• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Music Review: Berqorbanlah~

0 comments
Assalamu’alaikum wbt sahabat sekalian...

InsyaAllah pada bulan ini kita akan menyambut perayaan yang sangat besar nilainya disisi Islam iaitu Hari Raya ‘Aidiladha. Seperti mana kita semua tahu, sambutan ini adalah bagi memperingati peristiwa qorban oleh nabi kita Ibrahim as dan anaknya Ismail as disamping menyemai rasa ingin berqorban dalam diri kita. Dan bagi merasai erti sebenar sebuah pengorbanan, perlulah kita melihat keperluan orang lain melebihi kehendak diri kita kerana sememangnya kita diciptakan untuk saling melengkapi. Juga perlu bagi kita melebihkan Allah dan Rasulullah daripada segala perkara lain. 

Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis baginda SAW yang diriwayatkan oleh Anas ibn Malik tentang bagaimana seseorang ingin merasai kemanisan iman adalah apabila, “Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; jika dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan dirinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 

Jika kita lihat, satu-satunya agama yang ummatnya sanggup untuk merasa susah demi saudaranya yang lain adalah agama Islam. Jadi disini, marilah sama-sama kita reflek diri kita sebagai seorang muslim yang ingin rasa berqorban dan terqorban melalui bait-bait lirik yang disampaikan oleh kumpulan The Zikr ini.

WAHAI PARA MUJAHID

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

p/s : Semoga Allah mengira pengorbanan kita ini. 
Wassalam.


Read more

Cinta & Pengorbanan

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Zaid Bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah saw bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.” 
[Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tarmizi.]

Banyak kelebihan Bulan Zulhijjah. [Kredit]

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari daripada berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan ibadah korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisi-Nya ini yang bermaksud : 

“ Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).” ( Surah As-Saaffat:102-103 )

Maha suci tuhan yang menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil, dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun, cinta Allah lebih agung daripada segalanya, disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuhannya.

Antara cinta & pengorbanan. [Kredit]
Dua susuk tubuh ini sama-sama ikhlas berkorban demi cinta kepada Allah swt. Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail, anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hamba-Nya ini, apatah lagi untuk menzalimi hamba-Nya yang beriman dan akhirnya Dia mengurniakan rahmat-Nya:

 “Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Surah As-Saaffat : 107-108)

Sahabat, ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa. Bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka. Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberiaan-Nya.

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya. Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dari-Nya.

Bagaimana pula dengan cinta kita? Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa, apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa?

To love is to sacrifice. [Kredit]
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta. Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja. Harta menjadi aset untuk berlumba siapa lagi kaya. Apabila ditanya bila hendak bertaubat, jawabnya bersahaja, tunggu nanti bila umur meningkat usia. Sia-sialah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita muhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan. Dan cinta yang pasti hanyalah untuk Sang Pencipta, Allah swt. Semoga Zulhijjah kali ini lebih baik daripada sebelumnya, insyaALLAH.

Wallahu'alam.


Read more

TALENT SCOUTING - AZAM RUSSIA MEDIA TEAM SESSION 2013/2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.


We are proud to announce that our AZAM Media team is now open for public participation!

WHO.
We are looking for those who:
  1. are Muslim Malaysian students studying in Russia.
  2. open to all batch, including final years (for final years, their contribution will end up till February 2014).
  3. have PASSION for any of these : writing; photography-videography; journalism; computers-IT; management-leadership; cooking; books; DIY-productivity-motivation; design and entertainment (talent is a plus, BUT passion is a must).
  4. are ready to be a part of a team.
  5. most importantly, believe and try to put this verse 'wa man ahsana qaulam mimman da'a ilallah' (41:33) into practice.
WHEN.
Online application is available for the whole month of October (6-26 October) 2013. The new committee will be informed by email and announced through the blog and Facebook in November.

WHERE.
You do not have to go anywhere, just fill in the online form from your laptop or mobile devices.

HOW.
Apply online here :

WHAT.
You may choose only ONE or TWO posts. The available posts and job scope are:
  1. Local wrap : act as a local reporter who promotes and reports any event happening in his locality @ azamrussia.blogpost.com. Write only when there is an event to be reported or promoted. We need 8-10 wrappers to cover all 5 areas - Moscow, St Pete, Volgo, Nizhny and Kursk. 
  2. Photographers / videographers / design : act as the official photographer and videographer who photographs, records or collects pictures/videos of any event happening in his locality. Pictures/videos are uploaded into our blog, Facebook or our Youtube channel. Work only when there is an event to be reported or promoted. May also be in charge of creating promotional posters. We need 8-10 photographers to cover all 5 areas - Moscow, St Pete, Volgo, Nizhny and Kursk. 
  3. Friday wrap : act as a news analyst who examines, analyses, interprets and comments on news happening worldwide @ azamrussia.blogpost.com every Friday. Write once or twice a month. We need 4 Friday wrappers.
  4. Tazkirah : act as a permanent columnist at our blog and may write Islamic articles, poems, short stories etc. Write once or twice a month. We need 4-12 tazkirah columnists.
  5. Lifestyle - Recipe : For those whose passion is cooking! Act as a permanent columnist at our blog and write recipes or cooking tips. Write once or twice a month. 
  6. Lifestyle - Book review : for those whose passion are books! Act as a permanent columnist at our blog and write review of books. Books could be of DnT (Dakwah and Tarbiyah), motivational books and selected novels. Write once or twice a month. 
  7. Lifestyle - Movie / Music review : for those whose passion is Entertainment! Act as a permanent columnist at our blog and write a review on selected movies and music. Write once or twice a month. 
  8. Lifestyle - DIY / Motivation / Productivity : for those whose passion is DIY / Motivation / Productivity! Act as a permanent columnist at our blog and write tips on DIY, motivational tips or productivity. Eg '5 must-have apps for a naqib'; 'DIY - 7 tips of organizing your wardrobe', 'How to stay motivated and brave for public speaking', etc. Write once or twice a month.
  9. Lifestyle – Academic : it is for those who love spreading knowledge among friends, writing things which are academic-based. The writer will write and provide info and any latest updates in regards to the medical or engineering world. For example : medical mnemonics, mind map, theory of gravity, any new surgical technique, up-to-date mechanical intervention in aerospace and etc. Write once or twice a month.
  10. Management : act as the managers who sort out the duty roster, reminding  deadlines, conduct meetings between members etc. Work round the clock. We need 2-3 managers.
  11. Computer-ITs : handle technical issues regarding maintenance of the blog and other computer-IT-related issues. Work when such issues occur. We need 1-2 techies.
  12. Lifestyle - Baitul Muslim : for those who are loyal listeners of Ummu Atifah-aka-Ummi's weekly online talk on Baitul Muslim (Islamic marital affairs and marriage). The work may include becoming moderator of the chatroom, record the online talk, write notes for each talk plus upload those recordings and notes for public online access. Work on a weekly basis. We need 2-4 volunteers.
  13. Social media : for those who are good at updating FB & twitter status. Work on a daily basis. We need 2 volunteers.
So, what are you waiting for? Register now!

Jazakumullahu khayran kathira for joining us!


Read more

Antara Manusia Dan Pengorbanan

0 comments
Assalamualaikum wrt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Syukurku tidak pernah cukup ya Allah. [Kredit]
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dikekalkan dalam nikmat iman dan Islam. Setiap kali kita bangun dari tidur, pernahkah kita tanya pada diri sendiri, adakah aku insan yang bersyukur dengan nikmat Tuhanku atau sebaliknya? 

Tatkala ada insan lain yang perutnya kosong sejak pagi semalam tetapi masih bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhannya, adakah kita yang di dalam peti sejuk tersimpan bermacam jenis makanan berasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi atau sebaliknya? Oleh itu, marilah kita bermusahabah diri dan cari jalan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dengan harapan supaya Allah redha dengan segala perbuatan kita.

Dalam pencarian redha Allah, semestinya akan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Dan setiap pengorbanan itu apabila niatnya hanya kerana Allah, pasti akan mendapat ganjaran yang tak terkira besarnya daripadaNya.

Jika dilihat kembali pada zaman baginda Rasulullah saw, baginda adalah antara manusia yang telah melakukan bermacam-macam pengorbanan sepanjang hidupnya. Baginda telah mengorbankan harta, jiwa, keluarga, demi menegakkan syiar Islam dan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Kini, hasil daripada pengorbanan Rasulullah dan tidak dilupakan oleh nabi-nabi terdahulu dan para sahabat juga, kita semua dapat menikmati nikmat iman dan Islam yang sememangnya antara nikmat yang terbesar bagi seorang manusia yang bergelar hambaNya.

Kewajipan yang kita ada lebih banyak dari masa.
Bersedia untuk berkoban lebihan masa? [Kredit]
Sebuah pengorbanan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara dengan mengikut keupayaan masing-masing. Tidak semua orang mampu membuat pengorbanan yang sama kerana kemampuan masing-masing adalah berbeza. Jikalau ada yang sangat kreatif dalam pembikinan video, boleh disumbangkan keupayaannya membuat video yang dapat menarik minat manusia terhadap Islam. Jikalau ada yang pandai memasak, boleh tolong memasak untuk badan-badan kebajikan. Jikalau ada yang hebat berbicara, boleh digunakan keupayaan itu untuk menarik orang ke jalan Allah. Jikalau kita tidak tahu apa kelebihan kita, jangan risau, Allah menciptakan manusia dengan keupayaan masing-masing dan mungkin kita sahaja yang tidak perasan akan kelebihan yang kita ada.

Sebagai seorang pelajar pula, pengorbanan amatlah diperlukan dari segi mental mahupun fizikal. Kebanyakan masa akan dikorbankan untuk kelas, kuliah, self-study dan berbagai-bagai lagi. Namun pengorbanan ini hanya akan menjadi sia-sia jika tidak diniatkan belajar untuk mencari redha Allah.

Cuba bayangkan apabila semuanya dilakukan kerana Allah, setiap langkah kita ke kelas atau ke kuliah pasti mendapat ganjaran pahala daripadaNya. Betapa pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama membetulkan niat kita kembali agar pengorbanan yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia.

Apabila menceritakan tentang kisah-kisah anbiya’ mengenai pengorbanan, biasanya akan dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Ibrahim amat menyayangi anaknya Nabi Ismail kerana setelah 40 tahun berkahwin, barulah Allah mengurniakan kepada pasangan itu cahaya mata dan pada ketika itu baginda telah berumur 86 tahun.

Ini adalah doa Nabi Ibrahim memohon kepada Allah untuk mendapatkan cahaya mata,

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” Surah As-Saffat (37):100

Perasaan hambar bertukar ceria apabila cahaya mata yang diimpikan dimakbulkan oleh Allah. Namun begitu, sewaktu umur Nabi Ismail sudah sebaya dengan kanak-kanak lain, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Huhhhh??? Apakah perasaan seorang bapa apabila membayangkan anak kesayangannya yang diimpikan sebelum ini akan hilang untuk selama-lamanya. Di situlah iman Nabi Ibrahim diuji. Jikalau kita berada di situasi itu, tak tahulah macam mana. Ternyata iman Nabi Ibrahim amat tinggi. Baginda menuruti perintah Tuhannya dan akhirnya Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.

Allah yang Maha Penyayang tidaklah melakukan semua ini tanpa sebab dan bukanlah Allah mahu Nabi Ibrahim membunuh anaknya tetapi Allah mahu Nabi Ibrahim memperlihatkan bahawa cintanya kepada Allah mengatasi segala perasaannya.

Itu adalah kemuncak bagi seorang nabi, itulah kemuncak seorang da’ie dan itulah kemuncak seorang pejuang yang mana kepentingan diri itu tidak lebih besar dari kehendak Allah iaitu kepentingan dakwah dan perjuangan yang ditanggung. Allah juga ingin memperlihatkan kepada kita semua, apabila cinta kita kepada Allah lebih tinggi daripada segalanya, bukan sahaja kita akan mendapat redha Allah, kita juga akan mendapat kembali apa yang kita sayangi.

Oleh itu, sempena hari raya aidil adha ini, marilah kita sama-sama mengecapi makna yang terselit disebalik peristiwa ini dan bukan semata-mata jamuan-jamuan mewah dan pembaziran yang melampau. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang hambaNya dan semoga hari-hari mendatang tidak menjadi hari yang sia-sia.


Salam Aidil Adha. [Kredit]

Wallahu'alam.


Read more

APRESIASI AHLI MEDIA AZAM RUSSIA 2012/2013

0 comments
Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, dengan Izin-nya, AZAM Russia telah berjaya menapak dalam hati masyarakat seterusnya menyantuni masyarakat dengan nilai-nilai Islam yang syumul.

Berbekalkan motto "Dengan Keazaman Kita Bermula" kami di pihak Biro Media AZAM, bertungkus lumus menyampaikan maklumat-maklumat dari segenap aspek, menggunakan medium blog, facebook, twitter hinggalah penyampaian mesej melalui video dan foto.

Alhamdulillah, Biro Media Azam Pusat dikurniakan dengan tenaga-tenaga penggerak yang sangat istiqamah dan sangat bersungguh-sungguh dalam menjayakan setiap tugasan yang diberikan. Tiada ucapan yang lebih bermakna selain "Jazakumullah Khairan Kathira" kepada semua penggerak media untuk sesi 2012/2013.

Moga Allah beri peluang sekali lagi untuk kita saling bekerjasama dalam misi menyantuni masyarakat melalui medium media ini. Kami di pihak biro media, menunggu dengan sepenuh hati, anda semua untuk menyertai kami sekali lagi.

InsyaAllah. Moga Allah Redha.

Abd Muizz bin Abd Halim
Biro Media AZAM Russia
Nizhny Novgorod State Medical Academy (NNSMA)

                                 


Read more

Ada Yang Berkorban Ada yang Terkorban

0 comments
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pengorbanan
 
Perjuangan yang sentiasa menuntut pengorbanan. [Kredit]
Pengorbanan bermaksud kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban demi cinta. Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan sebuah persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi.
Biasanya inilah bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Ada ketikanya dalam kembara memburu apa yang kita impikan, kita pula yang terkorban. Semua ini adalah realiti kehidupan. Ada yang berkorban dan yang terkorban.
Pergorbanan Ke Syurga

Ada cinta yang membawa pemiliknya ke syurga. Cinta ini dibina atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT. Cintanya suci dan tulus. Jauh sekali daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. 

Pemilik cinta ini sangat disibukkan dengan proses tarbiyah diri, keluarga dan masyarakat. Serius mendalami, memahami, dan mengamalkan islam. Aktif dan istiqomah beramar makruf nahi mungkar. Masing-masing ingin menghadiahkan yang terbaik buat pasangan, sahabat, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Begitulah hasilnya jika cinta bersandarkan hanya kepada Allah SWT. Pemilik cinta sekalian makhluknya. Pemilik cinta akan lebih tenang dan bahagia kerana cintanya lebih banyak mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Maka, wajarlah jika Allah SWT menghadiahkan syurga kepada pemilik cinta ini.

Berkorban Demi Agama Allah SWT

Berjalanlah tanpa henti. [Kredit]
Inilah pengorbanan yang penuh makna jika kita menyertainya. Segalanya akan terkorban.Pengorbanan masa, harta, keluarga, sahabat, dunia, dan bahkan nyawa kita akan terkorban. Hidup hanya untuk mencari redha Allah SWT. Segalanya Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Ankabut ayat 69)

Betulkah Erti Pengorbanan Kita?

Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dalam pengorbanan itu, kita merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Pengorbanan juga menyebabkan kita bersedia terkorban di jalan-Nya. Tiada penyesalan berlaku.

Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis dan tinggi nilainya jika disandarkan hanya kepada Allah SWT. Keperitan, kesusahan, penderitaan, dan tangisan yang dirasai akan mendapatkan ganjaran syurga. Puncak segala kebahagian dan kenikmatan.

Buat yang bergelar pelajar, 
Kita seorang pelajar.
 Jadi kita perlulah belajar dan melakukan tugas sebagai seorang pelajar. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang pelajar?

Buat yang bergelar pekerja,
Kita seorang pekerja. 
Jadi kita seharusnya bekerja dan melakukan setiap tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja. 
Jika tidak, tiada guna kita bergelar pekerja?

Buat semua yang bergelar hamba ALLAH, 
Kita seorang hamba ALLAH.
 Jadi kita hendaklah menunaikan segala perintah dan suruhan-NYA. 
Kita perlulah meninggalkan segala larangan-NYA.
 Kita seharusnya mengejar dan mencari redha-NYA. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang hamba ALLAH?

Benarkah kita hambaNya? [Kredit]

Wallahu'alam.





Read more

FRIDAY WRAP (27 SEPT- 03 OKT 2013)

0 comments
salam wbt.
bismillahhirrahmanirrahim

Azam Russia kembali dengan isu-isu dan berita hangat dari seluruh pelusuk dunia.


PALESTIN

keadaan di Rafah

      Kerajaan Palestin merayu pihak berkuasa Mesir supaya mengambil kira keadaan penduduk yang dikepung di Gaza dengan membuka semula lintasan Rafah.
Kamel Abu Madi, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Gaza, dalam sidang akhbar yang diadakan petang Ahad lalu di Rafah menyeru Mesir membuka Rafah di kedua-dua arah.
Beliau menegaskan jumlah pelepasan telah berkurangan secara mendadak tahun ini dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di Gaza, sambil menyatakan lintasan itu dibuka selama enam hari sahaja sejak awal bulan ini.




       Sumber yang dipercayai dari pihak keselamatan Mesir dan Palestin mengingatkan penangkapan yang dilakukan pihak keamanan Mesir terhadap sejumlah pemuda Palestin yang memiliki identiti Mesir dan Palestin di Sinai baru-baru ini merupakan bahagian dari rancangan memperketat sekatan Gaza, yang berasaskan dakwaan sesetengah pihak dalam urusan dalaman Mesir.

Sumber menyebutkan, di antara mereka yang ditangkap adalah dua orang pemuda dari keluarga Syair, Ahmad Naim Iwad Syair (15) warga Rafah Mesir, dan Hisyam Jabar Syair (16) dari Rafah Palestin, di samping dua orang dari Gaza yang dipaksa memakai baju bercetak “Brigade Al-Qassam” dan memaksa membawa senjata RPJ, serta mengancam mereka untuk mengaku sebagai anggota Al-Qassam yang dikirim untuk melakukan operasi menganggu ketenteraman Sinai.Setelah rakaman pengakuan, mereka dijanjikan pembebasan namun ternyata mereka tidak dibebaskan dan dipindahkan ke penjara Abu Za’bal.

Menurut sumber tersebu tlagi, keluarga dari penduduk yang ditangkap bertekad untuk menyampaikan hal ini kepada media, untuk menjelaskan hakikat yang menimpa anak-anak mereka yang dilakukan pihak keamanan Mesir.




      Kementerian Pendidikan menegaskan sekatan di Rafah dan kekurangan bahan bakar mengakibatkan pembelajaran di Gaza mengalami kesulitan. Dengan adanya sekatan dan kenderaan yang tidak dapat bergerak memberi kesan kepada pelajar dan mahasiswa di Gaza.
Kementerian Pendidkan mendesak masyarakat antarabangsa dan Hak Asasi Manusia agar campur tangan bagi menghapuskan sekatan yang dikenakan.


SYRIA





     Majlis Keselamatan PBB telah menggesa kerajaan Syria untukmembenarkan penghantaran bantuan merentas sempadan, dan juga menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik Syria berhenti seketika dalam pertempuran dan memberikan  laluan utama untuk konvoi bantuan demi kemanusiaan.

Lebih daripada 2 juta penduduk Syria, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah melarikan diri semasa konflik 30 bulan, yang mana PBB  mengatakan telah membunuh lebih daripada 110,000 orang.
Berjuta-juta lagi di penduduk awam Syria berada dalam terdesak memerlukan bantuan, tetapi bantuan telah menjadi sangat perlahan kerana keganasan yang terjadi.

Pada Rabu lalu, 15 orang anggota Majlis Keselamatan  bersetuju untuk satu kenyataan yang tidak terikat dalam usaha untuk meningkatkan akses bantuan kepada penduduk Syria,  digubal oleh Australia dan Luxembourg.
Kenyataan itu menggesa Presiden Syria, Bashar  al-Assad untuk "mengambil langkah-langkah segera untuk memudahkan pengembangan operasi bantuan kemanusiaan, dan mengangkat halangan birokrasi dan halangan lain."
Ini termasuk "segera memudahkan akses kemanusiaan selamat dan tanpa halangan kepada orang yang memerlukan, melalui cara yang paling berkesan, termasuk merentasi konflik dan, di mana sesuai, merentasi sempadan dari negara-negara jiran".

Hanya 12 kumpulan bantuan antarabangsa telah diluluskan setakat ini oleh kerajaan Syria untuk bekerja di negara ini dan konvoi trak bantuan berjuang untuk memenuhi permintaan penduduk setempat telah ditangguhkan kerana terpaksa berunding puluhan kerajaan dan pembangkang pemeriksaan.



INDIA

      Sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk 13 kanak-kanak, telah terbunuh selepas sebuah lori merempuh dua minivans penuh dengan buruh di timur laut India.
Seramai 20 orang cedera, termasuk ada yang kritikal, apabila trak 10 roda mengehntam van mini dari arah depan awal pada hari Khamis di lebuh raya kira-kira 160km barat Gauhati, ibu negeri Assam, mengikut ke balai polis Barpata daerah.
Minivans, yang telah membawa pekerja untuk kilang bata tempatan, telah dirempuh sehingga menjadi kepingan logam remuk dantercampak ke tepi jalan. Antara yang mat, adalah lima wanita.
Lori itu dalam perjalanan ke negeri jiran Bengal Barat itu. Polis berkata, mereka masih belum mengambil kira pemandu lori, walaupun salah seorang daripada dua orang yang berada di dalam lori itu dipercayai menjadi antara orang mati.


 MALAYSIA


     Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.
Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat.
Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu.
Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.
Punca keracunan dikenalpasti daripada sejenis bakteria yang diberi nama Salmonella. 


  semoga kita terus menginfakkan semampu boleh dan terus menembakkan doa kepada umat islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ” Adn “. itulah kemenangan yang besar (Surah al-Saff, ayat 10-12).


Nota kaki: semua sumber berita dan gambar  diambil dari aljazeera, palestinkini dan malaysiakini.


till next time,
semoga Allah redha.



Read more