Jom Bersenam!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan waktu untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Cuba renungkan dan berfikir sejenak tentang semua nikmat yang telah Allah pinjamkan kepada kita selama ni. Mungkin tidak dapat dihitung dengan jari betapa banyaknya nikmat yang Allah dah bagi.

Namun kita sebagai hambaNya, adakah kita telah mejalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan sempurna? Tepuk dada tanya hati.

Antara salah satu nikmat Allah yang sangat besar ialah nikmat kesihatan. Tidak perlu fikir terlalu jauh tentang penyakit-penyakit yang kronik, cukuplah sekadar dengan demam. Allahu rabbi, hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya kita menahan sakit, selera makan berkurang, tidur pun tak lena. Melihat kawan-kawan kita yang sihat, cukup membuatkan kita merasa cemburu dengan mereka kerana kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa pada masa itu. Pada masa itulah , dengan bersungguh-sunnguh kita berdoa kepada Allah supaya Allah kembalikan nikmat sihat itu.

Kerana bila aku sakit, Dialah yang akan menyembuhkanku. [Kredit]

Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan diri kita daripada cepat jatuh sakit, kita boleh bersenam.
Memandangkan sekarang sudah masuk musim bunga, jadi sangatlah sesuai untuk kita jalankan aktiviti senaman ini.

Di sini saya sertakan beberapa petua untuk bersenam :
1) Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan dan tingkatkan dari masa ke semasa.


2) Pakai pakaian sukan dan kasut sukan yang sesuai

3) Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam

4) Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan

5) Jangan bersenam jika sakit atau berasa kurang selesa

Semoga dengan sedikit tazkirah pada hari ini dapat membuatkan kita rasa bersyukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat sihat.Jangan risau, kalau ada di sana yang sedang sakit, mudah-mudahan Allah merahmati kamu dan menggugurkan dosa-dosa kamu kerana sakit itu kan salah satu kafarah dosa dan akan membuatkan kita selalu dekat dengan Tuhan. Senyum.

Jom bersenam macam saya. [Kredit]

Wallahu'alam.


Post a Comment