• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Music Review: Izzat Mahadi

0 comments


Bismillahirahmanirahim.
Assalamu'alaikum wbt.

Izzat Mahadi atau nama penuh beliau, Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi seorang penyanyi yang mempunyai vokal luarbiasa. Memulakan karier sebagai ahli kumpulan Mirwana suatu ketika dahulu, dan kemudiannya bergerak secara solo pada 2006 selepas tempatnya digantikan oleh adiknya, Ikram. Beliau pernah muncul dalam beberapa klip video eg. MTV Himpun, MTV Balada Selawat 1433H.

Siapakah beliau?
Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid terkenal di Malaysia, Mirwana.Dan sekarang beliau bergerak secara solo di bawah penerbitnya Hafiz Hamidun. 

Album beliau.
Alhamdulillah, beliau baru sahaja mengeluarkan album baru di bawah label Arteffects International dengan judul GarisanMu. Antara komposer dalam album tersebut ialah Izzat Mahadi sendiri, penerbitnya Hafiz Hamidun, Yasin Sulaiman dan Mujahid Abdul Wahab. Album ini mengandungi 8 buah lagu. 

Single pertamanya, GarisanMu merupakan karya sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Menurut Izzat, lirik lagu ini cukup dekat dengan beliau memandangkan ia turut menyentuh perjalanan seni beliau selama ini. Lagu ini telah dicalonkan sebagai finalis AIM 19 dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik 2012. Lagu ini juga pernah tersenarai dalam Carta Nasyid IKIMFM dan telah bertahan selama 16 minggu berturut-turut dan pernah menjuarai carta. Selain itu, lagu hits Mirwana, Aku Tanpa CintaMu turut dirakamkan semula oleh beliau dengan susunan muzik yang baharu.

Lirik lagu GarisanMu;

Berkali-kali 
Cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha 
Merentang di depan mata

Bertali arus 
Langkah ku tak terus
Garisanku rasakan halus 
Tak bisa ku tembus

Pemisahnya cuma aku dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia atau terus mara membara

Ya Rabbi ya, bantulah hambaMu
Ya Rabbi ya, luruskan hatiku
Ya Rabbi ya, ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi ya, hanya kepadaMu
Ya Rabbi ya, tempatku mengadu
Ya Rabbi ya, ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku
Semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu


Sumber inspirasi beliau.
Izzat pernah bertekad untuk berhenti dalam industri seni suara satu ketika dahulu dan memberi fokus kepada bisnes yang dijalankan beliau. Namun setelah mendengar berita tentang pemergian mentor yang disayangi, almarhum Ustaz Asri Rabbani, Izzat yang ketika itu di United Kingdom memasang tekad untuk pulang dan terus berjuang kerana tegas beliau, suara ini hanyalah pinjaman dari Allah yang pasti akan ditanya apakah yang telah dilakukan dengannya semasa hidup di dunia.

"Pada mulanya, saya berhasrat untuk menampilkan sebuah album yang mengumpulkan kesemua komposer yang pernah menjayakan album Mirwana dulu termasuklah Syah Rizal Mohamed, Akmal, Faizal Tahir dan Firdaus Mahmud namun tidak kesampaian kerana kekangan masa. Insya Allah jika diizinkanNya, saya akan cuba memenuhi impian saya untuk album kedua." jelas Izzat Mahadi.

Beliau juga berharap agar peminatnya dapat menerima baik album barunya ini kerana ia sangat berbeza sepertimana penampilannya dalam album yang sebelum ini. 

Menjawab bagaimana cara untuk membeli album baru beliau, Izzat berkata ia boleh didapati di kedai-kedai buku agama seluruh Malaysia dan secara online di www.stormreaders.com.my. 

Untuk mengikuti perkembangan beliau, bolehlah lawati laman facebook dan twitter beliau.

Tuntasnya, kita sebagai hamba yang mengaku hamba kepada Allah mestilah menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan untuk mengajak ummat ini mengenal pencipta justeru mendekatkan mereka kepadaNya. Kerana setiap apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah akan ditanya di mahsyar nanti. 

Wallahu'alam. 


Read more

SISTERS SNOWBOARDING TRIP

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt.

Moscow, 2 JANUARI 2013 - Luncur papan salji atau snowboarding adalah antara program menarik yang dianjurkan oleh pihak AZAM Russia. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan adanya program seperti ini,  sisters di Moscow dapat merasai betapa lasaknya sukan ini. Nampak mudah, tetapi hakikatnya sukar. Akan tetapi kesukaran itu akan menjadi mudah dengan izin Allah jika kita sendiri yang ingin mengubah sesuatu perkara itu yakni dengan bersemangat dan berusaha tanpa berputus asa. Walaubagaimanapun, risiko untuk jatuh, tergolek, tersembam dan tergelongsor adalah sangat tinggi bagi peserta yang baru mencuba. Namun demikian, dengan jatuhlah kita banyak belajar.



Ummat Islam boleh jatuh, tetapi bukan dalam lubang yang sama
Berbalik kepada aktiviti snowboarding, pemakaian yang sesuai amat penting bagi mengelakkan pemain cedera. Sewajarnya, pemain perlu memakai sepasang baju dan seluar khas dan juga sarung tangan yang sesuai dengan suhu dan persekitaran yang bersalji.

Di Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya) kami dibenarkan menyewa kasut dan papan luncur dengan harga 1250 rubles bagi setiap pemain yang ingin bermain melebihi 5 jam.

Aktiviti ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Tetapi para peserta diberi kelonggaran untuk pulang lebih awal atas beberapa faktor. Dan alhamdulillah, seorang peserta program yang dah mahir dalam sukan ini telah memberi beberapa tips untuk peserta yang baru pertama kali bermain. Katanya, kalau bermain tanpa ada 'ilmu, kita takkan dapat rasa keseronokan sukan ni. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali, 'ilmu tanpa 'amal, gila dan 'amal tanpa 'ilmu, sia-sia." Makanya, bagi mengelakkan perkara yang sia-sia, kita mestilah grab 'ilmu yang diberikan itu dan di'amalkan, insya Allah.
 

Selepas itu, kami solat Zuhur dan Asar berjemaah dan bertayammum menggunakan salji sebagai ganti wudhu' air. Satu pengalaman yang tak mungkin kita dapat rasai khususnya di Malaysia. Usai solat, kami makan tengah hari berjemaah. Dan tentunya kemanisan ukhuwah lebih terasa dengan segala benda yang dilakukan secara berjemaah. 

Solat ? Dimana-mana pun boleh :)
Akhirnya, masing-masing pulang membawa 'ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Segala pujian dipulangkan semula kepada Allah Rabbul 'Izzati yang menghamparkan ciptaanNya yang indah untuk menjadi pelayan kepada kita manusia, makhlukNya yang terpilih. Berjalan di bumiNya, mestilah sentiasa mengingatiNya supaya lebih dekat diri kita denganNya.

Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami..

Allahu'alam.




  



Read more

DI SEBALIK TABIR PALESTINA

0 comments
Volgograd, 1 Januari 2013 - Tahun baru bagi para pelajar di Volgograd dimeriahkan dengan kehadiran Prof Madya Hasanuddin Yunus dan zaujahnya, Sharifah Mahizah bagi membawakan isu Palestin dengan lebih jelas lagi. Sebuah program yang bertajuk “Di sebalik tabir Palestina” secara eksklusifnya dianjurkan oleh AZAM Russia telah diadakan di Aktovi Zal , Hiroshima hostel yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar.

Prof Madya Hasanuddin Yunus
dan zaujah, Sharifah Mahizah

Program yang dipengerusikan oleh saudara Azhari bermula pada 10 pagi dengan bacaan doa oleh Khairul Anuar dan bacaan sajak yang bertajuk “ Manusia dan Kira-kiranya ” yang dikarang sendiri oleh saudara Yusri. Pelbagai perkongsian mengenai sejarah Palestin, pengalaman semasa menganggotai misi kemanusiaan Mavi Marmara, kisah-kisah menarik yang memotivasikan dari rakyat palestin dan hakikat kekejaman tentera negara haram Israel yang tidak perlu disangsikan lagi. 


Program berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Menjadi kenangan manis apabila Ustaz Hasanuddin dengan murah hatinya telah menaja sarapan pagi para peserta yang sepatutnya menjadi jualan untuk AZAM.

Pada akhir penyampaian, ustaz meninggalkan kami dengan satu persoalan yang seharusnya terbit dari setiap hati individu muslim; “Di mana perjuangan kita bersama Gaza??” Tepuk dada tanya iman kita. Ayuh, kita menghisab diri kita. Semoga dengan sumbangan kita walaupun sekecil zarah sebagai hujah kita di akhirat kelak. Allahu'alam.

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)






Read more

[Foto] Disebalik Tabir Palestina

0 comments

Disebalik Tabir Palestina
1 Januari 2013
9.30am - 12.00pm
Aktovi zal, Hiroshima Hostel, Volgograd































Read more

[Foto] Sisters Snowboarding Trip

0 comments
Sisters snowboarding trip in Moscow
2nd January 2013
Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya)
































Read more

Fill Your Time [Part Two]

0 comments


Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim..

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” 
(Al-Asr : 1 – 3)

Hampir setiap hari kita membaca surah tersebut sebagai penutup majlis, terutamanya setelah selesai berbulatan gembira bersama ahli-ahlinya yang tercinta. Ya, kita berada di dalam kerugian! Saya pasti, rata-ratanya pasti merasakan 24 jam yang ada setiap hari ini masih tidak cukup untuk menyelesaikan segala urusan yang terbenteng di depan mata. Apatah lagi bagi yang bakal menghadapi peperiksaan!

Jadi dengan izinNya ingin saya kongsikan beberapa tips untuk memaksimakan penggunaan waktu anda. Sedar atau tidak, kebanyakan waktu kita seringkali dicuri untuk mencapai satu-satu destinasi. Selama kita berada di dalam bas, keretapi, mahupun kapal terbang, apa yang boleh dilakukan untuk mengisi masa yang terluang ini? Rugilah sekiranya kita hanya memandang ke luar tingkap sahaja dengan minda yang kosong. Jom optimakan kebaikan yang bakal diperolehi daripada perjalanan kita!

1. Membaca AlQuran
Sama ada membaca naskhah alQuran, mahupun melalui software di dalam gadget canggih anda seperti iPhone, iPad mahupun Samsung tab, pastinya penuh dengan keberkatan dan redhaNya.

2. Menghafaz surah pilihan
Inilah caranya untuk mencuri masa dengan ideal! Bawalah buku hafazan kecil, mahupun MP3 surah pilihan yang telah di‘set’ untuk bermain berulangkali(replay) dan teruskan usaha untuk menghafaz kalamNya yang indah.

3. Mengulangkaji nota ringkas
Sediakanlah nota poket yang kreatif dan berwarna warni bagi meningkatkan minat anda untuk mengulangkaji!

4. Mendengar MP3
Antara MP3 pilihan yang boleh dimasukkan di dalam ‘playlist’ anda termasuklah MP3 bacaan alQuran, nasyid, mahupun ceramah-ceramah ilmiah.

5. Menonton video ilmiah
Inilah kelebihan bagi sesiapa yang mempunyai telefon pintar! Amat mudah untuk mencari video-video yang bagus dengan menggunakan internet, mahupun menonton video yang telah sedia ada.

6. Mentadabbur alam.
Langit yang biru, burung-burung yang berkicauan, semuanya adalah tanda-tanda kebesaranNya. Ambillah masa sebentar untuk menginsafinya, dan berzikir mengingatiNya.

7. Merancang perjalanan aktiviti harian
Mungkin anda seorang yang berjawatan dan mempunyai pelbagai amanah untuk diselesaikan? Rancanglah hari anda dan buatlah jadual ringkas agar setiap saat yang bakal dilalui tidak menjadi sia-sia dan banyak perkara akan dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

8. Mencatat idea-idea menarik(brainstorming)
Memerlukan idea menarik untuk aktiviti bulatan gembira yang seterusnya? Inilah masanya untuk memerah otak dan kreativiti anda. Jangan lupa untuk catat idea menarik anda di alam buku nota anda untuk tindakan seterusnya apabila anda telah sampai ke destinasi nanti.

9. Membalas panggilan atau sms
Khas untuk sesiapa yang mempunyai ramai kenalan, iniliah masanya untuk bertukar-tukar khabar sambil mengeratkan ikatan silaturrahim!

Semestinya, senarai aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anda di dalam perjalanan yang jauh itu tidak berhenti setakat itu sahaja! Jadilah lebih kreatif, sekiranya anda berjaulah secara berkumpulan, libatkan semua untuk menghasilkan aktiviti yang lebih menarik, seperti pop kuiz sirah, dan sebagainya. Semoga perjalanan anda yang mendatang bakal terisi dengan aktiviti-aktiviti yang penuh dengan kebaikan dan rahmat daripadaNya!

Oh, jangan lupa amalkan doa keluar rumah dan doa menaiki kenderaan juga ya!

Doa Keluar Rumah
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Selamat beramal!
Wallahua’lam.


Read more

Kuliah Baitul Muslim

0 comments

assalamualaikum wrt..
insyaAllah kuliah online Baitul Muslim sedang berlangsung:

Kuliah Family Du'at Blueprint / Ketaqwaan Jundiy bersama Ummuatifah ( 9.30-11.30 p.m waktu Msia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

selamat mendengar!  :)


Read more