• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

[Moscow] Keputusan Pertandingan Sempena An-Nakbah

0 comments
Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai pelbagai nikmat dan rahmat kurniaanNya yang tidak pernah terputus sehingga ke hari ini.

Pertandingan Sempena An-Nakbah yang dianjurkan oleh pihak AZAM Russia Moscow baru sahaja selesai dan pemenang-pemenang telah pun dipilih untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Moga kesedaran tentang isu-isu kemanusian dan isu ummah yang timbul melalui pertandingan ini diteruskan lagi oleh kita semua selepas ini.


Bagi pertandingan video, dua pemenang dari setiap kategori telah dipilih dan bagi pertandingan status  pula, lima status terbaik telah dipilih. Berikut merupakan keputusan Pertandingan Sempena An-Nakbah:-

Pertandingan Video Kemanusiaan

Kategori Lelaki
Tempat Pertama


Tajuk video : A Short Story - Aku dan Si Melayu Celup
Dibuat khas oleh : Saudara Ahmad Nabil Fikri

Tempat Kedua


Tajuk video : Langkah Kita
Dibuat khas oleh : SuperBOE Production dengan kerjasama iFiZZ Studio

Kategori Perempuan

Tempat Pertama


Tajuk video : Humanity
Dibuat khas oleh : Raudhah Film

Tempat Kedua

 

Tajuk video : Kisah Kami dan Mereka
Dibuat khas oleh : Sisters Production

Pertandingan Status

1)Nur Syafiqah Darman Shah
   Moscow State Medical University

Tanahku dirampas,
Jiwaku kau cuba bagi lemas, Lemas?
Jauh sekali. Salah

Lalu kau berdekah-dekah tertawa,
walau gusar,
takut berkepul didada,
Kau pandang aku hina?Hina?
Jauh sekali. Salah.

Kau megah dengan kekuatan, 
Kau monopoli kekayaan,
Kau timpakan kesengsaraan,
Kau fikir kau melebihi Tuhan?
Jauh sekali. Salah.

Jiwaku bangkit menuju terang, 
Sungguh..kami pasti meanag!
Aku ada Tuhan yang kuatNya tiada tara walau alam luas terbentang..

Siapa kau di hadapan Tuhan?
Apa kau fikir..
Apa kuu rasa..
Jauh sekali. Salah.

AnNakba15051948..
15052013 and incoming days..
Until Freedom..
Until Jannah.

2)Syahir Abu Sahmah
   Moscow State Medical University

Rintihku buat Palestin

Dalam tawa diri kulupakanmu,
kemarahan suam yang selalu menghilang,
sedang kau berjuang menggengam tanah,
membela nama dan mengangkat sisa,
maruah ad-Deen yang dicalar luka..

kuatnya sang kalian,
kalian yang sedang dilanda musibah,
kalian yang diuji rebah,
kalian yang gagah meredah,
kalian yang beerjuang penuh tabah,

anak perempuanmu dibunuh,
anak lelakimu dipenjara,
isterimu ditembak suamimu diseksa,
bumimu ditumpah titisan darah,
tanahmu di basah pekatan merah,
moga Allah hapuskan dosa,
menganugerah syahidnya jiwa..

lemahnya si aku,
aku yang hanya mampu berharap,
aku yang hanya mampu menghiba,
aku yang hanya mampu meratap,
aku yang hanya mampu berdoa..

Ya Allah,
kumohon diKau sucikan hati,
untuk terus ku rasa bersama mereka,
sama merasa sama menjiwa,
perit dan pedih setiap luka

Y Allah,
kupohon jangan Kau lalikan naluri,
dari terus membenci zionis Israeli,
moga laknatMU bersama mereka,
agar bumi isra' nya nabi terjaga,
agar bumi mikraj nya nabi terbela,
aminn Ya Robb..

(kj - 1 Muharram 1434/15 Nov 2012)

Ya Allah,jangan kau 'anesthesia'kan hati-hati saudara-saudara dari menjiwai penderitaan Gaza bumi cinta...aminn
in remembrance of An Nakbah 15/5/1948


3)Zurriyatan Solihah
   Moscow State Medical University

wahai Palestin,
tangismu kini kami dengari,
deritamu kini kami rasai,
peritmu kami tangisi,
namun, syahidmu kami cemburui !

palestin,
tetaplah tabah,
kerana janji kami tidak goyah,
jiwa jiwa kami pasti kuat melangkah,
umat pasti kian gagah,
pasti kita tidak akan kalah,
memerangi zionis si penjajah.

mereka tidak akan selamanya megah,
kerana mereka hakikatnya lemah,

namun, kita pasti tabah serta kuat melangkah,
kerana matlamat kita adalah Allah,
hanya Dia Yang Maha Gagah!

rentetan dukamu pasti berakhir,
janji Allah tidak pernah mungkir.
an naqba, 65 tahun. 15051948-150513


4)Mohd Hafizuddin Ahmad
   Moscow State Medical University

Kau menangis 
Saat mereka ditindas
Saat mereka digilis

Mereka tersenyum
Saat peluru menerkam
Saat batu direjam 
Syahid digenggam!


5)Tun Nurhanani
   Moscow State Medical University

We ran with excitement to the windows upon hearing the sound of fireworks during the Victory Day, but 
they ran with terror to seek shelter upon hearing the similar sound [of guns blazing; and who knows what else] every day;

and
it's sad that the world keep silent about it, and
it's even sadder that
we muslims-who touted to be as 'one ummah'-
feign ignorence; keep our mouth zipped up;
don't you know indifference-apathy-is worse than
hate to those who occupy?

"our soul are not for sale." was what
the first Pakistan's Prime Minister said; and indeed,
it rang true for those Palestians-they may caged, boxed in;
but their souls and hearts soar closer to him; and compared to us
who are sitting around, lazing infront of electronics;
to whom - or what - we sold our souls?

rise and open your eye; it's time
to heil ourselves out of this (deceitful) misery; and help
them, all of those who need help, because
we are one ummah.

[anNakbah|15051948|65 years]


Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas usaha semua para penganjur dan peserta yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Moga nilai kesedaran dan penghayatan terhadap isu-isu ummah dan masyarakat di luar sana dapat kita sematkan dalam diri ini seterusnya menjadikan penganjuran program seperti ini satu program yang bukan sekadar mencari pemenang tetapi mencari jiwa-jiwa yang mahukan keamanan dan kesejahteraan.

Wallahualam..


Read more

MALAM APRESIASI MESSP 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.. 

St. Petersburg- Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, satu program telah berjaya dilangsungkan iaitu MALAM APRESIASI MESSP  (Malaysian Engineering Students of St Petersburg). Program ini telah diadakan pada 2hb Jun, bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada 10 malam. Bertempat di Hotel Oktyaberskaya,Ploshaid Vostania.

Program dimulakan dengan bacaan doa & bacaan ayat-ayat suci al-quran dari saudara Fakhruddin Rahim & Ahmad Azim. Kemudian, agenda disambung dengan pembentangan perbelanjaan MESSP oleh Bendahari iaitu saudara Muhammad Azri. Pembentangan ini penting untuk pelajar-pelajar mengetahui kemana hala tuju wang duit dibelanjakan. Diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan presiden MESSP & pembubaran MESSP untuk penggal 2012/2013. Ucapan diselitkan dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk para pelajar.

Dengan terbubarnya MESSP, telah diumumkan perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru untuk penggal yg baru 2013/2014 . Presiden baru yang telah dipilih dari undian adalah Muhammad Luqman. Manakala, Naib Presiden 1 dan 2 adalah Farid Nazir dan Nur Nadia. Agenda seterusnya ialah ucapan perpisahan daripada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu Atika Mokhtar, Hafiz Razali, Syed Ahmad Fathi dan Hafizudin. Kesemua pelajar ini adalah pelajar yang banyak membantu kami semua di sini sejak dari tahun pertama hingga ke hari ini. Mudah-mudahan pertolongan dan pengorbanan mereka selama ini dapat diberi ganjaran oleh Allah swt, insyaAllah.

Seterusnya, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan dari pelajar tahun pertama, tahun kedua dan juga tahun ketiga. Antara persembahannya adalah persembahan media, nyanyian lagu dan pantun. Terdapat juga acara cabutan bertuah, pertandingan jejaka popular, best student, ustaz dan ustazah pilihan dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan hadiah penghargaan kepada senior-senior yang akan tamat pengajian mereka tidak lama lagi.

Akhir sekali, para pelajar dihidangkan dengan hidangan set chicken chop dan kek puding. Diharapkan, acara sebegini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Kepada senior-senior yang akan pulang ke Malaysia diucapkan semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi dan kami, adik-adik di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.





Wallahu'alam..


Read more

KULIAH ONLINE BAITUL MUSLIM

0 comments
Assalamualaikum wrt 
Kuliah online bersama UmmuAtifah pada hari ini :)




Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 4 Jun 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

InsyaAllah, tajuk yang akan dikongsikan pada malam ini : Menyingkap tirai hati demi menyelamatkan diri dari neraka Allah s.w.t dengan redha dan cinta Allah s.w.t




sedikit sedutan dari nota kuliah yang lepas insyaAllah :)



Kebahagiaan Hakiki Kebahagiaan Di Akhirat



Oleh itu, tundukkanlah syaitan. Ia akan melajukan langkah kita menuju Allah swt setelah kita berjaya mengawal nafsu kita. Ketahuilah setiap orang mahukan kebahagian namun kebahagiaan yang hakiki adalah bahagia di akhirat kelak. Jika kita cuba membahagiakan orang lain, kita akan bahagia. Jika kita cuba mencari kebahagiaan dengan melakukan maksiat, kita akan menderita. Tidak ada kebahagiaan di dunia yang sempurna. Setiap bahagia di dunia akan ada cacat celanya. Ini kerana Allah mahu kita mendambakan kebahagiaan di akhirat yang sempurna. Contoh, kita bahagia makan makanan yang enak, selepas itu mungkin kita akan sakit perut, atau kekenyangan yang amat lalu tidur kemalasan. Nampak kan di sini, kebahagiaan kita makan diiringi dengan cacat cela iaitu sakit perut atau ketiduran dalam malas.



boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :


http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/05/kebahagiaan-hakiki-kebahagiaan-di.html


sekian,slamat beramal,salam wrt ^_^


Read more

Motivasi: Cerita Sang Semut

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah… Pejam celik, pejam celik, sudah nak ke penghujung semester rupanya. Apa lagi, sebelum pulang bercuti, masih ada satu lagi halangan untuk di atasi: peperiksaan! Siapa yang tidak gentar apabila disebutkan sahaja perkataan penuh bermakna itu? Terus terbayang soalan-soalan yang bakal diutarakan, wajah-wajah pensyarah yang penuh dedikasi mendengar dan menilai jawapan yang diberi, dan seri wajah ibu bapa apabila mendengar keputusan yang bakal diperoleh nanti.

Ah! Berdebarnya! Stress!

Tetapi, pernahkah anda mendengar cerita sang semut? Walau seberat manapun beban yang terpaksa dipikulnya, walau jauh perjalanan untuk pulang ke sarangnya, namun ia tetap melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Dari manakah datangnya keazaman dan kekuatan yang jitu ini? Tanpa mengira situasi yang menimpa, ia sentiasa berusaha untuk mengatasinya. Alangkah ruginya andai kita tidak mengambil pengajaran daripada binatang kecil ini!


1) Jangan mudah berputus asa.
Lihatlah, binatang yang kecil ini mampu untuk menanggung beban yang berkali ganda lebih besar daripada dirinya sendiri. Bahkan, dibawanya pula dalam satu perjalanan yang jauh ke sarangnya sebagai bekalan makanan buat rakan-rakannya yang lain kelak. Itulah fitrah dirinya, yang tidak pernah mengenal lelah dalam menyelesaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Begitu juga kita, janganlah mudah mengalah apabila menghadapi situasi yang penuh tekanan, contohnya dalam musim peperiksaan ini. Hal ini hanyalah salah satu daripada fasa kehidupan sahaja! Selepas ini, banyak lagi dugaan dan cabaran yang bakal menanti kita semua. Yakinlah dengan nikmat potensi diri anda yang telah dikurniakanNya, dan gunakanlah ia sebaik-baiknya!

2) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Tahukah anda, andai perjalanan semut dihalangi oleh air, maka semut-semut akan saling bergandingan untuk membuat jambatan bagi memudahkan perjalanan mereka merentasi air tersebut. Satu demi satu daripada mereka akan menyeberangi ‘jambatan’ itu, dan akhirnya semut-semut yang membentuk jambatan itu akan merapat ke tepi sehinggalah semuanya selamat tiba di tebing satu lagi. Maha Suci Allah!

Bukan itu sahaja, sekiranya beban yang terpaksa dipikul melebihi kudratnya, maka mereka akan bersama-sama membawanya menuju ke destinasi yang diperlukan. Tidak pernah mereka menzalimi rakannya sendiri dengan membiarkannya menanggung kesusahan berseorangan!

Kita juga boleh bertindak seperti semut-semut itu, dengan saling membantu dalam mencapai kejayaan. Jangan menganggap kejayaan itu milik anda seorang, tetapi kongsilah ia bersama! Hal ini kerana pada akhirnya tujuan sebenar kita menuntut ilmu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mahupun bermegah-megah, namun untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara! Marilah kita bina ‘jambatan’ ilmu bersama agar dapat kita mencapai hala tujuan yang sebenar tersebut.
3) Usaha, doa dan tawakkal.
Di zaman Nabi Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus dan bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya:”Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.Dibiarkan semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Oh, alangkah tingginya keimanan sang semut dan tawakkalnya kepada Allah dalam penentuan rezekinya! Walaupun Nabi Sulaiman telahpun memberikannya makanan mengikut kadar yang selalu diperolehinya, dia tetap berjaga-jaga dan hanya makan separuh, kerana apalah yang ada pada seorang manusia untuk dia bergantung harap!

Seperti kata-kata semut itu, Allah tidak pernah lupa kepada kita. Hanya mungkin kadangkala kita yang lupa padaNya! Astaghfirullah… Dan, hanya padaNya kita patut bergantung harap! Bukan pada pensyarah, bukan pada nota-nota, bukan juga pada supplements yang diambil untuk mencerdaskan minda. Tanpa keizinanNya, takkan mungkin semua itu tadi akan dapat membantu kita dalam peperiksaan nanti!

Ingatlah firman Allah,

“(Yaitu) orang-orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, “Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,” ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”
[Surah Al-Imran, 3:173]


Dengan ini, izinkan saya mengucapkan selamat maju jaya buat semua! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, dan memberikan segala yang terbaik untuk kita. InshaaAllah.
Wallahua’lam.


Read more

Keputusan Pertandingan Bulan Kemanusiaan AZAM Russia

3 comments
Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati rahmatNya sehingga ke hari ini.

Bulan kemanusiaan yang dianjurkan oleh pihak AZAM Russia baru sahaja selesai tetapi itu tidak bermakna kita perlu berhenti dari mengambil peduli tentang isu-isu kemanusiaan di serata dunia yang masih berpanjangan dan tidak ada resolusi ini. Semuanya bergantung di tangan anda.

“We can change our own life and ultimately change the world.” - quoted

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Bulan Kemanusiaan AZAM Russia: -

Pertandingan Khat

Tempat pertama:
Shahmi Shakri Salleh
Tahun ketiga dari Moscow State Medical University





Tempat kedua:
Mohammad Shafik bin Azhar
Tahun ketiga dari St. Petersburg State Marine Technical University



Tempat ketiga:
Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khair
Tahun keempat dari St. Petersburg State Marine Technical University




Lain-lain penyertaan:
Nor Nadia binti Mohd Khoiroji
Tahun kedua dari St. Petersburg State Marine Technical University



Farah Malik
Tahun pertama dari Volgograd State Medical University



Nurul Izzah binti Mohd Fadzilah

Tahun kedua dari Moscow State Medical University




Wan Munirah binti Wan Nordin
Tahun kedua dari Moscow State Medical University




Aminah Nurfarhana Binti Mohd
Tahun ketiga dari Moscow State Medical University


Pertandingan Doodle Dialogue

Pemenang:

Nurzatulizati binti Hashim
Tahun kedua dari Volgograd State Medical University

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat para pemenang. Semoga segala usaha dan susah payah kita dalam mengenengahkan isu kemanusiaan ini dapat diterima dan diredhai Allah.

Wallahualam.


Read more

Islam Cintakan Keamanan Dan Persaudaraan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya Islam, agama yang amat mementingkan keamanan dan perpaduan. Perpaduanlah yang akan membuahkan keamanan. Islam tidak hanya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata, tetapi lebih luas daripada itu, tuntutannya mencakupi  hubungan baik sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain. 

Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya di dalam surah Ali-Imran, ayat 112 :

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah (Agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan sesudah para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas"

 
Hubungan dengan Allah, dan juga hubungan dengan manusia. [Kredit]
Untuk membina perpaduan dan keamanan, Allah memerintahkan kita umat Islam agar benar-benar bersaudara antara satu sama lain. Asas persaudaraan dalam Islam, bukanlah sekadar hubungan kekeluargaan, atau suku sakat sesuatu bangsa sahaja, bahkan ia merupakan satu ikatan akidah yang cukup kukuh dan utuh.

Firman Allah dalam surah a-Hujurat, ayat 10 :

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"

Syariat Islam menuntut kita agar bersatu padu, saling bantu membantu dan bekerjasama dalam melaksanakan perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama di atas muka bumi ini dengan matlamat mencari keredhaan Allah SWT.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. [Kredit]
Jika kita mengkaji sejarah, dalam aspek pembinaan masyarakat Islam, kita dapat melihat dengan jelas bagimana baginda Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh menjalin hubungan sesama Islam tanpa mengira latar belakang keturunan, warna kulit dan kedudukan mereka. 

Sejarah telah membuktikan bahawa belum pernah berlaku penyatuan umat sehebat kejayaan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW telah berjaya membina ketamadunan ummah dalam tempoh yang singkat dan menggabungkan pelbagai fahaman agama yang berbeza di bawah panji-panji Islam.

Kita perlu sama-sama berwaspada terhadap faktor-faktor dalaman atau sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam diri seperti sangka buruk, cemburu, hasad dengki, riya', takbur, keras kepala, tidak boleh ditegur dan seumpamanya. Kesemua sifat inilah yang menjadi punca dan mendorong kepada terjejasnya perpaduan dan keamanan dalam masyarakat, negara dan sejagat. 

Sifat-sifat seperti ini, merupakan sindrom umat masa kini yang semakin parah. Akibatnya, umat Islam kini menderita dan gagal bersaing dengan bangsa yang lain, sehingga terus dibelenggu perpecahan dan kehinaan. 

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau sabdanya memakan rumput ". 
(Hadis riwayat Abu Daud)

Selain daripada itu, jika dilihat faktor luaran pula,  musuh-musuh Islam sentiasa bersatu dan berusaha mencari jalan bagi menggagalkan persaudaraan dan perpaduan yang dibina, sehingga keamanan yang kita cita-citakan hancur lebur lenyap dalam kehidupan ini. Sebagai contoh umat Islam dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah agar bersengketa dan bermusuhan sesama sendiri. Akibatnya, umat Islam menjadi kacau bilau, huru hara dan mudah dikuasai.

Tazkiyatun nafs. [Kredit]
Di manakah silapnya sehingga dakwaan mengatakan Islam yang sempurna, tidak lagi membawa apa-apa kesan yang utuh dan ampuh kepada penganut-penganut agama lain? Hakikat yang terjadi, kebanyakan negara umat Islam dibelenggu kemunduran dan menghadapi pelbagai masalah.

Tidak ada jalan lain, untuk mengatasi kemelut ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam, marilah kita mengukuhkan lagi persaudaraan demi keamanan sejagat. Janganlah kita bercakaran sesama sendiri dalam perkara-perkara yang remeh-temeh, atau perkara furu’ agar kita tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Oleh sebab itulah kita perlu bersatu, sentiasa berwaspada dan berkorban, menggembleng pemikiran serta tenaga, untuk memastikan dunia ini sentiasa aman dan damai. Kita tanamkan azam dalam diri kita dengan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam.

Wallahu'alam.


Read more

RSSR '13: Senarai Nama Peserta Berdaftar

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Lelaki

MSMU

  1. Muhammad Ashrul Affiq bin Abd Halim (Bayar)
  2. Muhammad Syazwan bin Azman (Bayar)
  3. Mohd Nabil Halim (Bayar)
  4. Muhammad Naqib Bin Mohamed (Bayar)
  5. Muhammad Ilham b Muntari (Bayar)
  6. Nabil Fikri (Bayar)
  7. Ahmad Fakhri (Bayar)
  8. Mohd Hafizuddin Ahmad (Bayar)
  9. Adam Aizat Hamnusi
  10. Wan Khaled (Bayar)
  11. Mohd Syuqor Aizzat Bin Mohd Fadzar (Bayar)
  12. Muhammad Zarif Ariffin (Bayar)
  13. Azizi Ashraf (Bayar)
  14. Ihsan Rahim (Bayar)
  15. Afiq Shamshuddin (Bayar)
  16. Abdul Halim bin Abdul Manam (Bayar)
  17. Shahmi Shakri bin Mohd Salleh (Bayar)
  18. Muhammad Fitri Azizi bin Mat Dait (Bayar)
  19. Abdul Mukmin Bin Azmi (Bayar)
  20. Muhammad Nazri Wafi (Bayar)
  21. Mohd Hasnol Hafiz bin Mohd Hanafi (Bayar)
  22. Mohamad Firdaus (Bayar)
  23. Shamsul Fahmi (Bayar)
  24. Muhammad Ansari Bin Ramle (Bayar)
  25. Ahmad Izzat (Bayar)
  26. Hanif Zamri (Bayar)
  27. Mohd Sharizam (Bayar)
  28. Mohd Hafizan bin Awang Nadi (Bayar)
  29. Omar Shukri Mohd Yunus (Bayar)
  30. Fakhrul Izzat bin Ahmad Shukri (Bayar)
  31. Muhammad Zulhelmi Zamri (Bayar)
  32. Mohd Hazrul Hazwan bin Badrul Hisham (Bayar)
  33. Ahmad Zaki Anwar bin Shamsulbahri (Bayar)
MAI

  1. Muhammad Asyraf Bin Jamaluddin (Bayar)
  2. Wan Muhammad Hisbullah Bin Wan Ariffin (Bayar)
  3. Hazizi Bin Ismail (Bayar)
  4. Nor Faisol Bin Hilman (Bayar)
  5. Muhammad Arieff bin Mohd Mustafa (Bayar)
  6. Mohamed Hadri Fikri Bin Mohamed Nor (Bayar)
  7. Muhammad Ihsan Bin Masri (Bayar)
  8. Mohammad Aizatt bin Ghazali (Bayar)
  9. Muhd Hazman (Bayar)
  10. Muhammad Syahir bin Mohd Raffee (Bayar)
  11. Amir Hamzah (Bayar)

St. Petersburg

  1. Muhd Salman bin Zaluwi (Bayar)
  2. Syed Ahmad Fathi (Bayar)
  3. Muhammad Azri Bin Aminuddin (Bayar)
  4. Mohamad Fakhrullah bin Roslan (Bayar)
  5. Mohamad Izzuddin Bin Ismail (Bayar)
  6. Ahmad Azim binRozhan (Bayar)
  7. Muhammad Afiq bin Abd Jalil (Bayar)
  8. Tuan Mohd Alwafi (Bayar)
  9. Muhammad Fakhruddin (Bayar)
  10. Azrai Ariffin
  11. Amir Rahimi Bin Abdul Kadri (Bayar)
  12. Ammar bin Alam Faizli (Bayar)



NNSMA

  1. Muhammad Faaez bin Hamid (Bayar)
  2. Mohd Adib Bin Yahya (Bayar)
  3. Azizan Azfar bin Samiun (Bayar)
  4. Mohammad Nasir
  5. Wan Ahmad Zhafran bin Wan Roslan (Bayar)
  6. Muiin Bin Zahari (Bayar)
  7. Mohammad Hafizuddin bin Mohammad Ridzuan (Bayar)
  8. Muhammad Abdul Rahman (Bayar)
  9. Amiir Hamzah Bin Hamzaid (Bayar)
  10. Izar Shahizad (Bayar)
  11. Abd Muizz bin Abd Halim (Bayar)
  12. Engku Muhammad Arif bin Engku Mansor (Bayar)
  13. Muhamad Zarul Azwan Zulkifli (Bayar)
  14. Muhd Ashraaf Amran

VSMU

  1. Mohamad Firdaus Mohd Zaid (Bayar)
  2. Wan Mohamad Atikullah Wan Ismail (Bayar)
  3. Mohamad Fahrurrazi bin Ahmad@Abbas
  4. Mohamad Shamin Bin Jamaludin (Bayar)
  5. Nasrul Afiq bin Johari
  6. Abdul Muhaimin bin Mat Sulaiman (Bayar)
  7. Mohammad Ubadah bin Zabidi (Bayar)
  8. Helmi bin Pornomo (Bayar)
  9. Ahmad Zulfadli bin Mazlan (Bayar)
  10. Mohamad Azhari Ruslan (Bayar)
  11. Mohamad Yusri bin Shamsuddin (Bayar)
  12. Muhammad Hafizuddin Mat  Yaman (Bayar)
  13. Isyafiq Qamaal bin Ahmadi (Bayar)
  14. Raja Ahmad Faisal Bin Raja Norman (Bayar)
  15. Mohamad Aizzat bin Mat Ghani (Bayar)
  16. Luqman (Bayar)
  17. Syahiedzat Nordin (Bayar)

KSMU

  1. Mohammad Raihan Hazim bin Zulkarnain (Bayar)
  2. Muhammad Danial bin Shaharudin (Bayar)
  3. Saifurrohman Hayihama (Bayar)
  4. Akram hafiz b Sazally
  5. Awangku Mohd Syafiq b Awang Mahmud
  6. Mohd Naaszreen b Jasman

Lain-lain

  1. Ahmad Rasydan bin Hassan
  2. Mohd Hazriq Hakimi bin Yaacob (Bayar)
  3. Ahmad Sabri
  4. Abdullah Hakim bin Mohd Lokman (Bayar)


Perempuan

MSMU

  1. Shakira Nazihah binti Sema'onsha (Bayar) 
  2. Natasya Azmi (Bayar)
  3. Anis Farah Syafiqah (Bayar)
  4. Siti Maisarah Binti Zaini (Bayar)
  5. Nur Izzati bt Ab Halim (Bayar)
  6. Nabila Huda binti Mohd Yasin (Bayar)
  7. Nor Nadia Shafihah Binti Zulkefli (Bayar)
  8. Nur Anis binti Rameli
  9. Aisyah Khaulah Bt Muslim (Bayar) 
  10. Nurul Waheeda binti Mohd. Yusoff (Bayar)
  11. Asmazura binti Ramli
  12. Nurul Iman Zalzilah Rashidi (Bayar)
  13. Nadhirah Ahmad Fauzi (Bayar)
  14. Noor Syazwani Mohd Ripin (Bayar)
  15. Nur Afiqah Mohd Zin (Bayar)
  16. Mariah Zaini
  17. Syarafana binti Mohamad Syafiq Chung  (Bayar)
  18. Fatin Rezal (Bayar)
  19. Nur Sakinah binti Mohd Shahril (Bayar) 
  20. Aminah Nurfarhana binti Mohd (Bayar)
  21. Nur Amalina Binti Abdul Razak (Bayar)
  22. Nurul Izzah binti Mohd Fadzilah
  23. Anis Syazwani Salman (Bayar)
  24. Ernisha binti Saib (Bayar)
  25. Nik Norfathiah bt Abdul Kadir (Bayar)
  26. Asilah Syahirah (Bayar)
  27. Emy Nadirah (Bayar)
  28. Nahiyatul Syahirah binti Roslan (Bayar)
  29. Ahla Najwa Bt Abd Halim (Bayar) 
  30. Nur Farhanah Azmi (Bayar)
  31. Nurul Atikah bt Abdul Aziz
  32. Anis Syahirah Far'ain binti Mohd Lukman (Bayar) 
  33. Wan Nurafiqah bt Wan Abdullah
  34. Zurriyatan Solihah binti Suparman
  35. Norhidayu Mohamad Zawawi (Bayar)
  36. Syafiqah Thaqifah binti Alias (Bayar)
  37. Nurul Ain Alan Hafifi (Bayar) 
  38. Aisyah Mardhiah Bt. Jahani (Bayar)
  39. Nuradiah Hani binti Arbai (Bayar) 
  40. Nur Farah Adibah Fahruddin (Bayar)
  41. Nurfarahim Binti Ainol Adenan
  42. Nurul Farahida Alias
  43. Nur Natasya Syahira binti Sallahuddin (Bayar)
  44. Nabilah Zulkarnain
  45. Asma' Diyana bt. Othman
  46. Amira Suhana Binti Ismail (Bayar)
  47. Ummi Ereena bt. Rusdi (Bayar)
  48. Nur Aishah binti Shaharuddin
  49. Wan Noriha Che Wan Nor (Bayar)
  50. Nur Naimah binti Zubir (Bayar) 
  51. Nurul Husna Mohammad Afandi (Bayar)
  52. Siti Nurafiqah
  53. Nadira binti Rosnani (Bayar)
  54. Hazwani Hassan (Bayar)
  55. Munirah bt Norzaki (Bayar) 
  56. Nurul Nadirah Binti Norida (Bayar) 
  57. Norsyafika Abizaid
  58. Nur Afiqah Binti Mohamad (Bayar)
  59. Nur Afiah binti Zawawi (Bayar)
  60. Nur Azwani binti Mamat (Bayar)
  61. Atikah Suhadah (Bayar)
  62. Adibah Syafiqah Shafee (Bayar)
  63. Nurul Ain Sulaiman (Bayar)

RNRMU

  1. Nur Faizah binti Md Yusof (Bayar)
  2. Nurfarahiyah binti Mohd Yunus (Bayar)
  3. Nor Artikah Alias (Bayar)
  4. Liyana Zulkifli (Bayar)
  5. Zyrith Natasya Zainudin (Bayar)
  6. Rosdiana Idham Halis (Bayar)
  7. Fatin Awanis (Bayar) 
  8. Zinnirah Kamila (Bayar)
  9. Siti Fatimah binti Ahmad Zolkepli (Bayar)

MAI

  1. Nurul Jannah binti Abd Aziz (Bayar)
  2. Siti Rokiah Yusoff
  3. Nur Izzatul Azlin Binti Adnan (Bayar)
  4. Fadhilah Mohd Sakri (Bayar)
  5. Nur Asnyra Roslan (Bayar)

St. Petersburg

  1. Siti Nur Nadierah binti Mohd Mokhtar (Bayar)
  2. Shahirah binti Mohd Pakhari (Bayar)
  3. Lydia Binti Azmi (Bayar)
  4. Nurul Atika (Bayar)
  5. Nursahliza (Bayar)
  6. Azlina Hashim  (Bayar)
  7. Nor Nadia Binti Mohd Khairoji (Bayar)
  8. Siti Fatinah Hamzani (Bayar)

NNSMA

  1. Assila binti Alfi (Bayar)
  2. Nadiah Binti Nasharruddin (Bayar)
  3. Jamaliza Mohd Jamal
  4. Siti Hajar Mohammad Farid (Bayar)
  5. Nurul Syuhada Osman (Bayar)
  6. Annis Farahanna Zulkifli (Bayar)
  7. Nur Adila Ismail (Bayar)
  8. Nik Fatimah Az Zahara binti Ahmad Azhar (Bayar)
  9. Fatin Hanani Che Juha (Bayar)
  10. Fatimah Othman (Bayar)
  11. Siti Nur Fa'izul Mat Razi (Bayar)
  12. Khairun Nazihah Binti Mohd Yusof (Bayar)
  13. Nadiah Yunos (Bayar)
  14. Amal Ruhi Bt Othman (Bayar) 
  15. Nur Amanina binti Abdul Jalil (Bayar)
  16. Fatin Farhana Binti Mohd Yusof (Bayar)
  17. Nurul Farahin binti Zulkarnain (Bayar)
  18. Nur 'Aqilah M Amin (Bayar)
  19. Nurul Ihsan binti Muhammad Fareed (Bayar)

VSMU

  1. Nor Suriya Murni Abdul Razak (Bayar)
  2. Diyana Rahman (Bayar)
  3. Nurzatul Izati binti Hashim (Bayar)
  4. Sri Dayana Zuriyati Agus Subiyantoro (Bayar)
  5. Nawal Amalina binti Muhammad Asri (Bayar)
  6. Nadiah Hidzer (Bayar)
  7. Asma Farwani Binti Ahmad Keflee (Bayar)
  8. Sarah Khaleda Mohd Khalid (Bayar)
  9. Nur Nazleen Shahira Yusoff (Bayar)
  10. Farah Malik (Bayar)
  11. Nurul Farahin binti Abd Halim (Bayar)
  12. Nor Hafizah binti Ghazali (Bayar)
  13. Fauziah Puteri Fajar binti Syafrizal (Bayar)
  14. Nur Alia binti Abdul Aziz (Bayar)
  15. Farah Hazwani Binti Mohd Jaffar (Bayar)
  16. Nurul Idayu Mat Nawi (Bayar)
  17. Nurul Hafiza Khairi (Bayar)
  18. Intan Nor Asmarina Razali (Bayar)
  19. Raihanah binti Mohd Zaki (Bayar)
  20. Wan Anis Humaira binti Wan Mohd Hujjatullah (Bayar)
  21. Nur Atikah Mohd Jamil (Bayar)
  22. Siti Najihah Mahmud (Bayar)
  23. Nur Izzian Abdul Satar (Bayar)
  24. Siti Hajar binti Mohd Yatim (Bayar)
  25. Nasyrah Muhammad Nasir (Bayar)
KSMU

  1. Nursyahaneez (Bayar)
  2. Adina Yasmin Binti Mohd Jafri (Bayar)
  3. Nur Anasuha binti Dzulkiply (Bayar)
  4. Kamariah binti Mohd Yusuf (Bayar)
  5. Intan Nadirah Binti Roeslan (Bayar)
Lain-lain

  1. Nurul Atiqah binti Abu Sahmah
  2. Munirah Mustaza
  3. Norshazwani Othman (Bayar)
  4. Zahidah bt Azman
  5. Norlida binti Ramli (Bayar)
  6. Nik Norfarahim bt Abdul Kadir
  7. Amirah Syaza Zulkifli (Bayar)
  8. Aisyah Syahidah binti Razali (Bayar)
  9. Sarah bt Mohd Ritha (Bayar)
  10. Ruqaiyah bt Mohd Ritha (Bayar) 
  11. Hani Raihan Abdul Malik (Bayar) 
  12. Nurul Athirah Syahira bt. Abdul Aziz
  13. Bazliani bt Muntari (Bayar) 
  14. Atesha Tamidi (Bayar)
  15. Siti Afiqah Ahmad Tamidi (Bayar)
  16. Nurul Sakinah binti Mohd Nor (Bayar)
  17. Nurul Izzah Mohd Nor (Bayar)
  18. Sharifah Kamaliah Al Yahya bt Syed Mohd (Bayar)
  19. Fatin Zahirah binti Ab Hamid (Bayar)
  20. Nor Izzati binti Azman (Bayar)
  21. Nadhira Najat (Bayar) 
  22. Liya Saffura Binti Roeslan (Bayar)
  23. Nor Amirra Binti Abu Nayan
  24. Raja Siti Mardhiah Raja Azmi (Bayar) 
  25. Nur Izzana Abdul Satar (Bayar)
  26. Nur Hanis Amanina Binti Abdul Mutai (Bayar) 
  27. Diana Shahirah binti Rosnani (Bayar)
  28. Siti Mastura Kawaeed
  29. Ijazati Ibrahim
  30. Hasmanabilah binti Mohd Hashim
  31. Umi Shahirah Harun


Read more