• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Hari Keluarga 2013

0 comments
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Nizhny Novgorod



2 Mei : Satu program Hari Keluarga peringkat Nizhny Novgorod telah dianjurkan, seramai 118 lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian. Acara dimulakan seawall  10 pagi dan dimulakan dengan upacara pembukaan dan senamrobik yang diketuaioleh saudara Adib Yahya. Kemudian pihak ikhwah dan akhwat berpecah ke destinasi masing-masing. 2 hari sebelum berprogram peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan telah dibekalkan dengan 2 ekor ayam dan 3 ekor ikan. Penganjur turut menyediakan bahan-bahan untuk ber’bbq’. Pelbagai aktiviti telah disediakan buat peserta.

Bagi ikhwah sebanyak 4 aktiviti telah diadakan iaitu boling ragbi dan biskut ukhwah, diamana peserta perlu menjatuhkan botol-botol air menggunakan bola ragbi dan selepas selesai perlulah membawa 10 batang biskut panjang yang perlu dibawa oleh 2 orang bagi setiap biskut. Futsal berkain pelikat. Pecahkan belon di kaki lawan dan akhir sekali kuiz yang merangkumi pelbagai kategori daripada tema kemanusiaan sehinggalah sukan. Aktviti bagi pihak akhwat ialah fear X-factor. Terdapat juga aktiviti di mana mereka perlu makan magi menggunakan lidi, garfu ataupun chopstick dan pemenang dikira berdasarkan masa yang paling pantas. Dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan.

Pihak penganjur telah menyediakan pelbagai hadiah bagi para peserta. Setiap peserta diberikan button khas hari keluarga dan juga cenderahti sebagai token apresiasi menyertai program yang dianjurkan ini. Diharapkan aktiviti hari keluarga ini dapat menyulam ukhwah yang kuat dalam kalangan peserta.



Volgograd

Alhamdulillah, pada 1 dan 2 Mei yang lalu para pelajar Volgograd telah menghadirkan diri dalam program Rehlah bagi memenuhi salah satu wasilah tarbiyyah.

[muslimin]

2 Mei - Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Family Day Musim Bunga Ikhwah telah berjaya diadakan bertempat di Naberezhnaya, Volgograd. Kali ini program adalah hasil kerjasama antara AZAM Russia, Kelab Umno Volgograd, dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

Matlamat program kali adalah untuk mengumpulkan pelajar muslimin di Volgograd untuk sama-sama berkumpul, mentadabur alam, dan beraktiviti. Program yang bermula pada pukul 10:30 pagi ini telah dihadiri seramai 40 orang muslimin.

Program dimulakan bacaan doa pembuka oleh Yusri Syamsuddin, diikuti pula dengan kata- kata aluan oleh Ketua Projek, Syahiedzat Nordin. Beliau mengutarakan jutaan terima kasih buat semua yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Kemudiannya acara diteruskan lagi dengan tazkirah bertemakan persaudaraan dalam Islam oleh Raja Muhammad Faisal. Dalam tazkirahnya, hadirin diingatkan bahawa dalam kita menjaga hubungan kita dengan Allah, kita tidak dapat menafikan akan peri pentinganya jua untuk menjaga hubungan sesame manusia. Juga hadirin dipesan berkenaan hak-hak seorang muslim  ke atas muslim yang lain yang wajib dipenuhi .

Sebelum acara diteruskan lagi, hadirin dijamu dengan sarapan pagi. Aktiviti pada hari tersebut dikelolakan oleh saudara Khairul Anuar. Antara aktiviti- aktiviti yang telah dilajankan termasuklah  “Bawa bola tanpa tangan” yang membawa mesej dalam kerja berkumpulan, kita perlu menerima kelemahan ahli yang lain dan saling melengkapi. Aktivit yang lain termasuklah, menimbang bola rugby, dan Frisbee.

Setelah tamat beraktiviti, para pemenang diberi hadiah berupa hamper. Majlis diakhiri dengan makan tengah hari bermenukan nasi goring dan ayam BBQ. Akhir kata, diharapkan hadaf program ini tercapai  dan agar Allah meredhai usaha yang kecil ini. Sabda Rasulullah saw “orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah”.



[muslimah]

1 Mei - Hari pertama cuti bermula dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar muslimah Volgograd dengan berehlah santai di Dacha milik universiti bertemakan “ Sebiru Hari Ini” inspirasi dari nasyid ukhuwah yang popular. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 45 minit dari centre dengan menaiki bas yang disewa membawa lebih kurang 70  orang pelajar.

Dedaunan hijau melambai-lambai bersama salakan anjing menyambut baik ketibaan para pelajar. Kesempatan ini tidak dilepaskan untuk bersama-sama mentadabbur alam. Majlis bermula dengan bacaan doa dan pengumuman organisasi AZAM Volgograd bagi muslimah yang diketuai oleh saudari Afifa Dzulkafi, pelajar tahun 4.

AZAM Volgograd (Muslimah)
Timbalan Ketua : Afifa Dzulkafli
Setiausaha : Siti Najihah Mahmud
Bendahari  : Nor'Izzati Abdul Wahab
Biro Ekonomi : Nurul Idayu Mat Nawi
Biro Aktiviti: Atikah binti Jamil
Biro Media : Nur Suriya Murni Binti abdul Razak

Sementara menunggu hidangan BBQ siap dibakar,majlis penutup telah dijalankan kira-kira pada pukul 12.30 tengahhari. Para peserta begitu teruja mendapat hadiah yang menarik yang disediakan. Selain itu,,setiap peserta juga mendapat sijil penyertaan dari AZAM RUSSIA. Kemudian,,para peserta yang sudah kepenatan dan kelaparan menjamu selera dengan juadah yang enak seperti nasi goreng,ayam bakar,sosej bakardan agar-agar berwarna-warni.

Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, setelah menjalankan gotong-royong membersihkan tempat rehlah, peserta bertolak pulang. Diharapkan rehlah kali ini telah berjaya merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar muslimah di Volgograd,menghilangkan kepenatan belajar dan mengisi masa lapang cuti dengan berfaedahnya.



MOSCOW

19 Mei 2013 bersamaan 9 Rejab 1434H, para pelajar muslimin dan juga muslimah di Moscow  telah memenuhi salah satu wasilah tarbiyyah iaitu Rehlah.

[Muslimin]

 Bagi pelajar muslimin, satu program khusus telah diadakan untuk mereka  iaitu  “Spring Rehlah” yang telah dianjurkan oleh pihak AZAM Moscow. Penyertaan yang menggalakkan oleh pelajar dari M1 dan MAI diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kemesraan antara para pelajar di Moscow.  Seramai 50 orang peserta telah menampilkan diri bagi memeriahkan lagi program tersebut. Spartiv Park berdekatan dengan Metro spartivnaya telah dipilih menjadi lokasi program.

Setiap peserta digalakkan untuk membawa makanan untuk dijamu bersama-sama di akhir program ini kerana rehlah ini bertemakan "potluck". Acara dimulakan dari pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Beberapa aktiviti telah dirancang oeh sekumpulan pelajar bagi menjadikan program tersebut lebih bermakna dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan jayanya. Aktiviti bermula dengan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan. Acara pembahagian kumpulan yang cukup unik disambung dengan sesi ta'aruf dengan menggunakan pantun 4 kerat. Program diteruskan lagi dengan aktiviti yang dinamakan "tarik tali" dimana setiap wakil kumpulan perlu menangkap ahli-ahli kumpulannya dalam keadaan kaki diikat. 

Aktiviti yang seterusnya pula dinamakan "ayat berangkai". Aktiviti ini diambil dari salah satu siri lawak spontan dimana setiap kumpulan hendaklah menyambungkan setiap perkataan untuk dijadikan satu cerita. Setiap aktiviti yang dirancang mempunyai pengajaran yang boleh diambil, dan tanggungjawab menyampaikan sedikit pengajaran dari aktiviti tersebut telah diletakkan kepada pengerusi majlis, saudara Zarif. Program ini diakhiri dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh saudara Syahmi. Tepat jam 1.00 petang pelajar dijemput untuk menjamah juadah yang dibawa oleh mereka sendiri. Program rehlah ini diakhiri dengan sesi bergambar.

                                 


[Muslimah]

Bagi pelajar muslimah pula, aktiviti rehlah di adakan di perkarangan Hostel Puskhin. Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini.  Rehlah kami dimeriahkan lagi dengan kehadiran akhawat dari Kursk. Para peserta dibahagikan kepada  8 kumpulan dan setiap satu kumpulan mempunyai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar M1 , M2 dan juga Kursk. Program ini dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. 

Satu-satunya  aktiviti yang dianjurkan ialah World War III adalah permainan perang air dimana para peserta dikehendaki mematikan pihak lawan dengan melemparkan span yang basah kepada pihak lawan. Mereka juga dibekalkan dengan 2 batang payung bagi setiap kumpulan sebagai pertahanan dan para peserta juga dikehendaki mengambil bendera di kawasan pihak lawan masing-masing. Kumpulan Empat telah dinobatkan sebagai juara bagi permainan ini diikuti oleh Kumpulan 7 dan Kumpulan 8. 

Usai bermain, para peserta disajikan dengan makanan yang dibawa secara potluck. Sebelum program ini berakhir, acara penyampaian hadiah bagi pemenang dan juga sesi pertukaran hadiah. Bagi sesi pertukaran hadiah, para peserta dikehendaki mengambil nama salah seorang peserta secara rawak dan hadiah akan diberi mengikut nama yang diambil. Dengan adanya program ini dapat mendedahkan kepada para peserta betapa pentingnya Tarbiyah Dzatiyyah dalam kehidupan seorang individu muslim seperti diterapkan dalam aktiviti WW III. Diharapnya, hubungan fillah antara para peserta dan pihak penganjur dapat dieratkan lagi, InsyaAllah.
 
                                    


Seperti yang kita ketahui dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahim”. Makanya, kalau kita mahu masuk syurga, ayuhh sambung silaturahim kita dan bersahabatlah semata-mata kerana Allah.

wallahu'alam..


Read more

Kenapa Perlu Usaha?

0 comments

Bismillahirahmanirrahim..

"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"

Dia pula diam.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.

Sikap tidak ambil tahu itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri.

Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar. "Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini: "Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

P/S Mohon berhati-hati membeli barang-barang ( sayur-sayuran seperti lobak, lada benggala merah, salad, saderi ) terutamanya di Ashan kerana kebanyakannya di import dari Israel.

Ingatlah mereka di dalam doa kita. [Kredit]

Wallahua’lam..


Read more

[FOTO] HARI KELUARGA 2013

0 comments
Hari Keluarga 2013
Tarikh : 2 Mei 2013
Lokaliti : Volgograd & Nizhny Novgorod









 
















Read more

Tips: Berbuat Kebaikan

0 comments
Bismillahirahmanirahim.

Mari kita renung kembali segala kebaikan yang pernah kita lakukan: Mengangkat barang untuk cikgu, meminjamkan nota untuk rakan yang memerlukan, menemani sahabat yang sakit ke hospital, menghafaz ayat-ayat lazim, memberi sedekah… 

Alhamdulillah, banyak juga yang telah cuba kita amalkan dalam kehidupan ini! Namun kadangkala, timbul bisikan halus yang meragui amalan-amalan kita tadi.

“Ikhlas ke aku tolong dia ni?”
“Allah terima ke apa yang aku buat?”
“Patutkah aku teruskan? Takde orang kisah pun bila aku cuba nak tolong…”

Amat merugikan andainya amalan kebaikan kita berkurangan akibat bisikan-bisikan durjana itu tadi. Apatah lagi masih ramai yang memerlukan pertolongan kita – rakan-rakan, keluarga, dan juga saudara seakidah walau di mana sahaja mereka berada! Maka, ingin saya kongsikan beberapa tips untuk memberi anda panduan agar tetap tegar untuk terus memberi!

1)Tetapkan niat

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” 
(H.R Bukhari dan Muslim)

Memang tepat sekali hadith ini ditempatkan sebagai yang pertama, membuktikan betapa pentingnya peranan niat dalam setiap tindakan kita. Niat dan hala tuju akan menentukan langkah kita yang seterusnya. Dan yang paling penting, tetapkanlah niat semata-mata untuk mendapatkan redhaNya. Dengan ini, anda akan sentiasa termotivasi untuk tetap melakukan kebaikan, semata-mata untuk mencapai tahap yang tertinggi menurut neraca Allah swt.


2) Mohon keampunan

Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang ditakuti adalah, andainya kesalahan yang telah dilakukan itu akan menyebabkan amalan kita tidak akan dikira di sisiNya. Ah, betapa ruginya! Jadi, marilah kita berusaha untuk sentiasa beristighfar dan memohon keampunan daripadaNya agar amalan kita tidak menjadi sia-sia.

3)Jangan bertangguh

Sebaik sahaja timbul niat di hati untuk berbakti kepada orang lain, cepat-cepatlah pergi melaksanakannya. Jangan bertangguh, kerana rasa itu mungkin tidak akan datang buat kedua kalinya.

4)Jangan berputus asa

Kadangkala, kebaikan yang ingin kita lakukan itu agak sukar untuk dilaksanakan. Namun, janganlah berputus asa kerana Allah juga melihat pada usaha kita! Selagi mana niat anda ikhlas keranaNya, usaha anda tidak akan menjadi sia-sia.

5) Sentiasa bersyukur

Setelah anda selesai dengan satu kebaikan, teruskanlah dengan kebaikan yang seterusnya! Dan jangan lupa, bersyukurlah kepada Allah kerana dengan rahmat dan kurniaNya lah anda dapat menyelesaikan tugasan anda tersebut. Teruskan berdoa kepadaNya agar dipermudahkan urusan-urusan anda yang mendatang.

InshaaAllah, semoga kita sentiasa bermotivasi untuk melakukan kebaikan untuk diri, dan juga orang-orang di sekeliling yang memerlukan. Jom, mulakan!

Wallahua’lam.


Read more

Kita dan Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan dan Kemanusiaan

0 comments

Bismillahiraahmanirrahim.

From river to the sea, Palestine will be free.  [Kredit]

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham – faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban.

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.
Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabilillah.

Jihad fi sabilillah. [Kredit]

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.
Allah tidak mengira nilai wang yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai redha Allah. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar.

Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad. 100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatullah itu.

Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing – masing di Masjid Nabawi, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat.

Bukan negara – negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih – buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.

Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.

Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.

Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan untuk membebaskan Malaysia daripada benteng yang memisahkan umat Islam daripada Islam yang sebenar.

Wallahu'alam.




Read more

FRIDAY WRAP (26 APRIL - 2 MEI 2013)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita dalam lintasan dunia pada kali ini.

Jumaat, 26/04/2013
IM Rancang Buka Kembali Pejabat di Syria


ISTANBUL - Ikhwanul Muslimin merancang untuk membuka kembali pejabat di Syria untuk mempercepat revolusi. "Pada awalnya kami mengatakan ini adalah masa untuk revolusi, bukan ideologi," kata Riad al-Shafqa, pemimpin dari Ikhwanul Muslimin Syria yang diasingkan, kepada The Financial Times Khamis, 25 April di pejabat Ikhwanul Muslimin di Istanbul, demikian lansir onislam.net.

"Sekarang ada banyak kumpulan di dalam (Syria) sehingga kami merasa perlu untuk menyusun untuk (kembali ke Syria)." Dia mengatakan keputusan untuk membuka pejabat di Syria bertujuan untuk menghidupkan kembali struktur organisasi Ikhwanul Muslimin di Syria.

Di Syria, Ikhwanul Muslimin memimpin perjuangan melawan pemerintahan Hafiz Al-Assad pada tahun 1982, mendorong kerajaan untuk melancarkan tindakan keras berdarah terhadap bandar Hama, yang mengakibatkan puluhan ribu orang maut. Ikhwan juga memainkan peranan dalam perjuangan terhadap kekuasaan putra Hafiz Al Assad, Bashar, di mana beribu-ribu orang telah dibunuh.

Kumpulan ini adalah ahli aktif dalam payung pembangkang Majlis Kebangsaan Syria (SNC). Sumber pembangkang mengatakan Ikhwan adalah penyokong dana kumpulan pejuang Syria yang berpusat di Syria itu dan juga sayap bersenjata pembangkang Syria terhadap pemerintahan Assad. Ikhwanul Muslimin juga kelihatan menghidupkan kembali asas di antara petani kecil dan kelas menengah Sunni Syria.

Sabtu, 27/04/2013
Muslimah Mualaf AS: Otak Kami Tidak Dibasuh


WASHINGTON - Sewaktu berita mendedahkan bahawa isteri pelaku serangan bom Boston adalah seorang wanita Amerika yang masuk Islam, stereotaip dan tuduhan telah kembali muncul tentang wanita AS yang telah memilih Islam, menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang telah dicuci otak dan patuh untuk mengorbankan kehidupan gaya Amerika mereka demi mengikuti kehendak suami mereka.

"Apabila anda memakai tudung, orang beranggapan bahawa anda telah kehilangan kebebasan anda," kata Lauren Schreiber, warga wanita AS yang memeluk Islam kepada NBC News Jumaat, 26 April.

Schreiber, yang menjadi seorang Muslim pada tahun 2010, sering mendengar cemuhan mengenai 'cuci pemikiran' selepas media mendedahkan bahawa Katherine Russell, 24 tahun, seorang wanita keturunan Inggeris, berkahwin dengan suspek serangan bom Boston Tamerlan Tsarnaev.

"Saya (memeluk Islam) bukan kerana seseorang memaksa saya," jelas Schreiber, seorang mualaf. "Ini yang saya pilih dan saya gembira dengan pilihan saya."

Schreiber, yang merupakan salah seorang penyelaras acara bagi Dewan Hubungan Amerika-Islam (CAIR), berkata bahawa ia tertarik dengan Islam setelah bertemu umat Islam lain sewaktu perjalanan ke luar negeri sebelum tamat pengajian di Universiti St Mary of Maryland pada 2009.

Schreiber, yang sering diajukan soalan dari orang yang terkejut melihatnya kerana dia seorang yang berkulit putih dan berlogat khas Amerika namun memakai tudung. Dia bagaimanapun menghargai orang yang mengajukan soalan kepadanya daripada membuat andaian atau pandangan yang negatif.

Isnin, 29/04/2013
Sheikh Al-Qardawi dan Erdogan Kunjungi Gaza Bulan Mei


KAHERAH - Ulama Muslim terkemuka Sheikh Yusuf Al-Qaradawi merancang untuk melawat Gaza bulan mei. "Kami sedang mempersiapkan untuk menyambut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pada tarikh 8 Mei," Menteri Wakaf dan Urusan Agama Ismail Radwan berkata kepada wartawan sewaktu beliau membuka sebuah masjid baru di Jabaliya di Gaza utara.

"Qaradawi akan mengetuai delegasi ulama terkemuka," tambahnya.

Beberapa sumber mengatakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi akan berada di Gaza selama lima hari, dimana beliau akan melakukan khutbah Jumaat pada 10 Mei. Yusuf Al-Qaradawi menyokong perjuangan Musim Semi Arab di Tunisia, Mesir dan Libya, dan telah melancarkan usaha mengumpul dana untuk pejuang Syria.

Lawatan Erdogan

Kunjungan Qardhawi akan dilakukan sebelum lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Gaza.

"Insya Allah, kita akan berada di Gaza pada akhir Mei," Erdogan berkata melalui sambungan video dengan pusat bantuan Turki di Gaza awal bulan ini. "Kami akan merangkul satu sama lain di sana."

Erdogan, penyokong setia Palestin, sebelumnya telah mengatakan bahawa kunjungannya bertujuan untuk membantu proses mengangkat sekatan Israel di Gaza. Kunjungan Erdogan bagaimanapun telah meningkatkan ketegangan antara Turki dan sekutunya Amerika Syarikat, selepas Menteri Luar Negeri John Kerry menyeru agar Erdogan menunda kunjungannya.

Isnin, 29/04/2013
Anggota Kongres AS: Islam Agama Motivasi Yang Menggalakkan Pembunuhan


AMERIKA SYARIKAT - Salah seorang anggota Kongres AS dari Parti Republik, Dana Rohrabacher (R-CA) dalam sidang pada Jumaat (26/04) mengatakan, dia meyakini bahawa Islam secara keseluruhan merupakan ancaman bagi Amerika Syarikat. Bahkan dia menyebut Islam sebagai agama yang akan "memotivasi orang untuk membunuh anak-anak".

Sepanjang mesyuarat sidang dengar pendapat tentang persoalan "Ekstremisme Islam di Chechnya: Ancaman Terhadap AS", Rohrabacher terus mengulang kejadian pada 2004, tebusan Beslan. Peristiwa Beslan, menurutnya, merupakan contoh peristiwa dimana pejuang Chechnya mengambil alih sekolah di Rusia yang mengakibatkan kematian lebih dari 180 kanak-kanak. Kejadian ini dijadikan contoh bentuk ancaman yang ditimbulkan oleh Islam oleh Rohrabacher.

"Pada akhir Perang Dingin, saya adalah musuh terburuk Kesatuan Soviet, ya musuh, kerana saya percaya bahawa rakyat bebas menentukan siapa musuh nombor satu mereka dan bekerja untuk terus cuba mengalahkan mereka. Dan itu tidak bermakna bahawa orang yang bekerja dengan anda adalah orang yang sempurna, dan sebagainya. kami menjatuhkan Kesatuan Soviet dan kami bekerjasama dengan ramai orang yang berkesalahan, "kata Rohrabacher sewaktu memimpin rapat dengar pendapat seperti dilaporkan Think Progress, Jumat (26/04) lalu.

"Hari ini, Islam radikal dan China yang menjadi musuh utama kita. Mereka adalah ancaman utama bagi dunia yang bebas. Saya harap kita semua bekerja sama melawan sebuah agama yang akan memotivasi orang untuk membunuh anak-anak dan lain-lain ancaman terhadap kita sebagai sebuah peradaban, "katanya.

Selasa, 30/04/2013
Muslimah Tidak Dilayan di Stesen Minyak Kerana Berpurdah


BRISBANE - Seorang remaja Muslim di negara bahagian kedua terbesar di Australia, Queensland, mengeluh kerana tidak dilayan di sebuah stesen minyak kerana dia berpurdah.

"Ini sangat menakutkan," kata Hafsah Negussie kepada Courier Mail, hari Isnin, 29 April sebagaimana disiarkan di onislam.net.  "Saya orang Australia, saya lahir dan besar di sini, saya tahu hak-hak saya."

Kes ini sebenarnya berlaku pada Disember tahun lalu ketika Negussie, yang berpurdah, cuba untuk membayar di stesen petrol Brisbane setelah seorang pekerja menolak untuk melayani dia. Dia juga mengadu bahawa pintu-pintu dikunci oleh petugas ketika dia berusaha untuk meninggalkan kawasan itu.

Seorang jurucakap syarikat pam petrol BP mengatakan bahawa mengikut peraturan syarikat pelanggan harus menanggalkan helmet, hoodies atau topi besar sebelum mendekati meja juruwang. Namun dia mengatakan bahawa dasar tersebut tidak meluas ke pakaian yang berdasarkan peraturan agama, mengakui bahawa pegawai yang terlibat telah salah faham.

"Ini sangat disesalkan dan kami ingin meminta maaf atas kesalahan ini," katanya. Namun, dia menolak dakwaan remaja Muslim itu bahawa dia sempat dikunci di stesen minyak. Muslim, yang telah berada di Australia selama lebih dari 200 tahun, membentuk 1.7 peratus daripada 20 juta penduduknya.

Selasa, 30/04/2013
Tidak Ada Reformasi UU Kewarganegaraan Untuk Muslim Rohingya


YANGON - Sebuah suruhanjaya yang dilantik kerajaan menolak seruan antarabangsa untuk mereformasi undang-undang kewarganegaraan bagi menampung minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.

"Organisasi-organisasi antarabangsa mengkritik undang-undang kewarganegaraan 1982 tentang Bengali," kata anggota komisi Yin Yin Nwe kepada harian The Hindu pada hari Isnin, 29 April. "Undang-undang ini sangat sesuai untuk kami. Tapi penguatkuasaan undang-undang tidak jelas kerana rasuah pegawai imigresen setempat," katanya.

Etnik Muslim Bengali, yang dikenali sebagai Rohingya, telah dinafikan hak-hak kewarganegaraan sejak pindaan undang-undang kewarganegaraan pada tahun 1982 dan dianggap sebagai pendatang haram di negara mereka sendiri. Kerajaan Myanmar sebagaimana juga majoriti penduduk Buddha Myanmar menolak untuk mengakui istilah "Rohingya", menyebut mereka dengan istilah 'Bengali' atau orang Bangladesh.

Ribuan Muslim Rohingya telah menjadi pelarian di Myanmar Barat tahun lalu selepas gelombang kekerasan yang membawa maut terhadap pihak muslim oleh etnik Buddha.

Kecaman antarabangsa atas perlakuan terhadap Muslim Rohingya di Myanmar telah memaksa kerajaan untuk membentuk suruhanjaya guna memperbaiki undang-undang kewarganegaraan. Namun mereka menolak pindaan mengenai Undang-undang kewarganegaraan, yang dilihat sebagai asas ketegangan antara kaum Buddha dan Muslim di Myanmar.

Rabu, 1/05/2013
Jerman Masih Menganggap Islam Sebagai Ancaman


BERLIN - Mencerminkan citra Islam yang diputarbelitkan di media, sebuah kajian baru mendapati bahawa separuh daripada orang Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka dan tidak sesuai dengan dunia Barat.

"Gambaran di media memberikan Buddhisme atau Hindu adalah agama yang cinta damai," ujar Detlef Pollack, seorang ahli sosiologi yang turut menulis kajian, berkata kepada pejabat berita Deutsche Welle.

"Gambaran mereka tentang Islam tentang fanatik dan pencerobohan." Berjudul "Religion Monitor (Memantau Agama)" oleh Yayasan Bertelsmann, kajian ini mendapati bahawa separuh daripada orang Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka. Kajian ini juga menyimpulkan mengenai pandangan tentang makna sosial agama dan nilai-nilai di 13 negara Eropah dan negara-negara lain.

Didapati bahawa majoriti 51 peratus warga Jerman melihat Islam sebagai ancaman bagi negara mereka. Pendapat ini berbeza dengan negara-negara Eropah lain. 60 peratus orang Sepanyol, 50 peratus orang Switzerland dan 42 peratus orang AS turut menyokong pendapat ini. Sebaliknya, di India, hanya 30 peratus melihat Islam sebagai ancaman, sementara di Korea Selatan hanya 16 peratus.

Di negara-negara Eropah yang lain Barat, seperti Perancis, Inggeris, dan Belanda, tinjauan melihat Islam lebih positif daripada Jerman. Hasil ini, menurut Pollack, berkaitan dengan tahap pendidikan umat Islam di masing-masing negara.

Di Jerman terdapat antara 3.8 hingga 4.3 juta Muslim, membentuk kira-kira 5 peratus daripada jumlah 82 juta penduduk Jerman Ketakutan terhadap Islam di Jerman bukanlah perkara baru. Sebuah kajian sebelumnya pada tahun 2010 oleh University of Munster mendapati bahawa 66 peratus warga Jerman Barat dan 74 peratus daripada Jerman Timur mempunyai sikap negatif terhadap umat Islam.

Rabu, 1/05/2013
Pemuda Palestin Meninggal Terkena Serangan Israel Pertama Sejak Gencatan


GAZA - Seorang pemuda Palestin meninggal pada hari Selasa selepas serangan udara Israel di Bandar Gaza, dalam serangan udara pertama sejak gencatan senjata yang dimediasi Mesir sejak November lalu.

Kementerian Kesihatan Gazamelaporkan seorang meninggal manakala yang lain cedera. "Seorang lelaki berumur 20-an syahid dan lain-lain cedera dalam serangan udara Israel di kem pelarian Shati di bahagian barat Bandar Gaza," kata juru bicara kementerian kesihatan Ashraf al-qudra kepada pejabat berita AFP.

Seorang jurucakap kerajaan Israel mengatakan kepada pejabat berita Reuters bahawa tentera Israel telah menyerang kumpulan pejuang di Gaza yang mrupakan ahli pembuat roket.

Dia menambah bahawa pejuang itu mempunyai peranan dalam serangan roket dari semenanjung Sinai Mesir mmengarah ke resort Eilat, di Laut Eilat bahagian Israel pada tarikh 17 April, yang tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Warga di Gaza menyebut lelaki yang meninggal itu bernama Haitham al-Meshal, 29 tahun, berkata dia terkena serangan udara sewaktu menunggang motosikal di utara wilayah tersebut. Dia diyakini sebagai anggota pasukan keselamatan negara Hamas, tetapi keluarganya mengatakan dia juga merupakan ahli kumpulan Jihadis Salafi.

Sementara itu di kawasan Tebing Barat, terdapat pergaduhan, di mana untuk pertama kali sejak 2011, seorang Palestin membunuh seorang peneroka Yahudi. Tentera Israel menembak dan mencederakan penyerang setelah dia menikam seorang yahudi di simpang jalan. Kedua insiden mempunyai potensi konfrontasi yang lebih luas di sepanjang sempadan Gaza.

Khamis, 2/05/2013
Fatwa Online Menarik Minat Muslim India


NEW DELHI - Semakin ramai Muslim India yang beralih ke laman web dalam talian untuk mendapatkan jawapan atas pertanyaan mereka tentang isu-isu agama dan sosial. "Muslim ingin mendapatkan pandangan dari ulama mengenai pelbagai isu," ujar Abid Khan, seorang Muslim India, kepada OnIslam.net, Rabu 1 Mei.

"Mereka inginkan jawapan bagi pertanyaan yang berkaitan dengan Islam, keganasan atau masalah yang lain." Dia mengatakan umat Islam sekarang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan bagi pertanyaan agama dan sosial.

"Dalam era Facebook dan Twitter, siapa yang boleh jauh dari perkara tersebut? Kerana alasan ini laman tersebut mendapatkan populariti," katanya.

Jumlah yang cukup signifikan dari Muslim di India yang kini menggunakan laman web dalam talian untuk mendapatkan jawapan dari ulama mengenai isu-isu agama dan sosial dilihat dari perkembangan pengunjung internet. Ramai Muslim mendedahkan bahawa laman web dalam talian membantu mereka mendapatkan jawapan dalam masa yang  cepat.

"Saya mendapat jawapan mudah," Faraz, seorang pemuda Muslim. Faraz telah menghantar soalan ke laman Islami bertanya tentang penipuan yang dibenarkan sewaktu ujian. Dia dengan cepat mendapat jawaban atas pertanyaannya.

"Mungkin Mufti bandar tidak akan memberikan jawapan kepada soalan saya. Dia boleh saja mengatakan bahawa soalan saya tidak penting," katanya. "Tapi kita mendapat jawapan atas semua jenis pertanyaan melalui website."

Ada banyak laman web yang menyediakan fatwa talian untuk umat Islam di seluruh dunia. Diantaranya adalah OnIslam.net, Islamweb, Fatwa talian dan banyak lagi yang lain. Ada juga banyak laman web India yang menawarkan perkhidmatan serupa sebagai website Darul Uloom Deoband. Salah satu laman web terkemuka yang sering dikunjungi oleh Muslim India adalah Fatwa Online.

"Kami mula mengeluarkan fatwa dalam talian di dalam negeri melalui Darul Ifta pada tahun 1999," kata Mufti Aijaz Arshad Qasmi, yang menjalankan laman wtersebut, kepada OnIslam.net. "Setelah itu kami melancarkan Fatwa talian pada tahun 2006 dari Delhi."

Website menerima rata-rata sekitar 150-200 permintaan setiap hari, yang dijawab oleh pasukan yang terdiri daripada 10 orang. "Tidak ada yang salah jika orang memperoleh maklumat melalui internet," kata Mufti Qasmi. "Di satu sisi, ini sangat sederhana. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengetahui tentang agama anda."

Qasmi, bagaimanapun, berpendapat bahawa sukar untuk menentukan halaman mana yang sesuai untuk fatwa. "Anda perlu melihat siapa yang mengeluarkan fatwa dan orang-orang yang berkaitan dengan laman web tersebut. Anda perlu memutuskan dan memilih laman web yang sesuai."

Kira-kira 13 peratus muslim membentuk penduduk India, menjadikan India sebagai negara dengan penduduk Islam ketiga terbesar selepas Indonesia dan Pakistan.

Sekian sahaja Friday Wrap pada minggu ini. Semoga bermanfaat.









Read more

KULIAH BAITUL MUSLIM ONLINE

0 comments
ASSALAMUALAIKUM WRT :)


InsyaAllah, jadual kuliah online bersama UmmuAtifah bagi minggu ini. Jom sama-sama kita berada dalam taman syurga di dunia ^_^

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 30 April 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 2 mei 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah


kepingin untuk tahu pengisian minggu lepas? jum kita baca sedikit sedutannya dan kalau berminat bolehlah tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut iA :)

Menjaga Hati dari Nafsu yang Melalaikan


Tempat menerima hidayah itu adalah hati. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga hati kerana dengan hati inilah, kita dapat menjadi hamba yang bertakwa di sisi Allah SWT. Dengan hati ini jugalah, kita menjadi mukmin yang sebenar dan dengan hati juga ia boleh menjadi rabbani. Kalau kita tidak bersifat rabbani, maka tidaklah ada ertinya sama sekali tidak kira bagaimana sekalipun ilmu dan pencapaian ilmiahnya, kerana ilmu dan pengetahuan itu tidak dibangunkan atas dasar takwa kepada Allah dan mencari keredhaanNya. 


pautan untuk pembacaan lanjut :

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/04/menjaga-hati-dari-nafsu-yang-melalaikan.html

iA setakat ini sahaja update untuk minggu ini,moga bermanfaat bagi cuti anda dan membuahkan amal iA..

salam wrt :)


Read more