah ia sebaiknya. Hati-hatilah dengan hati kita. Kerna jika tidak hati-hati, hati akan mati. Hati akan menjadi keras. Hitam. Penuh daki dan tompokan-tompokan dosa. Jika sudah dipenuhi dengan dosa, apakah akan ada sekelumit cahaya menyinari? Jikalaupun ada, apakah cahaya itu akan terus-terusan menyinar? 
Pastinya ia akan secepat kilat bertukar malap dan hilang. Kerna apa? Kerna kegelapan kamar hati akan lebih dominant, menolak tiap cas-cas positif yang cuba menyusur masuk, kan?

Tombo Hati [Kredit]
Habis guane nak ubat hati ni? Apakah dengan hanya mendengar lagu “Tombo Ati” oleh opick akan terubat segala penyakit hati? Nah, dengarlah kata-kata seorang yang lebih afdhal berbicara daripada penulis, tentang ubat kepada hati yang keras..


Maka beruntunglah mereka yang punya hati yang begitu mudah disentuh nur cahayaNYA, begitu mudah disinari nur hidayah. Firman Allah SWT:

Mereka ialah.. “ orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram”   (Surah Ar-Ra’d 13: 28)

Hati kita macam tu ke? Mari sama-sama kita muhasabah, dan berusaha agar kita sampai ke tahap itu.

Moga Allah redha.

Jazakallahu khair atas masa yang antum provide untuk baca artikel yang tak seberapa ni.

Wallahu a’lam.




Read more

Kuliah Online Baitul Muslim

0 comments

Assalamualaikum warahmatullah, nantikan kuliah online bersama ummuatifah pada malam ini -Selasa, 19 Feb 2013.
bermula 9.30 - 11.30 p.m (waktu Msia) (",)

boleh add id berikut insyaAllah:

Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

doakan kuliah berjalan lancar ye antunna =)

terlepas siri minggu lepas..?jangan bimbang! berikut disediakan sedikit sedutan dari kuliah minggu lepas :)


Bermuamalah dengan Al-Quran

Orang mukmin yang sentiasa mahu dalam keadaan stamina iman yang tinggi akan sentiasa mencari tenaga yang mampu memotivasikan mereka. Al-Quran merupakan produk Allah yang maha agung. Mintalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan hikmah, supaya kta berfikir ketika membaca Al-Quran. Apabila iman dan Al-Quran bergabung, maka terhasillah sebuah dinamik dalam amal soleh yang merupakan amal perbuatan yang hebat dan tentu sahaja membakar semangat untuk beramal dan meningkatkan keghairahan kepada kehendak dan juga syariat Allah swt.  

hati bergetak mahu membaca lebih lanjut..? tekan pautan di bawah ayuhhh! :D

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/02/bermuamalah-dengan-al-quran.html


selamat membaca! selamat membina diri! moga Allah redha insyaAllah ! ^_^




Read more

Hiburkan Hatimu

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa kepada hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah  yang bermaksud :

“(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d:28)



Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan melalui cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah selain berinteraksi dengan alam ciptaan Allah.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka akan terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa kepada ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang telah  dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik kepada Allah, membuatkannya tidak pernah resah dan mengeluh. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur.Apabila  diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah.

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.  (Surah Al-Baqarah:138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan makhluk ciptaan Allah yang lain. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada pergantian malam dan siang,dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi,pasti terdapat tanda-tanda(kebesaranNya) bagi orang-orang yang bertaqwa.”  (surah Yunus:6)



Islam tidak menolak hiburan dari luar selagimana hiburan itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat islam. Alunan ayat suci Al-Quran, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi tahap keimanan.Firman Allah swt:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”.  (surah Al-Anfaal:2)

Dan firmanNya lagi:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang,gementar kerananya kulit orang-orangyang takut kepada Tuhannya,kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah.”   (surah Az-Zumar:23)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, pasti akan melahirkan ketenangan jiwa,contohnya ibadat solat sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga merupakan  suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur  kerana mereka terasa seperti sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah SWT.
Wallahualam.


Read more

How to Stay Focus?

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
[al-‘Asr 103:1-3]

Alhamdulillah, dengan ini bermulalah semester yang baru dengan azam yang semakin teguh, insyaAllah, untuk meneruskan perjuangan di dalam medan ilmu perubatan, mahupun bidang kejuruteraan… 

Pastinya, semua telah puas merehatkan diri, mentadabbur alam dan mengambil ibrah daripada pengembaraan musim sejuk masing-masing. Semoga bekalan yang terkumpul dapat membawa anda lebih jauh dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini, insyaAllah.

Kali ini, saya sekadar ingin berkongsi satu program yang telah banyak membantu diri saya sendiri dalam menguruskan waktu. Maklumlah, sebagai seorang pelajar yang mempunyai komputer peribadi dan terdedah kepada dunia maklumat tanpa sempadan, kalau boleh setiap saat mahu menghadap komputer sahaja menghabiskan masa yang ada. Melayari muka buku, menonton cerita, berbalas-balas e-mel, mencari berita mengenai artis pujaan, dan sebagainya. Setiap detik yang berlalu bagaikan tidak terasa apabila dihadapkan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah ini(lagha).

Syukur kepada Allah, saya telah diperkenalkan dengan satu program yang bisa membantu anda juga dalam mengawal penggunaan teknologi yang sedia ada. Program yang bernama “Stayfocused” ini akan membantu anda mengawal laman web yang anda kunjungi dan juga menetapkan tempoh masa kunjungan anda agar berpada-pada dan tidak berlebihan.

Antara aspek-aspek program ini:

1) Anda boleh menetapkan laman web larangan, yakni laman web yang anda tidak mahu kunjungi pada bila-bila masa sekalipun.
2) Anda boleh menetapkan waktu yang tertentu untuk melawat laman web tertentu, misalannya menetapkan untuk melawat laman muka buku hanya dalam tempoh 1 jam setiap hari dari pukul 9 malam hingga 10 malam sahaja.
3) Apabila masa anda telah tamat, maka skrin akan serta merta berubah mengingatkan anda mengenai tanggungjawab dan tugasan yang perlu anda selesaikan.
4) Tempoh masa yang ditetapkan boleh diubah bagi setiap laman web, namun perubahan hanyalah untuk mengurangkan tempoh lawatan. Andai kata anda ingin menjadikan tempoh masa yang lebih panjang, bersiap sedialah untuk menghadapi halangan-halangan yang bakal dikemukakan oleh program tersebut.
5) Program ini sesuai untuk para pengguna google chrome sahaja. Bagi pengguna firefox, anda bolehlah mencuba program “LeechBlock”.

Secara ringkasnya, program ini amat mudah untuk digunakan bersama panduan yang diberikan bersama. Semoga perkongsian ini dapat membawa manfaat kepada kita bersama, insyaAllah.

Kata Sayidina Ali R.A:
'Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu'

Wallahua’lam.


Read more