• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Redha Musim Exam.

0 comments


Quotes dikala musim exam..

Cikgu tuh garangla..memang tak lepas punya.
Cikgu nih bias.
Aku boleh jawab semua soalan orang lain, tapi soalan aku? Pergh..
Aku tak habis baca la, habislah aku.
Rilek bro, chill-chill sudah. At least 3 ok kot.
Tak puas hati dengan mamat tu, tak study pun boleh lepas. Aku yang pulun ni pun dapat 3 sebab cikgu tu tak suka aku.
Untunglah dapat cikgu yang tanya soalan senang.
Nasib baik aku belajar benda tuh. Nasib-nasib. Fuh.

Biasa dengar? Mungkin daripada anda sendiri?

Biasa kita dengari keluh-kesah di musim exam. Dari dulu sampai sekarang.  Memang akan jadi trend kita untuk berkeluh-kesah. Memang umumnya satu tabiat yang susah untuk dipisahkan.

("Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir".)

{QS. Al Ma`aarij [70]:19).




Chop. Chop. Chop. Sebelum ada yang terasa pedas, terkoyak, terguris dan sebagainya..

Benda pertama kita kena tahu bahawa kita ada fitrah. Fitrah manusia memang dijadikan akan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya. Dari satu sudut, itu adalah baik kerana Islam itu sentiasa menginginkan kebaikan buat seluruh Ummah. Islam itu sendiri mengajar kita untuk jadi top-scorer. A Muslim should always be the Top-Scorer.  Itulah prinsipnya, dan atas itu perlulah kita merasakan bahawa kita patut jadi yang terbaik.

Tapi, tapi, tapi ..dari segi sudut lain, yang kontranya adalah perasaan itu membawa sesuatu keburukan dalam diri kita. Bila mana kita tidak meletakkan perasaan itu berlandaskan niat dan cita-cita yang betul. Niat dan cita-cita yang berasakan perasaan ingin menang itu sudah pasti membawa kesombongan dalam diri.

Kesombongan itu yang menjadikan kita merendahkan sebahagian yang lain. Yang mana membuatkan kita merasakan bahawa apa yang berlaku adalah kesalahan dari orang lain. Bukan asalnya dari kita. Kita suka menuding jari atas sesuatu, tidak mahu merasakan bahawa diri kita terlibat sama dalam proses itu. “Sepatutnya aku dapat lebih dari ini. Kalaulah aku…” etc.

Tapi bukan semua. Sesetengah. Ada juga yang merasakan bahawa semua salah dirinya sendiri, namun tidak mahu berusaha memperbaiki keadaannya. Yang semata-mata bergantung pada ‘takdir’ Allah. Kalau ke kiri, ke kiri lah. Kalau ke kanan, ke kananlah. Tiada cita-cita. Tiada rasa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Ini juga salah satu keburukan. Yang bakal menjadikan kita sentiasa dalam kerugian.

Nasib. Takdir? Jangan disalahertikan.

Ada yang menyalahkan takdir. Ada juga yang sekadar mengikuti takdir. Ada juga yang benar- benar memahami takdir. Maka berbahagialah bagi orang yang memahami takdir itu.

Takdir siapa?

Takdir Allah SWT.

Mereka yang memahami takdir akan sentiasa rasa bahagia. Kerana mereka tahu disebalik kejadian pasti ada hikmah. Pasti ada ketentuanNya. Yang mereka sedar bahawa Pemilik Takdir itu pasti lebih tahu.  Mereka juga akan sentiasa berusaha untuk capai keputusan terbaik. Kerana mereka tahu bahawa Allah akan sentiasa memberikan ganjaran disebalik usaha yang dilakukan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

{QS. Ar. Rad [13]:11).



Apa pulak kaitan dengan musim exam??

Musim exam nilah musim penuh debaran. Penuh cabaran. Penuh dugaan. Erk. Dan segala macam ‘an’.  Dan dimusim inilah akan terbahagilah manusia itu menjadi tiga golongan. Satu yang suka berkeluh kesah. Satu yang macam terlebih redha. Satu pula yang berusaha  dan tawakkal sungguh-sungguh dan juga redha atas takdir yang Allah berikan.

Untuk mereka yang suka berkeluh-kesah. Tahulah bahawa Allah yang menentukan takdir dengan qadar yang terbaik. Keputusan kita telah ditentukan sejak azali lagi. Penghuraian dan perdebatan itu sangat panjang. Namun secara ringkasnya, tahulah kita bahawa apa yang  terjadi semua itu adalah atas ilmu Allah, atas iradah (kemahuan) Allah dan siapa kita yang mampu menandinginya. Apa yang kita perlu faham adalah konsep humility atas takdir Allah itu sendiri dan mungkin kita akan rasa lebih tenang dalam mengatasi masalah-masalah dimusim exam.

Kita tidak akan mudah marah dan tidak akan mudah menyemburkan kata-kata yang tidak elok sekiranya kita terlebih dahulu merasakan bahawa Allah yang telah  menentukannya sejak awal lagi.

Adapun bagi mereka yang terlalu bergantung pada takdir, ingatlah bahawa Islam sentiasa mengharapkan ‘excellence’ dari setiap umatnya. Muslim should always be a top scorer. Dan Allah sentiasa ‘rate’ usaha kita macam mana. Marilah kita sama-sama menyumbang tenaga, berusaha sungguh-sungguh untuk menaikkan martabat Islam dipersada dunia. Kita mampu! Hoyeah.

Jadikanlah diri kita sentiasa bersyukur atas apa-apa ketentuan dan sentiasa redha dalam apa-apa keputusan supaya kita sentiasa bahagia. Kalau rezeki memang sudah ditakdirkan kepada kita, tiada siapa yang boleh mengambilnya daripada kita. Berkata Imam Hassan Al Basri

Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang.

Bittaufiq wannajah bagi semua yang bakal menduduki peperiksaan.



Wallahualam.


Read more

Mujahadah di Persinggahan.

0 comments
Lub-dub, lub-dub.. Argghhh..'exam' tak lama dah! Tak 'start' apa pun lagi. Kalau dapat bawah 3 (трёх), kena 'repeat'la macam ni. Dah la tiket balik Malaysia lepas 'exam'. Mana sempat nak 'repeat'!

Kegusaran melanda. Jantung berdegup kencang. Walaupun setiap tahun situasi sama sahaja yang melanda, yakni menghadapi peperiksaan, namun suasana 'panic' masih belum mampu diatasi sepenuhnya. Sedangkan sejak berumur 7 tahun lagi kita telah didedahkan dengan sistem peperiksaan untuk menguji tahap ilmu seseorang, seharusnya ia sudah sebati dalam diri semua. Ini belum lagi jika ujian lain yang tidak terjangka datang menguji diri. Saat inilah ada yang mengasingkan diri dengan duduk di bilik kosong agar jauh dari orang ramai, jauh dari pengaruh kawan-kawan. Paling tidak akan ke perpustakaan. Ada pula yang mengadakan  'study group', yang mana dirasakan lebih efisien dan sebagai jalan singkat untuk memahami keseluruhan subjek yang telah dipelajari sepanjang satu semester. UKHUWWAH! Ya..saat inilah ia yang amat diperlukan untuk membantu kita mengulang kaji pelajaran.


Namun, ada yang takut untuk berkongsi ilmu. Kononnya salah sendirilah kalau tidak mengulang kaji dari awal. Ada jua disebabkan tidak mahu melihat orang lain berjaya. Nanti tak ada  'star' dalam 'batch' kot! Nah! Bermulalah ujian dalam ukhuwwah! Ready? Go!!

"Anda sayang kawan anda? Atas sebab apa anda bersahabat? Ikhlaskah anda dalam bersahabat?" Tepuk dada, tanya diri. Rugikah anda jika sahabat anda berjaya? Sakitkah anda apabila melihat sahabat anda berjaya? Jika tidak, jagalah ukhuwwah dan bantulah sahabat anda. Bukankah kejayaan itu sangat manis apabila dikongsi? Tapi jika jawapannya adalah ya, bermakna ada kecacatan dalam iman yang perlu anda sempurnakan.

 “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara,
 dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya,
 sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan,
maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat,
dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya,
maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  

Sedang asyik 'berperang' di medan imtihan, pasti akan terlepas jua fikiran melayang pada ayahanda bonda, saudara kandung di tanah air tercinta. Selepas penat berhempas pulas dan menjauh setahun lamanya, diri dihadiahkan dengan set percutian selama 2 bulan di Malaysia. Sebelum mendarat di tanah air,  pasti ada yang telah merancang untuk singgah di negara lain. Ada pula yang lebih radikal untuk tidak pulang kerana ingin merasai pengalaman berpuasa Ramadhan hampir 19 jam sehari selama sebulan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Rusia! Atau mungkin ingin melawat negara-negara Eropah. Mungkin jua untuk menyimpan duit. Perantaulah katakan. Menggunakan segala peluang dan jalan dengan sebaiknya.

Walau apa jua alasan anda, jangan lupa bahawa percutian jasad ini bukan bermakna perjuangan dalam medan dakwah juga terhenti. Jangan mensia-siakan usaha anda mendidik diri selama setahun hanya dengan percutian 2 bulan ini sahaja! 2 bulan inilah medan amal anda sebenar teruji. Sekuat mana dan berkesan manakah pendidikan ruhani yang telah anda terima sepanjang diasingkan dari tanah air yang penuh nikmat makanan halal dan keselesaan tahap maksima!

Jika di Rusia, jadual anda sudah ditetapkan setiap minggu dengan usrah atau daurah yang mengisi masa yang sudah tersedia sibuk. Di Malaysia bagaimana? Masa lapang terlalu banyak. Sudahkah anda merancang masa sebaiknya? Sudah adakah dalam tentatif percutian anda program yang dirancang sendiri oleh persatuan kita di Rusia, iaitu AZAM Russia? Tidak lain tidak bukan, semestinya Russian Student Summer Retreat (RSSR). Program santai yang sarat dengan motivasi dan peringatan kepada kita sebagai pemuda Islam yang diperlukan kekuatan dan kecekapannya untuk membangunkan Islam kembali.

Saat ini jua anda berpeluang membina jalinan ukhuwwah bersama sahabat-sahabat yang belajar di serata tempat di Rusia, dan di tanah air. Dengan jalinan ukhuwwah inilah, kita mampu menjadikan agama Islam bertambah kuat dan mampu untuk menghadapi pelbagai serangan fizikal dan mental dari musuh-musuh Islam.

Sesiapa yang menjalinkan ukhuwwah dan menghidupkannya, maka dia memperoleh banyak kebaikan.
( Imam Syafie)

Cuti adalah cuti! Perlu rehat untuk mencari nafas baru. Betul! Berehatlah! Tapi hanya sebentar cuma kerana masanya masih belum tiba untuk berehat sepuasnya. Seperti dalam kisah Imam Ahmad.

Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”

Rasulullah SAW pernah menerangkan tentang hakikat dunia sambil menasihati Ibnu `Umar  yang maksudnya,
"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” (Riwayat al-Bukhari)

Hakikat, dunia ini bukanlah tempat untuk kita bersenang-lenang dan bukan juga destinasi utama kita.  Sebaliknya, sebagai orang asing atau penyeberang jalan yang tidak akan duduk berehat lama di kawasan yang bukan tempat tinggalnya. Dia pasti mahu meneruskan perjalanan dengan sungguh-sungguh ke kampung halamannya, yakni kampung halaman bagi orang-orang beriman - syurga. Justeru, tingkatkanlah mujahadah! Dunia adalah sekadar persinggahan yang sementara untuk mengutip bekalan amal.


 


Wallahu'alam.

Borang Pendaftaran RSSR --> Russian Student Summer Retreat 2014.


Read more

ST PETERSBURG | MAKAN MALAM BERSAMA MARA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Pada 3 Jun 2014 yang lalu, pelajar-pelajar State Marine of Technical University (SMTU) telah menerima kehadiran delegasi MARA yang dihadiri oleh Pengerusi MARA sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa dan keluarga. Di samping itu, kehadiran beberapa orang pegawai dari MARA seperti Encik Shah, Encik Wahab, Encik Shaiful, Encik Bassit dan Cik Puteri Nur Syaza turut memeriahkan kunjungan tersebut.

Satu pertemuan makan malam antara delegasi MARA dengan para pelajar telah diatur dan diadakan pada 4 Jun 2014 yang bertempat di Restoran Baku. Sesi soal jawab mengenai kehidupan para pelajar di St Petersburg khususnya telah memberi gambaran yang jelas kepada Tan Sri Annuar Musa tentang bagaimana kehidupan seharian pelajar di sini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa hasil daripada ucapan Tan Sri Annuar Musa telah menaikkan semangat para pelajar untuk terus maju ke hadapan dan sentiasa berpandangan jauh dalam menuntut ilmu. Pertemuan yang julung kali diadakan itu ternyata memberi impak yang positif kepada para pelajar terutamanya. Para pelajar di St Petersburg khususnya amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi MARA pada kali ini dan pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi fotografi bersama pelajar.






Wallahua'lam.


Read more

MOSCOW | PAINTBALL

0 comments
Bismillahirramanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,pada 18 Mei yang lepas,AZAM Moscow telah berjaya menganjurkan satu aktiviti lasak paintball.
Aktiviti bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.
Sepanjang program tersebut, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan satu kumpulan dianggotai hampir 5 orang.

Selain aktiviti paintball,aktiviti seperti "mind challenge" turut diadakan. Tidak ketinggalan juga pada akhir program, satu slot perkongsian ibrah turut diadakan sesama peserta.
Terima kasih diucapkan kepada ajk program dan para peserta yang banyak memberikan kerjasama bagi memastikan program berjalan lancar.
Semoga program yang dapat mengeratkan hubungan antara pelajar ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
InshaAllah.

Berikut adalah wajah riang ria dan aksi daripada para peserta yang berjaya dirakam sepanjang program.






Wallahua'lam.



Read more

MOSCOW | REHLAH KITA 2014

0 comments
Bismillahirramanirrahim.
Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah, AZAM Moscow sekali lagi dengan izin Allah swt berjaya mengadakan satu lagi program yang dinamakan Rehlah KITA 2014.

Rehlah tersebut telah berlangsung pada ahad 25 Mei 2014 yang lalu bermula jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.



Dalam program tersebut, pihak AZAM Moscow telah menyediakan ayam bbq kepada para pelajar yang hadir disamping para pelajar juga turut datang dengan berbagai variasi makanan dan minuman untuk dikongsi bersama.Terima kasih diucapkan!



Beberapa aktiviti lain turut dijalankan dan Alhamdulillah rata-rata pelajar terhibur dengan aktiviti tersebut.Semoga ukhwah yang dibina ini akan terus subur antara kita, kami AZAM Moscow mendoakan anda semua berjaya dalam pelajaran masing-masing di Rusia bumi Tarbiyah ini.

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfal: 63




Wallahua'lam.



Read more

MOSCOW | SPRING SPRINKLE 2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Pada tarikh 25 May 2014, Azam Moscow juga telah mengadakan rehlah, SPRING SPRINKLE yang bertemakan WE CARE FOR HUMANITY di Park Uni M2.

Program ini bermula dengan aktiviti warm up, Poco-poco dan diikuti dengan aktiviti Explorace. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan tema, We Care For Humanity iaitu nama-nama negara yang kita perlu awarekan iaitu Syria, Palestin, Bangladesh, Pakistan, Sudan, Myammar, Rohingya, Thailand, Bosnia, dan Afrika.
Aktiviti explorace bermula dengan sesi taaruf(ice breaking) bersama ahli kumpulan, diikuti berapa cabaran dan diakhiri dengan setiap kumpulan perlu menyelesaikan puzzle as a take home message iaitu kesedaran perlunya mengambil berat tentang dunia(peperangan, bencana alam, kebuluran, penderaan kanak-kanak dan sebagainya.
Sesi penyampaian hadiah dan makan-makan menjadi penutup bagi rehlah kali ini. Alhamdulillah, semua pelajar yang mengikuti program ini semuanya gembira dan dapat lebih mengeratkan lagi ukhwah antara semua pelajar tidak kira usia, bangsa, dan agama.

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.




Wallahua'lam.




Read more

ST PETERSBURG | HARI NAKBAH

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Pada 31 Mei 2014 yang lalu, satu sambutan sempena memperingati Hari Nakbah telah diadakan di hostel pelajar seperti kebiasaanya pada setiap tahun. Sambutan ini telah disertai oleh semua pelajar perempuan. Pelajar telah dihidangkan dengan menu ayam bakar, sphagetti bolognese serta air teh bunga. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti penerangan ringkas mengenai peristiwa serta rentetan Hari Nakbah.
Selain itu, terdapat juga perbincangan mengenai usaha memboikot barangan dari Israel dan menyenaraikan barangan-barangan tersebut. Disamping itu juga, aktiviti mencipta pantun, kuiz An-Nakba serta 'puzzle game' turut memeriahkan suasana. Sebanyak tiga kumpulan telah dibahagikan. Nama kumpulan seperti The Warrior, Kapten Islam serta Heroin of Palestin telah dipilih sendiri oleh ahli kumpulan tersebut. Pelajar yang memenangi aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan. Tidak dapat dinafikan bahawa sambutan seperti ini mampu menaikkan semangat persaudaraan sesama Islam seantero dunia khususnya.

Minum Coca-Cola dalam tin,
Losyen Body Shop sapu di body,
Tangis darah di bumi Palestin,
Masihkah mahu menyumbang di Mc'D?

Terang mentari cerah gemilang,
Hujan lebat berlalu sudah,
Tembok tinggi bukan penghalang,
Asal jiwa bebas berakidah.

Puisi Puzzle Game:-
Langit Genting Gaza terpercik darah,
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah,
Membakar kebun-kebun iman dan nyalaan salabiyyah,
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah,
Membina tembok gergasi terpanjang di dunia,
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar,
Palestin Bumi Kita!





Wallahua'lam.



Read more