ST PETERSBURG | HARI NAKBAH

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Pada 31 Mei 2014 yang lalu, satu sambutan sempena memperingati Hari Nakbah telah diadakan di hostel pelajar seperti kebiasaanya pada setiap tahun. Sambutan ini telah disertai oleh semua pelajar perempuan. Pelajar telah dihidangkan dengan menu ayam bakar, sphagetti bolognese serta air teh bunga. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti penerangan ringkas mengenai peristiwa serta rentetan Hari Nakbah.
Selain itu, terdapat juga perbincangan mengenai usaha memboikot barangan dari Israel dan menyenaraikan barangan-barangan tersebut. Disamping itu juga, aktiviti mencipta pantun, kuiz An-Nakba serta 'puzzle game' turut memeriahkan suasana. Sebanyak tiga kumpulan telah dibahagikan. Nama kumpulan seperti The Warrior, Kapten Islam serta Heroin of Palestin telah dipilih sendiri oleh ahli kumpulan tersebut. Pelajar yang memenangi aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan. Tidak dapat dinafikan bahawa sambutan seperti ini mampu menaikkan semangat persaudaraan sesama Islam seantero dunia khususnya.

Minum Coca-Cola dalam tin,
Losyen Body Shop sapu di body,
Tangis darah di bumi Palestin,
Masihkah mahu menyumbang di Mc'D?

Terang mentari cerah gemilang,
Hujan lebat berlalu sudah,
Tembok tinggi bukan penghalang,
Asal jiwa bebas berakidah.

Puisi Puzzle Game:-
Langit Genting Gaza terpercik darah,
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah,
Membakar kebun-kebun iman dan nyalaan salabiyyah,
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah,
Membina tembok gergasi terpanjang di dunia,
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar,
Palestin Bumi Kita!





Wallahua'lam.



Post a Comment