• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP (11- 17 JAN 2013)

0 comments
Bismillahhirrahmanirrahim~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Azam Russia membawakan kepada anda berita dunia untuk minggu ini.



Kawasan penempatan dan infrastruktur Israel meliputi lebih 40%  dari kawasan Tebing Barat.

Eropah - Kesatuan Eropah (EU) mesti mengenakan larangan sepenuhnya kepada produk keluaran Israel yang memasuki pasaran dan memastikan bahawa syarikat-syarikat Israel yang beroperasi di wilayah yang diduduki Palestin tidak mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan EU-Israel, menurut satu laporan baru-baru ini.

Laporan tersebut, bertajuk  "Feasting on the Occupation: Illegality of Settlement Produce and the Responsibility of EU Member States under International Law”  telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

Pemulauan barangan dan syarikat-syarikat penyelesaian adalah sah di sisi undang-undang, kata laporan itu, sejak penempatan Israel telah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa, aktif menafikan hak rakyat Palestin  untuk menentukan pilihan sendiri, dan menyumbang kepada kemusnahan dan penggunaan sumber tempatan, termasuk sumber air yang menyalahi undang-undang.

EU merupakan rakan dagang terbesar Israel. Pada tahun 2011, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencapai hampir $ 20bilion. Israel mengimport kira-kira 35 peratus daripada produk dari EU, manakala lebih daripada 26 peratus daripada eksport tanah Israel di pasaran Eropah.

Pada tahun 2005, beratus-ratus kumpulan-kumpulan masyarakat sivil Palestin melancarkan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) pergerakan dengan tujuan memaksa Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa, resolusi PBB, dan hak asasi rakyat Palestin.

Sementara itu, Barghouti percaya "memulaukan sebarang produk Israel atau institusi membawa kita lebih dekat dengan memboikot arus perdana semua institusi dan syarikat-syarikat yang terbabit dalam pelanggaran Israel terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa."





Pengkalan gas asli In Amenas

Algeria - Tiga puluh empat tebusan dan 15 penculik telah dibunuh di selatan Algeria, menurut kumpulan memegang tebusan.

Kematian dilaporkan pada hari Khamis(semalam) sehari selepas berpuluh-puluh warga asing dan warga tempatan Algeria dijadikan tebusan oleh pejuang bersenjata berhampiran pengkalan gas asli ‘ In Amenas’. Dua orang rakyat Malaysia juga adalah antara 41 individu yang dijadikan tebusan.

Pejuang berkata mereka merampas tebusan sebagai membalas dendam kepada kerajaan  Algeria kerana membiarkan Perancis menggunakan ruang udara untuk melancarkan operasi terhadap pemberontak di utara Mali.

Satu sumber tempatan mengesahkan  bahawa enam tebusan asing dan lapan pejuang terbunuh. Sumber itu berkata sesetengah tebusan masih ditahan dan 180 warga Algeria telah melarikan diri.

Perancis melancarkan serangan besar terhadap kumpulan pemberontak Ansar al-Dine di Mali pada 11 Januari untuk menghalang mereka daripada mara ke ibu negara Mali, Bamako.



  

Syria - Satu laporan daripada El _Arabiya mendedahkan laporan bahawa beberapa badan penyelamat antarabangsa yang beroperasi di sempadan bahawa ribuan wanita Syria telah melarikan diri ke negara-negara sempadan kerana khuatir menjadi mangsa rogol rejim Basyar dan pakatannya.

Menurut laporan tersebut, pemerkosaan tersebut kerap dilakukan oleh rejim terhadap tahanan-tahanan wanita. Malah ada kalanya ia dilakukan di hadapan keluarga wanita tersebut. 

Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa lebih 4000 kes rogol telah dilaporkan dan 700 kes darinya berlaku di dalam penjara. Minggu lalu juga sudah didedahkan bagaimana tentera Hizbola sendiri terlibat dalam jenayah rogol ini. 


Syria- Jurucakap mujahidin FSA wilayah Halab mengesahkan sebuah lagi pesawat MiG rejim telah ditembak jatuh di sekitar ruang udara berhampiran pengkalan tentera udara Ming,Halab pada 13 haribulan yang lalu.
Jumlah keseluruhan pesawat MiG rejim yang berjaya ditembak jatuh kini menghampiri 40 buah.Doakan mujahidin di sana insya Allah.



"Katakanlah. "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar : 53)

Wallahua'alam
Semoga Allah redha.



Read more

Bila Yang Tertulis Untukmu

0 comments


Assalamulaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. :)


Semuanya sudah tercata di Lauh Mahfuz. senyum. :)


Yang tertulis....
Selalu tak berlegar-legar di fikiran apabila sesuatu berlaku  tak seperti yang kita dugakan?
Kenapa macam ni,padahal aku dah.....
Kenapa dia dapat, aku tak?
Eh,kenapa jadi masa ini?

Kalau kita di sebelah kelebihan,kita dapat apa yang kita nak,kita gembira.Itu memang tiada masalah.Tapi jika berlaku sebaliknya kita rasa dunia ini tak adil.

Hidup ini hanyalah untuk mengabdikan diri pada Maha Pencipta.Betulkan?.Maha Pencipta itulah yang terbaik aturanNya.Nak tahu kenapa?Fikiran manusia itu amatlah terbatas.Adakah anda tahu apa yang bakal berlaku?Adakah anda tahu perkara itu baik untuk anda? Saya jawab tidak.Anda?

Kadang-kadang kita perlu bimbang bila kita mendapat sesuatu yang kita harapkan. Apa-apa sahaja yang kita minta, semuanya dapat.Bukan bimbang kerana apa, tapi kerana kita takut kita lantas melupakan Allah apabila mendapat sesuatu kesenangan.Nauzubillahi min dzalik. Ini namanya istidraj. Dan seharusnya kita sentiasa berwaspada bila mendapat sesuatu yang sangat kita ingini.Oleh itu, ayuh sama-sama kita bersyukur dengan apa adanya kerana Allah telah menjanjikan yamg paling terbaik untuk kita sebenarnya. 

Terima segala yang tertulis dengan hati yang terbuka kerana itu yang terbaik buat masa itu dan yang akan datang.Dan anda akan belajar setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.Tiada erti cemburu,iri hati atas kelebihan orang lain.Tiada perkataan menyesal jika kita menghargai dan bersyukur setiap detik yang berlalu.Cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.Usaha yang membezakan anda dari orang lain pada pandangan Allah.Manusia lain tak nampak pun usaha anda,mereka hanya nampak keputusan kebanyakannya.

Contohnya,yang paling senang ialah masa exam.Anda tak mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha anda.Anda dah berhempas pulas selama seminggu dengan study untuk subjek tersebut  lebih awal.Tapi cikgu anda tak tahu pun macam mana usaha anda.Sebab cikgu tak satu rumah dengan anda.Cikgu anda tak tahu anda tidur berapa lama,berapa lama anda belajar.Itu agak peribadi kan.Kan  dah cakap manusia punya pandangan terbatas.Penat kalau kejar pandangan manusia.Tapi lain pula bagi pandangan Allah yang Maha Mendengar,Maha Melihat,dan Maha Mengetahui.Anda akan rasa tenang apabila semuanya berlandaskan pada Yang Maha Mengetahui.Jom menjadi yang terbaik dari segi usaha sebagai pertahanan diri untuk mengorak langkah lebih jauh dalam menghadapi segala ujian untuk mendapatkan redhaNya. Jom jadi insan hebat!!

Moga diri ini terus tahan,dan juga anda,bukan hanya bersemangat berkata-kata apabila menulis atau membaca di paparan screen,tapi juga amal =)

Bukan result yang Allah lihat, Allah kira.. tetapi pada dasarnya ialah usaha kita, setiap hela nafas kepenatan kita, masa kita dihabiskan selama ini.insya Allah.

kan? :) Alhamdulillah 'ala kulli hal.


Jadi, encik hati bersabarlah.Kan Allah dah pesan.. " Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." [al-Mudassir 74:7]. 

Wallahu'alam. 




Read more

Hati-hati Dengan Hati

0 comments

HATI.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Apa itu hati?

“ Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu maka akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, pada permulaannya kita boleh lihat hati seseorang itu melalui dari tindak tanduknya. Secara ringkasnya hati seseorang itu mencerminkan peribadi individu tersebut. Jadi sangat penting untuk kita menjaga hati kita supaya tidak kotor dan seterusnya akan menyebabkan kita melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya kita lakukan.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian yang terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan setiap kemungkaran yang kita lakukan akan menerbitkan satu titik hitam pada hati kita.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (hadis riwayat Ibnu Majah)
  
Sihat k? ada penyakit hati x? :)

Hati yang kotor dan keras perlu dibersihkan kerana ia akan berkait dengan amalan yang kita lakukan. Hati yang kotor boleh disucikan dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya. Firman Allah bermaksud:

“iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang dan tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Hati manusia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :


  •  Hati yang bersih/hidup -      Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya ilahi yang memancar.

  •  Hati yang tertutup/mati -   H ati orang yang ingkar terhadap keesaan Allah s.w.t.

  • Hati yang terbalik -   Hati orang yang tahu tetapi ingkar, melihat tetapi sengaja buta, yakni hati orang munafik. 



Di sini kita boleh kategorikan dimanakah sebenarnya kedudukan hati kita. Masib belum terlambat untuk kita bertaubat dan bersihkan segala titik-titik hitam yang ada pada hati kita ini. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna namun kita perlu berusaha untuk mnejadi yang terbaik.

Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah dengan pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan kasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita dapat memperoleh haruman syurga di sana  nanti.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj :46).

Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat. 



Read more

Tips: Hidup Bersama

2 comments


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wrt.

Sepanjang musim peperiksaan ini, semua pelajar mesti sedang sibuk menelaah buku dan nota masing-masing dari kulit ke kulit. Namun, ingat! Anda masih melaksanakan aktiviti harian anda seperti biasa, yakni tidur, makan dan membersihkan diri, di samping berinteraksi dengan rakan sebilik atau serumah dengan anda. 

Kesibukan mengulangkaji tidak melenyapkan tanggungjawab anda untuk menjaga keharmonian dan keselesaan hidup bersama. Mari kita tinjau serba sedikit tips untuk kekal berkongsi hidup dengan aman dan sejahtera disebalik keserabutan yang melanda minda!

1. Jadual

Sediakan jadual tugasan harian mahupun mingguan yang meletakkan tanggungjawab ke atas setiap ahli rumah/bilik. Tugasan yang perlu diselesaikan termasuklah giliran memasak, membuang sampah, membersihkan rumah, dan membeli barang-barang keperluan. Pecahkan tugas secara adil, agar dapat sama-sama merasakan tanggungjawab yang perlu dipikul.

2. Penuhi tugasan yang telah ditetapkan

Kesibukan diri sebagai pelajar sememangnya tidak memberikan masa yang cukup untuk memastikan rumah dalam keadaan yang selesa dan kondusif untuk belajar. Di sinilah datangnya keperluan untuk bekerjasama dalam mewujudkan kondisi yang sesuai agar segala pekerjaan dan proses mengulangkaji menjadi lebih produktif. Jangan hanya mengharapkan ahli rumah atau bilik yang rajin sahaja untuk bertugas, inilah masanya untuk mendidik diri anda menjadi lebih matang sebagai persediaan membina keluarga baru nanti!

3) Amalkan fleksibiliti

Seandainya anda terlampau sibuk pada minggu ini dengan tugasan universiti, mesyuarat persatuan dan aktiviti usrah anda, berbincanglah dengan rakan serumah/bilik untuk mencari penyelesaian. Mungkin anda boleh bertukar giliran dengannya, mahupun mengganti tempatnya apabila dia pula yang sibuk nanti. Ingat, andai anda meringankan beban seorang sahabat, insyaAllah Allah juga akan meringankan beban anda!

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: 
“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. 

Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”
(H.R Muslim dan Al-Tirmizi)

4. Berjimatlah!

Inilah salah satu kelebihan hidup bersama rakan-rakan! Anda dapat berjimat dalam pelbagai perkara, contohnya...
-kewangan: melalui perkongsian kos barang-barang keperluan dan bil rumah.
-masa: gotong-royong membersihkan rumah sudah pasti dapat menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga!
- ilmu: Dengan hidup beramai-ramai di bawah satu bumbung, dapatlah anda bertukar-tukar nota mahupun tips mengulangkaji pelajaran daripada rakan-rakan. Anda juga boleh belajar secara berkumpulan untuk membuahkan idea-idea yang bernas!

5) Menjaga hubungan baik

Menjaga hubungan yang baik di antara ahli rumah sangat penting, kerana andai kata terdapat konflik di dalam satu-satu bilik/rumah, ia akan memberi kesan psikologi kepada ahli-ahlinya. Suasana akan menjadi suram, bertemu pun bermasam muka, bagaimana anda hendak menumpukan perhatian terhadap pelajaran secara efektif? Jika terdapat apa-apa masalah, berbincanglah dengan cara yang baik. Jangan mengasingkan diri mahupun mengasingkan seseorang daripada kumpulan anda. Sekali-sekala boleh juga anda lakukan aktiviti bersama seperti bermain bowling, pergi bercuti, dan sebagainya.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 
(Hadis riwayat Muslim)

Semoga beberapa tips ini dapat membantu anda menjadi lebih produktif dalam berkongsi hidup bersama teman-teman seperjuangan!

Wallahua’lam.


Read more

Encik Sow Latt

0 comments

Encik Sow Latt

Apa khabar hati? [Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, bersyukur ke hadratNya kerana masih mengekalkan kita semua dalam nikmatNya yg terbesar iaitu islam.
Inshaallah untuk tazkirah kali ini, saya ingin berkongsi  serba sedikit pengajaran yang saya dapat baru-baru ini. Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca inshaallah.
Pernah tak kita terdengar atau termasuk dalam perbualan sebegini,

Ali: “Abu, kau tahu tak kenapa kita kena solat?”
Abu: “Errr…. supaya kita ingat Allah”
Ali: “Ha! Pandai!” (sambil senyum-senyum). “Kita ni ada 24 jam sehari kau tahu? Haha mestila, soalan bodoh je aku tanya. Kalau lah perintah solat ni takde, kita semua ni harus sehari suntuk dah tak ingat kat Allah. Jadi sebab tu la kita kena spend betul-betul time solat ni untuk ingat Allah je, time lain jangan harap la. Kalau nak ikutkan, 5 minit je kita guna setiap kali solat. Memandangkan lima kali solat, jadi semuanya 25 minit. So, bayangkan 25 minit je kau nak ingat Allah betul-betul. Yang 23 jam 35 minit lagi tu harusla kita buat apa yang patut kan macam kerja, study, makan, tidur, sukan, game, muzik dan lain-lain. Time tu sure kita takde la nak ingat Allah kan. Ada ke kau pernah tengok orang sambil makan sambil astaghfirullah….astaghfirullah……astaghfirullah…? Takde kan. So, sebab tu la kita kena spend our sweet 25 minit tu betul-betul untuk Allah. Kau setuju x?”
Abu: “Setuju” (sambil mengangguk kepala tanda betul-betul bersetuju)

[Perbincangan penting antara Ali dan Abu] [Kredit]


Mungkin ada di antara anda semua yang pernah mendengar perbualan sebegini (mungkin yang makan sambil istighfar tu tiada la barang kali) dan mungkin ada yang tidak.
Sememangnya tidak dinafikan yang solat ini adalah perbuatan yang boleh mengingatkan diri kita kepada Allah.

Tidak dinafikan juga bahawa kita harus solat dengan betul-betul (khusyuk)
Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah adakah pada waktu solat sahaja kita mengingati Allah? (Korang mesti jawab ‘tidak’ dalam hati) (Bagus-bagus).

Sebagai seorang manusia dan juga hamba Allah, apakah tujuan utama kita dalam hidup? Mungkin ada diantara anda yang menjawab untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Syabas, jawapan anda memang tepat sekali. Jadi hidup kita ini sememangnya adalah untuk mencari keredhaan Allah.

Soalan seterusnya, mengapakah kita bersetuju dengan makna tujuan penciptaan manusia ini?
Jawapannya mudah saja, kita bersetuju kerana hati kita bersetuju. Anda setuju?
Apabila anda bersetuju, oleh itu, tertolak lah kenyataan yang mengatakan untuk mencari keredhaan Allah adalah hanya dengan solat, betul? Jadi sebenarnya seluruh 24 jam dalam sehari itu perlu digunakan sebaiknya untuk mencari keredhaan Allah. Bekerja untuk mencari keredhaan Allah. Study untuk mencari keredhaan Allah. Dan bukannya mencari keredhaan Allah untuk mendapat kerja yang bagus atau hebat dalam study. Setuju? Juga perkara yang sama diaplikasikan kepada perkara lain seperti  makan, tidur, masak,  buang air, bersenam, main game, nyanyi (erk… game? nyanyi?) (Bergantung )

[Kita semua kena jadi Full Time Muslim setuju?] [Kredit]

Tetapi pernahkah hati kita terlupa akan tujuan asal ini, iaitu mencari redha Allah? Mungkin tersasar? Atau terikat kepada perkara-perkara lain selain Allah seperti duit, manusia dan lain-lain?
Mmmhh….. saya membuat andaian bahawa semua yang sedang membaca termasuk diri saya sendiri pernah bukan? Biasalah, kita bukan maksum sepertimana para nabi.

Sememangnya kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa hati kita memang mudah untuk tersasar. Kalau lah benda kecil seperti melontar gumpalan kertas ke dalam tong sampah yang dekat jaraknya boleh tersasar, ini kan pula benda besar, mestilah lagi mudah untuk tersasar bukan.
Jadi di sini lah solat memainkan peranan. Huh?

Nak tanya, kenapa kita boleh tersasar dalam memastikan gumpalan kertas yang dilontar tadi berjaya masuk ke dalam tong sampah? Ada yang jawab……….tak fokus. Tepat sekali! Oleh itu, kita perlu lah mengambil masa seketika untuk mendapatkan fokus dan apabila sudah fokus barulah kita mula melontar gumpalan kertas tersebut betul?

Sama lah juga dalam kes hati yang tersasar ni. Kenapa hati boleh tersasar? Sebab hilang fokus bukan?  Jadi solat lah yang memainkan peranan untuk membantu kita kembali fokus mencari redha Allah. Dengan solat, inshaallah hati kita yang tersasar dapat kembali semula kepada jalan yang betul.


Konklusinya untuk tazkirah kali ini, Allah perintahkan 5 kali solat sehari kepada umat manusia supaya kita tidak hilang fokus dalam mencari redhaNya. Jadi, sebab itulah solat merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia lebih-lebih lagi bagi seorang daie.
Rasanya, itu sahaja perkongsian kali ini. Mungkin anda sudah dapat meneka bahawa Encik Sow Latt tu sebenarnya solat. Semoga  ianya bermanfaat, diamalkan dan disampaikan kepada yang lain. Segala yang baik datang daripada Allah. Wallahualam.

[Dah solat?] [Kredit]



Read more

[Foto] Program ‘Training’ Fasilitator AZAM Russia

0 comments

Program ‘Training’ Fasilitator AZAM Russia
5-7 Januari 20123
Lokasi: 
HOTEL VEGA
HOTEL GAMMA-DELTA
HOTEL UNIVERSITET



















Read more

Program ‘Training’ Fasilitator AZAM Russia

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.

Segala puji kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah mengizinkan AZAM Russia melaksanakan beberapa program training untuk para fasilitator serta program Palestin pada musim cuti tahun baru lepas. Buat julung kalinya, kita telah menjemput Professor Madya Ustaz Hasanuddin Yunus dan isterinya, Puan Sharifah Mahiza sebagai trainer.

Ustaz Hasanuddin merupakan antara pengasas Aqsa Syarif – sebuah NGO Palestin di Malaysia yang tak asing lagi. Beliau turut mendapat julukan ‘Wira Negara’ selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya dalam misi kemanusiaan Palestina ‘Freedom Flotilla’ diserang oleh tentera terkutuk Israel. Mempunyai latar belakang Bahasa Arab dan Psikologi, Ustaz kini merupakan Kaunselor di CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Sciences) selain aktif dalam NGO IKRAM dan kini menyandang jawatan selaku Yang Di-Pertua IKRAM Negeri Selangor.


Sebagai ‘pembuka tirai’ kepada tahun baru 2013, program kesedaran Palestin ‘Di Sebalik Tirai Palestina’ telah diadakan di Volgograd. Antara yang menjadi kenangan manis ketika progam Palestina itu adalah apabila ustaz membelanja para peserta dengan nasi lemak yang dibeli dari gerai AZAM.

Program tersebut kemudiannya diikuti dengan Seminar Intensif Russia, iaitu program training para fasilitator yang berlangsung di 2 bandar utama – Volgograd dan Moscow. Para fasilitator ini terdiri daripada mereka yang membantu AZAM dalam mengelolakan program-program anjuran AZAM seperti usrah mingguan dan event-event lain. Program training ini bertujuan untuk memberi kefahaman islam kepada para fasilitator selain melatih para fasilitator dengan kemahiran menghafal, kemahiran bercakap, keyakinan diri dan juga team-building.

Kedua-dua Seminar Intensif Rusia di Volgograd dan di Moscow dilaksanakan selama 3 hari dan 2 malam. Training di Volgograd dihadiri oleh para fasilitator dari Volgograd sendiri dan diikuti dengan program training di Moscow. Di Volgograd, penyertaan para fasilitator melebihi 30 orang dari kawasan Volgograd sendiri. Manakala di Moscow, kehadiran fasilitator mencecah hamper 200 orang dari bandar Moscow sendiri dan bandar-bandar lain seperti Nizhny Novgorod, Kursk dan St Petersburg.


Pihak AZAM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kedutaan yang menyokong usaha ini. Juga tentunya kepada Ustaz Hasanuddin sekeluarga yang telah ‘meminjamkan’ ibu bapa mereka buat kita di Russia untuk beberapa ketika lebih-lebih lagi di sekitar awal tahun baru yang sinonim dengan musim buka sekolah. Pihak AZAM juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja program yang terdiri daripada pelbagai pihak seperti ‘abang-abang dan kakak-kakak’ bekas graduan Rusia, orang-orang persendirian, para kakitangan Hospital Pakar An-Nur dan juga NGO yang disertai oleh Ustaz Hasanuddin sendiri iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia. Moga-moga Allah memberi kelapangan rezeki kepada mereka agar mereka dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi pada masa-masa hadapan. Adalah menjadi harapan kita agar program kesedaran Islam sedemikian dapat dianjurkan bukan sahaja untuk para fasilitator, tapi untuk komuniti Muslim Malaysia di Rusia dalam skala yang lebih besar di tempat yang lebih besar di bumi Rusia yang agak tinggi kos sara hidupnya.

Buat para peserta yang masih merindui memori berprogram, sekian banyak orang menyumbang dan berkorban agar kita menjadi lebih terlatih dalam men-deliver Islam kepada masyarakat dan teman-teman sekeliling. Moga-moga ilmu dan semangat yang kita serap, ambil dan sedut daripada ustaz dan ummi akan kita lahirkan dalam bentuk amal Islami yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti Muslim Malaysia di Rusia dan tentunya, kepada seantero umat manusia! Islam rahmatan lil ‘alamin! ☺


Read more