• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Sudah Tiba Masanya Untuk Kita Bermuhasabah

0 comments
Assalammualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua 
kaum muslimin dan muslimat di luar sana. Bila sebut bulan Zulhijjah, semua orang
akan ingat tentang hari raya haji. 

Dan bila sebut hari raya haji, semua orang pasti akan 
cakap tentang korban serta pengorbanan. 

Dan yang selalu kita nampak, adalah berkaitan 
dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kisah Abdul Mutallib dan Abdullah.

Air mata yang berharga adalah bila kita menangis kerana Allah. [Kredit] 
Mungkin kita terlupa pada pengorbanan Rasulullah kita, terutamanya pada awal 
kerja Nabi dijalankan, ketika Nabi Muhamad S.A.W keluar dari rumah dengan 
baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan 
beliau dipukul orang, disepak terajang dan dibaling batu serta najis.

Dari celah daun pintu Fatimah R.A anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya 
yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, 
namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan 
menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi 
memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang 
teramat tabah itu. 

Kita masih punya waktu untuk bermuhasabah.[Kredit]
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya diseksa? 
Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan 
ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan 
dihina, dilayan seperti pengemis dan binatang, disakiti, dicaci, dimaki, dipukul, 
dan dibaling batu.

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu Jahal dan 
sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan Baginda 
yang sedang sujud, dengan linangan air mata Fatimah R.A datang membersihkan 
najis di badan ayahnya.

Di suatu hari yang lain, Fatimah R.A telah menyambut 
kepulangan Nabi Muhammad S.A.W dengan linangan air mata, lalu Baginda 
bertanya: "Kenapa menangis?"

Allahu Allah. [Kredit]
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah R.A 
berkata:

"Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor 
pakaianmu."

Nabi menjawab (lebih kurang maksudnya begini)

"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini, 
akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau 
di bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah 
seperti tersebarnya malam."

Maka kita semua pada hari ini, dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang 
atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat beragama, mungkin di 
suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana 
kamu berada, di desa atau di bandar, dan Allah S.W.T akan masukkan kemuliaan 
atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam, dan bukakanlah 
pintu hatimu kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad S.A.W.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi 
semata mata kerana Allah S.W.T. 

Mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy
berkat amalan ini, dan semoga Allah S.W.T kasihan pada kamu dan mereka 
lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan 
menyebarkan hidayat ke seluruh alam,
sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, 
dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta 
tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, 
dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah 
Allah S.W.T lalu menyembah Allah S.W.T dengan cara yang paling layak selayak-
layaknya Dia disembah!

Sesungguhnya, dalam kedamaian bernafas dan kemeriahan menyambut hari 
raya serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat 
beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah 
para kekasih Allah S.W.T. Dan kita? Apa pengorbanan yang kita buat untuk agama setelah  para nabi terutamanya Rasulullah, pesuruh Allah bermatian-matian untuk menyebarkan agama demi generasi yang mendatang? Apakah kita berbuat yang serupa untuk generasi akan datang?

Tepuk dada, tanya iman. Untuk berbelas-belas tahun, berpuluh-puluh tahun hidup, 
adakah kita bermakna untuk agama? Kita berkorban apa sahaja untuk agama? 
Mungkin bukan apa sahaja, cukup untuk tanya, adakah kita berkorban waktu lapang atau waktu "study" kita untuk solat di awal waktu? Berkorban duit yang tak
seberapa untuk sedekahkan pada yang fakir? Allahu.

Istighfar. Renungkan. Apa yang kita buat sepanjang hidup ni. Andai belum berkorban apa-apa jangan takut, jangan bimbang. Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Bertaubatlah. Dan selagi masih bernyawa, tidak terlambat untuk kita berubah. 

Cuba berkorban. Bermula dengan sesuatu yang kecil dan lama kelamaan
insyaAllah, dengan sesuatu yang lebih besar. Percaya dengan janji Allah.

Firman Allah s.w.t : “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan 
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta 
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan 
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan 
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir 
di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal 
yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.” 
(Surah As-Saff :10,11,12)

Semoga Allah redha. ;)


Read more

FRIDAY WRAP (11-17 OKT 2013)

0 comments
Salam wbt,
AZAM Russia kembali kepada membawakan kepada anda isu dan berita terkini di seluruh dunia.



ARAB SAUDI



         Arab Saudi telah menolak tempat yang baru  diperolehi di Majlis Keselamatan PBB dan berkata 15 negara anggota PBB  tidak mampu menyelesaikan konflik dunia seperti perang saudara di Syria.
Pengumuman ini datang hanya beberapa jam selepas Arab Saudi telah dipilih sebagai salah satu daripada 10 ahli-tidak-tetap di dalam PBB.

     Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata PBB telah gagal dalam tugas-tugas ke arah Syria.
PBB seperti  membolehkan rejim Presiden Syria Bashar Assad, untuk melakukan pembunuhan orang , termasuk dengan senjata kimia, tanpa menghadapi sebarang hukuman.
Arab Saudi yang telah menyokong pemberontakan Syria dalam perjuangan mereka untuk menggulingkan Assad , telah pada masa lalu mengkritik masyarakat antarabangsa kerana gagal untuk menghentikan perang saudara di Syria , yang kini dalam tahun ketiga.

Menurut data PBB, konflik setakat ini mengorbankan lebih 100,000 orang.

     Kerusi Majlis Keselamatan adalah sangat didambakan kerana mereka memberi negara suara yang kuat dalam hal-hal yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa, di tempat-tempat seperti Syria , Iran dan Korea Utara, serta operasi pengaman terpencil PBB .
Majlis 15 anggota (PBB) termasuk lima ahli tetap dengan kuasa veto - Amerika Syarikat, Rusia , China , Britain dan Perancis - dan 10 ahli-tidak-tetap  dipilih untuk penggal dua tahun.

     Kenyataan dari Riyadh pada hari Jumaat melanda nada yang ketara berbeza.
" Membenarkan rejim pemerintah di Syria untuk membunuh orang dan membakar mereka dengan senjata kimia di hadapan seluruh dunia dan tanpa apa-apa halangan atau hukuman adalah bukti jelas dan bukti kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan tugas dan memikul tanggungjawab, ' 'Kementerian Luar Arab Saudi berkata .

   Ia juga berkata majlis itu tidak mampu untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel sejak beberapa dekad yang lalu dan telah gagal untuk mengubah Timur Tengah ke dalam zon yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran .

Perancis berkata pada hari Jumaat ia berkongsi kekecewaan Arab Saudi dengan Majlis Keselamatan yang  lumpuh.



PALESTIN



      Kementerian Perancangan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis pada bulan September meneruskan polisi-polisi penindasan terhadap rakyat Palestin, dimana mereka berterusan menyerang rakyat Palestin manakala rampasan juga tanah telah meningkat.
Seorang warganegara terbunuh manakala 70 yang lain cedera pada bulan yang lalu. Regim zionis juga menahan 290 orang rakyat Palestin dari bahagian yang berlainan di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Semenanjung Gaza.
    Kata kementerian itu dalam laporan bulanannya, yang memantau pelanggaran Israel yang paling menonjol dan penyelewengan terhadap rakyat Palestin, dimana bulan September menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.






       Hampir 22 orang zionis Israel mengotorkan halaman masjid al-Aqsa sebentar tadi dari pintu Mughrabi yang dijaga pasukan polis Israel dan pasukan khas yang dilakukan penceroboh sepanjang operasi pencerobohan. Mereka melaksanakan solat talmud di situ.
Sumber tempatan berkata, jumlah penceroboh Israel berkurangan secara ketara berbanding pencerobohan sewaktu perayaan yahudi di mana halaman masjid al-aqsa hari ini menyaksikan kehadiran yang ketara di kalangan jemaah solat, pelajar dan pelawat.



MESIR


       
        Majlis kabinet Mesir memutuskan untuk membatalkan Petubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai rekod pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Kementerian Solidariti Sosial , ekoran keputusan mahkamah yang tidak rasmi dengan melarang sebarang aktiviti persatuan tersebut serta mana-mana cawangan yang berkaitan dengannya.

      Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kabinet bahawa keputusan itu dibuat berikutan “pelaksanaan penghakiman oleh mahkamah tentang perkara-perkara penting di Kaherah pada 23 September” lalu.

      Dan kenyataan itu menambah “satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Solidariti telah ditugaskan untuk menghapuskan dan mengharamkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Solidariti, termasuk pengharaman dan sekatan semua harta dan entiti yang dijelaskan oleh undang-undang, dan jawatankuasa tersebut memutuskan lagi untuk membentuk jawatankuasa cawangan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk melengkapkan pelaksanaannya”.




 SYRIA



    
   Seorang jeneral Syria peringkat tinggi telah terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayah timur Deir Ezzor , menurut media negara.
    
   Mejar-Jeneral Jameh Jameh adalah ketua perisikan tentera di wilayah itu, di mana rejim telah berjuang bersama pejuang pembangkang bersenjata yang ingin menggulingkan Presiden Bashar al- Assad.
" Mejar Jeneral Jameh Jameh telah syahid semasa menjalankan tugas negara untuk mempertahankan Syria dan rakyatnya dan meneruskan pengganas di Deir Ezzor ," televisyen negeri berkata pada hari Khamis .
Rami Abdel Rahman , pengarah Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia berkata, laporan awal mencadangkan Jameh telah ditembak oleh penembak tepat di daerah Rashdiya di bandar ini, tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
  
    Liputan yang mendalam mengenai keganasan yang semakin meningkat di seluruh Syria
Kumpulan itu juga melaporkan pertempuran sengit antara tentera rejim dan pemberontak di beberapa bahagian wilayah , termasuk bandar, yang merupakan yang terbesar di timur Syria.
Jameh adalah salah seorang pegawai kanan keselamatan Syria di Lubnan semasa kerahan tentera Syria di negara ini antara 1976 dan 2005.




       Dalam perkembangan lain yang berkaitan dengan Syria- Khamis, Pertubuhan Larangan Senjata Kimia ( OPCW ), yang telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada minggu lepas, berkata hampir separuh daripada pemeriksaan senjata yang telah lengkap .
"Kami telah melakukan hampir 50 peratus daripada kerja-kerja pengesahan daripada kemudahan yang telah diisytiharkan kepada kami," Malik Ellahi , penasihat politik di Syria untuk OPCW , berkata dalam The Hague.

     Ellahi berkata keselamatan kekal satu kebimbangan untuk misi di Syria, dengan serangan mortar dan kereta dibom berlaku di kawasan berhampiran ke Damsyik hotel pemeriksa .
"Terdapat beberapa insiden sejak beberapa hari lalu yang memberikan beberapa perkara yang membimbangkan ," kata Ellahi .

       Ini termasuk mengesahkan senjata kimia Syria didedahkan, mengenal pasti peralatan utama , memusnahkan kemudahan pengeluaran dan memulakan kemusnahan Kategori 3 senjata kimia oleh 1 November.
  Inspektor mempunyai sehingga 30 Jun tahun depan untuk melengkapkan laporan kemusnahan senjata kimia di Syria 
Konflik Syria bermula dua setengah tahun lalu sebagai protes terhadap empat dekad Assad peraturan keluarga yang bertukar menjadi perang saudara berdarah. Lebih daripada 100,000 orang terbunuh dalam keganasan.



semoga kita terus menginfakkan semampu boleh dan terus menembakkan doa kepada umat islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi.



"Dan barang siapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya." (21:48)



till next time,
semoga Allah redha.





Read more

Taqwa Dalam Pengorbanan

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernyawa pada hari ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan ini tidak harus kita sia-siakan kerana kematian itu tidak menunggu kita. Kematian itu boleh datang bila-bila masa dan di mana-mana. Jadi, kesempatan ini kita gunakan untuk bertaubat dan kembali kepada Dia.

Air mata paling berharga adalah air mata taubat hambaNya. [Kredit]
Seperti yang kita sedia maklum, hari raya aidiladha sudah tiba.
Bersempena dengan hari raya ini, kita bercakap sedikit tentang pengorbanan. Menyingkap dua peristiwa penting tentang pengorbanan yang begitu popular tercatat di dalam Al Quran iaitu peristiwa yang pertama tentang kisah pengorbanan dua orang anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil dan peristiwa kedua tentang Nabi Ibrahim dengan anaknya yang tercinta, Nabi Ismail.

“ Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain ( Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, “Sungguh, aku pasti membunuhmu!” Dia (Habil) berkata, sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.” ( 5 : 27)

Di dalam surah As-Shaffat diceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,

“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia Ismail menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar” (37 :107)

Bermula dari sejarah inilah, ibadah korban dilaksanakan. Nabi Muhammad s.a.w meneruskan ibadah korban ini, dan ia menjadi satu amalan Islam yang dilaksanakan pada setiap hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Firman Allah dalam surah Al-Kauthar ayat 2 bermaksud “... tunaikanlah solat kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur).”

Oleh itu, dengan semangat pengorbanan yang ada di musim perayaan aidiladha ini, marilah kita bermuhasabah dan fikir semula apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya selari dengan kehendak dan ajaran Islam? Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Korbankan waktu yang ada untuk dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti yang diredhaiNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Pengorbanan adalah elemen penting. [Kredit]
Semoga korban kita di dunia ini insya Allah akan diterima Allah swt dan dipenuhi dengan hati yang tulus dan ikhlas seperti yang dinyatakan dalam surah Al Hajj ; Daging ( haiwan korban) dan darahnya itu tidak sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu ( 22: 37 )

Wallahu'alam.


Read more

Tidak Mudah Hadirnya Kebaikan Jika Tiadanya Pengorbanan

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. [Kredit]
Sering kali kita mendefinisikan pengorbanan sebagai satu bentuk pemberian.
Tetapi, pengorbanan dipecahkan kepada dua watak utama sebenarnya, iaitu pemberi dan penerima.

Cuba kita mengambil contoh yang paling dekat dengan kita, iaitu ibu bapa yang paling kita cintai. Pengorbanan yang ibu bapa kita lakukan ialah semata-mata untuk anak-anaknya. Kadang-kadang kita merasa malu, marah, dan tidak suka dengan apa yang ibu bapa berikan kepada kita.

Sebagai contoh, kita malu dengan pekerjaan ibu bapa mereka, ada kala kita tidak menghargai hadiah yang mereka berikan, kita marah jika mereka tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk kita. Tetapi, pernahkah kita menghadirkan rasa syukur kerana jika bukan mereka,siapa kita sekarang ini.

Pengorbanan masa senang mereka pada suatu masa, wang ringgit mereka, perasaan mereka, keringat, tenaga dan juga pengorbanan mereka dalam perkara-perkara yang mereka impikan semata-mata untuk membesarkan kita menjadi insan yang berguna.

Jangan lupa doakan mereka. [Kredit]
Bukan hanya dari aspek keluarga sahaja yang perlu ditekankan, tetapi lihatlah jua orang di sekeliling anda seperti teman serumah anda, teman sebilik, rakan sekelas, guru dan mungkin orang yang anda pernah anggap seperti seorang 'strangers' dalam hidup anda.Merekalah orang-orang yang pernah berkorban untuk anda tidak kira anda sedar, perasan ataupun tidak.

Mungkin merekalah orang yang pernah mengalihkan halangan di hadapan anda, orang yang pernah menasihati anda di kala anda sedih dan buntu, orang yang pernah hadir di kala anda memerlukan dan sebagainya.

Selain kita belajar untuk menjadi ikhlas dalam mengorbankan sesuatu perkara untuk mengejar keredhaan Allah, kita juga perlu belajar untuk menerima orang di sekeliling seadanya kerana mereka juga melakukan perkara yang sama untuk anda kerana Allah SWT.

Firman Allah dalam (surah At-Taubah ayat ke 121) :

"Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak melintasi sesuatu lembah,kecuali akan dituliskan bagi mereka(sebagai amal kebajikan),untuk diberi balasan oleh Allah (dengan)yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."

Tidak mudah hadirnya kebaikan jika tiadanya pengorbanan.Pengorbanan itu perlu.Sangat perlu untuk membuahkan sesuatu kebaikan. Mungkin bukan sekarang, bukan satu jam kemudian, bukan keesokan hari, bukan tahun hadapan, tetapi apabila tiba waktu yang tepat, keadaan yang sesuai,segala-galanya akan membuahkan hasil dengan izin Allah SWT yang Maha Mengetahui,Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Wallahu'alam.


Read more

UCAPAN PRESIDEN AZAM RUSSIA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1434 HIJRAH | FROM AZAM WITH LOVE!

0 comments


Bismillahirrahmanirrahmim, Assalamualaikum wbt..

Allahuakhbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadirat Allah SWT yang telah mengurniakan kita kehidupan, menyinari kehidupan kita dengan keimanan dan ketaqwaan.Semoga kita dapat memekarkan benih2 ketaqwaan di dalam hati kita dengan setiap takbir dan tahmid yang lahir daripada hati dan lisan kita.
Hari Raya Aidil Adha adalah hari besar kurniaan Allah kepada umat Islam. Hari ini begitu sinonim dengan perlaksanaan ibadah korban, bahkan Eid-ul-adha mengambil sempena ‘udhiyah yang bermaksud korban. Ibadah korban bukan sahaja merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW, bahkan syariat ibadah korban pertama kali diwajibkan oleh Allah SWT kepada anak-anak Adam AS, iaitu Habil dan Qabil. Kita ketahui melalui seerah bahawa korban Habil telah diterima Allah dan Qabil telah gagal dalam ujian tersebut. Saya ingin mengajak saudara saudari untuk kita sama-sama merenung ibrah di sebalik peristiwa ini.
Sebahagian ulama menyebutkan bahawa antara sebab utama korban Habil diterima Allah SWT adalah ia dilaksanakan semata-mata untuk Allah SWT. Peristiwa ini mengingatkan kita untuk selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk Allah SWT. Umat Islam dituntut menghadirkan keikhlasan, kesungguhan, dan keazaman yang kuat apabila melakukan kebaikan agar ianya sempurna dan bukan ibarat melepaskan batuk di tangga.

Kita tidak mahu menjadi ahli ibadah, seorang pelajar yang cemerlang, tetapi pada masa yang sama kita tidak mempedulikan kesengsaraan insan-insan di sekeliling kita, sentiasa berkata perkara yang tidak elok, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat kita. Oleh itu, amat perlu untuk kita bermuhasabah semula tujuan kita beribadah kepada Allah, tekadkan niat dan kukuhkan azam untuk lebih dekat kepada Allah agar kita mampu menepis godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa cuba memisahkan antara ibadah dan perilaku kita seharian.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semangat dan ilmu untuk terus memperkukuhkan ketaqwaan kita kepadaNya. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah yang dipersembahkan oleh saudara-mara kita dan umat Islam yang kini sedang berada di tanah suci menyahut undanganNya menunaikan ibadah haji.


Wallahu a’lam.

Mohd Hafizuddin Bin Ahmad
[Presiden AZAM Russia  2013/2014]




Read more

Friday Wrap ( 5-10 Oktober 2013 )

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday Wrap membawakan kepada anda isu-isu semasa dunia pada minggu ini.

Imam Masjid Kenya Ditembak Mati Sebaik Pulang Khutbah Jumaat
05 Oktober 2013

Jumaat, 4/10/2013 : Polis Kenya menembak gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di Mombasa berikutan pembunuhan Sheikh Ibrahim Ismael ( Imam Muslim terkenal di Kenya) dan 3 orang rakannya sejurus pulang dari khutbah Jumaat di Masjid Musa, Mombasa. Pembunuhan tersebut berlaku ekoran peristiwa serangan bulan lalu di pusat beli belah mal Nairobi yang diketuai oleh militan Somalia kumpulan Shaabab. Berikutan pembunuhan tersebut, tunjuk perasan keras yang membawa kepada kematian berlaku bagi menunjukkan protes terhadap tragedi tersebut.

78 Maut, 166 Cedera dalam Serangan Terbaru di Iraq
07 Oktober 2013

Seramai 51 orang terbunuh dan 107 orang lagi cedera dalam letupan berani mati di Adhamiya di Baghdad Utara. Turut pada minggu tersebut, 11 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bom mobil meletup di sebuah kafeteria terkenal di pusat Kota Baghdad, Balad. Di Bandar Mosul, Iraq Utara, beberapa lelaki tidak dikenali yang bersenjata menembak mati Mohammed Karim Al - Badrani, Koresponden stesen TV satelit Ash- Sharqiyah dan rakannya Mohammed Ghanim. Keduanya pada ketika itu sedang menemubual warga tempatan di Kabupaten Sarj - Khana di Mosul Tengah, kira-kira 400 kilometer di sebelah utara Baghdad.

Penyokong Mursi Kembali Jadi Korban Tentera
07 Oktober 2013

Puluhan warga Mesir maut dan puluhan lagi mengalami luka-luka ketika pertembungan antara penyokong Presiden Mohamed Mursi dan tentera As-Sisi yang melarang mereka memasuki Padang Tahrir berlaku di Kaherah. Ibu kepada salah seorang mangsa yang terkorban, Rami Imam, 29 tahun mendakwa bahawa pihak tentera telah membunuh anaknya. Menurut bapa kepada mangsa pula, anaknya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah sewaktu terserempak dengan pertembungan tersebut.

Jenazah Iman tebaring di antara lapan mayat yang lain diselimuti kain biru dan putih dilumuri darah di rumah sakit Ibnu Sina di daerah Mohandissen, Kaherah. Abdelrahman al -Tantawi , pegawai perubatan yang membawa Imam ke rumah sakit memberitahu bahawa peluru menembusi lehernya, dia mendakwa melihat polis dan pihak tentera menembak dari sebuah jambatan ke arah penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya 38 orang Mesir dilaporkan meninggal pada hari dalam pertembungan antara pihak tentera dan penyokong Mohammad Mursi. Para penunjuk perasaan melaungkan " rampasan kuasa adalah keganasan " dan " Sisi adalah pembunuh " , merujuk pada pemimpin tentera Jeneral Abdel Fattah al- Sisi.

Serangan di Mesir, 8 Maut
08 Oktober 2013


Aksi tembak menembak menyebabkan kematian enam tentera Mesir di timur Kaherah pada hari Isnin (7 /10 ) dikatakan berikutan sebuah letupan yang berkemungkinan berasal dari bom kereta yang menghentam markas besar keselamatan di sebuah bandar berhampiran resort pelancongan daerah itu di Sinai selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan melukai puluhan lagi. Turut pada hari Isnin tersebut, sekurang-kurangnya dua bom tangan menghentam kompleks yang dijadikan stesen satelit bumi terbesar di negara itu. Serangan- serangan itu berlaku sehari selepas puluhan orang maut ketika perayaan memperingati awal perang Timur Tengah 1973, berubah menjadi pertembungan maut di seluruh Mesir walaupun tidak jelas diketahui apakah punca kekerasan tersebut.

Dilaporkan juga, angka korban jiwa akibat pertembungan di Mesir meningkat menjadi 53 orang pada hari Isnin. Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi membubarkan penyokong Ikhwanul Muslimin yang berusaha menyerbu medan At -Tahrir dalam usaha menentang ribuan orang pro - tentera yang berkumpul di sana bagi merayakan peristiwa tersebut. Medan At -Tahrir , pusat rusuhan bersejarah 2011 - yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak, ditutup dengan kereta kebal dan kawat berduri bagi menghalang penyokong bekas presiden Mohamed Mursi memasukinya.

AS: Berkaitan Pemusnahan Senjata Kimia, Assad Dapat Dipercayai
08 Oktober 2013

Presiden Syria Bashar al Assad boleh dipercayai atas tindakannya memusnahkan senjata kimia , demikian dikatakan oleh Menteri Luar Negeri AS John Kerry, Isnin (7 /10). " Prosesnya telah bermula dan kami menyambut kerjasama Rusia dengan kerelaan Syria ," kata Kerry kepada para wartawan bersama dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov di Nusa Dua, Bali, setelah dua kali pembicaraan.

Syria bersetuju untuk menyerahkan senjata kimianya di bawah resolusi PBB bulan lalu yang menetapkan satu perjanjian antara Washington dan Moscow yang bertujuan untuk mencegah tindakan tentera AS. Berdasarkan rencana tersebut, kemudahan pencampuran dan pengeluaran senjata kimia Syria harus dimusnahkan pada 1 November.

Senjata kimia Syria, dipercayai termasuk 1,000 tan zat saraf Sarin, gas mustard dan senjata-senjata lain yang dilarang berada dipuluhan lokasi perlu dimusnahkan hingga pertengahan 2014.
Persidangan Perdamaian Geneva -2, bertujuan menyatukan dua pihak yang berperang di Syria, dimana lebih 115 ribu orang telah terbunuh sejak bermulanya pemberontakan terhadap rejim Presiden Bashar al Assad pada Mac 2011.

Berita Rowan Atkinson 'Mr Bean' Memeluk Islam Ternyata Palsu
08 Oktober 2013


Berita tentang masuknya Islam salah seorang pelawak antarabangsa warga Inggeris, Rowan Atkinson yang menghiasi dunia maya ternyata tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Laman pertama yang menerbitkan bahawa Rowan Atkinson telah memeluk Islam adalah israellycool.com. Berikutan itu, laporan mengesahkan pada tanggal Rabu (2 /10 ), bahwa berita masuknya Islam 'Mr. Bean ' adalah tidak berasas.

Dalam sebuah surat elektronik yang dihantar agen Rowan Atkinson menerangkan bahawa Rowan Atkinson tidak pernah menyatakan memeluk Islam atau menjadi muallaf.

Berikut salinan emailnya :

From: Lucy xxxxxxx Date: 2 באוקטובר 2013 13:32:37 GMT +3

To: Brian of London

Subject: RE: Would appreciate a statement from Rowan Atkinson about CRAZY claims that are sweeping the Arabic world

Hi Brian ,

Thanks for your e-mail . Ï'm afraid that, as far as ï'm aware, Rowan has not converted to Islam.

All the best.

lucy


Sebelumnya seperti dinyatakan israellycool dan sadabladi.com, Mr Bean dilaporkan menjadi muallaf setelah ' menonton ' filem fitnah tentang nabi Muhammad SAW " Innocent of Muslim". Spekulasi juga muncul kerana tanda satu jari telunjuk yang ditunjukkan 'Mr Bean ' dalam sebuah foto . Foto itu kemudian didakwa sebagai isyarat dia bersyahadat. Beredar juga berita tanpa sumber , masuk Islamnya Rowan Atkinson melalui Sheikh Rashid Ghannousyi. Namun setelah beberapa hari isu keislaman Rowan Atkinson meluas di internet , salah seorang agennya menafikan dakwaan tersebut.

Banjir di Kemboja, 104 Orang Maut
10 Oktober 2013

Banjir berpunca dari limpahan air Sungai Mekong dan hujan lebat menyebabkan 104 orang maut. Banjir turut mempengaruhi 1.5 juta orang lagi di Kemboja dalam tempoh tiga minggu terakhir. Selain itu, sebanyak 250,000 hektar sawah ditenggelami air. Menurut NCDM, banjir 2011 menyebabkan kematian 250 orang dan menjadikan negeri itu mengalami kerugian sebanyak 521 juta dolar AS.

Mesir Sedia Segera Adili Presiden Morsi
10 Oktober 2013

Kaherah. Mahkamah Mesir pada rabu ( 9/10) menetapkan 4 November sebagai tarikh perbicaraan atas presiden Mohamed Mursi dan tokoh -tokoh senior lain di bawah pertubuhan Ikhawanul Muslimin atas tuduhan melakukan kekerasan. Mursi telah ditahan di lokasi rahsia sejak penggulingannya awal Julai. Hakim Nabil Saleeb mengatakan, Mursi dan para anggota Ikhwanul Muslimin telah dituduh melakukan pembunuhan dan siksaan terhadap para demonstrasi di depan istana presiden.

Tuduhan-tuduhan tersebut berkaitan kematian 12 orang dalam pertembungan di luar istana presiden pada Disember lalu setelah Mursi dikatakan telah menaikkan rasa marah penunjuk perasaan dengan memperluaskan kekuasaannya. Mesir telah dilanda kekacauan sejak tentera merampas kuasa dari Presiden Mursi selepas aksi tunjuk perasaan terhadap pemerintahannya dan kemudian melancarkan pembunuhan kejam terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, membunuh beratus-ratus orang di kem-kem tunjuk perasaan dan menangkap kira-kira 2,000 orang.

Arafah Dilanda Banjir, Jemaah Haji Dilaporkan Selamat
10 Oktober 2013




Arafah dilaporkan dilanda banjir berpunca dari hujan lebat. Namun, fenomena tersebut tidak menjadi tanda tanya banyak pihak kerana menurut kebiasaan warga setempat Mekah dan Madinah, mereka mengadakan solat hajat bagi meminta turunnya hujan. Faktor setempat yang kering dan faktor cuaca yang panas terik menjadi salah satu sebab warga tempatan melakukan solat hajat bagi meminta turunnya rahmat Allah iaitu hujan. Jemaah Haji Malaysia juga dilaporkan selamat dan khabar angin bahawa jemaah haji Malaysia terkandas di Arafah adalah tidak benar sama sekali kerana waktu para jemaah bergerak ke Arafah adalah pada tanggal 13/10/2013.

Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk. Al-Imran: 103
Sekian sahaja lintasan pada minggu ini. Semoga bermanfaat.

Sumber : Muslim.net, Harian Analisa, Berita Islami


Read more

Erti Hidup Pada Maha Pemberi

0 comments
Berkorban : Erti hidup pada Maha Memberi adalah satu bentuk perjuangan insan.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Berubah.

Berubah. Satu hakikat di mana ramai orang sukar melakukannya. Jangan dibicara tentang perubahan secara 'total' bahkan yang sedikit pun sukar untuk dilakukan. Jika ada yang berjaya sekalipun, akan datang pula ombak cercaan serta taufan pujian.

"Pakai smart-smart ni nak pergi mana bang? Keluar dengan awek ke?"

"Kau tak payah nak tunjuk alim la sangat. Macam aku tak kenal kau tu. Dulu kau juga yang ajak aku benda-benda ini semua."

"Kau tidak payah nak masuk campur urusan aku. Nanti kubur masing-masing juga!"

"Pandainya engkau masak. Dulu tak sehebat ini! Lain kali kau masak lagilah."

"Bagusnya anak Pak Lebai tu. Rajin datang surau. Dahla datang paling awal."

"Kenapa kau tak bermain dota sekarang? Dah jadi mutabaah amal ke?"

Stop from being sarcastic! i'm deeply already in love with Allah. [Kredit]
Itulah antara ungkapan yang kita lemparkan kepada masyarakat sekarang. Berubah bukan sahaja sukar dilakukan, namun bila berjaya pelbagai reaksi pula yang muncul daripada orang sekeliling kita.


Pengorbanan

Inilah antara pengorbanan yang perlu dilakukan oleh mereka yang sedang berusaha untuk berubah menjadi baik dan mereka yang telah berjaya berubah ke arah kebaikan.

Menadah telinga menahan cacian, membanteras amukan jahiliyah, membaja hati agar benih riya' dan takabur tidak bertunas, membelanjakan masa dan tenaga yang banyak untuk tetap istiqamah. Memerah otak agar selalu muhasabah.Belum dikira lagi wang yang diinfaq dan sedekah lagi. Pengorbanan yang paling besar sekali, membuang ego jauh-jauh dari diri. Kerana ia kunci perubahan diri.

Seperti mana diceritakan oleh Allah tentang kisah iblis yang tidak mahu sujud pada Nabi Adam kerana ego dengan asal usulnya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah halangan yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku memerintahkanmu?" Iblis memjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedangkan Engkau jadikan dia dengan tanah".[ Al-Araf :11-12]

Kurangkan ego kita. [Kredit]
Harapan

Bukannya tidak boleh memuji, tapi biarlah berpada. Kerana mukmin sejati tidak tertarik dengan pujian.
Bukannya tidak boleh mencaci, tapi cacilah pada kejahatan yang dilakukan. Kerana mukmin sejati adalah manusia. Selalu alpa dan selalu melakukan kesilapan. Sering perlukan nasihat membina iman.

Terus perhatikan mereka yang mahu berubah dan telah berubah. Tapiskan kelakuan mereka dengan penapis yang betul. Tapi sampai bila kita hanya mahu memerhati? Adakah menanti hidayah Ilahi? Hurm, pastikah anda jumpa hidayahNya sebelum anda mengundur diri ke alam abadi?

Fahamilah mereka yang mahu berubah dan telah berubah. Mereka sedang menikmati buah bernama 'Islam'. Bila digigit pahit, dikunyah manis, ditelan riuh satu kampung. Kerana itulah mereka, insan yang berkorban demi mencari erti hidup pada Maha Pemberi.

Dan sungguh, pahala akhirat itulebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertaqwa. [Yusuf :57]

Anda bila lagi? [Kredit]
Anda bila lagi?

Mahu berkorban sekali? :)

Wallahualam


Read more