• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Nilai Kemaafan

0 comments
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.

Maafkanlah. [Kredit]
Memaafkan,melupakan dan menyayangi,bukanlah suatu ungkapan,tapi suatu perbuatan.

Maaf. Satu perkataan yang mudah tetapi amat sukar  kepada seseorang yang perlu memberikan suatu kemaafan.Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang memeritkan jiwa,menjatuhkan dan menyedihkan kita.

Melupakan.Satu perkataan yang akan memadamkan suatu memori.

Sayang. Satu perkataan yang membahagiakan semua orang.Suatu perkara yang mampu membuatkan orang rasa tersenyum,indah,riang dan senang.

Memaafkan,melupakan dan menyayangi.

Jika orang yang paling kita sayang,melukakan hati kita,lalu meminta maaf dari kita.Mungkin sesetengah daripada kita mengalami pelbagai situasi,ada yang ringan,ada yang berat.Situasi yang melukakan hati,mengguris jiwa.Mungkin ada yang sukar untuk memaafkan.Tapi,adakah kita mempersoalkan diri kita untuk memaafkan ini bahawa betulkah kita betul-betul sayang akan orang itu jika orang itu membuat kesalahan yang besar kepada kita?

 
Plisss.. maafkan saya! [Kredit]
Apakah nilai maaf sebenarnya?

Rasulullah secara khusus menggambarkan besarnya keutamaan dan pahala sifat mudah memaafkan di sisi Allah dalam sabda beliau: “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)”[1].HR Muslim

Kemuliaan di sisi Allah lah yang paling baik untuk di dunia dan akhirat.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.” (QS: an Nisa’ [4]: 149).

” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22)

Sifat pemaaf Allah ialah satu nikmat yang besar.Siapakah yang akan mengampunkan dosa-dosa kita untuk menghadapi hari akhirat nanti? Kita sendiri sebagai manusia juga ada melakukan kesalahan sama ada yang kita sedar atau pun tidak.

Di dunia ini,seringkali kita melakukan kesalahan,kita memohon ampun kepada Allah.Allah tetap mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat malah makin menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat.Kita sebagai hamba Allah haruslah mencuba untuk menyayangi kembali orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita walaupun sukar kerana itulah amalan yang paling Allah suka.

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, derjatnya ditingkatkan, maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia.“ (HR: Al-Hakim).

Semuanya dah tertulis segala perjalanan.Setiap orang ada masalah,tetapi, saat dimana kita berada,itulah yang terbaik Allah letakkan untuk kita.Bersyukurlah kerana dapat menghayati erti memberi maaf.Mungkin rasa diri ini tidak mampu untuk memberikankan suatu kemaafan kerana masih ada tersembunyi rasa hipokrit dan tidak ikhlas itu sendiri.Tapi kita boleh mencuba untuk mencapai keikhlasan dalam memaafkan itu sendiri.Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya untuk  memperbaiki diri.Moga kita tidak mensia-siakan setiap peluang keadaan yang Allah kurniakan.Moga terus sabar,tabah dan ikhlas untuk memaafkan.
Bismillah =')

Wallahu'alam.






Read more

Jangan Kita Lupa

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Jangan sesekali kita lupa. [Kredit]

Jangan Kita Lupa
Ya,
Jangan kita lupa,
Ujian itu lumrahnya dunia,
Diberi kepada yang dikehendakiNya,
Mungkin untuk sedarkan diri kita,
Yang hakikatnya sedang alpa.

Jangan kita lupa,
Sakit itu juga satu ujian,
Untuk membersihkan diri kita,
Menggugurkan dosa-dosa kita,
Yang banyaknya terlampau-lampau,
Luar dalam yang tak terlihat kita.

Jangan kita lupa,
Yang sebenarnya,
Allah sangat sayangkan kita,
Lebih dari kasihnya ibu terhadap anak,
Dan hakikatnya lebih dari segala-galanya.

Ya,
Jangan kita lupa,
Untuk mengucapkan Alhamdulillah,
Di atas nikmat iman & Islam,
Yang dikurniakan Tuhan Semesta Alam,
Sebelum sempat keluar ke alam.

Jangan kita lupa,
Kejayaan itu semuanya dari Allah,
Usaha kita hanyalah sandaran,
Natijahnya Allahlah yang berikan,
Oleh itu, tawakkallah hanya kepada Tuhan.

Jangan kita lupa,
Nasi di dalam suapan kita itu,
Adalah rezeki dari Tuhan ar-Razzak,
Tidaklah diberi sedemikian begitu,
Melainkan untuk kita syukuri sebelum nazak.

Jangan kita lupa,
Allah itu selalu ada,
Ada bersama kita setiap masa,
Bukan seperti chipsmore,
Kejap ada kejap tiada.

Jangan kita lupa,
Setiap saat digoda khannas,
Dalam mendaki redha Ilahi,
Peliharalah hablu minAllah hablu minannas,
Untuk elakkan perpecahan umat ini.


Wallahu'alam.


Read more

Warna-Warni Aidilfitri

0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim

Volgograd : Pada 22 September 2013, sebuah majlis sambutan hari raya telah diadakan di Hiroshima 8. Majlis ini secara tradisinya dianjurkan  oleh para pelajar tahun 4 VSMU, kali ini diketuai oleh saudara Muhammad Yusri dan saudari Syeeda Zaid dengan kerjasama badan-badan persatuan seperti AZAM Russia, MSA, IMAM, dan KUV. Majlis yang dirancang sejak semester lepas tetap dijalankan walaupun bulan Syawal telah lama berlalu namun kehangatannya masih terasa.

Lebih menarik dan unik lagi apabila sambutan kali ini bertempat di hadapan hostel Hiroshima bertemakan “outdoor” diiringi dengan angin musim luruh yang sepoi-sepoi bahasa. Majlis bermula dengan ketibaan “curator” para pelajar Malaysia , Nina Arsenevna  dan Vladislav Goncharenko. Seramai lebih kurang 200 pelajar Malaysia berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan antaranya qasidah bertajuk “ Ya Hanana” , akustika raya oleh pelajar tahun 4 dan tahun 3 , koir oleh para pelajar tahun persediaan, sketsa raya serta kuiz teka-teki dan tidak lupa penghargaan kepada para pelajar tahun 6. Sesungguhnya majlis yang berjaya dirancang dan dilaksanakan ini dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, ukhuwah sesama komuniti kecil para pelajar Malaysia di Volgograd. Tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus dalam memastikan kelangsungan majlis Warna-Warni Aidilfitri di samping warna-warni indahnya kehidupan saling mengenali, bantu-membantu dan bekerjasama.  


Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat,  49:13)

credit to Jonah Seeni


credit to Atika Abriza

credit to Jonah Seeni



Read more

PRODUKTIVITI: Aturkan Hari Anda!

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita menjejakkan kaki kembali di atas bumi Russia ini demi mengejar segulung ijazah, mahupun untuk memantapkan iman dan tarbiyah.

Dengan keazaman yang baru, strategi-strategi kita juga harus diperkemaskan untuk memastikan kejayaan di penghujungnya nanti! Strategi yang disusun kemas pasti dapat membantu kita untuk melalui hari-hari mendatang yang sudah semestinya penuh dengan dugaan. Sebaliknya, kita akan mudah terleka andai tidak menyusun hari-hari kita dengan lebih sempurna.

Yok kita rujuk gambar di bawah ini!


10 tips hebat:
1. Bangun subuh.
2. Uruskan masa sebaiknya.
3. Kekalkan ruang kerja yang kemas.
4. Susun kerja mengikut prioriti.
5. Jangan bertangguh.
6. Susun tugas mengikut hari.
7. ‘Centralize’ jadual, temujanji dan bulatan gembira!
8. Tetapkan tempat spesifik untuk setiap bahan.
9. Elakkan aktiviti tidak berfaedah.
10. Muhasabah aktiviti harian.

InsyaaAllah, dengan mengikuti sepuluh saranan-saranan yang diberikan, hari-hari kita bakal dipenuhi dengan produktiviti! Mari kita sama-sama cuba amalkan!

“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabb-Nya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (yaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan dan apa saja yang telah ia perbuat dari ilmu yang dimilikinya.”

(HR. ath-Thirmidzi no. 2416, ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir jilid 10 hal 8 hadits no. 9772 dan hadits ini telah dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits ash-Ashahihah no. 946)

Wallahua’lam.


Read more

Harapan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Kerana kita masih punya harapan. [Kredit]
Perjalanan hidup ini penuh dengan rintangan. Dalam setiap langkah terselit ujian. Silap langkah, tersungkur jatuh ke lembah dosa. Akan tetapi Allah At Tawwab Maha Berulang-ulang Menerima Taubat.

Tidak bermaksud kita boleh membiarkan sahaja diri bergelumang dosa. Kerana taqwa, kita berhati-hati dalam melangkah. Kerana setiap langkah itu membawa kesan pada diri.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Tiada kemungkinan untuk kita kembali ke masa lampau untuk mengubah sesuatu kesalahan ataupun sesuatu yang tidak kita senangi.

Apakan daya, pena telah diangkat, dakwat telah kering. Kita manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Lalu bagaimana dengan kenangan-kenangan pahit yang menghantui diri? Begitu sukar untuk dilupakan. Simpan sahaja kemas-kemas di dalam hati. Semoga ia menjadi pengajaran buat diri yang sering lupa.

Apa hikmah yang sebenarnya disembunyikan oleh Allah di sebalik semua itu. Terasa lelah dan penat kita memikirkannya. Tetapi berdamailah kerana sesungguhnya tidak Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Maka, hargailah nikmat susah dan senang kita melayari kehidupan sebagai seorang hamba Allah kerana sesungguhnya di sebalik semua itu ada kemanisan yang sedang menunggu.

Seseorang yang beriman itu tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Yakin dengan Allah. Berbaik sangka dengan Allah. Tidak putus pengharapan kepada yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah dalam surah Yusuf [12:87]

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." 

WAllahua'lam.

'Boleh jadi dosa yang menimbulkan rasa rendah diri lebih baik daripada amalan kebajikan yang menimbulkan rasa sombong.' –Sheikh Hamza Yusuf.


Read more

Bekerja Dan Berjuang di Jalan Allah

0 comments

Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.

Dan katakanlah: `Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (9:105)

Bekerja di jalan Allah, bukan mudah untuk seorang manusia yang sentiasa diasak kenikmatan dunia dan godaan nafsu. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Bekerja di jalan Allah memerlukan semangat juang yang tinggi bukan hanya dari diri sendiri, malah dari persekitaran.

Di sini kami kongsikan tips-tips untuk kita terus sama-sama bersemangat berjuang, hanya demi mengejar redha Allah SWT, in shaa Allah

1.Niat kerana Allah adalah pencetus semangat.
Tak kira bila, di mana dan apa pun yang sedang kita buat, baik bersendiri atau bersama sahabat-sahabat, usahakan untuk selalu mengingati Allah. Berdoalah dan berniatlah segala-galanya hanya demi Allah.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam”

2.Praktikkan apa yang selalu kita katakan!
Lakukan, kerjakan dan amalkan setiap kata-kata kita. Terutama kata-kata yang kita lontarkan semasa menasihati sahabat kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (61:2-3)

3.Teladani Al-Quran dan sirah Rasulullah dalam mensyiarkan Islam
Al-Quran begitu sarat dengan pelajaran mengenari cara dan peranan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam. 
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua” (17:82)

4.Bersama dengan mereka yang juga bekerja 
Sahabat-sahabat akan menjadikan kita lebih semangat dan penolong sewaktu futur. Dengan adanya mereka, banyak pengaruh positif dan semangat berpasukan untuk sama-sama mengajar redha ilahi.

 

5. Positif!
Sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan, dan yakin dengan kebesaran Allah SWT.

Wallahualam.



Read more

Berjalan Tanpa Henti

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Target

Come on guys! we can do it!

Manusia, amnya, mahukan yang terbaik untuk masa depan mereka. Justeru mereka meletakkan target, sasaran untuk dipenuhi.

  • “apa azam baru kau sem ni?”
  • “aku ingat nak kejar semua pyat yang ada taun ni la”
  • “aku ingat nak buat duit la tahun ni, Moscow macam tempat senang buat bisnes je”
  • “aku ingat nak cari calon la, almaklum diri pon dah 6th year”


Pun begitu mereka selalu lupa, bahawa cita-cita besar mulanya dengan usaha yang biarpun kecil, namun "persistent" dan tidak henti-henti.

  • “eh kau ni, sembang cakap nak kejar semua pyat la, apa la, kelas tadi kenapa ponteng?”
  • “aku rasa kau ada cakap nak mula bisnes hari tu, apa cerita dok main game je 24 jam?”
  • “kot ye pon nak carik calon, potong la rambut tu dulu, dah macam mat ganja aku tengok, siapa yang hingin?”


Usaha

Kunci kejayaan sebenarnya adalah taqwa.
Seringkali kita gagal bila berbicara soal usaha, sasaran dan azam yang diniatkan semua lebur kerana banyaknya sembang kosong macam tin, tapi usaha tak ke mana.

Allah berfirman dengan kalamNya yang mulia yang bermaksud:


“Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami sungguh benar-benar akan Kami tunjukkan jalan Kami”
(Al-ankabut: 69)

Jika usaha yang dihampar setinggi gunung, masakan Allah yang Maha Pemurah akan membiarkan hambaNya terkontang-kanting keseorangan di jalanan, kan? Usaha, usaha dan usahalah lagi!

Niat

Main tarik tali. 
Bila kita hendak mula melangkah ke arah yang dituju, pastikan niat diletakkan di tempat yang betul. Bila niat terpesong, mudah sangat nak terjerumus nanti. Sokmo kita dengar hadis “sesungguhnya setiap amal itu dengan niat”, tapi bila tiba masa pengamalan, apakah bertepatan amalan/perbuatan kita dengan niat yang disasar? *muhasabah*


Langkah



“A journey of a thousand miles begins with a single step.”


Semester baru, azam baru.
Biar sekecil mana usaha mula, sepak mula kita,
jangan pernah berhenti mengejar sasaran yang tersemat di hati.

Langkah.
Teruskanlah melangkah.
Menuju syurga abadi.

Wallahu a’lam


Read more