• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Tanya Sama Hati Apa Sebab Goyah

0 comments

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Bagaimanakah perkhabaran iman antum semua? Apakah semakin rancak memuncak ataukah laju menjunam? Harapan penulis walau apapun keadaan iman kita, kita tetap istiqamah bertekad dan beramal untuk terus-terusan meningkatkan darjat iman kita insyaAllah.

Istiqamah, senang untuk dinasihati, senang benar menyuruh orang lain, namun bila terkena batang hidung sendiri, apakah ianya semudah ABC? Oh tidak....sesungguhnya ia amatlah sukar untuk diperlakukan. Agak-agaknya la kan, mengapa ye?

Oh! Berat nanang! [Kredit]
Tak lain tak bukan masalahnya tertakluk kepada hati. Eh, kenapa hati pulak? Sebab hati ni sangat-sangat rapuh. Senang benar timbul dan senang benar tenggelam. Bolak-balik. Ingat hadis nabi pasal hati ni?

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hati sentiasa terumbang-ambing, justeru kitalah sebagai nakhodanya perlu pandai dan bijak mengemudi hati supaya senantiasa berada pada landasan sebenar (siratol mustaqim).

Rasulullah SAW bersabda lagi:

“…Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.”    (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Hakikatnya, hati ini kurniaan Allah buat semua hambaNYA, maka peliharalah ia sebaiknya. Hati-hatilah dengan hati kita. Kerna jika tidak hati-hati, hati akan mati. Hati akan menjadi keras. Hitam. Penuh daki dan tompokan-tompokan dosa. Jika sudah dipenuhi dengan dosa, apakah akan ada sekelumit cahaya menyinari? Jikalaupun ada, apakah cahaya itu akan terus-terusan menyinar? 
Pastinya ia akan secepat kilat bertukar malap dan hilang. Kerna apa? Kerna kegelapan kamar hati akan lebih dominant, menolak tiap cas-cas positif yang cuba menyusur masuk, kan?

Tombo Hati [Kredit]
Habis guane nak ubat hati ni? Apakah dengan hanya mendengar lagu “Tombo Ati” oleh opick akan terubat segala penyakit hati? Nah, dengarlah kata-kata seorang yang lebih afdhal berbicara daripada penulis, tentang ubat kepada hati yang keras..


Maka beruntunglah mereka yang punya hati yang begitu mudah disentuh nur cahayaNYA, begitu mudah disinari nur hidayah. Firman Allah SWT:

Mereka ialah.. “ orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram”   (Surah Ar-Ra’d 13: 28)

Hati kita macam tu ke? Mari sama-sama kita muhasabah, dan berusaha agar kita sampai ke tahap itu.

Moga Allah redha.

Jazakallahu khair atas masa yang antum provide untuk baca artikel yang tak seberapa ni.

Wallahu a’lam.




Read more

Kuliah Online Baitul Muslim

0 comments

Assalamualaikum warahmatullah, nantikan kuliah online bersama ummuatifah pada malam ini -Selasa, 19 Feb 2013.
bermula 9.30 - 11.30 p.m (waktu Msia) (",)

boleh add id berikut insyaAllah:

Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

doakan kuliah berjalan lancar ye antunna =)

terlepas siri minggu lepas..?jangan bimbang! berikut disediakan sedikit sedutan dari kuliah minggu lepas :)


Bermuamalah dengan Al-Quran

Orang mukmin yang sentiasa mahu dalam keadaan stamina iman yang tinggi akan sentiasa mencari tenaga yang mampu memotivasikan mereka. Al-Quran merupakan produk Allah yang maha agung. Mintalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan hikmah, supaya kta berfikir ketika membaca Al-Quran. Apabila iman dan Al-Quran bergabung, maka terhasillah sebuah dinamik dalam amal soleh yang merupakan amal perbuatan yang hebat dan tentu sahaja membakar semangat untuk beramal dan meningkatkan keghairahan kepada kehendak dan juga syariat Allah swt.  

hati bergetak mahu membaca lebih lanjut..? tekan pautan di bawah ayuhhh! :D

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/02/bermuamalah-dengan-al-quran.html


selamat membaca! selamat membina diri! moga Allah redha insyaAllah ! ^_^




Read more

Hiburkan Hatimu

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa kepada hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah  yang bermaksud :

“(iaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d:28)



Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan melalui cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah selain berinteraksi dengan alam ciptaan Allah.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka akan terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa kepada ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang telah  dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik kepada Allah, membuatkannya tidak pernah resah dan mengeluh. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur.Apabila  diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah.

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.  (Surah Al-Baqarah:138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan makhluk ciptaan Allah yang lain. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada pergantian malam dan siang,dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi,pasti terdapat tanda-tanda(kebesaranNya) bagi orang-orang yang bertaqwa.”  (surah Yunus:6)



Islam tidak menolak hiburan dari luar selagimana hiburan itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat islam. Alunan ayat suci Al-Quran, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi tahap keimanan.Firman Allah swt:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”.  (surah Al-Anfaal:2)

Dan firmanNya lagi:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang,gementar kerananya kulit orang-orangyang takut kepada Tuhannya,kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah.”   (surah Az-Zumar:23)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, pasti akan melahirkan ketenangan jiwa,contohnya ibadat solat sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga merupakan  suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur  kerana mereka terasa seperti sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah SWT.
Wallahualam.


Read more

How to Stay Focus?

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
[al-‘Asr 103:1-3]

Alhamdulillah, dengan ini bermulalah semester yang baru dengan azam yang semakin teguh, insyaAllah, untuk meneruskan perjuangan di dalam medan ilmu perubatan, mahupun bidang kejuruteraan… 

Pastinya, semua telah puas merehatkan diri, mentadabbur alam dan mengambil ibrah daripada pengembaraan musim sejuk masing-masing. Semoga bekalan yang terkumpul dapat membawa anda lebih jauh dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini, insyaAllah.

Kali ini, saya sekadar ingin berkongsi satu program yang telah banyak membantu diri saya sendiri dalam menguruskan waktu. Maklumlah, sebagai seorang pelajar yang mempunyai komputer peribadi dan terdedah kepada dunia maklumat tanpa sempadan, kalau boleh setiap saat mahu menghadap komputer sahaja menghabiskan masa yang ada. Melayari muka buku, menonton cerita, berbalas-balas e-mel, mencari berita mengenai artis pujaan, dan sebagainya. Setiap detik yang berlalu bagaikan tidak terasa apabila dihadapkan dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah ini(lagha).

Syukur kepada Allah, saya telah diperkenalkan dengan satu program yang bisa membantu anda juga dalam mengawal penggunaan teknologi yang sedia ada. Program yang bernama “Stayfocused” ini akan membantu anda mengawal laman web yang anda kunjungi dan juga menetapkan tempoh masa kunjungan anda agar berpada-pada dan tidak berlebihan.

Antara aspek-aspek program ini:

1) Anda boleh menetapkan laman web larangan, yakni laman web yang anda tidak mahu kunjungi pada bila-bila masa sekalipun.
2) Anda boleh menetapkan waktu yang tertentu untuk melawat laman web tertentu, misalannya menetapkan untuk melawat laman muka buku hanya dalam tempoh 1 jam setiap hari dari pukul 9 malam hingga 10 malam sahaja.
3) Apabila masa anda telah tamat, maka skrin akan serta merta berubah mengingatkan anda mengenai tanggungjawab dan tugasan yang perlu anda selesaikan.
4) Tempoh masa yang ditetapkan boleh diubah bagi setiap laman web, namun perubahan hanyalah untuk mengurangkan tempoh lawatan. Andai kata anda ingin menjadikan tempoh masa yang lebih panjang, bersiap sedialah untuk menghadapi halangan-halangan yang bakal dikemukakan oleh program tersebut.
5) Program ini sesuai untuk para pengguna google chrome sahaja. Bagi pengguna firefox, anda bolehlah mencuba program “LeechBlock”.

Secara ringkasnya, program ini amat mudah untuk digunakan bersama panduan yang diberikan bersama. Semoga perkongsian ini dapat membawa manfaat kepada kita bersama, insyaAllah.

Kata Sayidina Ali R.A:
'Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu'

Wallahua’lam.


Read more

Aduhhh! Jiwo Kacau!

0 comments

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Aduh! Kacau lagi! [Kredit]

Macam mana perasaan jiwa kacau?Anda senang?Anda bahagia?
 Setiap orang ada jalan cerita sendiri.Tak semua kata diungkapkan bukan?
 Anda perasan tak,lagu-lagu yang di corong-corong radio sekarang banyak sangat lagu cinta.
 Kalaulah,kalaulah anda perasan, tak semua lagu-lagu yang anda dengar ceritanya indah.Cuba baca lirik sebuah lagu bawah ini,ada kaitan dengan tajuk post hari ini.

Penakut,by Yuna:

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamuKau bukan milikku
Dan engkau pun tahuKau bukan milikku

Ramai orang yang sensitif dengan perkataan ikhtilat bukan? Owh, ikhtilat itu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Kenapa kena jaga ikhtilat?Maksudnya kena jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Oppps! Jangan salah faham! Perempuan pon mesti jaga jugak pakaian tu,
hijab seelok-eloknya. Masing-masing ambil peranan.[Kredit]
Ok.Cuba teruskan baca.Selepas baca baru anda fikir.Terserah pada individu, tetapi hati kita pasti berkata ya kan? insya Allah.Biarlah kita hidup dalam keadaan tercari-cari, yang mana benar & yang mana batil.
 Maha Pencipta sudah mencipta sesuatu yang indah rupa dan indah khabarnya.Hati.Anda tahukan.Apabila adanya hati,adanya perasaan.Dengan adanya perasaan,adanya perasaan sayang,bahagia,belas kasihan dan semuanya menjadi indah bukan?Tapi anda tahu kah kepada siapa,bagaimana,mengapa perasaan ini diletakkan?Anda pasti tahu.
Sudah pasti pada Maha Pencipta.Perasaan itu kemudian Allah izinkan kita pada mama,abah,adik,abang,kakak,saudara,rakan-rakan,guru dan sebagainya.Tapi sepertimana yang anda tahu,ada batasnya.
Perempuan ini lembut hatinya.Cuba lihat mak anda sebagai orang yang terdekat.Cuba bayang dan fikir.
 Katakan saya lelaki dan awak perempuan.Saya senang berbual dengan awak,saya selesa dengan awak.Sebab kita kan kawan.Tak lebih dari itu.Tapi awak yang lebih sebab awak fikir saya ambil berat kan awak dan saya sayang awak.Tapi saya tak.Mungkin awak bukan orang yang saya nak.Saya hanya suka-suka.
 Apa perasaan anda wahai perempuan?
Anda mesti konfius dengan perempuan kan wahai lelaki?
Jiwa kacau kan?
Apa anda boleh buat kalau jiwa kacau?
Aduh,jiwa kacau.
 Anda jangan risau.Sebenarnya kalau anda jaga ikhtilat itu,anda tak rugi apa pun.Maha Mengetahui bukan saja-saja menetapkan ada batasan antara pergaulan perempuan dan lelaki.Kerana Dia tahu.Bagaimana manusia.Selain mengelakkan perkara yang menjurus kepada perkara yang dimurkai Allah iaitu zina,Yang Maha Menyayangi tak mahu hati anda disakiti.Saya percaya.Anda mesti pernah mengalaminya.Hati perempuan ni 'fragile'.Impossible anda tak pernah rasa walaupun sedetik.
 Anda patut tahu mana batasannya.
Masih ramai insan yang lebih layak untuk anda berkongsi cerita kisah-kisah manis dan pahit kehidupan.Yang muhrim.Anda tahu siapa.
 Setiap orang fitrahnya ialah untuk sayang dan disayangi.Apabila tiba masanya,Allah akan temukan jodoh yang sesuai untuk anda kerana Allah Maha Memahami.

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." 

Lagi anda ikut perintahNya dan tinggal laranganNya,lagi bertambah rahmat dan redhaNya pada anda.RahmatNya luas. 
 Saya bukan nak menyalahkan satu pihak,tapi dua-dua pihak harus tahu peranan masing-masing.
Kaum Hawa ini lemah,maka pada siapakah kita harus kembali?Jangan mudah terpedaya dan jatuh hingga anda jiwa kacau.Pada kaum adam,anda patut menghormati wanita dan bukan untuk dipermainkan.Kalau anda serius, anda patut tahu apa yang anda patut lakukan dan yang tidak.Pilihlah jalan yang terbaik,jalan yang diredhaiNya.Anda patut tahu batas anda sebagai seorang jiran,rakan sekelas,sepupu dan sebagainya.Moga kalian semua mempunyai hati yang bersih,tenang dan bahagia untuk mengejar tanggungjawab yang patut anda lakukan di dunia ini untuk mendapatkan akhirat yang sejahtera.Dan anda masih belum terlambat.


Wallahu'alam.


Read more

FRIDAY WRAP ( 8 - 14 FEB 2013 )

0 comments


Bismillahhirahmanirrahim.
In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Azam Russia brings you the latest update on the world issues.


Sameer Issawi

 PALESTINE -  Sameer Issawi, 33, has been on a hunger strike in an Israeli jail for more than 203 days. Initially released by Israeli authorities in an October 2011 prisoner swap, Issawi was re-arrested in July 2012 and told he would have to serve the remaining 20-years of his original sentence for allegedly violating the conditions of his release.
   It is not officially known how prison authorities have kept him alive during months of not eating. 
Some of Issawi’s supporters said he was being force fed through an intravenous tube, but the latest reports from prison indicate that he has begun refusing all nutrients and water and that he faces imminent death.
   His sister said that Palestinian Prisoner Society lawyer Jawad Boulos, who represents Issawi, recounted that on a recent hospital visit that the hunger-striker told him: "I'm reaching the end of the tunnel. I'm either going to see the light of freedom or the light of martyrdom."
   Issawi’s sister said she last saw her brother during a court appearance in December. "He weighed only 47kg… he was just skin and bones, he could barely even speak."
    Because of the length of his hunger strike, Issawi suffers from a loss of vision, dizziness and loss of consciousness. He has lost control over his limbs and suffers severe pain all over his body - especially in his abdomen and kidneys, his sister said.
    Issawi also suffers from fractured ribs that Shireen said were caused by an attack perpetrated by Israeli soldiers while he was handcuffed to his wheelchair at a December 2012 court hearing. "They beat him and they beat us. Then we were not allowed to see him at all," his sister said.
   Danny Danon, a right-wing member of Israel’s Knesset, told the Jerusalem Post that officials should not listen to protests about the treatment of hunger strikers. "We do not need to listen to these efforts because they are terrorists," he said. 
    Palestinian activists, unsurprisingly, disagree. "The Israelis must charge him with a crime or set him free," Elshaer said.
     "If he dies, there will be a big reaction… just the other day someone started a rumour online that Samer had died and Facebook and Twitter were going crazy. The reaction was quick. I think the public all over the world, not just Palestinians, will react to his death."
Malaka Mohammed, the Gaza Strip coordinator for the "Free Samer Issawi" campaign said she is being told that Samer could die at any moment, and that Israeli forces are on standby.






EGYPT - YouTube has been temporarily banned in Egypt for carrrying an anti-Islamic documentary that triggered deadly riots across north Africa and the Middle East in September.
 In what human rights activists have called a backwards step for internet freedom, Judge Hassouna Tawfiq ordered the government to block access to the video-sharing website for 30 days after the trailer for Innocence of Muslims sparked outrage.
The ban had not been enacted by Sunday afternoon, and a Google spokesperson said the company, which owns YouTube, had not yet been served with any order. But five years after a request for a similar ban was thrown out by an Egyptian court, this week's putative YouTube ban has been seen as a regressive step.






TUNISIA - Tunisia is facing a general strike on Friday after angry protests triggered by the assassination of an opposition politician plunged the country into its biggest crisis since the revolution two years ago.
The UGTT, Tunisia's trade union federation, called the strike in protest at the murder of Chokri Belaid on Wednesday. It will be the first such strike since 1978 and there is now deep uncertainty and anxiety about how events will unfold.
Belaid, a secular, leftist human rights lawyer, was shot dead at close range on his way to work in an attack that was condemned by the government, blamed on extremists but claimed by nobody. The assailant fled on a motorbike pillion.
The killing has opened up the possibility that Tunisia could now see the kind of political polarisation that it has so far managed to avoid since the overthrow of Zine al-Abidine Ben Ali in January 2011.
Rached Ghannouchi, leader of the ruling Islamist party Ennahda, was among those condemning the murder of Belaid and urging Tunisians to unite against those who want to push the country towards "violence and chaos".
Four opposition groups – including the Popular Front – announced that they were pulling out of the national constituent assembly in protest at the murder.Opposition parties have said that the government should bear responsibility for the killing of Belaid as ministers had failed to curb intimidation, violence and threatening language used by radical preachers and on extremist websites.






SYRIA - Syrian rebels have shot down two military warplanes over the northwestern province of Idlib, a monitoring group has said.
Both jets were hit with fire from heavy machineguns while the air force was carrying out a series of raids in the area, much of which is under the control of the rebels, the Syrian Observatory for Human Rights said on Thursday.Abdul-Rahman said the rebels captured about 70 percent of the oil field but there was still sporadic gunfire in the area.
Meanwhile, Iranian authorities said on Thursday that gunmen had shot dead an Iranian Revolutionary Guards chief in an ambush on the way from Damascus towards the Lebanese capital.
Iran's elite fighting force named him as commander Hassan Shateri, in a statement on its website that said he was killed on Tuesday.


Wallahua'alam
May Allah bless,



Read more

Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai ke Pangkal Lengan

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sahabat, apa khabar iman hari ni? Semoga berada dalam ketaatan kepadaNya sentiasa.Amin.

Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Siapa sahaja pasti pernah dengar peribahasa ni kan? Apa maksudnya ya? Haaa.. maksudnya ialah kalau ingin melakukan sesuatu, anda lebih baik melakukannya dengan sepenuh hati (sumber dari encik wiki). 


[Kredit]

Okay.Apa yang kita faham dengan maksudnya ni? Kalau nak buat sesuatu, harus buat dengan bersungguh-sungguh.Mungkin ramai yang sudah faham dari segi perkataannya, tapi kalau segi perlaksanaannya pula bagaimana ya? Krik krik krik!!! Hurmmm.. Ada bunyi cengkerik di situ.

Alhamdulillah. Maha Suci Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas makhluk ciptaanNya.Kita dapat lihat sekarang, sudah ramai di antara sahabat kita yang mengikuti majlis-majlis ilmu & berubah ke arah kebaikan. Syukur kita panjatkan kepada Allah.

Haaa.. yang tengah membaca ni, saya pasti anda adalah antara yang berada di landasan yang mengejar redhaNya kan? Kan kan? Senyum.Kita semua tahu bahawa  jalan yang sedang kita ikuti ni tiada penghujungnya selagi roh masih dikandung badan. Masih banyak benda yang perlu kita perbaiki hari demi hari, saat demi saat.


Alang-alang berada di jalan menuju syurga Ilahi ni, apa kata pakat-pakat mai kita buat dengan sepenuh jiwa raga kita. Krik krik krik. Cengkerik berbunyi kali kedua. Aduhhh.. bunyi huruf bila baca macam senang tapi hakikatnya Allahu Rabbi. Tapi xpa, sahabat. Tahukah anda, masih ramai di luar sana yang bermati-matian berpusu-pusu untuk berusaha berada dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa. Tidak kisahlah orang yang macam mana sekalipon, ada yang kita nampak datangnya dari kalangan atasan, sederhana dan bawahan. Senang kata, dari semua golongan xkira bangsa, saiz, warna kulit, luaran dan lain-lain lagi.

Firman Allah dalam surah [al-Hujurat 49: 13] : Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

Sudah terang lagi berlampu suluh. Apa yang kita kejar di dunia ini sebenarnya? Kita selalu mengejar  sesuatu yang bernilai kebendaan.Sekarang mari kita tepuk dada, Tanya iman.Kalau boleh tepuk kuat-kuat sket sampai tersedak. Hek hek hek!

Jadi sekarang apa yang kita perlu buat ni? Erkkk. Masih blurrrkah? Meh sini meh. Saya ulang peribahasa tersebut di sini ya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Alang-alang jatuh ke gelanggang tarbiyah, mari kita bergolek bersama-sama walaupon payah.Eh!

Kita hidup sebagai seorang muslim pada hari ini. Siapa mampu jamin keislaman kita untuk hari mendatang. Nauzubillahi min zalik.

Ayuh, mari bersama-sama bergolek di atas karpet yang xberapa merah yang kadang-kadang ditaburi duri bunga ros.Kalau bergolek ramai-ramai  kurang sket sakitnya.Kerana Allah kita teruskan perjuangan dan kerana Allah juga kita mara.Biiznillah. 



[Kredit]


Mari habiskan pecutan yang terakhir kita. Yeahhh! Fighting!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa.
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solah dan perpesan(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Wallahu’alam.




Read more