• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Mabuk Kepayang.. Erkkk??

0 comments

Assalamualaikum wbt. 

Bismillahirahmanirahim.

Pernah anda melihat orang yang sedang mabuk? Macam mana keadaan mereka? Pada kaca mata saya, mereka kelihatan seperti seorang yang dahaga, berada dalam keadaan yang kusut masai, suka bercakap seorang diri dan tertidur dalam keadaan yang tenang. Seolah-olah tiada masalah. Kadang-kadang, ada juga yang masih lagi mahu meminta. Seolah-olah belum puas lagi.


Errr…. Adakah anda fikir saya sedang mengisahkan tentang kehidupan seorang kaki arak? Kalau itu yang anda fikirkan, anda betul. Adakah anda fikir, istilah mabuk hanya untuk golongan kaki alkohol maka anda salah. Cuba anda luaskan pemikiran anda. Berfikir diluar kotak. Kerana inilah yang terjadi pada mereka yang sedang mabuk dalam hal-hal mereka. Tidak kira, mereka yang mabuk bercinta, mereka yang mabuk judi, serta mereka yang mabuk harta dan kuasa. Golongan – golongan ini, melaksanakan sesuatu atas kemahuan mereka itu sehingga tidak sedar diri. Malah ada juga sanggup menghalalkan sesuatu yang haram. Nauzubillah. Golongan-golongan ini seperti kehilangan panduan. Sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi keinginan mereka. Sanggup mengorbankan orang lain.

Tapi kita juga tidak menyedari bahawa ada juga golongan yang mabuk ini, tapi masih ada panduan. Melaksanakan sesuatu dengan rela diri malah dalam keadaan kesedaran diri yang penuh. Siapakah golongan ini? Mereka ialah golongan mereka yang mabuk cinta kepada Allah, mereka golongan yang mabuk cinta kepada Rasullulah. Ketahuilah teman, nikmat islam kita yang dikecapi sejak lahir lagi adalah atas usaha golongan mereka yang mabuk ini. Ketahuilah teman, para sahabat Baginda yang begitu mabuk dengan cinta mereka itu menagih janji mereka. Mahu berjumpa, bersama dan tiada yang mampu pisahkan mereka lagi di suatu tempat yang tidak terbayang keindahannya iaitu di Jannah.

Betulkah kita begitu mencintai Allah dan Rasullulah? Cintanya Bilal kepada Allah dab Rasullulah, sehingga menangis semasa melaungkan azan. Cintanya Abu Bakar kepada Allah dan Rasullulah sehingga sanggup menghabiskan harta dan rela menyerahkan kakinya untuk disengat oleh binatang berbisa di gua Sur. Cintanya Umar Al-Khattab kepada Allah dan Rasullulah, sehingga mencadangkan kepada Abu Bakar supaya mengumpulkan mashaf Al-Quran dan dibukukan biarpun hal sedemikian belum pernah dilakukan oleh Baginda sendiri. Di manakah bukti bahawa kita mencintai Allah dan Rasullulah?

 Allah begitu mencintai kita sehingga memberi kita nikmat yang melimpah ruah. Sebut sahaja nikmat anda perolehi, masih banyak lagi nikmat yang tersebut.

Jika kamu jadikan air di lautan sebagai dakwat, ranting pada pohon sebagai pena, masih banyak nikmat Allah yang belum tertulis. –Anonymous-

Rasullulah begitu mencintai kita sehingga disaat kewafatan Baginda, ungkapan ‘ummati’ sentiasa diucapkan. Para sahabat begitu mencintai kita, sehingga Islam tersebar dengan meluasnya. Baginda pernah bersabda,

“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”. Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).



Jadi, dimana bukti anda mencintai Allah dan Rasullulah? Jika benar kita cinta kepada Allah & RasulNya..mari buktikan. 

Wallahu'alam.




Read more

Friday Wrap (4 - 7 Februari 2013)

0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia pada minggu ini.

Khamis, 7 Februari 2013
Masa Depan Syria Ditentukan Rakyatnya Sendiri



Moscow. Jurucakap Presiden Rusia, Dmitri Peskov, menekankan bahawa masa depan Syria ditentukan oleh pihak-pihak yang berkaitan di Syria, bukan pihak luar.Laman Russia Today memetik temubual Peskov mengatakan bahawa Moscow terkenal dengan hubungan rapat dengan semua pihak bagi memastikan dialog yang menyeluruh diadakan.

"Pendirian kami dikenali dengan komunikasi kita dengan semua pihak. Kami berkomunikasi dengan kerajaan Presiden Bashar al-Assad, yang adalah presiden yang sah dan pemerintah Syria, dan dengan wakil pembangkang," tambahnya.

Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov melakukan perundingan langsung pertama dengan ketua pembangkang Syria Moaz al-Khatib, kata laporan media Rusia memetik kenyataan sumber diplomatik.


Khamis, 7 Februari 2013
Obama Bawa Agenda Mendesak ke Israel



Ramallah. Presiden Barack Obama membawa agenda penting ke Israel pada kunjungannya yang mendatang dengan memberi tumpuan kepada perkembangan-perkembangan serantau termasuk Iran dan Syria beserta lanjutan rundingan damai antara Israel dengan Palestin.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmud Abbas berharap kunjungan akan datang Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menandakan bermulanya polisi baru AS di kawasan Timur Tengah, kata jurucakap pada Rabu lalu.

"Abbas menyambut kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Palestin," kata Nabil Abu Rudeina, jurucakap Presiden Palestin kepada AFP.
"Kami berharap bahawa lawatan Presiden Obama ke kawasan itu adalah awal dari satu polisi baru AS yang akan mengarah pada pembentukan negara Palestin merdeka di tanah Palestin yang diduduki sejak tahun 1967, sesuai dengan resolusi antarabangsa," kata Abu Rudeina dari Kaherah.


Rabu, 6 Februari 2013
Menteri Kewangan Greek Terima Sampul surat Berisi Peluru




Athens. Menteri Kewangan Greek, Yannis Stournaras menerima peluru yang dihantar melalui pos, kata media Greek, Selasa (5/2). Para kakitangan Stournaras mengerahkan pasukan keselamatan selepas mendapati peluru aktif di dalam sampul surat yang dialamatkan kepada atasannya itu.

Menurut laporan media, di dalam sampul surat juga turut mengandungi surat ancaman yang ditandatangani oleh kumpulan Revolusi Crete.

Pelaku memberi amaran kepada kerajaan agar tidak menjual tanah Yunani merujuk kepada gencarnya program penswastaan ​​yang dilakukan demi penjimatan dan usaha reformasi bagi menyelesaikan krisis hutang Greek.


Selasa, 5 Februari 2013
Organisasi Hak Asasi Manusia (HAM) seru Baghdad bebaskan 52 tawanan Palestin dari penjara






Organisasi Arab dalam HAM menyeru pemerintah dan kerajaan Iraq yang masih menahan 52 tawanan Palestine di penjara. Diantara mereka berasal dari Tebing Barat dan beberapa kota lain.

Sumber HAM melaporkan,Pemerintah Iraq menahan 52 tawanan Palestine dan salah seorang tawanan itu bernama As'ad Muhamad yang berasal dari Bethlehem lahir pada tahun 1968 dan ditahan dipenjara atas kesalahan melintasi perbatasan pada 10 Januari 2006 namun dihukum dengan penjara 15 tahun dan kini berada dipenjara Susah Utara Iraq.

HAM dalam laporannya mengatakan sebahagian besar tahanan Palestin itu ditahan dan dijatuhkan hukuman dengan undang-undang fasal 4 (KEGANASAN DAN PENGGANAS) dan ada diantara mereka yang divonis sampai mati. Ketua Gerakan HAM menyeru para pemimpin Iraq menekan dan mendesak pemerintahan Nuri Maliki untuk membebaskan semua tawanan.



Selasa, 5 Februari 2013
Tengkorak Raja Richard III Ditemukan di Bawah Tanah kenderaan



Leicester. Setelah lebih 500 tahun terkubur, tengkorak Raja Richard III ditemui di bawah tanah tempat letak kereta pengkaji British. Laporan menyatakan bahawa tengkorak yang terkubur di bawah lapangan letak kereta adalah milik Richard III, penemuan yang menyelesaikan misteri 500 tahun lalu yang lalu berkaitan lokasi tempat istirehat raja Britain terakhir yang tewas dalam peperangan.

Richard, digambarkan oleh William Shakespeare sebagai seorang raja kejam berbadan tinggi dan besar. Dia dikhabarkan pernah membunuh dua putera di Menara London, namun meninggal dalam peperangan melawan pewaris seterusnya iaitu Henry Tudor dalam Perang Medan Bosworth di Britain Tengah pada 1485.

Pasukan arkeologi dan sejarah dari Universiti Leicester mengatakan bukti menunjukkan bahawa satu tengkorak ditemui tahun lalu semasa penggalian di bawah tanah tempat letak kereta di bandar tersebut, yang diyakini bahawa itu adalah Richard.
Richard Buckley, pemimpin ahli arkeologi dalam projek itu menegaskan bahawa sisa tulang belulang tersebut adalah Richard III.


Isnin, 4 Februari 2013
16 Cedera Dalam Kemalangan Pesawat di Lapangan Terbang Rom



Rom. 16 orang cedera dalam kemalangan di Lapangan Terbang Fiumicino, Rom, pada (3/2), ketika pesawat ATR 72 terkeluar dari landasan pacu semasa pendaratan.

Dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius, kata Pejabat Berita AGI. Seramai 56 penumpang dan empat anggota awak berada di dalam pesawat ketika kemalangan tersebut berlaku.

Pesawat yang gagal dalam usahanya untuk mendarat di Landasan Pacu No. 3 itu tergelincir dan condong ke sayap kanan. Bahagian utama pesawat tersebut berada di rumput dan kelengkapan sebelah kanan pesawat tersebut rosak. Badan keselamatan penerbangan Itali telah menghantar seorang penyiasat untuk memulakan siasatan mengenai kemalangan itu, kata media tempatan.


Sekian sahaja berita dunia dalam Friday Wrap pada minggu ini. Semoga Bermanfaat.



Read more

Walau Seribu Kali Ku Ulang Sendiri

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sahabat, pernah buat silap tak?

Apa? Tak pernah? Tipu lettew kan.. Manusia, takkan pernah mampu lari dari kesilapan. Jelas lagi bersuluh kerana Allah menciptakan manusia secara fitrahnya memang begitu. Sedangkan, hanya junjungan besar Nabi Muhammad SAW sahaja yang sempurna. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali wasohbihi wa sallim.

(Kredit)
Sebenarnya, salahkah orang yang melakukan kesilapan ni? Hurmm... Sebagai seorang insan, kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan agar kita sedar kesalahan kita dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Tapi perasan tak sahabat, ada juga masa kita terkadang terulang kesilapan yang sama? Masa tu, rasa geram pada diri sendiri saja kan... Arghhhh!! Stress!

Bukan geram itu yang perlu kita tumpukan. Apa yang lagi penting ialah kita terus bertaubat kepada Allah, beristighfar banyak-banyak kepada Allah yang Maha Esa. Kita sebagai muslim harus yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukanlah saja-saja kita terulang kesalahan yang sama. Allah itu bukan zalim. Jika kita pernah berfikiran negatif sebegitu, cepat-cepat kita memohon ampun kepadaNya. Astaghfirullahal’azim.

Seperti firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, akan tetapi, hamba-hambaNya yang selalu menzalimi diri mereka sendiri." (Surah Yunus, 10:44)

Mesti semua orang pernah dengar cerita salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW yang bernama Hanzalah. Ceritanya begini…

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”, lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke masjid. Nabi pasti ada di sana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”, diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”, tanya Abu Bakar.

“Wahai Abu Bakar, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka. Namun, di rumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku. Hilang tangis aku bersama Rasulullah. Aku telah menjadi munafik!”, ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbang akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut. “Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya, “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, di rumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku. Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah?”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi jiwaku yang di tanganNya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir, nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)." (HR Muslim)



Setiap daripada kita pasti tersilap langkah kadang-kadang. Kesinambungan dari kisah di atas ialah perasaan itu akan hadir dalam diri kita sebagai salah satu ujian untuk kita lebih mendekatkan diri kita hanya kepada Allah pada masa tu. Seseorang mu’min itu apabila tersilap langkah, cepat-cepat dia pergi kepada Tuhannya lantas memohon ampun atas segala salah silapnya. Andai seribu kali dia melakukan kesilapan yang sama, dia tetap akan pergi kepada Tuhannya kerana dia yakin bahawa hanya Allah yang akan mengampunkannya.

(Kredit)
Semoga kita semua masih berada atas landasan yang benar. Memang bukan senang untuk cuba praktikkan kerana banyak kekangan yang akan menghalang. Tapi, apa yang lebih penting di sini ialah kita harus cuba dulu. Allah kan sentiasa bersama kita. Senyum...


Read more

Berlapang Dada

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Manusia. Tak lekang daripada ujian. Dan tanpa kita sedar, ujian itu memberi seribu satu hikmah pada diri kita sendiri mahupun orang lain. Ada yang tak lepas peperiksaan, ada yang hidup susah, ada yang kehilangan insan tersayang, dan macam-macam lagi. Tapi, dikala diuji, bagaimanakah kita? Adakah kita menangis? Meraung? Putus asa? Atau adakah kita menjadi lebih kuat? Masih tersenyum girang? Masih menadah tangan mengucapkan syukur? Tepuk dada, tanya iman. Beruntunglah mereka yang mampu berlapang dada tak kira walau dalam apa keadaan pun.

Untuk membentuk diri kita untuk sentiasa berlapang dada, paling penting, kita perlu sentiasa ingat yang Allah sentiasa ada dengan kita.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Al-Qaf, 50:16)





Bila kita sedar Allah sentiasa ada dengan kita, dengan sendirinya kita akan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Minta pertolongan padaNya, minta dikuatkan hati daripadaNya. Sebab hanya Dia yang mampu. Luahkan masalah padaNya sebab hanya Dia yang mampu menyelesaikan. Tapi, kadangkala kita boleh meluahkan masalah pada orang lain, tapi, mungkin mereka hanya mampu mendengar. Tiada apa yang berubah. Jadi, lebih baik, merayu padaNya. Ketenangan hati kita itu tetap datang daripadaNya.

"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd, 13:28)


Tetapkan juga dalam hati, bahawa tiada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya dirancang! Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi, rencana Allah itulah yang paling hebat! Apa yang berlaku itu adalah dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita, atau meningkatkan darjat kita, atau mahu menyucikan diri kita dari dosa-dosa, atau menambah kebaikan atas diri kita. Atau mungkin juga Allah ingin menarik kita kembali kearahNya. Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu, maka hati akan merasa tenang.


Bersyukur. Senang diucapkan, tapi sentiasa lalai untuk mengucapkannya. Saat diri penuh kekurangan, jangan melihat pada yang sempurna, tapi lihatlah pada yang lebih kekurangan. Kalau kita sentiasa ingin sempurna, kita tak akan pernah puas. Kalau manusia diberi dua bukit emas, mereka akan terus meminta untuk bukit ketiga. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Sungguh, hidup kita akan menjadi lebih tenteram dan bahagia dengan bersyukur.


Ya, cakap memang senang, tapi, tak semua mampu melakukannya. Tapi, kalau orang lain mampu berlapang dada dalam setiap keadaan, mengapa tidak kita, kan? Berusaha. Berusaha untuk berlapang dada, dan serahkan segalanya pada yang Maha Esa. Cambahkan caj-caj positif dalam badan. And, keep smiling. ☺



Read more

Penajaan Skim Fellowship Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0 comments
Bismillahirrohmanirrohim,

Assalamualaikum wrt.

Buat pengetahuan semua terutama pelajar-pelajar kejuruteraan di Russia,

Pihak University Malaysia Pahang (UMP)  akan mengadakan lawatan ke Russia pada 2 - 5 April 2013 bagi meyertai Moscow International Salon of Inventions & Innovation Technologies. 

Bersempena lawatan ini UMP akan mengadakan temuduga Skim Fellowship di Moscow, sehubungan itu kami ingin menjemput pelajar-pelajar untuk memohon Skim Fellowship ini.

Kami juga ingin memohon kepada saudara untuk menghebahkan iklan jawatan akademik kepada International Office/Gradute Studies universiti di Russia.

Bersama-sama ini disertakan dokumen sebagai rujukan dan untuk hebahan.

fellowship2013_RUSSIA
UMP Jobs Advertisement_benefits
Permohonan Skim Fellowship
Job Application Form

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung menerusi talian dibawah:

Mohd Muradzuddin bin Dzulkifli
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang

email :muradzuddin@ump.edu.my
facebook: Murad Zdean

Terima kasih.





Read more

Mahsyar & Mukmin

0 comments


Just imagine if we were in a state in which there are only few days left, to sit for the most difficult and the most important examination of our lifetime. And yet we haven't prepared much, of course we would be struggling and pushing ourselves to study above our regular limit. It would be insane if we're still sleeping and playing around during that particular time, isn't it?

Now the days had gone and we have 3 minutes left before entering the grand examination hall. How would we feel at that moment?


There's a hadith, narrated by Abu Said Al-Khudri: the sahabah (companions) asked the prophet Muhammad SAW for how long will a human stays in Mahsyar? Then, the prophet Muhammad SAW recited this ayat to them:

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

"The angels and the Spirit will ascend to Him during a Day the extent of which is fifty thousand years." (Surah Al-Maarij, 70:4)

The ulama' made a comparison based on this ayat, that one day in the akhirat is like 50,000 years in the dunia. Based on this fact, there’s something which I find useful:

Let's say, if this one human being can live for 100 years (he must be very old)..

100 years / 50,000 years = 0.002

So, the ratio of (time in dunia) : (time in Mahsyar) = 0.002 : 1

And if we consider that one day in Mahsyar equals to 24 hours (of course it is not true). For how long would he be in dunia?

24 hours = 1,440 minutes

(0.002)(1,440 minutes) = 2.88 minutes [approximately 3 minutes]

(Keep in mind that this is just an analogy)

Therefore, the 100 years old guy spent only approximately 3 minutes in dunia.

What?? Can it be even ‘shorter’ than that? 3 minutes to get prepared for an endless journey in the hereafter. Like seriously? “If I knew it before, why bother wasting time in dunia for something useless”, said somebody.


Once, I watched an Islamic lecture video and one of the points stressed by the speaker was about a hafiz (the one who memorizes the entire Quran) who was asked by Allah SWT in the Mahsyar. In a simplified version, Allah SWT asked him, to whom he memorized the Quran in the first place. The hafiz said, he did that for the sake of Allah SWT and to seek rewards from Him. Then Allah SWT replied that it's not his intention. Allah SWT knew that he did for the sake of wanting respect from others and not for the sake of Allah SWT. At last, the hafiz got nothing from memorizing the entire Quran except the respect that he had wanted in dunia. What a waste, naudzubillahiminzalik.

So, let’s not waste our time doing something which does not and will not gain us benefit. Inshaallah, let’s set our intentions right for the sake of Allah SWT in whatever we do from now on.


Another thing that I wanna share is, is it true that we have to live and suffer that long at Mahsyar? Even for a mukmin? Yes, we all know that the suffering in Mahsyar is not only just for a day. But, would it be fair for the mukmin to suffer also the long period of Mahsyar?

Let’s get back to the hadith…..

After hearing what the prophet Muhammad SAW recited to them, the sahabah were very afraid that they will not be able to bear the lengthy period of Mahsyar.

Then the prophet Muhammad SAW said (once again, I simplified it),

.. for the mukmin, they will feel as if the duration in Mahsyar is the duration of a Fard prayer.


For me, this is what I found interesting. The mukmin will feel as if the duration in Mahsyar is just a Fard prayer's duration and they will not suffer what the non mukmin will suffer. And that’s why, by any means we must strive towards becoming a true mukmin, inshaallah.

Again, to be a mukmin is not an easy thing, not by a day's effort or a night's dream, but through sweat and tears (I mean lots of effort is needed). And not to forget that intentions are the main ingredients (decisive factor) whether you’ll be getting a healthy meal or a bloody diarrhea.


Wallahualam and that’s all for now..

Assalamualaikum wbt. ☺


Read more

Hati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Apa itu hati?

“Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu maka akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, pada permulaannya kita boleh lihat hati seseorang itu melalui dari tindak tanduknya. Secara ringkasnya hati seseorang itu mencerminkan peribadi individu tersebut. Jadi sangat penting untuk kita menjaga hati kita supaya tidak kotor dan seterusnya akan menyebabkan kita melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya kita lakukan.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian yang terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan setiap kemungkaran yang kita lakukan akan menerbitkan satu titik hitam pada hati kita.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kredit

Hati yang kotor dan keras perlu dibersihkan kerana ia akan berkait dengan amalan yang kita lakukan. Hati yang kotor boleh disucikan dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya. Firman Allah bermaksud:

“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang dan tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, 13:28)

Hati manusia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: -

  1. Hati yang bersih/hidup: Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya ilahi yang memancar
  2. Hati yang tertutup/mati: Hati orang yang ingkar terhadap keesaan Allah
  3. Hati yang terbalik: Hati orang yang tahu tetapi ingkar, melihat tetapi sengaja buta, yakni hati orang munafik

Di sini kita boleh kategorikan dimanakah sebenarnya kedudukan hati kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan bersihkan segala titik-titik hitam yang ada pada hati kita ini. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna, namun kita perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah dengan pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan kasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita dapat memperoleh haruman syurga di sana nanti.


Firman Allah yang bermaksud:

“Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj, 22:46)


Read more